Pernah anda bayangkan terpaksa berhimpit di dalam lrt yang sesak terutama pada setiap waktu kemuncak? Oh, waktu pagi memang tidak menjadi masalah kerana kebanyakan penumpang mempunyai bau haruman yang segar dan menyenangkan. Tapi, bagaimana pula pada waktu petang? Oh tidak!!!!
Bagi mereka yang merupakan pengguna tegar perkhidmatan lrt pasti sedia maklum akan hal ini. Tahun lepas, saya terpaksa bersesak-sesak di dalam lrt untuk menghadiri kursus setiap hari berhampiran Berjaya Times Square. Tempoh tersebut merupakan satu penyeksaan buat saya terutama setiap kali waktu pulang dari pejabat. Bayangkan terpaksa berhimpit-himpit di dalam lrt macam sardin. Sudah lah tu macam-macam jenis bau yang terpaksa dihidu secara percuma. Lebih teruk lagi menjadi orang yang rendah maka terpaksa lah berhimpit di bawah ketiak mereka. Euwww.....
Kadang-kadang saya berasa simpati dan termalu sendiri sekiranya bau yang tidak enak itu datang dari seorang perempuan.
So, untuk semua warga kota yang di Bandar mahu pun di desa, terutama kepada wanita-wanita yang kerap berpeluh dan mempunyai bau badan yang kurang enak apa kata anda mencuba produk terbaru dari Adidas ini iaitu Action 3.
Yep! produk terbaru ini bukan sahaj untuk lelaki tetapi juga wanita. Apa yang menakjubkan Action 3 bertindak sebagai ‘intensive anti-perspiration spray’ yang memberikan anda 24 jam perlindunan terhadap perspiration. Selain itu ia mempunyai New Dry Max System untuk menyerap lebihan lembapan supaya anda kekal kering sentiasa. Ia juga bertindak sebagai anti-whitening untuk mengurangkan kesan putih pada pakaian dan bawah lengan anda. Dan yang paling mengujakan dia adalah 100% free dari alcohol dan sesuai di bawa solat. Menarik kan? So, apa tunggu lagi dapatkan sekarang di pasaran!
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions
asna nie salah sorg pguna LRT. tp nasib baik 1 stesen jer benti.. so biler ada bauan than nafas jer sng hehe ;)
asna, time saya dulu dahla dr w.maju ke dang wangi kemudian naik monorel plak dr bukit nanas ke imbi...tak tahan nak tahan nafas pun...jd sedut ajela segala gas beracun tuh...huhu
mia lak zainur, alah bab deoderant ni....entahla dr dulu lg...agaknya mia ni mmg sakit berkaitan kulit..so jenama brg pun kena pilih. tu yg sekarang syampoo pun pakai berubat je..huhu