Hantaran dan Bunga dip dulang

Surat tawaran perlantikan telah sampai tadi. Yipee...@nari Maksudnya saya diberi tempoh sehingga Jun untuk melapor diri. Kalau nak gaji awal sebaiknya melapor lah secepat mungkin. Tapi, sebelum tu saya nak settle beberapa perkara tentang pernikahan ni. Kemungkinan besar Mei baru saya nak lapor diri. Heh.. Boleh tak macam tu?

So, ada masa sebulan lah nak settle itu ini termasuk lah mencari rumah sewa nun kat KB sana. Ada sesiapa orang KB sini yang tahu menahu tentang rumah sewa? Tolonglah hubungi saya ya di zainur1925@gmail.com. Bantuan dan informasi anda sangat penting buat saya. Kalau boleh saya nak pergi sana terus angkut bawa barang-barang. Penat lah kalau nak mengulang dua tiga kali. Sudahlah jauh. Duit minyak dan tol pun kena fikir juga kan?

Ada beberapa orang bertanya tentang bajet hantaran. Kalau buat sendiri memang sangat bajet dan murah lah. Kalau guna bunga plastik lagi murah dari bunga segar. Sekarang ada banyak bunga-bunga plastik yang menyerupai bunga segar. Tak percaya sila pergi ke SSF. Cantik-cantik semuanya. Banyak pilihan mengikut bajet dan kesesuaian kamu. Pada pandangan peribadi saya, lebih baik guna bunga plastik dari bunga segar yang mahal tapi akan layu selepas itu. Kalau bunga plastik kamu boleh guna lagi atau setidak-tidaknya lelong pada harga yang murah untuk bride to be yang lain. Jimat duit dan tidak membazir! Saya tak dapat bayangkan dekorasi pelamin dan dewan yang menggunakan beribu-ribu bunga segar. Sudahlah membazir bukan tahan lama pun. Saya sangat menghargai alam semulajadi. Jadi bila dieksploitasi begini saya rasa nak marah pun ada. Tapi, itu hak individu lah kan. Bagi pencinta alam sekitar macam saya memang lain lah pandangan dan fikirannya. Jangan ada yang melenting dan terasa hati pula ya!

Untuk mereka yang tak berapa pandai mengubah hantaran atau mengalami kengkangan masa serta bajet yang ciput boleh try anniecraft. Dia ada menawarkan beberapa pakej yang bersesuaian dan menikut kemampuan anda. Hari itu saya ada berYM dengan Puan Annie ni. Sangat ramah dan banyak membantu walaupun saya tak tempah apa-apa dari beliau. Harga termurah untuk gubahan hantaran yang beliau buat adalah sekitar RM35- 40 sedulang. Ok la jugak kan. Tapi, tak boleh expect much la kata beliau. Kerana yang ada sekuntum bunga besar aje.

Gubahan hantaran saya pula, akan buat sendiri (DIY) seperti waktu bertunang dulu. Kat bawah ni antara bunga-bunga dip yang dibuat sendiri. Cuba teka, agak-agak yang mana yan saya akan guna untuk hiasan bunga dulang saya nanti?

morning glory

kekwa ke ni?


ros



orkid

Ada yang berminat? email saya ok? Ini tak siap sepenuhnya lagi. Daun tak lengkap dan riben pun tak pasang lagi. Saja nak test-test dulu ok ka tak ka... Maaflah ya kalau gambar kurang bermutu sebab kamera hp cikai aje. Haha-

Nota: Esok ada date temujanji dengan my designer. Wallaa~
11 Responses
  1. Hasnah Says:

    yeay! clap! clap! clap! akhirnya surt yg ditunggu tiba jugak.

    asna pun buat hantaran sendri jer. Alhamdulilah bung2 hiasan semua dh siap tinggal nak jadi burung tipu jer belum lg. =)

  2. Cik Belle Says:

    zainur, macam mahal je puan annie punya harga. sebab saya yang tak survey ni pon, bloghopping ada yang amek rm50 untuk fresh flowers. tapi, still macam membazir. katalah untuk 9dulang, da rm450. kalau buat sendiri, tak de la kos sampai banyak tuh kan. hehe

  3. Anonymous Says:

    wah bgsnya buat sendiri..mia ni dah la x kreatif. takat nk tolong, boleh la..huhu

  4. farahfatihah Says:

    wahh cantik la pink roses tu

  5. Zainur Says:

    Asna: Burung tipu? wahh buat bentuk burung ka?kagum2...

    Belle: Betul ker? wakaka...actually saya tak buat survey pun. Sebab hantaran mmg dah bajet nak buat sendiri. Cuma sebelum tu ada satu vendor ni nak caj 120rm gitu bila jumpa annie nie dia caj 35 gitu...i thought murah la kot but still rasa kalau saya buat sendiri lagi murah dari upah org kan? Anyway thanx for ur info. Hopefully helpful utk org len yg tgh survey2 ni... :)

  6. Zainur Says:

    Mia: Tak yah jadi kreatif pun xpa. Jadi peniru. haha... Saya pun banyak ambil inspirasi dari mr google..

    Farah: Thank you..baru cuba jaya gitu..akan lebih tekun lagi selepas ini..hoho..

  7. Xora Says:

    Tahniah ya!! kamu menang Dina Halim nya contest! dah agak boleh menang pasal karya kamu sangat teratur dan masih menerapkan unsur islamik :D

  8. farahfatihah Says:

    dear!!!! tahniah yer..kamu pemenang contest tu!!!!! waaa fara plak yg teruja hehehe

  9. Elya Roza Says:

    zainur!!tahniah...alhamdulilah menanggg :D

  10. Cik Belle Says:

    tahniah zainur!!! hehee.

  11. Zainur Says:

    Xora, Farah, Elya dan Belle : thanxx :) :) :) Alhamdulillah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs