Mood tunggang terbalik

*Entry meluah perasaan** Awas, panjang dan membosankan*

Dua tiga hari ini bila bangun tidur rasa pening-pening lalat dan seperti mahu pitam. Sindrom 'dizzy' ini berpunca dari tak cukup tidur. Sekarang sangat susah nak lelap. Kalau dulu letak kepala terus hanyut. Sekarang letak kepala dok asyik fikir itu ini.

Tak tahulah nak kata sindrom bridezilla ke apa. Tapi, terlalu banyak perkara-perkara besar yang difikirkan. Pertama, bab nikah kahwin- nak settle baju, doorift, kad dan lain-lain. Kedua, persiapan untuk pindah dan bekerja nun kat Kelantan. Ni pun rumit juga. packing pun belum. Rumah sewa pun tak dapat lagi.@tensyenYang terakhir pasal renovation rumah! Yep, itu pun aku pening kepala juga nak fikir.....

Memandangkan aku saja yang ada kat rumah kala ini dan boleh diharapkan maka aku lah yang menjadi sandaran ibu untuk ke kedai jubin, kabinet dapur, peralatan dan perkakasan rumah seperti sinki, toilet bowl, shower, itu, ini, itu, ini......haihhhh.....penatnya rasa.....

Kekadang sampai berperang secara diam dengan ibu kerana kami berbeza pendapat dalam banyak perkara. Tapi, beliau masih juga nak tanya pendapat ku. Wakakaka.... Aku ni bukanlah expert sangat bab seni hias rumah kan. Tambahan pula citarasa aku mestilah berbezakan terutama bab warna. Jadi, terpaksalah aku buat research juga pasal hal ehwal seni hias ni melalui majalah Anjung Seri, Impiana, Dapur dan juga Laman di samping Pesona Pengantin. (kat rumah boleh buat library dengan adanya koleksi majalah-majalah ini!)

Selalu juga aku fikir kenapalah kaum wanita ini terlalu complicated sangat. Emak aku ambil masa berjam-jam nak pilih warna jubin untuk bilik air. Sudahlah kat rumah tu ada 5 bilik air. Jenuh aku nak tolong fikir sama. Itu belum masuk warna cat bilik dan ruang-ruang lain dalam rumah tu. Nak harap ayah? Oh dalam mimpi! Bukan semua orang lelaki suka nak terlibat dalam hal-hal begini. Semua serah bulat-bulat kat isteri. Tak puas hati, komen je memanjang. Adeihhh......

Padanlah setiap kali nak tidur otak aku pun ligat aje nak fikir itu ini. Bila fikir yang ini teringat yang itu. Tak boleh nak control rasa. Akhirnya terkebil-kebil la aku sampai ke subuh. Dan esoknya, mata menjadi seakan-akan mata panda yang dikelilingi warna hitam. Nampaknya wajah aku akan tua dulu sebelum usia ku....Uwaaaa.....

Baru jer dapat call dari Graduate School yang mana thesis 5 copy yang aku hantar via pos tu kena reject.@nangih Sakit lah jiwa aku. Semuanya gara-gara margin hard cover yang tak kena dengan citarasa depa. Adess....kalau KL-KT tu dekat tak pe la kan? Pening-pening. Nasib baiklah tunang tersayang sudi nak tolong. Maaflah dah menyusahkan orang tu. Tapi, hanya pada orang tu sajalah orang berharap.
9 Responses
  1. sk Says:

    aaaaa thesis kena reject? dah bind n buat 5 copy pulak tuh! sabar.. sabar... take one step at a time... nnt lama2 satu2 akan setel.. :)

    psst.. nnt kelantan keja katne? tak beritau pun lg.. hehe..

  2. Zana Adieyza Says:

    org lelaki mmg x suka pening2 kepala.. diaorg lebih suka kita buat pilihan sbb kalau pilihan kita tu xkena, nnti diaorg xkan disalahkan..

    apapun dear, jgn terlalu beratkan otak tu.. ambik masa utk tenagkan diri sendiri..

    buat persiapan dgn terancang k..

  3. Hasnah Says:

    akak.. apekata akak sediakan 1 buku untuk rumah 1 buku untuk weddg.

    anything akak terfikir pasal rumah or wedding akak tulis dlm bukutue memasing. later on klu akak nk ingat balik dh xpyah nak fikir just flip jer page dlm buku tue.

    Its work on me hehe =)

  4. farahfatihah Says:

    hi zainur...sama lah ngan fara...susah nak tido lately...byk menda nak pk..itu la ini la...bila time keje mulalah mngantukkkkk

  5. AZIANA Says:

    hehe same lah kiter..pening2

  6. Elya Roza Says:

    bincang ngn familyyyyz ainurrr

  7. Zainur Says:

    SK, aah pasal margin hard cover lari..nasib baik dia bagi kelonggaran kalau tak mampus la nak keluar another 400rm lagi..

    psst: me dpt lect kat YouEmKay :)


    Adieyza, dah cuba merancang sebaik mungkin dan juga tenang2 perasaan...kira masih lagi bisa dikawal..huhu...thanx dear... ;)


    Asna, good idea. Selama ni akak sedia buku utk kerja nikah kahwin aje tak terfikir la plak pasal hal ehwal rumah...huhu...thanx! :)


    Farah, nasib baik lah saya tak start kerja lagi. Kira masih ada masa untuk bermalasan di awal pagi...hehe...


    Aziana, pening kan? Memang majoriti melalui keadaan ini kot..cuma kena pandai kawal dan rancang...


    Elya, betul la kena tanya family juga pendapat dia org..cuma skrg tgh cr masa yg sesuai nak berbincang since semua org bz dgn macam2 perkara lately..aduhai...

  8. Anonymous Says:

    ya rabbi..cianya zainur..sabo..sabo...psl theiss tu..yg menghayatkan hatiku mendengar

  9. Fathiyah Says:

    salam zainur,
    fathiyah here =)
    kte link kamu ye.
    take care.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs