Butuh pendapat kamu...

Saya sangat memerlukan pendapat kamu semua. Tak kiralah bloggers ke silent readers atau sesiapa saja yang prihatin dan luas pandangannya.

Begini, saya akan berpindah ke Kelantan kerana bakal bekerja di negeri cik siti wan kembang itu. Sekarang tengah sibuk mencari rumah sewa. Masalah saya simple aje tapi rumit sebab tu lah saya memerlukan opini kamu semua yang baik hati ni.

Saya tak tahu sama ada saya perlu menyewa rumah seorang diri ataupun menyewa bersama rakan-rakan yang belum dikenali hati budinya. Buat masa ini saya cuma mahu menyewa untuk jangkamasa setahun sebab selepas itu pihak majikan akan hantar saya untuk sambung belajar. Tapi, saya akan berkahwin dalam bulan Syawal nanti dan bakal suami sekarang bekerja di Kuala Terengganu. Kalau ditakdirkan kami menjadi weekend husband and wife maka saya fikir tak best lah kalau ada housemate kan? Nanti bila husband datang tak boleh nak bermalam situ. Takkan nak bermalam kat homestay atau rumah tumpangan pula kan? Walaupun saya tau banyak sangat rumah tumpangan kat situ. Atau takkan lah setiap masa saja saya kena balik KT?

Yang jadi masalah sekarang, tunang macam tak berapa suka. Dia risau pula nak biar saya duduk sorang-sorang ni terutama bila dia di sana saya di sini. Saya pun sedikit penakut sebenarnya sebab pernah fobia sekejap bila rumah dimasuki pencuri. Tapi, dia masih mempertimbangkan keadaan selepas kami bernikah nanti.

Kepala saya sedikit pusing memikirkan hal ini. Kalau tak ada offer yang lebih baik maka saya akan bermastautin kat sana. Beranak pinak lah. Haruslah membina mahligai rumah pula kan? Atau sekurang-kurangnya beli rumah sendiri. Tapi kalau dapat offer lain sebelum saya sah jawatan dan terikat dengan yang ini kan bagus juga.

Haihh...pening-pening.... Apa pendapat kamu?
5 Responses
  1. ♥S@R@♥ Says:

    rumit gak ni zainur..

    tp sara nak doa hope zainur dapat offer kerja dekat ng husband zainur nnt..

    dah kahwin duk jauh2 xbest rsnya. klu dah tpaksa nak wat camne gak kan..ujian Allah kita kena hadapi juga..coz ada hikmah dsebaliknya

  2. Hasnah Says:

    alahai kak nurul.. sorry sgt ya~ asna xtau nak bg pendapat mcm ne sbb rasa complicated jugak nie.. hmm cube discuss dgn parents kak nurul mcm ne ya.

  3. Zainur Says:

    Sara, arap2 bakal suami pun dapat tukar or kerja kat kelantan jugak.

    Asna, tuhla..parents pun kebingungan..hehehe..

  4. madam kheyr hameed Says:

    ini pendapat saya:

    1. duduk umah sewa dengan orang lain if:
    - bayaran rumah sewa adalah agak mahal (saving utk kawen)
    - risau keselamatan diri dan harta benda (tapi dok reramai pun lom tentu harta benda selamat kan?)
    - parents & tunang cadangkan duduk secara reramai.
    - orang lain dlm umah sewa tu tahu your condition & setuju (nak menyewa bersama selama setahun/smpi syawal je)

    2.duduk je sorang kat rumah/bilik sewa if:
    -harga berpatutan dan dalam budget
    -mahukan privasi
    -yakin dapat jaga diri dengan baik
    -takut dapat kawan serumah perangai mcm 'hantu' opss..

    in case kena PJJ dengan future husband, dicadangkan agar duduk sahaja menyewa sorang diri. hehehe. utk kemudahan masa depan. tapi pastikan, rumah tu bkn kawasan black area, tak sunyi dan sila berkenalan dengan jiran tetangga untuk kemudahan kemudian hari.

    ni pendapat saya..apa pun hanya awak dan keluarga je tahu apa yang awak nak dan terbaik utk semua orang.

    cheers

    p/s: sorry zainur..i just noticed that you are one of the followers in my blog. ahaks. i'll follow u then :)

  5. Zainur Says:

    Mrs Zach, Tenkiu...pendapat awak sangat membantu... dikala saya kekusutan... :)

    p/s: Saya follow awak sebab blog awak ada info berguna untuk saya tapi tak tahula blog saya ni ada info atau pun sekadar ruang melepas perasaan ;P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs