Bersiaran dari PC

Salam everyone!

Sekarang saya bersiaran secara langsung dari Pengkalan Chepa, Kelantan. Yep! Lama sudah tak berblogging sebab sibuk menguruskan hal lapor diri di sini. Alhamdulillah segala urusan selesai dan saya pun dah mula kerja. Ameen.

Memanglah jauh beza KB dan KL. Pun begitu saya bersyukur sebab dapat bermukim di bumi yang permai ini. Walaupun banyak kekurangan dari segi pembangunan tapi jiwa saya disuntik ketenangan. Barangkali kerana Menteri Besar nya seorang alim ulama' jadi tempias keharmonian itu terasa. Walaupun saya kurang gemar dengan sikap mereka yang terlalu ke'puak'an tapi masih ada juga yang baik macam housemate saya. Alhamdulillah.

Sebagai orang baru saya tahu tidak semua yang mengalukan kehadiran saya terutama bagi mereka yang melihat saya sebagai pesaing. Haha... Ada yang sangat peramah dan baik ada gak yang buat dek bila salam perkenalan dihulurkan. Pelik la juga kan walhal baru aje kenal. Nak kata ada buat silap ka apa ka, baru jer bertemu muka. Apa pun, tak kesahla janji dia tak kacau hidup aku sudah la kan. Cuma tak seronok la bila kerja bawah satu jabatan, ada yang bermasam muka and dengki mendengki. Aihhh...orang melayu ni sokmo gitu eh?

Aihh...tapi saya suka officemate saya. Walaupun berbeza fakulti tapi we get along very well. Mudah sangat mesra. Oh! mungkin sebab dia pun orang luar macam aku!

Nota: Tak berniat nak buat mana-mana pihak berasa hati tapi itulah hakikat yang dilalui. Bukan sekali, dua kali atau tiga kali tapi setiap kali dan kebiasaannya mereka-mereka ni bersikap begitu. Yalah tanahair mereka, tapi kita kan 1 Malaysia. Paling penting 1 agama. Kenapa perlu begitu?
4 Responses
  1. Hasnah Says:

    Alhamdulilah.. lapor diri n dpt sewa rumah dah. xpe la kak org yg mcm tue. mgkin mereka xbiasa dgn kehadiran org luar. Doakn yg terbaik utk akak n kawan2 bru akak ya.

    Jgn stress2 ya bakal pengantin hehe ;)

  2. farahfatihah Says:

    hi dear..alhamdulillah dah pindah yer...

    xpe, jgn mudah menilai, sbb situasi kamu ni fara dah rasa...apa yg fara belajar, org yg peramah mcm nak rak tu la y tikam blakang fara yg mana nmpak cam sombong, sbenarnya dia sgt baik...itu pengalaman fara...juz bcareful..wt baik pasti balsannya baik..insya'allah xda pape tu..biasalah org baru kan...

  3. Zainur Says:

    Asna, takde la stress mana pon...ngah enjoy je...hehe


    Farah, betul hati manusia sukar diduga. Apa pun saya berbuat baik pd semua. InsyaAllah org berbuat baik pada kita nnt... :)

  4. ♥S@R@♥ Says:

    hai nur ;)

    semoga nur happy2 aja dtempt org.. biasala nur..xsemua org suka kita..buat baik pun still ada org xsuka kan..
    semoga nur sentiasa tabah n bersemngt ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs