Do i look a bit older today?




It's my birthday!!!!
@rayaweeee....

......to be updated soon!

Bilik tidur pengantin

Nak update pasal kahwin tapi rasa macam dah basi jer. Al maklumlah dah hampir 4 bulan kahwin. Tapi, tu lah, once dah kahwin ni kesempatan nak update blog berkurangan. Kalau dulu hujung minggu boleh layan blog sampai lebam!

Just nak share hiasan kamar beradu masa kahwin dulu. Takdalah gempak sangat pun. Idea dari family dan juga jiran tetangga. Awal-awal tu agak sukar juga nak tatarias bilik pengantin ni sebab keluasan bilik boleh tahan luas. Lebih kurang 20x20 kaki. Nak tambah perabot poket saya dah tinggal habuk! Jadi guna saja apa yang ada. Ada juga jiran yang bermurah hati pinjamkan set lampu dan pasu bunga.

Jom layan gambar!




Kalau perasan, ada bunga tangan warna merah atas katil tu. Itu sebenarnya dari kak Nadia (Dina Halim). Baik kan mereka? Siap tanya saya lagi nak guna bunga tangan tak? At first, kakak nak buatkan guna fresh flower. Tapi, risau juga if something happen. So, for safety saya terima saja bunga tangan ni dari kak Nadia. Orang bermurah hati pinjamkan saya lagilah berbesar hati menerima walaupun pinjam aje. Pihak Dina Halim memang tak berkira langsung. Suka sangat deal dengan mereka and highly recommend untuk bakal-bakal pengantin di luar sana terutamanya pengantin muslimah!



Set bilik tidur ni seperti katil, meja solek, almari dan meja tepi adalah dari perabot FAMISTA. Sebenarnya menyesal beli perabot FAMISTA ni. Low quality dari segi workmanship dia. Dulu memang beria aku nak beli. Kononnya murah dan ada kualiti. Sekali hampeh! Agak mendukacitakan sungguh.... Macam katil tu, hujung kepala dia dah banyak kali tercabut. Drill lah pakai skru paku dan bagai tapi semua tak menjadi! Walhal bukan beraksi ganas pun. Ooopppsss...@gatai

Seingat aku malam pertama tu siap pesan lagi kat hubby, janan tidur ganas-ganas. Katil ni tak cukup kuat. Malu weh kalau malam pertama dah reban katil.. Wakakaka...macam parents aku dulu-dulu...hikssss....@diam

Walaupun perabot yang aku beli tu half wood half bukan wood tapi still rasa macam kena tipu pasai wood dia tak cukup kualiti. Yelah belakang katil tu dah berlubang dah sana sini. Tapi, tak lekat juga. Beli kat kedai perabot biasa lagi puas hati you all. Dahla kedai FAMISTA ni jauh kat Klang. Rasa tak worth it je. Mungkin aku jer bernasib malang terkena begini kot. Mungkin orang lain tak ada masalah. Tapi, pengalaman pertama ni membuatkan aku black list terus jenama FAMISTA ni. Sorry! Walaupun u pandai layan pelanggan tapi janji manis yang you tabur tu setakat di mulut you sajalah! Woooppsss dah jauh kelencongnya!

Back to hiasan bilik pengantin ni, meja solek tu idea dari my younger sister. Suka sangat dia gantung manik-manik berjurai dekat cermin tu. So unik! Simple aje...Janji malam pertama boleh tidur dengan selesa! Rasanya semua bakal pengantin boleh hias sendiri. kamar beradu Tak perlu lah nak ambil perkhidmatan tertentu kerana at the end semua barang-barang yang you sewa kena pulangkan. Tapi, if you decorate sendiri barang-barang hiasan tu still boleh guna lagi. And paling penting tak lah berserabut. dan puas hati Saya rasa idea yang pasang kelambu kat katil pelamin tu macam dah lapuk...hehehe.... Tu my own opinion lah... jangan ada yang terasa lak! Sebab saya suka tengok yang lapang, tak terlalu sarat dan serabut!


Total damage:
Bedroom set (Famista): Rm 2,200 (kalau tak silap!)
Cadar (Jakel): Rm 350
Langsir (Nilai 3): Harga tak ingat pasai tempah untuk satu rumah...heee
Lain-lain hiasan: pinjam dari rumah sendiri & jiran


psst: Ada yang berminat nak sewa bunga orkid tu?

Cebisan rindu

@penatPheww.... Awal tahun ni benar-benar menguji kesabaran dan ketahanan. Kerja berlambak sangat. Semua nak kena settle secepat mungkin sebelum pergi 'sana'. Tak sempat nak berblogging pun. Sudahlah sekarang ni winter season kat area KB ni... Hari-hari hujan. All the day. Sejukkk bangat.

Tapi, tak sangka masa last weekend dapat surprise dari hubby.@cinta Love it sooo much... Actually, semenjak dua menjak ni tak berapa lalu nak makan nasi. Kadang-kadang pi kedai sampai tak lalu nak order apa. Jemu la makan kat kedai jer kan. Nak masak pun dok sorang macam tak worth it pula. So, nak isi perut makanlah roti dan biskut. Dan bila tensen dengan kerja ni all i want is aiskrim and cokelat. Aiskrim pula nak sundae strawberry! Memang tak boleh blah... Musim-musim winter ni pun masih craving for aiskrim.

Nak dijadkan cerita last weekend area pantai timur ni dilanda hujan yang dahsyat. Memang sesetengah kawasan naik air. Main office I memang dah banjir, luckily my own bilik tak terkena. Memang hari Khamis lepas, kelam kabut packing nak balik KT sebab takut terperangkap dalam banjir. Macam biasa every Thursday, hubby akan datang jemput after office hour. Masa balik tu pun certain-certain area dah dinaiki air...Mujurlah kereta kecik kami lepas aje!

The best thing waktu hujan tu ialah: sesampai jer rumah di KT tengah-tengah malam tu, hubby bagi kejutan....tadaaa... Sunday Strawberry yang kuidam-idamkan! Time-time hujan tu juga ngap bersama-sama. Tak cukup dengan itu hubby juga hadiahkan 2 kotak cokelat Beryls... Ahhh terharunya......

Walaupun abang selalu kata abang bukan lelaki romantis, tapi bagi diriku abang la paling romantis sekali! Selalu bagi kejutan yang tak disangka-sangka. Selalu tolong picit-picit tubuh manja ni. Selalu belai-belai dan usap manja kepala ni. Rindunya dekat habibi.....cepatlah hujung minggu datang lagi!

psst: owh hanya sekadar cebisan rindu untuk sang suami!

Welcome 2011

Selamat datang 2011. Ada apa tahun baru ini?

Apa yang telah dikecapi? Jom flash back...
Alhamdulillah, pertamanya impian untuk menjadi zaujah buat Encik suami telah pun dimakbulkan. Majlis sederhana namun meriah dan hari demi hari merasa bahagia di sisinya.

Kedua, dari menganggur kemudian dah dapat kerja. Syukur, alhamdulillah! Berkat kesabaran, usaha dan doa yang tidak putus. Mungkin juga rezeki nak kahwin. Sekarang dah 8 bulan lebih bekerja dan sangat enjoy walaupun kekadang meroyan sebab sibuk memanjang.

Ketiga, mendapat tajaan mini pelamin dari pihak Dina Halim. Yang ni memang best sekali sebab di luar jangkaan. Memang sesuatu yang sukar dilupakan. Kenangan manis gitu!

Selain tu, ada juga rezeki lain yang datang mencurah-curah contohnya menang cabutan bertuah di Malaysian Largest Blogger Gathering with Gatsby deodorant Street Fair. Yang ni sangat marvelous sebab menang laptop aspire yang cute tuh... Huhu.. Selain dari tu, dapat duit terkumpul sebanyak Rm150 sebab join nuffnang-project alpha. Apa lagi eh? Owh lulus cemerlang dalam IELTS (cemerlang la sangat...huuuu).

Banyak sangat kot nak list down semua. Apa pun syukur kepada DIA yang menganugerahkan semua ni. Ameen. Mudah-mudahan rezeki tahun baru lebih luas lagi. Ameen.

So, apa pula yang saya impikan tahun ini?

Hurmmm, pertamanya saya berharap dapat sambung study ke oversea tidak lama lagi. InsyaAllah setakat ni masih lagi dalam proses mendapatkan biasiswa. Kalau lulus, boleh lah buat visa. Hujung bulan 2 boleh la fly berhoneymoon dengan encik hubby. Yeayy...

Selain tu, memang la berharap akan hadir orang ketiga yakni rezeki berbentuk zuriat. Mudah-mudahan lepas jejak ke negara kangroo tu adalah habuan buat kami. Ameen...

Dan mudah-mudahan jua Allah meluaskan pintu rezeki suami kerana terlalu banyak berkorban untuk diri ini. Abang, terima kasih untuk semua. Nur amat menyayangi dan menghargai dirimu. Cuma bibir jer payah nak ucap tapi dalam hati Allah saja yang tahu.

Untuk bloggers yang baru bernikah dan bakal bernikah, moa selamat semuanya. Moga Allah meluaskan rezeki kita semua. Dan mudah-mudahan setiap dari kita menjadi isteri yang solehah. Bukan sahaja yang taat pada suaminya tapi jua taat pada PenciptaNya. Ameen!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs