Rasa nak marah ok. Macam nak mengamuk. Nak hentak-hentak kaki. Nak baling-baling barang. Nak pecahkan barang. Nak tu nak ni....
Astagfirullah.... Wahai hati sila bersabar! Lagipun salah pilihan sendiri. Tapi, aku dah pilih yang lain sebenarnya. Tapi, ramai sangat tak setuju dan komen macam-macam. Alih-alih pilihan aku paling dull
Bila tanya mak dia kata ok tapi ekspresi wajah jelas-jelas menunjukkan kejelekan. Sebelum ni semua orang
Actually aku tak puas hati pula dengan warna cat bilik yang aku pilih. Sangat dull. Sebelum ni aku cadang nak ambil warna cokelat dan krim untuk bilik tapi mereka kata cokelat gelap. So, lepas itu dan ini aku pun pilih warna sherbet dan classic silk. Suppose kedua warna akan kontra. But, now tenggelam. So dull.
Tak kira kalau pas ni mak nak membebel ke apa. Selagi tak pindah barang masuk aku rasa sempat aje aku nak tukar warna tu. Aku nak ganti classic silk tu dengan romance (ici paint). Full stop. Orang lain nak kata pinky ke apa ke aku tak mau dengar, boleh? Setidak-tidaknya kalau jadi tak cantik pun memang salah aku sendiri. Tapi, sekarang aku rasa salah orang lain sebab banyak komen dan pengaruh aku hingga akhirnya aku salah pilih warna!
Nota: Manusia memang susah nak mengaku salah sendiri kan? It's my fault actually. Aku tak sepatutnya biar orang pengaruhi aku kalau aku rasa decision aku dah betul. Oklah, small matter aje. Setan jer suka nyucuk-nyucuk perasaan manusia...
kadang2 hati ni nk mnjaga hati org. tp xpelah, benda dh jadi pun kn. ambil iktibar ya! mungkin kena sedikit tegas dgn keinginan sndri...
aah..tp tulah kadang-kadang opini org bagus tapi tula pertimbangan saya yang tak bagus...xblh salah org len sebenarnya