Minnamurra Falls & Rainforest

Hi peeps! So how's everyone doing? Me? Tak payah tanya lah! Penuh dengan segala keserabutan! Hehehe.... Tapi, hidup mestilah bersemangat dan bermatlamat. Kalau tidak, baik mati saja...

Anyway, last weekend was awesome! I had a great time with habibi and my best friend at Minnamurra Falls. Memang awesome gila lah. Dah lama kot tak dapat tengok air terjun dan meneroka hutan. Jenuh juga lah nak memanjat especially jalan untuk ke air terjun. Agak cerun dan licin. Memerlukan kekuatan lutut yang lebih. Tapi, alhamdulillah dalam renyai hujan akhirnya kami sampai jua ke puncak dan segala kepenatan sangatlah berbaloi-baloi bila mana dapat melihat kebesaran Allah. Subhanallah, cantik mengujakan, menenagkan serta mengkhayalkan! Pendek kata memang awesome lah! Hihihi...

Yang best, kemudahan untuk OKU pun ada. Kiranya orang OKU pun masih boleh nak meneroka hutan. Tapi, tidaklah sampa part falls tuh sebab jalannya curam dan cerun sedikit berbanding permulaan yang agak rata. Kat sini memang confirm tak sesat sebab dah ada track yang tersedia. Tapi, tidaklah mencabar macam jungle tracking kat Malaysia.

Apa yang penting, hujung minggu lepas dapat dimanfaatkan dengan menikmati panorama alam semula jadi. So, sedikit sebanyak terubat lah penyakit stress yang dialami sebelum ni. Tapi, penyakit lain pula timbul iaitu lenguh kaki dan badan. Haha...nampak sangat tubuh kurang bersenam. Harus berubah mulai saat ini untuk tubuh yang lebih sihat, kuat dan mantop!@gatai





Stressful?

Helloo everybody!

How's going on everyone? Hope you guys are enjoying your week days as much as I do. Haha- Enjoy la sangat tuan-tuan dan puan-puan. Walhal, I'm struggling and feeling a bit depress. I know, I haven't spent much time blogging let alone blog walking. How I miss the wonderful world of blogging. So much fun stalking other people's life than spending time with journals, thesis and lab works! Hehe... However, life must go on. Bangun, jatuh, tergolek, terduduk itu semua lumrah alam. Without failure there can be no success!

Al kisahnya, I was a bit upset with my SV who keeps postponing my proposal review date since last November. Bengang la juga when you were all prepared mentally, physically and emotionally tapi date nya asyik ditunda-tunda aje. My spirit pun goes down. Terbaru dia janji last week of Feb which is this week but yesterday he said that it's going to be on mid March pula. Sudahlah tu kawan saya yang submit lebih lewat dapat tarikh lebih awal dari saya pula. Mestila mak geram!

Lepas aje saya bertemu muka dengan dia terus jer bawa diri entah ke mana. I keep on walking without thinking where to go to. I just walked around the campus while my mind running wild until I met few friends and asking them how's their life's going on. Then, I just realized that there are people out there who are facing bigger challenges in life compared to mine. At that time, barulah saya dapat menenagkan semula jiwa saya yang gundah gulana dan juga rasa amarah yang membara.

Saya akui buat phd ni memanglah sangat challenging. Ia bukan setakat menguasai bidang anda tetapi juga exploring and learning others field as well. Dari alam sekitar kepada engineering kepada chemistry kepada polymer kepada material science kepada segala macam mak nenek perkara mesti expert. Bukan sahaja kena tahu tetapi menjadi pakar sebolehnya. I just hope that it doesn't involve any modelling, physics and complicated mathematics equations because I'm just sucks at it. The most important things is kamu akan belajar betapa hanya Allah sahaja yang tahu kesusahan kamu dan hanya kepada DIA sahaja tempat kebergantungan kamu. Bukan kepada supervisor kamu, bukan juga rakan-rakan kamu. Iya, apa-apa sahaja yang kita semua lakukan dan di mana sahaja kita semua berada kini, ingatlah hanya DIA sahaja yang maha mengetahui dan hanya DIA sahaja yang Maha Menolong maka kepadaNYA sahajalah pengharapan kita.

Cheers!

Ooppss lupa pula, thank you abang for the lovely flowers, cheese cake and chocolates. You just brighten my day love! Kalau macam ni hari-hari stress pun tak apa. Haha-

I'm alive!

It has been a week since my last update kan? Phewww...@penatI'm super duper busy. SV has came back from CNY holiday and banyaklah yang ditanya pasal my research progress sepanjang pemergiannya. But, sigh @sighI do feel yang I tak perform banyak. Sepanjang ketiadaannya banyak kali I feel stuck and lost but I have no where to go to. Now, that he's back boleh lah I tanya itu ini and get myself back on track.

Last week juga habibi tak sihat- flu dan demam. Boleh tahan panas juga suhu badannya. Jadi kelam kabut lah saya buat itu ini secara solo. Rumah pun tunggang langgang. Memang serious tak menang tangan. Mana dengan penat dan tension buat kerja lab. Balik kena masak dan mengemas sedikit sebanyak yang termampu dan haruslah layan baby besar yang banyak ragam tu. Huhu... Habibi kalau sakit memang terlebih manjanya sampai saya yang manja ni hilang tempat bermanja. Jadi geram dibuatnya...hihihi... Sudahlah wakil Uni nak visit kami lagi walhal hari tu baru aje turun visit tapi di Melbourne lah. Tapi, mujur juga kali ini mereka sendiri nak turun ke Gong ni. Kalau nak suruh ke Sydney leceh la juga dalam keadaan habibi yang tak berapa sihat tu.

Hari ni sengaja pergi Uni lewat sedikit. Yerla awal minggu ni jam 7.30am sudah bekejaran ke Uni. Jam 8am harus start lab dan berakhir jam 8am hari seterusnya. I feel so restless. Jadi hari ni I bagi half day for myself. Haha boleh tak gitu? Mampus kalau SV tau ni. Ni semua semata-mata nak update blog and to let others know that I'm still alive. So, people I'm alive okay! Cuma tak dapat lah nak cerita bagai, next time okay! I promise. Till then, take care everyone and have a wonderful week! Aja-aja fighting!

Drama & novel

Lately I've been watching lots of Malay movies and dramas. Boleh dikatakan agak up to date juga dengan drama-drama yang tengah hot sekarang. Thanks to kak TCC yang introduce special link tu kat saya. Memang enjoy la juga. Al maklumlah kat negara kangroo ni mana ada siaran tv melayu. Kadang-kadang rindu juga nak tengok drama-drama melayu. Actully I'm not a big fan of drama melayu pun. Boleh hitung dengan jari la drama-drama melayu yang aku layan. Yang paling ku ingat Nur Kasih dan Adamaya. Itu memang betul-betul ikut dan tak 'miss'. Yang lain tak. Malas nak layan sebab meleret-leret plus takut jadi addicted. Biasalah once dah tengok mesti nak terus tengok kesinambungannya kan?

Sekarang pun boleh dikatakan sudah addicted juga. Haishh... Start dari Tentang Dhia (pasal sihir dan mati aje) dah terbawa-bawa sampai ke Ombak rindu (tak best langsung), Gemersik Kalbu dan Bicara Hati. Ombak rindu tu aku layan sebab dulu pernah baca novel dia. Same goes to Gemersik Kalbu dan Bicara Hati. Okay, fine aku memang kaki novel dulu. Kat rumah mak berlambak-lambak novel dari zaman kecil, remaja hinggalah ke dewasa. Boleh buka library. Nak buang sayang. Nak jual pun sayang. Nak bagi kat orang lagilah sayang. Dulu sebelum berangkat ke Aussie aku nak angkut beberapa novel kesayangan aku. Tapi beg dah over loaded. Hanya sebuah novel aje aku bawa. Haish...rindu betul nak baca novel melayu especially dari Jemariseni. Kat Australia ni memang confirm tak ada jual novel melayu tapi still aku collect novel-novel omputih dari favourite writer aku. Uiihh kalau nak cerita pasal novel memang boleh buat satu entry khusus!

Berbalik kepada drama melayu tadi, aku rasa trend sekarang adalah mengangkat karya novel menjadi drama atau filem which is good juga sebab menggalakkan orang untuk membeli novelnya pula. Memang bersepah-sepah novel kat Malaysia. Dulu aku fan club Alaf 21. Karya dari penulis-penulis macam Aisya Sofea, Aleya Anessa, Anis Ayuni, Damya Hanna, Bikash Nur Idris dan ramai lagi memang dah jadi koleksi dan santapan aku. Aku start terjebak dengan novel melayu ni pada zaman Uni dulu. Kata orang masa ada taman dalam hati. Haha- Tapi, dah lama-lama semakin muak la pula sebab nampak macam stereotype aje. Bunga-bunga bahasa aje berbeza tapi jalannya hampir sama buat aku mudah jemu. Memang boleh agak ending macam mana. Lagi satu, watak hero dan heroin mesti terlebih cantik, ayu, hensem, kaya, pandai atau almost perfect lah which is in reality is so not true kan?

Dan entah macam mana aku boleh beralih arah ke novel-novel Islamik. First novel yang aku sangkut mestilah dari penulis tersohor iaitu saudara Habiburrahman El-Shirazy dengan novelnya Ayat-ayat Cinta. Lepas aku berkenalan dengan watak Fahri, memang pintu hatiku tertutup untuk lelaki-lelaki biasa. Hikhikhik- Hebat betul si Fahri tu. Masa tu novel tu tak la popular mana. Beberapa tahun selepas tu baru menjadi sebutan malah novel tersebut diangkat menjadi filem. Tapi, still filemnya tidak sebagus novelnya. Sungguh berbeda! Apa pun bermula saat itu, aku jadi fan club habiburrahman pula. Semua novelnya ku beli dan baca- Ketika Cinta Bertasbih, Pudarnya Pesona Cleopatra, Dalam Mihrab Cinta dan Di Atas Sejadah Cinta. Memang cukup pengajaran, malah penjiwaannya juga menjadi terbuai-buai begitu. Ada sesetengah novel yang dikirm langsung dari Indonesia. Tatkala itu masih belum ada pasaran di Malaysia dan akulah yang menjadi orang-orang pertama yang membacanya. Memang seronok! Susah juga nak cari penulis melayu sebegitu.

Sejak tu lah aku dah kurang layan novel Alaf 21. Sehinggalah satu masa aku membaca karya Noor Suraya- Nyanyian Tanjung Sepi yang cukup menyentuh jiwa. Walaupun ada bau-bau cinta tapi semuanya diadun dengan baik pada batas-batas tertentu yang tidak keterlaluan. Usaha Kak Su mewujudkan JemariSeni dan mengumpul penulis muda berbakat juga satu usaha yang bagus. Kalau diperhatikan novel-novel keluaran Jemai Seni ni tajuk-tajuknya sangat unik dan catchy. Tiada perkataan rindu, cinta dan kasih. Bagus kan? Kalau aku nak beli pun tak adalah segan sangat. Masa beli novel Alaf 21 dulu, jangan kata tajuk novelnya, ilustrasi kulit buku saja sudah cukup menggambarkan keseluruhan ceritanya. Dulu nak beli sorok-sorok aje. Malu kat mak. Kalau mak tahu pun marah. Katanya asyik baca novel cinta aje! Haha-

Adoi!

Entry ni suppose cerita pasal drama melayu tapi tang macam mana pun mesti juga terbelok dekat bab-bab novel. Haisshh...

Anyway, kenapa drama-drama melayu sekarang asyik sad ending aje macam Tentang Dhia, Suria Di Cordoba, Bunga April etc. Memang trend yer? Sakit hati aje tengok. Kita ingat nak release tension tapi makin tension jadinya. Haha- Nasib baiklah Gemersik Kalbu dan Bicara Hati tuh dah tau ending dia. Walaupun semuanya bermula dari kahwin paksa dan kemudian jatuh cinta! Kan saya dah kata semuanya stereotype aje..

Oh ya, sebelum terlupa Dingin Lavenda macam okay juga. Banyak unsur islamik tapi tak 100% saya setuju tapi lebih baik dari yang kebanyakan lah. Apa yang buat saya suka sebab latar belakang pengambaran ni kat Melbourne. Al maklumlah, memori kat Melbourne masih segar lagi diingatan. Walaupun tak banyak beautiful scene yang ditonjolkan lagi setakat ni. Cuma rasa kelakar pula bila mat saleh cakap melayu. Sedangkan aku kat sini nak terbelit lidah speaking dengan depa. Haha-

Okaylah, enough for now. Memang dah terlebih panjang entry ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs