3 perkara yang dah settle!

Akhirnya, 3 perkara telah hampir sempurna. Dan kerana 3 perkara ni juga melesapkan duit dalam sekelip mata. Siap terpaksa punggah kotak peribadi milik saya untuk cari duit raya tahun lepas. Aihhh...sampai macam tu sekali.....@sigh

Perkara pertama, telah selamat 'print out' 5 salinan tesis untuk pembikinan hard cover. Kat sini (KL) nak print out warna hitam putih guna laser print pun mahal 50 sen tau! Nasib baik lah saya pandai 'negotiate' dengan tauke kedai tu dan akhirnya dia bagi saya 10 sen. Itu pun saya request nak guna double A paper, staff dia kata harga lain. Tapi, bos itu masih kasi saya 10 sen sekeping. Kalau 50 sen tak dapat saya bayangkan macam mana print kelima-lima tesis tersebut. Kalau satu salinan saja dah 170 muka.. Ohhh... Ini yang menyebabkan saya suka Terengganu... 5 sen saja tau! Oh ini belum lagi masuk muka yang berwarna. Harga asal adalah seringgit untuk printing yang tak berapa nak lawa. Kalau yang high kualiti RM1.50. Tak mampu ok disebabkan saya ada 200 muka berwarna so ambil low quality saja tapi masih cantik. Dapat lah diskaun 20 sen. Campur buat hard cover tambah RM180 lagi untuk kesemua salinan selepas diskaun. Sekali lagi kalau kat Terengganu lagi murah... Aihhh....lepas ni nak pos pula? Ker better saya hantar sendiri ke sana? Apa pun semuanya duit, duit dan duit!@tensyen

Perkara yang kedua, duit ansuran kereta. Dah settle pun tadi walaupun terpaksa hutung dengan mak ok! Kesian mak dapat anak macam saya. Patutnya sekarang saya yang hulur duit kat mak. Sedihnya saya rasa....@oh

Lastly, saya dah booking make up artist! Kali ini tidak mahu khidmat mak saudara. Sekali seumur hidup saja saya nak orang yang pro tolong make up wajah saya. Tapi, hal ini saya tak beritahu mak lagi. Sebab mak tentu tak berapa nak berkenan. Lain la kalau anak dia ni ada duit. Saya berdoa sangat saya akan dapat kerja secepat mungkin. Saya pelik kenapalah result interview hari tu tak keluar-keluar lagi... Adesss.. Tapi make up artist ni tak mahal sangat. Sentuhan dia pun ok. Saya request untuk tidak memakai bulu mata palsu atau trim kening sebab mata saya yang Allah cipta ni dah cukup lawa. Huhuhu... BTW, menyambungkan rambut dan bulu mata ni kan hukumnya haram. Jadi pakai maskara pun dah ok!

Demikianlah 3 perkara yang telah settle untuk minggu ini. Ya Allah kurniakan lah Zainur rezeki yang melimpah ruah dah keberkatan dalam hidupnya. Ameen!

Nota: Sara kasi saya email kamu untuk saya hubungi!
3 Responses
  1. ♥S@R@♥ Says:

    sara doakan moga zainur dapat pekerjaan yang bagus dan menyeronokan..(kerja klu xseronok xbest..huhu)

    ni email sara : ct_sara01@yahoo.com

  2. sk Says:

    zainur,

    awak dh book MUA sape? sy pon br dpt MUA.. weee!! :D

    eh buat masters ke? buat kat mane?

  3. Zainur Says:

    sara, nnt check ur email k..

    sk, check ur email gak ;P

    BTW, ramai juga B2B yg buat master/phd..tak silap SCR pon sama kan... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs