Welcoming Muhammad Solahuddin to the dunya

Assalamualaikum and hola!

Goshh....lama betul tak update kan?

Alhamdulillah saya dah selamat beranak pun. Anak pun dah nak masuk 5 bulan! Baru ada feeling nak update.

Selama ni memang nak berblogging tapi tahu aje lah bila dah ada anak memang tak sempat. Boleh aje nak update masa berpantang kan tapi apakan daya aku berpantang sendiri sendiri maka memang lah tak ada masa. Dapat 'cara' ke diri sendiri pun syukur alhamdulillah....

Mengenang kembali detik bersalin yang lalu, memang bercampur baur lah perasaan itu. Tapi setiap orang tu kan pengalamannya berbeza beza. Maka aku redha sajalah.

Aku ambil cuti 2 minggu lebih awal sebab takut terbersalin seminggu awal dari EDD. Masa tu yakin macam akan beranak awal sebab dok main naik turun tangga uni berkali kali dalam sehari. Masa tu semput sangat. Nak bawa perut pun tak larat tapi mujur dapat jugak cover beberapa kelas sebelum dan selepas bersalin.

Sepanjang bercuti waktu tu memang macam macam rasa. Maklumlah anak pertama mestilah rasa excited nak jumpa kan? Dok tunggu hari demi hari. Dengan perut yang sangat besar. Sampaikan mak bapak aku ingat mengandung kembar. Mungkin ketara bezanya dengan adik aku yang mengandung juga tapi kandungannya 3 bulan lebih awal dari aku. Baby pula aktif bergerak menendang sana sini. Tak kira malam atau siang. Masa awal awal risau sangat sebab kedudukan dia yang songsang. Tapi mujur di akhir akhir dia berpusing juga pada kedudukan normal.

Namun semakin dekat dengan tarikh EDD masih juga belum ada tanda tanda nak bersalin. Makan semakin berselera dan berat naik mendadak... T_T Rasa excited dan tidak sabar bertukar menjadi cemas dan debar juga takut. Siapalah yang nak kena induce kan? Dari pembacaan blog ke blog induce tu sakittt. Memang berharap dan berdoa sangat untuk lekas lekas bersalin dan biarlah normal. Memang macam macam usaha dilakukan untuk mempercepatkan proses bersalin namun masih juga tiada tanda.... rasa sakit sedikit pun tiada.... T_T

Oleh kerana telah seminggu lewat maka dengan berat hati aku serah diri kepada pihak hospital. Memang ini lah saat yang aku tak suka sebab aku memang fobia dengan doktor. Hahaha... walaupun bapak dengan kakak aku sendiri adalah doktor. Juga perkara yang aku takuti itulah yang harus aku hadapi iaitu INDUCE!!!

Doktor memang ada bagi pilihan untuk czer atas faktor anak pertama dan setelah bertahun merancang jadi tentulah sangat berharga bagi aku dan suami. Tapi aku tolak sebab czer tu lagi menakutkan. Dan aku memang tak bersedia untuk dibedah. Sudahlah penjagaan nya rumit kan? Aku pula kan nak berpantang sendiri...

Tapi, induce juga ada risiko pada baby. Takut baby tension sebab dipaksa keluar kan. Jadi setiap kali lepas masuk ubat memang kena monitor denyutan jantung baby untuk pastikan si kecil baik baik saja. Biasanya lepas sekali atau dua kali jalan akan terbuka lah juga. So aku terima sajalah walaupun sedia maklum yang akan rasa sakit. Sakit apabila doktor masuk ubat juga sakit kesan dari ubat-contraction.

Malam tu pertama kali bermalam di wad bersalin baru HSNZ juga tanpa suami di sisi T_T Mujurlah ada rakan rakan seangkatan yang mana semuanya boyot boyot belaka. Tapi aku antara yang terboyot sekali lah. Orangnya kecik tapi perutnya besar. Ramai sangka aku mengandung kembar. Moga moga selepas ni kembarlah dapat. Huhu....

Kali pertama dimasukkan ubat huihh memang nyilu lah sebab doc main seluk seluk kan. Aku tahan nafas ajelah untuk kurangkan rasa sakit. Memang proses ni paling aku tak suka sekali lah. Mujurlah ada seluar mamapride. Takdalah rasa terdedah dan malu yang melampau. Syukur juga semua proses dilakukan oleh doktor wanita.

Kali pertama masuk ubat memang sedikit pun tak ada rasa apa apa. Cuma rasa tak selesalah sebab kena seluk kot. Oleh kerana tak sakit dan jalan masih tak buka maka doc terus mengulang prosedur yang sama. Empat kali beb! EMPAT kali masuk ubat tapi masih tak terbuka jalan.... T_T Kawan kawan seangkatan yang kena induce semua dah selamat melahirkan. Katil katil sebelah kiri kanan dan depan dan berganti ganti orang tapi aku masih juga di sini. Tahu tak bagaimana perasaan itu???

Cuma kali ke 4 masa masuk ubat tu la aku rasa sakit contraction tapi terpaksa menahan seorang seorang sebab hospital kerajaan kan suami tak boleh teman di wad kecuali waktu melawat.... sob sob sob... bayangkan tanpa ibu di sisi dan juga suami. Arwah mertua kalau ada tentu sudah menemani aku saat itu. Jadi, aku hanya ada Allah saja. Dan bermacam macam doa kupanjatkan mohon dipermudahkan....

Lepas masuk ubat yang ke 4 tu la baru ada terbuka sedikit jalan. Itupun 3 cm sahaja. Dan selepas tu aku tak rasa sakit sakit dah. Hanya 3 ke 4 jam saja sakit contraction. Tapi oleh kerana aku sudah lewat 12 hari maka kes aku ni berat juga lah. Siap dilabel warna merah. Kalau ada je kosong kat labour room memang terus masuk saja. Jadi bayangkan perasaan kena menunggu itu.....perit....debar....bosan....haha....

Akhirnya pada hari Jumaat 9.10.15 pada jam 12pm aku ditolak ke labour room. Memang happy kot sebab akhirnya akan bersalin dan jumpa my little angel walaupun hakikatnya aku sedia maklum yang proses 'paksa bersalin' ini akan sangat menyakitkan. Lebih sakit dari bersalin normal. Tapi aku kuat dan redha!

Doktor pakar memang awal awal dah offer epidural walaupun jarang sekali hospital kerajaan akan offer begitu kecuali pada kes kes tertentu. Tapi aku sekeras kerasnya menolak. Masa tu keyakinan sepenuhnya pada Allah yang akan memberi aku kekuatan dan pertolongan. Doktor sangat terkejut dengan keputusan aku namun masih menawarkan pada aku bila bila aku rasa aku perlu. Hopefully tak payahlah doaku dalam hati. Maka bermulalah proses bersalin aku dengan berbekalkan tenaga dari sarapan pagi tadi T_T

Penat tak baca? Hehehe.... Aku penat menaip tapi masih teruja nak berkongsi cerita...sebab kalau aku berhenti alamatnya berbulan pula nak sambung nanti...hehe... so aku sambung ek? Kalau rasa nak teruskan pembacaan silalah...tak paksa pun...hihi....

Ok setelah 4 jam dimasukkan ubat dan bergelut dengan kesakitan yang hanya Allah saja maha mengetahui akhirnya doc datang untuk check jalan atau progress lah. Bayangkanlah masa ni contraction adalah sangat kerap hanya selang seminit kot. Memang rasa macam err nak mati atau boleh mati. Tak tau nak habaq lagu mana. Doc dan nurse pun sangat kagum sebab aku boleh bertahan sakit tu tanpa epidural, gas tau ubat tahan sakit. Aku hanya zikir dan ingat Allah saja masa tu. Terasa sedikit kegembiraan bila doc yang check tu bagitau jalan dah terbuka 5 cm. Jadi aku memang feeling positive saja kononnya akan melahirkan sebelum maghrib.

Sekali.....masuk doc pakar check jalan. Kawan kakak aku lah sebab kakak aku yang suruh pantau perkembangan aku. Maklumlah bersalin pertama kali tapi takada ibu di sisi. Huhu...tapi aku relax aje kot? Ok doc pakar ni bagitahu dengan jelas dan terang di pendengaran aku, "siapa kata terbuka 5 cm. Masih 2 cm lagi ni!". Allahurabbi....bayangkan perasaan aku masa tu. Terkejut, sedih, down ...semua ada... macam sia sia aku menahan sakit rupa rupanya masih 2 cm??? Doc pakar tu menyambung lagi, "tingkatkan dos pun mungkin akan terbuka lagi 2 cm dalam masa 2 jam".

Allah Allah Allah......

Kalau begitu berapa jam lagi perlu aku menahan sakit sedangkan contraction pada masa itu hanya selang beberapa saat! Itu pun kalau terbuka jalan kalau tidak bagaimana???  Masa tu aku rasa stressss yang amat. Aku hanya ingin anak ku selamat dilahirkan. Cukuplah itu...biarlah anak ini selamat dilahirkan biar apa pun risiko yang aku perlu ambil. Kalau perlu bedah saat ini pun bedahlah. Janji kau selamat nak! Melihat degup jantung baby doktor sendiri tak dapat meneka sama ada baby aku ok atau tidak. Katanya 50/50. Sekejap denyutannya normal dan sekejap laju....

Dan akhirnya aku redha dengan ketakutan aku yang satu ini: Czer! Mungkin inilah takdirnya...pasrah T_T baby nak keluar ikut jalan yang sama macam mama baby jugak...huhuhu... malas la aku nak cerita peristiwa dalam dewan bedah di mana walaupun selepas dibius aku masih boleh gerak kaki kanan aku. Sebab kan hal ini aku dipengsankan terus dan tak dapat nak merasai lorekkan lukisan dikulit perut mahupun mencuri curi pandang proses bedah melalui cermin bedah. Yang aku sedar bila doc bertungkus lumus tolak perut untuk keluarkan anak ummi yang panjang dan besar gedebok!

Alhamdulillah alhamdulillah a'la kulli hal aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki diberi nama Muhammad Solahuddin pada 9.10.15, Jumaat jam 8.13pm. Gabunggan nama antara Nabi Muhammad saw dan pahlawan Islam Solahuddin Al ayubi. Bayi seberat 3.7kg dan setinggi 57cm ini alhamdulillah sihat walafiat hingga ke hari ini.

Okay cukuplah dulu sampai sini walaupun sebenarnya ada lagi kisahnya tapi kita simpan dulu. Huhu...

Inilah anak ku....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs