Showing posts with label Aku n Dia. Show all posts
Showing posts with label Aku n Dia. Show all posts

Kini kutahu....

As Salam,


Alhamdulillah, cuaca hari ini baik. Dua hari yang lalu hujan tak berhenti dari pagi ke malam. Walaupun hujannya tak lah lebat tapi suasana yang mendung seringkali mempengaruhi emosi. Teringat suatu masa dulu semasa di tanahair, hujan adalah sangat di nanti-nanti. Sejuk dan menghiburkan. Bahkan menjadi inspirasi menghasilkan beberapa nukilan indah.

Tapi hujan di tanah koala ni berbeza sungguh rasanya. Mungkin sebab cuaca yang sedikit dingin berbanding di tanahair. Jadi bila ditambah dengan hujan, maka bertambah dingin jadinya. Rasa nak berselimut sepanjang waktu. Malah, diri bertukar menjadi malas dan lesu. Tak ada mood kononnya. Idea dan ilham lagi lah menghilang.

Hari ini matahari bersinar kembali. Membawa keceriaan kepada alam. Pun begitu cuaca tidak panas menyengat seperti di tanahair walaupun sinar matahari menyilaukan. Cuaca musim bunga. Memutik rasa romantis di hati. Tiba-tiba angin bertiup lembut. Membawa kembali memori yang lalu.

Tiga tahun lepas pada tarikh ini punya kenangan indah yang terabadi selamanya. Selama 27 tahun aku hidup baru hari ini ku mendapat jawapannya. Jawapan kepada persoalan ku sendiri sejak dari zaman sekolah lagi. Jawapan yang tidak terjawab oleh siapa-siapa pun. Tidak dari kedua orang tua ku, bukan juga dari guru-guru ku yang tinggi ilmunya, malah tidak juga diketahui oleh mana-mana pengkaji mahupun peramal profesional.

Dua puluh tujuh tahun aku mencari-cari jawapan! Kadang-kadang aku binggung memikirkan. Kusangka ku memperoleh jawapan tapi rupanya jauh dari sangkaan. Betapa kerdilnya diri kita sebagai manusia dibanding dengan Tuhan. Tidak teramal walaupun sesaat di hadapan!

Tapi, aku tak pernah berputus doa dan harapan. Selalu ku minta darimu Tuhan agar diberi petunjuk dan jalan. Dan akhirnya pada tarikh ini sewaktu 3 tahun yang lepas, Allah memberikan aku jawapan.

Inilah dia jodohku. Yang diciptakan untuk ku. Menjadi suamiku, imamku, pembimbimgku dan pendampingku di dunia ini. Mudah-mudahan akan kekal ke hujung nyawa dan insyaaAllah hingga ke syurgaMu ya Allah.

Selamat ulangtahun pernikahan suamiku!

 


Dejavu di Kuala Terengganu- Bhgn Akhir!


Okay, peristiwa yang berlaku kat lab tu merupakan antara kisah 'aku dan dia' yang tak dapat aku lupakan. Walaupun, aku tak dapat tahu namanya disebabkan kecabulan mulut ku (eh, boleh ker kata begitu?) tapi ada sesuatu yang penting yang aku tahu. Agak-agak korang apa? Aisehh...tak kan tak boleh agak kot. Malu lah aku tulis entry syok sendiri gini... Huhu... Tak per lah kalau korang nak kata aku syok sendiri pun, yang pasti aku SANGAT PASTI yang aku TAK syok sendiri! Yep, sudah terang lagi jelas member si dia cakap yang dia nak berkenalan dengan aku kan? Kiranya tak salah lah tafsiran aku selama ni kan? Yang dia memang pandang aku selama ni. Yang weet weet tu pun ditujukan untuk aku. Walaupun member-member dia tu yang terlebih 'over' weet weet nya tapi kira betul lah kalau selama ni aku rasa yang ada sesuatu yang bermain di hati kami. 

Okay, aku rasa macam cerita aku nih dah nak meleret-leret macam novel pula kan. Kalau aku teruskan gaya penulisan macam ni confirm cerita Dejavu di Terengganu ni akan membiak menjadi berpuluh-puluh bahagian. Serious! By the time aku siap tesis phd agaknya 'tesis' cerita aku pun siap sama! Sebabnya kisah aku dengan dia ni sangat panjang. Maklumlah aku memang jenis jual mahal sedikit. Suka menguji. Konon! Banyak peristiwa lah yang berlaku. Lucu ada, suspen ada, air mata pun ada! Tapi, yang pasti setiap moment adalah gembira, mendebarkan, meng'koya'kan dan memberi petunjuk seolah-olah dia tercipta untuk ku. Aiseh...dah macam cerita Adam dan Hawa pula.

Kalau dalam cerita Dejavu di Kinabalu watak heroin mendapat jantung dari ex-girfriend hero, Maka sebab itu dia merasa dejavu antara dirinya dan hero. (Ampun! Saya tak ingat pula nama watak mereka dan nama pelakon tuh. Aisehh!). Tapi, aku pula merasa dejavu dengan si dia MUNGKIN dari sebuah lukisan wajah seorang lelaki yang tangan aku sendiri lukis. Konpius? Okay, pertama aku highlight kan perkataan mungkin tu sebab aku sendiri tak pasti. Yerlah perasaan ni semua kan anugerah dari Allah. Jadi, lukisan tu mungkin sebagai asbab yang mengikat jiwa aku dengan dia.

Begini ceritanya.....

Suatu hari rumah sewa yang aku duduk 'blackout'. Blackout ni memang perkara biasa. Cuma yang buat dia jadi luar biasa bila rumah kami aje yang blackout. Sebenarnya bukan blackout satu rumah pun tapi ruang makan, ruang tamu dan bilik aku. Puncanya sebab rumah lama, jadi pendawaian pun lama. Leceh lah nak explain bab elektrikal ni, dia aje yang expert dan tahu. Oleh kerana aku adalah orang lama kat rumah tu dan senior dan dikenali oleh semua jiran tetangga disebabkan keramahan dan kecomelan aku, (oppss nampak sangat aku cuba exaggerate cerita...hiks!) maka aku lah yang diberi tugasan untuk cari tukang elektrik. Dan tukang elektrik yang datang hari tu pakai kereta sebiji macam kereta si dia. Bukan tu aje, no plat kereta pun sama! Jeng...jeng...jeng....

Excited tak? Apa kata kalau kita sambung story ni mingu depan? Hihihi.... Okay, okay! Kita sambung sekarang jugak, demi mu Aidalela!

Yep, memang dia lah tukang elektrik tu. Panjang tinggi, kurus, berkumis, seciput jangut, berkaca mata, handsome! Memang sempurna lah kat mata aku ni. Kira dia memang ada ciri-ciri lelaki dan calon suami yang aku cari dan minati.

Sebenarnya dia pun terkejut juga bila melangkah masuk ke pintu pagar rumah kami. Hatinya dah berdebar bila kawasan porch rumah tu penuh dengan basikal. Paling buat jantung dia dup dap dup dap bila terpandang sebuah basikal tua yang sangat-sangat familiar baginya. Basikal yang selalu dia selisih di jalan raya di kawasan Uni. Basikal yang sentiasa buat hatinya berbunga riang walaupun hanya basikal tanpa tuannya. Basikal yang selalu parking di bawah pokok kelapa belakang makmal FST. (Exaggerate lagi! Hee hee...).

Ok, bila mata bertentang mata memang berdebar habis lah. Macam tak boleh duduk diam. Semua serba tak kena gitu. Tapi, beliau bukan berseorangan ada seorang budak laki dibawa sebagai teman. Aku cam budak tu sebab dia salah seorang ahli geng gagak merah. Malah, dia antara yang terapat dengan si dia. Actually, si dia punya berdebar sampai tak mampu nak masuk rumah aku. Hihi... Jadi, budak tu lah yang masuk dan baiki serta memeriksa apa yang patut sedang dia hanya tunggu di muka pintu. Elok aje duduk bersimpuh situ sambil bagi arahan kat anak buah dia tu.

Setelah budak tu siap baiki di ruang tamu dan makan kini tibalah ke bilik aku pula. Actually bilik aku tu tak ada masalah pun. Lampu blow aje. So dah alang-alang dia baiki yang lain minta dia tolong tukar mentol aje. Aku bab-bab memanjat ni memang gayat. So, dia pun carry lah tangga masuk bilik aku. Malu sih aku rasa bila bilik aku diceroboh lelaki. Mula lah menyesal sebab tak kemas betul-betul kan. Kot-kot ada benda yang tak sepatutnya dia nampak ternampak kan haru jadinya. Dah la budak tu kenal aku. Apa-apa mesti dia report kat cik abang yang tunggu kat depan muka pintu tu. Eee...malunya! Yang budak ni pun satu, takkan tukar mentol pun lama kan. Walaupun pintu bilik tu tak tertutup dan aku boleh nampak dia tapi malas lah aku nak mengendap pulak kan. Memang debar-debar aje hati masa tu.

Dan seperti apa yang aku khuatirkan, hal itu benar-benar berlaku. Masa budak tu keluar dari kamar aku dia senyum sengih-sengih aje. Oh tidak, oh tidak....tolonglah Ya Allah jangan lah dia ternampak apa-apa yang tak sepatutnya. Aku pun laju jer masuk bilik. Pandang kiri- clear aje. Pandang kanan pun okay aje. Kemas! Pandang belakang cuma tingkap dan dinding. Pandang depan pun okay aje. Cuma meja study. Standard lah ada buku sepah-sepah sedikit atas meja. Nama pun student kan. Ada gambar aku, mak ayah dan sebuah lukisan tangan aku yang ....dot dot dot..... Tidakkkkk!!!!!

Hahaha.....

Nak berhenti ke nak sambung eh? Macam best pula menaip-naip sambil teringat memori masa lalu. Hihihi... Kadang-kadang bila sembang dengan husband dan tanya kisah kami dulu-dulu, mesti dua-dua malu dan rasa lucu. Dia marah betul kalau aku baca balik email-email lama yang dia pernah bagi kat aku depan dia. Malu lah tu... ahaha....

Okaylah aku sambung lagi...sementara cik abang aku tu tak balik masjid lagi.

Dan seperti yang aku jangka kan budak tu memang beritahu si dia mengenai lukisan yang tergantung molek dekat meja study aku. Aku memang dah terjerat lah. Tak boleh deny tentang lukisan tu lagi. Memang malu juga sebenarnya. Lagi malu bila dia diam tak tanya apa-apa pun tentang lukisan tu. Nampak gayanya aku lah yang harus buka mulut dulu.

Dipendek dan pendek dan pendek kan cerita, aku sendiri tanya dia. Tapi melalui sms aje lah. Bersemuka? malu sih! Dapat nombor telefon pun sebab dialah tukang elektrik tu.

' Pendi ada cakap apa-apa ker masa dia masuk bilik hari tu?'
'Ada'
'Apa?'
'Lukisan tu...sebiji macam muka saya'

Begitulah ceritanya. Bila housemate masuk bilik aku mereka pun cakap hal yang sama. Sebenarnya susah orang nak masuk bilik aku termasuklah housemate. Bagi aku bilik sangat lah privacy. Tapi, bila dapat peluang masuk habis mereka tengok sana sini. Dan masa tu mereka kata lukisan yang aku lakar tu sebiji macam muka abang yang datang baiki lampu tu. 'Akak ada apa-apa dengan abang elektrik tu ker?' Itulah soalan-soalan yang selalu dipersoalkan.

Tapi, untuk pengetahuan semua, lukisan tu lama dah aku lukis. Sebelum aku jumpa si dia lagi. Memang dah lama. Masa tu aku baca sebuah cerpen mengenai watak seorang suami yang sangatlah romantis dan pengasih kepada isterinya. Cerpen islamik. Lepas baca tu aku terus meniru lakaran watak dalam cerpen tu. Aku ingat lagi aku pernah beritahu seorang housemate aku, "kalau dapat lelaki macam ni buat suami kan best. Dah lah handsome! Awesome lagi tuh!". Sejak tu aku tampal lukisan tu kat meja study. Sehinggalah akhirnya aku menemui insan mirip lukisan tu. Aku pun tak sedar masa awal-awal tu. Patutlah masa first time aku jumpa si dia ada rasa macam dejavu gitu. Rupanya muka dia ada iras-iras lukisan yang aku lukis tu. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Aku kini bahagia.

TAMAT- (anti klimaks sungguh!)
 
So, itulah yang dapat aku ceritakan. terima kasih pada yang sudi baca dan komen. Kalau nak tahu lebih-lebih tungu aku keluarkan novel dia nanti. Cehh, berangan tuh! Maaf lah kalau lama sangat bertangguh cerita ni. Maklumlah busy. So, hari ni langsailah hutang piutang ku dengan para pembaca sekalian. Harapnya semua berpuas hati. Al maklumlah bahagian akhir ni macam tergesa-gesa gitu. Tak sempat nak feeling mana. Pula tuh ending mati macam tu aje. Anti klimaks sungguh! Tapi,kesudahan cerita semua pun dah sedia maklum kan? So tak payah lah nak cerita semua satu persatu.Yang manis-manis tu simpan buat kenangan sendiri. Nanti menyampah pula orang membaca. Setiap orang ada kisah 'sweet' tersendiri. Tak gitu? Anda pula bagaimana?

Sebelum aku lupa salam maal hijrah. Jom lah kita sama-sama berhijrah kepada yang lebih baik. Aamiin!




Dejavu Di Terengganu Bhgn 2

Salam.

Hola readers!

Adakah kailan tertunggu-tunggu sambungan Dejavu Di Terengganu? Kalau ya, teruskan membaca kalau tak sila klik butang 'x' di bahagian atas sebelah kanan ya! Terima kasih!

****


Bajet cerita aku ni macam best aje! Tak pa lah, I nak asah bakat menulis di samping mengenang kembali kisah pertemuan kami suatu tika dahulu. Aceh... Tapi, bila dah stop menulis tak tahu pula macam mana nak sambung dan di mana harus bermula...haih!


Bab 4
Sejak beberapa kali berselisihan di atas jalan raya, hati kami seolah berjanji untuk menjadikan pertemuan singkat ini sebagai rutin harian kami. Walaupun tanpa persetujuan kata dan janji mulut tapi hati kami sepertinya sudah berbicara sesama sendiri. Maka, setiap pagi aku akan bangun dengan penuh bersemangat sekali untuk memulakan hariku biarpun setiap hari aku tertekan dengan kerja lab yang macam nak gila. Tapi, melihat mata dan senyumanya sedikit sebanyak menyuntik semangat buatku. Hehe.... Walaupun, detik itu hanya sekali imbas namun ia cukup bererti buat diri ini. Dan setiap hujung minggu pastinya terasa sedih dan sunyi kerana wajah itu mula ku rindui. Oh, Isnin cepatlah muncul. Aku tak sabar nak ke Uni! Haha....

Adakah ini namanya cinta? Entahlah. Nama empunya diri pun tidak ku tahu tapi mengapa hati begitu rindu?

Tapi ada juga hari-hari di mana kami tidak dapat berselisih. Sama ada aku terlalu cepat atau dia terlalu awal. Aku pasti kecewa seandainya pagi itu tidak berselisih dengannya. Maka, seluruh hari itu akan menjadi muram dan lesu. Aduhai, angaunya aku ni!

Namun, bukan hatiku saja dipalu rindu. Si dia pun begitu. Kalau tidak bertembung denganku, nampak basikal tua ku pun jadilah katanya. Seperti aku yang menghafal no plat keretanya, dia pun cukup cam basikal tua milik ku. Basikal yang sering aku parking di bawah pohon kelapa di belakang bangunan FST. Satu-satunya basikal yang parking di situ bersama motor-motor staf. Hehe...

***********************************************************

Bab 5
Rupa-rupanya pertemuan kami bukan sekadar di jalan raya saja. Entah sejak bila kelibatnya turut hadir di cafe yang sering aku kunjungi untuk sarapan pagi. Kebiasaanya, sesampai di kampus aku akan ke makmal untuk penyediaan eksperimen sebelum bergegas ke cafe untuk sarapan pagi. Tidak semena-mena (wujud ke perkataan ini?) dia juga sering ke situ untuk sarapan pagi. Dan dia sering duduk bersama-sama dengan kumpulan 'gagak merah' yang lain.

Kenapa aku panggil kumpulan 'gagak merah'? Kumpulan 'gagak merah' ni adalah kumpulan lelaki berseragam merah. Haha.. Memang semuanya lelaki. Dan dia pun termasuk dalam kumpulan gagak merah ni. Saja aku panggil gagak merah sebab pantang tengok perempuan lalu mesti nak bersiul macam burung! Geram betul aku. Dan siulan burung-burung ni memang unik sebab bunyinya 'weet weettt'. Selama ni tak pernah aku di 'weet weett' sedemikian rupa. Siapalah yang nak bersiul dengan gadis luar biasa macam aku. Kenapa aku melabelkan diriku luar biasa? Bukanlah bermaksud aku ni ada kuasa luar biasa. Bukan juga bermaksud aku ni seorang yang cantik nan ayu. Tapi, aku rasa penampilan aku sedikit unik dan berbeza dari gadis-gadis yang lain. Bertudung besar dan berbaju kurung separuh! Apakah? Maksudnya.... aku berbaju kurung tetapi tidak bersama kain kurungnya. Biasanya aku berseluar slack atau ber'track' suit. Kalau aku memakai t-shirt, tidak pula dengan seluar tetapi dengan kain kurung! Haaa...tak ker pelik dan janggal namanya! Rasanya orang tak berapa berani nak buat macam tu. Tapi, aku bukan setakat berani atau selamber malah dengan penuh keyakinan berjalan kemana-mana dengan berpakaian macam tuh. Huhuhu....


Okay, aku memang selesa macam tu. Pakaian yang tak menjolok mata. Lagipun mudah untuk aku yang berbasikal ni. Buat pengetahuan umum, aku tak cekap mana berbasikal. Aku baru pandai naik basikal roda dua masa umurku 20 tahun. Awal-awal dulu memang aku berbaju kurung lengkap nan ayu mengayuh basikal ke kampus. Nak dijadikan cerita kain kurung aku selalu aje tersangkut pada 'pedal' basikal. Akibatnya, bergulung-gulung kain lekat di pengayuh tu sampai lah ke satu tahap kaki aku tak boleh mengayuh lagi dan aku pun jatuh basikal dengan kain terselak. Aduss...malu tau! Dah banyak kali juga aku terkena. Selain itu, banyak kain kurung ku jadi hitam sebab terkena minyak atau gris pada basikal. Sayang betul! Jadi, untuk memudahkan pergerakan aku, maka aku sering berbaju kurung separuh ke universiti. Bukan untuk mencari perhatian tetapi untuk keselamatan dan keselesaan sendiri. Tetapi, tak sangka pula dengan gaya begini pun menjadi perhatian 'gagak merah'! Haishhh.....


Tapi, tak mengapa. Sekurang-kurangnya aku sudah mendapat satu klu tentang dia. Apakah? Semestinya, dia bukan seorang pelajar tetapi staf. Cuma aku kurang pasti staf apa dan bahagian mana. Aku juga tidak tahu status empunya diri. Takut-takut sudah berkeluarga. Lelaki zaman sekarang mana boleh percaya kan? Dah beristeri pun mengaku bujang. Tahulah ada 4 kuota. Tapi, pada ketika itu tak ada lah aku 'aim' nak kan dia. Pada aku, dia tak lebih dari sumber inspirasi. Tak tahulah kenapa tapi aku suka melihat wajah dia. Macam ada sesuatu di situ. Macam sangat dekat dengan hatiku. Dejavu!

****************************************************************

Bab 6
Apa yang aku perasan, aku sudah mula menjadi perhatian 'gagak merah'. Ke mana aku pergi asal bertembung aje dengan mereka ni pasti bunyi 'weet weet' akan singgah ke telinga ku. Yang buat aku bertambah perasan, bila aku sarapan pagi di cafe dan kumpulan 'gagak merah' ada di situ tetapi tidak si dia, tidak lama selepas itu pasti si dia akan muncul. Ajaib, ajaib. Aku agak tentu geng gagak merah ni yang menyampaikan.Yang buat aku bertambah perasan bila mata si dia sentiasa mengekori langkah ku. Bila aku ke kiri matanya ke kiri. Bila aku ke kanan matanya ke kanan. Aahh, siapa-siapa pun mesti dapat rasa kalau diri kita diperhatikan. Apa yang lebih mengejutkan, bukan sahaja matanya tapi tubuhnya juga ikut berubah demi mendapat posisi terbaik untuk memandangku. Aku bukan syok sendiri tapi orang di sekeliling aku pun merasakan begitu! "Oii, apasal mamat tu asyik tenung ko?" Okay, ini sudah tidak boleh jadi. Siapa-siapa yang berada di tempat aku pun pasti berasa tidak selesa. Aku nak makan pun rasa tak nyaman. Apa, aku ni nampak pelik ke? Baju pakai terbalik ke?

Maka, sejak itu bila aku terlihat aje kelibat orang berseragam merah, automatik jantung aku bergetar. Risau kalau depa nampak aku. Seboleh-bolehnya aku nak menyimpang ke jalan lain. Lagi-lagi kalau si dia pun berada di situ bersama-sama 'gagak merah' yang lain. Ialah hajat awal aku cuma nak 'usyar' dari jauh aje. Tapi, tidak sangka semakin lama semakin dekat dia dengan aku. Bukan itu sahaja kumpulan gagak merah ni sudah tahu lokasi aku. Tak sangka pula pada suatu hari mereka ada kerja-kerja penyelengaran penghawa dingin di makmal komputer kami. Kebetulan waktu itu aku di situ dan mahu keluar dari makmal komputer ke makmal alam sekitar yang hanya berselang tiga pintu. Elok sahaja aku buka pintu, nah terpacul dia di hadapan pintu nak masuk. Oh mak aii, terkejut sangat. Terus jantung berdegup kencang. Dan dengan sepantas kilat aku menutup pintu makmal kembali dan tak jadi keluar. Haha. Kelakar. Kelakar. Memang masa tu, aku terperangkap lah. Nak keluar dia ada kat depan pintu. Kalau nak melintas di hadapan dia, boleh berhenti denyutan jantung aku. Bukan itu sahaja, tubuh aku pun menggeletar lain macam sahaja. Maka, aku pun kembali ke dalam dan duduk. Konon-konon nak berfikir jalan terbaik untuk keluar tapi semuanya sudah terlambat. Kerana di saat itu si dia dan beberapa ahli gagak merah yang lain telah masuk.

Jeng...jeng....jeng......


bersambung la pulak!


Dejavu Di Terengganu Bhgn 1

**this is auto publish entry**

Salam.

Haha. Okay, entry ni adalah rentetan dari post yang lepas iaitu berkenaan video pre-wedd Irma Hasmie dan Redza. Apa kaitan Irma Hasmie dengan Zainur1925? Jeng...jeng....jeng....@gatai

Okay, sila bertenang!

Seperti yang telah dimaklumkan dalam post yang lepas, hubungan kami adalah saudara semuslim. Tak lebih dan tak kurang dari itu. Hehe... Gimik sungguh! Cuma post ini ternukil hasil dari biasan kisah cinta atau tepatnya kisah pertemuan dan perkenalan Irma dan suami. Ditambah pula sekarang ni tengah hot dengan drama Dejavu Di Kinabalu. Aaihh...lagilah membuak-buak rasa hati ni nak menulis demi melayan rasa bunga-bunga cinta di kalbu. Eeewahhh! @gatai

Oleh kerana mood sudah jiwang-jiwang karat gitu, jadi bahasa pun kena lah berubah kepada bahasa melayu rasmi. Barulah penulis dan pembaca budiman semua dapat menghayati dan mendalami perasaan penulis. Heh! Rasa macam menggedik pula. Tapi, untuk yang tak suka bolehlah klik tanda 'x' di atas, hujung sebelah kanan bermula dari sekarang! Sekian, terima kasih!

-------------------------------------------------------------------------------------

Kisah cinta bermula di sini....@sengihnampakgigi

Prakata.

Menonton drama Dejavu Di Kinabalu (DDK) sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia cerita pertemuan dan perkenalan antara aku dan suami. Mendengar perkataan 'dejavu' itu sahaja sudah cukup untuk membuat aku tersenyum simpul sekaligus melayan memori cinta kami. Tapi, cerita cinta aku tidak ada kena mengena dengan pembedahan jantung ya adik-adik manis! Alhamdulillah, jantung ku masih berdegup normal di kala ni. Masih sihat, insyaAllah walaupun suatu tika dulu pernah berdegup kencang tatkala ternampak kelibat si dia. Ya, itu baru terlihat kelibatnya atau kancil birunya belum lagi bertembung si dia secara berdepan mahupun bertentangan mata, mahu gugur rasanya si jantung ni. Tapi, tidak. Kalau gugur, maka saat ini sudah pasti tidak bernyawa!

Bagi yang telah lama mengenali diri ini, tentu tahu sedikit sebanyak kisah kami. Kisah ini, secara ringkasnya telah saya nukilkan di post ini suatu ketika dahulu. Tak sangka pula, hasil nukilan aku itu telah terpilih sebagai pemenang pertama Dina Halim Bridal Boutique Online Contest. Dapatlah sponsor mini pelamin untuk akad nikah. Terima kasih buat butik Dina Halim terutamanya kepada Kak Nad dan suami. Merasa juga saya duduk di pelamin walaupun tiada upacara sanding. Yang penting ditaja, ala-ala artis gitu. Hee hee....@sederhana


Inilah rupa mini pelamin tajaan dan sentuhan butik pengantin Dina Halim.

***

Bab 1

Wah! Ada bab-bab pula post kali ni. Nak kasi awak-awak semua 'feel' ala-ala membaca novel gitu, boleh?

Pertama kali melihat dia terasa bagaikan dejavu. Suatu perasaan aneh yang menusuk kalbu. Seperti pernah bertemu tapi ternyata tidak. Menatap wajahnya tidak pernah jemu malah sering membuat jantung ini berdegup kencang seperti orang memukul tabuh. Sejak pertama kali memandangnya terasa ingin memandang lagi dan lagi dan lagi. Hati dipalu kerinduan biar pun tidak pernah berbicara walau sekali. Aneh bukan?

Pertama kali bertemu atau secara tepatnya terlihat si dia, tatkala kami berpapasan di jalan raya di dalam kawasan kampus universiti. Dia di dalam kancil birunya. Aku pula mengayuh basikal tua. Hanya sekali imbas. Betembung mata di sebalik cermin hadapan keretanya. Tersenyum. Aduh, manisnya. Masih terbayang-bayang wajahnya yang bujur sirih, berkaca mata dan berjanggut tipis. Handsome! Hingga ke saat ini masih teringat-ingat. @rindu Dan wajah si dia terus-terusan mengganggu fikiranku, seperti kami pernah bertemu. Mungkin bukan di alam ini tapi di alam lain yang hanya Allah yang Maha Menetahui.

***

Bab 2

Cepat aje dah masuk bab 2! Hehe...al maklumlah saya ni tak pandai nak bermadah pujangga. Kata 'omputih' straight forward aje. Tak sempat pembaca nak 'feel-feel' gitu. Okay, back to the story...

Dengan hanya melihat sekali imbas mana mungkin aku tahu pemilik siapa wajah itu. Tambahan pula kampus universiti (Uni) boleh tahan luasnya. Tanpa sebarang klu, mana mungkin dapat ku jejak bayangan wajahnya. Pelajar atau staf tidak ku ketahui. Mungkin juga sekadar pelawat. Entah-entah sudah berpunya atau beristeri. Aduss, jika benar andaian itu pasti sedikit terkilan di situ....@putuscinta Hehe... Walaupun begitu, jauh di sudut hati, aku mengharapkan akan ada lagi pertemuan yang lain dan rupa-rupanya doaku dimakbul Tuhan.

***

Bab 3

Bercakap tentang situasi dan insiden yang mempertemukan kami dan sekaligus mengikat hubungan kami menjadi suami isteri yang sah memang banyak. Tak dapatlah nak diceritakan ke semuanya secara terperinci. Melainkan kalau suatu hari nanti, aku menulis dan menerbitkan novel ku sendiri. Cewahh... Ada hati tu. Walhal, bahasa pun lintang pukang. Okay, kembali ke cerita....

Siapa sangka Allah pertemukan kami lagi dan lagi dan lagi dalam pelbagai situasi dan insiden yang mengejutkan, melucukan dan mendebarkan! Itulah namanya jodoh kan. Walau sekuat mana hati cuba menyangkal tapi kalau jodohnya sudah tertulis dengan si dia, memang akan bersatu juga. Bila di kenang-kenang semula memang manis. Itulah sampai sekarang kekal di ingatan. Kadang-kadang jadi bahan usik mengusik pula antara kami. Cinta lepas bernikah memang banyak nikmatnya. Apatah lagi kalau sebelum diijab kabul itu hubungan antara keduanya terjaga dan terbatas.

Pernahkah kalian mendengar pepatah, "di mana ada gula, di situ ada semut"? Pasti pernah bukan? Kalau belum pernah, bererti penguasaan bahasa melayu anda masih lemah. Hee hee. Begitu lah juga yang terjadi kepada kami. Di mana ada diriku, di situ ada dirinya. Atau mungkin si dia akan berkata di mana ada dirinya di situ ada aku. Haha- Whatever! Kadang-kadang terfikir mungkinkah kebetulan? Atau sebenarnya sudah suratan?

Tanpaku sedari aku bertembung lagi dengan dirinya. Masih dalam situasi yang sama dan di kawasan yang sama. Di jalan raya itulah kami asyik berpapasan. Dan sejak itu, aku mula menghafal no plat keretanya. Bukan itu sahaja, aku juga seolah-olah sudah menghafal rutin harian nya. Yang pasti setiap pagi pada waktu sekitar 8.15am tu dia pasti akan melalui jalan ini. Dari ke mana dan hendak ke mana tidak pula kutahu. Saat itu tidak ada hal lain yang difikirkan. Yang aku tahu aku tidak mahu terlepas detik ini setiap hari. Biar pun tidak ku tahu siapa dirinya, tetapi si dia telah memberi aku suatu aura yang baru. Satu semangat untuk bangun di awal pagi dan berkejar-kejaran ke Uni. Dia sumber inspirasiku. Penyuntik semangat tatkala hidupku terumbang ambing menyiapkan tesis sarjana ku.

***

Penutup.

Amboi kejap aje dah sampai penutup kan? Belum pun masuk kemuncak tapi dah nak kemuncup? Hee hee...

Sabar.... sabar....@henti

Cerita agak panjang sedikit tapi penulis dah semput. Al maklumlah, seharian di makmal. Bila pulang ke rumah tak menang tangan nak menjemur bajulah, memasak lah dan melayan buah hati. Jadi, kita simpan dulu. InsyaAllah ada kelapangan nanti saya sambung lagi. Lagipun, kalau tulis panjang-panjang pun tak siapa nak baca. Nanti dilabel syok sendiri pula kan? Huhu... Tapi, kalau dah blog sendiri, suka hatilah kan kalau nak syok sendiri pun.

Psst: Anyway, hope awak-awak yang membaca tak boring. Kalau boring, anggap aje lah cerita dah tamat. Lagipun, penghujung cerita semua pun dah tahu kan?

Blissful moments

As Salam...

Yeay! It's still public holiday today.
Tapi, habibi pula kerja! Booo...
But, he's coming home early. Yeay!

Hari ini tak mau cerita banyak. Layan gambar sudah. You all pun suka tengok gambar dari baca coretan isi kan? Anyway, I called this album blissful moments!


Beriani, ada berani?

As Salam,

I haven't update about my cooking for quite some time. It's because I haven't really cook or bake anything special for the past few weeks. I either hardly have time for it or I'm just lazy to do any cooking. Seriously guys, there are times when I love cooking so much. At that time, it feels like I want to cook/bake more. Cuma masa aje tak mengizinkan. But, there's also time when I feel bored of doing it. Like, seriously malas gila. Am I the only person who feel like this or are you ladies feel the same way too? Oklah, fine, I admit I'm not a fan of cooking not even an expert at it though I love to watch MKR, Master chef and variety of other foods tv's programs.

Anyways, habibi have been talking about nasi beriani for a few times. He also mention about jus kurma that we used to have at At-Tarbush when we were in Pengkalan Chepa, Kelantan. He didn't request directly to me. Maybe, he thought that his wife is busy and what's more I'm not a good cooker. Hehehe... Last time, when I cooked nasi tomato pun was a total failure kan. Lagi pula nak masak nasi beriani. Ada berani? Mestilah tak berapa nak berani kan.

But being a lovely and understanding wife, you just know that you have to cook it. Belasah aje lah kan. Jadi atau tak belakang kira. Lagi pun bila dah tengok muka habibi ni macam ni ---->:puteh_2: tak sampai hatilah pula kan? Hikkss...

So, last Saturday I managed to cook this for him. Together with ayam kurma and pajeri nanas. And of course, jus kurma yang dia idamkan sangat tuh! Alhamdulillah, even though without instant rempah ratus tapi menjadi juga ya. Thanks to Mat Gebu for this simple and yet delicious recipe. My habibi loves it so much. Hopefully tertunai la hajat dan keinginan dia tuh. Haha...





Kerana cinta apa pun bisa kan?@cinta


Aktiviti bersama

A fun activity to do together with your love ones! Tapi, kalau ada anak kecil ni jangan harap lah ya. Susah sedikit. Yang ni pun ambil masa hampir seminggu baru siap sepenuhnya. 1000 pieces. Yerlah nak mengadap 24 jam kalau, tak jadi kerja namanya. Bila tengah tunggu kek dalam oven masak atau lauk mendidih atas dapur, saya buat sedikit-sedikit. Sebelum pergi Uni buat sedikit. Yang lain pulun time hujung minggu. Seriously, bila dah buat jadi addicted pula. Selagi tak siap tak lena tidur. Now dah boleh tidur lena. Haha-

Walaupun ni aktiviti bersama tapi 90% adalah atas kejayaan saya! Haha- Sila jangan marah cik abang dan sila akui saja kehebatan isterimu ini. Haha- Mesti bengang dia baca nanti...@tongue

Permintaan ke 5 menjadi nyata

As Salam,

Thanks kawan-kawan for all the warm wishes for my birthday. Seronok baca dan berbunga-bunga perasaan. Walaupun hanya sekadar ucapan dan doa but it really makes me smile and happy.

Al-kisahnya, permintaan saya yang ke-5 pada entry yang lalu telah termakbul. Memang saya terkejut beruk juga. It's just like a wish comes true. Saya tanya habibi ada ke dia baca blog saya ker. Setahu saya sepanjang minggu tersebut beliau sibuk dan selalu pulang lewat. Memang agak mustahil dia baca kan. Dia memang tak baca tapi katanya dah niat untuk beri sejak awal lagi. Mungkin dari awal sejak saya minta bunga. Yelah, bunga kat sini murah dan banyak. Murah la kot compare dengan kat Malaysia. Haha! Tapi, yang best tuh even dekat supermarket pun mesti ada jual bunga. Pendek kata mudah nak dapat. Dan seumur hidup saya, rasanya jarang sekali dapat bunga kecuali on convocation day aje. Tapi, dari habibi, inilah yang pertama kali. Laki memang susah nak faham minat perempuan. Seperti susahnya saya nak faham minat habibi yang gila kereta lama. Haha! Tapi, bunga ni sangat mendamaikan jiwa. Seperti suatu pesona yang membawa suatu aura. Abang, lepas ni boleh belikan ayang bunga lagi okay? Tapi, kali ni nak bunga gerbera warna pink! Haha...

Oh, nak dijadikan cerita, masa habibi pulang dari kerja dia singgah beli bunga dan kek cokelat cheese. Walaupun bukan sekotak cokelat dan sebiji cheese kek seperti dipinta tapi benda yang sama juga kan? Memang betul-betul bikin surprise! I love you habibi... muahs muahs....

Kalau dari awal saya tahu apa yang saya tuliskan bakal menjadi kenyataan, sepatutnya saya hanya minta yang nombor 1 hingga 4 sahaja! Hehehe... Apa pun, kehadiran habibi dalam hidup merupakan hadiah besar yang tiada ganti dan tandinnya. Terima kasih abang!

p/s: Tapi, kalau 'hadiah besar' menghadiahkan sesuatu, lagilah berbunga-bunga perasaan dan cinta ni...haha...

Cinta???

Aku tidak tahu apa rasanya cinta. Iya cinta kepada Tuhan, Rasul, Ibu bapa itu aku tahu. Tapi pastinya tidak sama cinta antara dua jantina yang berbeza bukan? Kata orang cinta itu macam pertembungan medan magnet. Saling tarik menarik antara satu sama lain. Ada juga bilang cinta itu seperti cas positif dan negatif. Entahlah aku tidak pasti. Tetapi yang aku pasti ianya terbit di mata lalu turun ke hati!

Entah bila insan ini hadir di depan ku aku tidak pasti. Yang aku tahu saban hari aku pasti akan berpapasan dengan dia di jalan raya sekitar kawasan kampus. Dia memandu kancil biru. Aku mengayuh basikal tua. Lusuh tapi banyak berjasa! Basikal ini juga yang menemukan aku dengan habibi yang kini suami yang kucintai!

Tak tahulah kisah dongeng atau realiti. Tetapi setiap kali terpandang lukisan lama, teringat kembali sejarah cinta. Laki-laki yang menjadi dambaan hati hanya cuma watak sebuah cerpen. Seorang laki-laki yang soleh, yang terlalu mengasihi isterinya. Tetap bersabar dan mencintai sang isteri biar pun masih belum punya zuriat setelah bertahun bernikah. Meskipun diberi lampu hijau untuk bernikah namun, tetap setia di sisi isteri. Hati isteri yang gundah gulana diubati dengan kunjungan ke Baitullah. Wajah si lelaki dilukis begitu segak sekali. Kurus, tinggi, tegap, berkaca mata, berkumis dan berjanggut. Oh sungguh kacak sekali di mata ku. Lalu aku menekap wajah yang sama seperti yang dilukis dan tanpa segan silu memberitahu teman serumah, "Kalau akak dapat lelaki sebaik ini dan sehensem seperti kartun ni pun sudah cukup membahagiakan" lalu menampal wajah lelaki idaman ini di meja studi. Akhirnya doa yang satu itu dimakbul Tuhan!

Cerita lukisan ini 2-3 tahun sebelum aku ditemukan dengan habibi. Iya benar wajah habibi saling tak tumpah seperti lukisan ni dan kebaikan habibi sepertinya tidak ada yang boleh diganti. Sungguh aku bertuah dan bersyukur. Yang pasti ini bukan mimpi tapi realiti!

Acehh... malam-malam begini tetiba rasa nak mengimbau nostalgia lama. Al maklumlah anniversary lagi 2 hari jadi teringat-ingat saat kami bertemu dan berkenal-kenalan. Mungkin agak berbeza dari kebanyakan orang lain yang sering keluar bersama dan berpimpin tangan. Oh jarak bukanlah penghalang cuma syariat menjadi batasan.

Cerita cinta kat atas tak habis. Hehehe... takut ramai yang mula berkoya termasuklah saya. Tapi kalau anda nak tahu sila angkat keyboard tinggi-tinggi. Haha- macam lah saya nampak!

Kisah cinta ini pernah saya tuliskan khusus untuk DinaHalim Bridal Boutique contest (klik sini). Tak sangka boleh menang. Masa baca nama pemenang tempat ketiga dan kedua saya jadi sebak. Separuh kecewa.. Tapi siapa sangka nama saya tertulis sebagai pemenang tempat pertama. Maka, dapatlah saya sponsor mini pelamin semasa hari pernikahan.

Happy mana boleh tak happy! Kak Dina pula sangat baik hati! Bukan setakat mini pelamin idaman hati tetapi boleh pula offer bunga tangan lagi! Alhamdulillah rezeki. Kini semuanya menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Untuk semua bride to be sila klik DinaHalim. Ada banyak pilihan baju dan pelamin yang cantik dan indah-indah. Dan yang paling best kak Dina sangat murah hati untuk buat kuiz dan contest yang hadiahnya menarik. Ingat senang ke orang biasa macam kita nak dapat tajaan? But that's not impossible with DinaHalim Bridal Boutique ya kawan-kawan!




Malas ya nak letak gambar banyak-banyak. Macam over pula nanti! Kalau rajin sila selak-selak entry yang sebelum ni. Hehehe...

Oh by the way, can't wait for tomorrow.... jeng jeng jeng.... to be continued....

Butuh pendapat kamu...

Saya sangat memerlukan pendapat kamu semua. Tak kiralah bloggers ke silent readers atau sesiapa saja yang prihatin dan luas pandangannya.

Begini, saya akan berpindah ke Kelantan kerana bakal bekerja di negeri cik siti wan kembang itu. Sekarang tengah sibuk mencari rumah sewa. Masalah saya simple aje tapi rumit sebab tu lah saya memerlukan opini kamu semua yang baik hati ni.

Saya tak tahu sama ada saya perlu menyewa rumah seorang diri ataupun menyewa bersama rakan-rakan yang belum dikenali hati budinya. Buat masa ini saya cuma mahu menyewa untuk jangkamasa setahun sebab selepas itu pihak majikan akan hantar saya untuk sambung belajar. Tapi, saya akan berkahwin dalam bulan Syawal nanti dan bakal suami sekarang bekerja di Kuala Terengganu. Kalau ditakdirkan kami menjadi weekend husband and wife maka saya fikir tak best lah kalau ada housemate kan? Nanti bila husband datang tak boleh nak bermalam situ. Takkan nak bermalam kat homestay atau rumah tumpangan pula kan? Walaupun saya tau banyak sangat rumah tumpangan kat situ. Atau takkan lah setiap masa saja saya kena balik KT?

Yang jadi masalah sekarang, tunang macam tak berapa suka. Dia risau pula nak biar saya duduk sorang-sorang ni terutama bila dia di sana saya di sini. Saya pun sedikit penakut sebenarnya sebab pernah fobia sekejap bila rumah dimasuki pencuri. Tapi, dia masih mempertimbangkan keadaan selepas kami bernikah nanti.

Kepala saya sedikit pusing memikirkan hal ini. Kalau tak ada offer yang lebih baik maka saya akan bermastautin kat sana. Beranak pinak lah. Haruslah membina mahligai rumah pula kan? Atau sekurang-kurangnya beli rumah sendiri. Tapi kalau dapat offer lain sebelum saya sah jawatan dan terikat dengan yang ini kan bagus juga.

Haihh...pening-pening.... Apa pendapat kamu?

Syukur atas rezekiMu..Tuhanku...

25 Mac 2010.

Mungkin hari biasa-biasa bagi orang lain. Tapi, hari luar biasa bagi diriku. Bagaikan bermimpi di siang hari. Sesuatu yang aku sangka tidak mungkin lagi bisa diraih tapi kini jatuh ke dalam genggaman tangan. Oh, begitu indahnya rasa hati ini sehingga tidak dapat diucap oleh bait-bait kata. Hanya rasa syukur yang tidak terhingga kepada sang Pencipta atas limpah kurniaNya. Kini, bukan lagi suatu ilusi tapi impian bakal menjadi realiti. Oh terima kasih Ya Allah!

Sebelum tu, nak ucapkan selamat hari lahir buat si Belahan Jiwa, tunangku. Miskipun dikau jauh di mata tapi doa ku sentiasa mengiringi langkahmu. Mudah-mudahan umurmu diberkati, malah dilanjutkan lagi usia supaya dikau dapat menjadi imam buat diri ini dan abah buat zuriatmu kelak. Ku jua memohon agar dikau dimurahkan dengan rezeki, punya keimanan yang mantap dan berbahgia bersama ku dunia dan akhirat. Ameen. Selamat hari kelahiran. Ana uhibbuka fillah. Hubban amiqan fi jaufi qalbi.....@cinta

Bagi yang membaca blog ini tentu saja dapat menghidu yang aku seorang penganggur. Punya pelajaran tapi tidak punya pekerjaan. Menyebabkan diri ini berasa rendah hati dan seringkali mengalami gangguan emosi. Tapi, aku tidak sekali berputus harap padaNya. Tetap yakin ada habuan buat aku. Hampir 6 bulan tidak berkerjaya akhirnya satu panggilan yang cukup membahagiakan. Hanya tangisan kesyukuran saja yang lahir. Sekian lama menanti saat ini. Inilah hadiah istimewa buat encik tunang. Cukup-cukup bermakna. Syukur ya Allah...@doa


I'm back.....

Oh, rindunya untuk mencoret kata di sini. Rindu juga dekat si kecil Opie! Selama 3 hari 2 malam di Terengganu menghadiri majlis kahwin. Penat tapi seronok! Yang kelakar tetiba menjadi pengapit pengantin adhoc. Alahai.... dah la saya sempoi aje hari itu tapi dah mak saudara pengantin merayu-rayu ditambah wajah sayu sang pengantin yang kepanasan maka aku pun rela lah menghulurkan bantuan. Glamor kejap rasa sebab kebanyakan gambar ada muka aku. Hehehe... Lagipun aku dah sangat rapat dengan family cik usop ini. Dah macam anak dia pun.

Cuma yang buat aku terkilan camera mama buat hal makanya tak dapat lah nak rakam majlis gilang gemilang tu. 3000 tu jemputan dia orang. Sebab Cik Usop sekeluarga ni sangat ramah tamah dan suka membantu. Sebab tu banyak kenalan. Tambahan pula ada 3 pasangan pengantin sekaligus! Apa pun selamat pengantin baru buat anak2 beliau.

Tapi, yang paling seronok sekali, dapatlah berjumpa dengan tunang dan keluarga. Makan malam kat rumah mereka. Meriah la juga dengan kehadiran kakak-kakak dia dan suami serta anak masing-masing. Kebetulan seorang kakaknya pula baru melahirkan anak. Oh, dalam riuh rendah tu sempat la juga daku menghulur sekotak hadiah...25hb ni hari lahir encik tunang. Tak sabar pula nak tunggu dia buka hadiah tu. Dia pun macam teruja sangat nak tahu.

Oklah badan pun dah penat. Nanti-nanti saja sambung cerita. Esok baru leh melawat blog kawan-kawan. Ok, goodnite eveyone! @ngantuk

Aku + Dia = Kami

Sengaja aku create blog ini walaupun sebenarnya aku memang dah lama berbloging. Cuma di blog itu aku tidak pernah menunjukkan siapa diri aku yang sebenar. Aku tidak berkongsi semua hal dengan pembaca aku. Tapi, di sini aku hanya ingin menjadi diriku sendiri. Ingin berkongsi impian aku dalam menuju gerbang bahagia.

Biar blog ini tidak diketahui oleh siapa-siapa pun termasuklah Encik Tunang. Bukan niat nak merahsiakan daripadanya....nantilah lepas kami bersatu nanti akan aku tunjukkan kepadanya segala usaha aku untuk merealisasikan hari bahagia kami dalam keadaan aku yang masih menganggur!

Ya! Kalau kamu sudah berkahwin pasti kamu sedia maklum hal ehwal belanja kahwin. Aku bukan anak dato' jauh sekali anak orang kaya raya. Family aku sederhana saja tapi aku tidak mahu bebani mereka. Cukuplah mereka support hal ehwal catering dan khemah tapi bab hantaran, pakaian dan hiasan bilik pengantin biar aku usahakan sendiri.

Mana nak cari duit? Betul aku menganggur tapi inilah untungnya amalan berjimat cermat dan menabung yang aku praktik sejak kecil. Dan apa yang aku syukur sangat hampir sebahagian besar duit biasiswa aku masih ada. Jadi dengan duit itulah aku akan belanja perkahwinan ku dan memulakan hidup aku dengan si jantung hati ku. Mudah-mudahan niat suci kami untuk mendirikan masjid ini akan memperoleh kemurahan rezeki. Memang aku harap sangat seboleh-bolehnya sebelum tengah tahun ini aku dapat kerja. Kamu yang mungkin terbaca coretan ini doakanlah buat aku ya!

Memang pada awalnya aku nyaris tidak mahu kahwin menundakan tarikh pernikahan kami. Sebabnya banyak sangat 'cakap-cakap' setan orang @cakapkalau kahwin tapi tak kerja lagi nanti hidup susah dan merana. Aku cuba menidakkan fahaman sesat itu dan berbaik sangka dengan Allah. Bukankah Allah ada berfirman dalam ayat ke 32 surah AnNur :"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui". Mudah-mudahan aku memperoleh kerja dan doa-doaku dimakbulNYA. Ameen.

Oh ya, buat pengetahuan kalian aku sudah pun bertunang dengan Encik Tunang pada hari raya yang lepas dan insyaAllah akan bernikah pada raya tahun ini. Katanya, kalau beroleh rezeki lebih dia mahu percepatkan bulan June ini. Aduhai....kecut pula perut aku memandangkan banyak hal yang belum lagi settle! Malah aku belum mula apa-apa pun lagi!@gigitOh Tuhan bantulah hambaMu ini!

NEXT: My first mission: design my bedroom @ bilik pengantin!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs