Rezeki dari langit.....


Allahuakhbar.... Saya memang tak tau nak kata apa. Mimpi dan tak percaya. Sebenarnya seharian hari ini tidak mengadap laptop dari pagi kerana keluar berikutan temu janji dengan seorang designer. Dan bila pulang waktu petang dan online terkejut dapat email dan komen yang banyak dari blog. Ucap-ucap tahniah dari kawan-kawan.

Rupanya, saya tersenarai antara top 3 contestant dari sebuah contest anjuran Dina Halim Bridal Boutique. Ohh sungguh tidak percaya. Kusangka aku no 3. Tetapi setelah dibaca kali kedua rupa-rupanya yang pertama. Ohh...seperti mahu menangis. Minggu ini umpama mimpi. Seperti mendapat rezeki dari langit.

Baru sahaja semalam mendapat surat tawaran kerja. Hari ini mendapat hadiah mini pelamin. Setinggi-tinggi kesyukuran pada Ilahi atas limpah kurniaNya. Mungkin ini yang disebut-sebut sebagai rezeki nak kahwin. Berkat kesabaran, doa dan usaha yang tidak putus.

Pada mula saya memasuki pertandingan ini dengan harapan mendapat tempat ke 2 atau ke 3. Memang saya sungguh tertarik dengan busana perkahwinan Dina Halim yang sangat menepati ciri muslimah seperti saya. Saya pula memang tidak merancang untuk menempah pelamin memandangkan tiada upacara bersanding. Berjimat sebab tidak ada bajet. Kalau ada bajet memang kepingin sangat ya. Itu pun untuk bergambar kenang-kenangan. Tapi, sekarang sudah dapat. Walau hanya mini pelamin pastinya cukup bermakna buat hari pernikahan saya.

Terima kasih pada Xora, Hana-Yoriee, FarahFatihah, ElyaElmo, AzlinaAziz, CikBelle, AchikGee, Adieyza & Fishballisme atas ucap tahniah. Tiba-tiba saja trafik blog menjadi sesak hari ini. Hehe...tak pernah-pernah begini. Thanks to Dina Halim sebab sudi menganjurkan contest yang cukup bererti ini!
13 Responses
  1. sk Says:

    wah.. congrats2!! murah rezki.. ;)

  2. farahfatihah Says:

    heheheh bacalah blog fara ada pasal itu gak..congrats tau =)

  3. Elya Roza Says:

    zainur!!!~itu nama nyee rezeki...he3
    Alhamdulillah...Nnt dpt rezeki dr nuffnang plak yeh?he3

  4. Anonymous Says:

    congrates...murah rezeki sgt2 ni zainur..

  5. Zainur Says:

    SK: Syukran2... :) Alhamdulillah rezeki Allah..

    Farah: Wahh semua orang dah tahu awal2 lagi eh...hehe...siap buat entry lg...thanx :)

    Elya: Macih gak..Betul la rezeki drNya..memang xsangka rasa...alhamdulillah...rezeki nuffnang xtau lg...hihihi

    Mia: Murah rezeki alhamdulillah...setelah tempuh byk ujian...rasa tika ni penuh dengan rahmatNya...ameen

  6. Cik Belle Says:

    hehe. zainur, tahniah lagi sekali! hihi.

  7. ♥S@R@♥ Says:

    zainur tahniah!!!

    cite awak memng best..

    nnt majlis jgn lupa jemput sara tau ;)

  8. Kak Teeha Says:

    salam zainur..
    tahniah ya..
    cerita awak mmg best..rasa mcm jumpa aisha & fahri *ayat-ayat cinta*..
    semoga majlis awak nanti diberkati & dirahmatiNya..mudah2an perkahwinan awak nnt sentiada berada dalam keredhaanNya..

    saya 1st time baca blog awak after awak komen dlm blog saya..

    =)

  9. Zainur Says:

    Everyone, thank you so much. Syukran jazilan :)

  10. MaZNi PutERi Says:

    betul zainur, rezeki... bukan kita tahu... tp syukur, ia datang saat memerlukan. niat baik, jalannya pasti mudah, insyaAllah...

  11. Kaseh NazLieza Says:

    tahniah di atas kemenangan anda...anda mmg layak utk menang..hehehe

    inginkan pakej katering serendah rm6.90 per pax...lawati :

    http://nazliezacanopycateringweddingplanner.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs