Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Baju Nikah Dear dah siap!

Lama gila tak update pasal persiapan kahwin. Hari itu dah sibuk dengan perpindahan ke Kelantan, jadi siaran tergendala sekejap. Apatah lagi nak menyesuaikan diri dengan persekitaran kat sini. Tapi, entry pasal nuffnang dan ProjectAlpha macam tak boleh miss lak. Haha... Bukan apa, ni la salah satu ekstra income yang saya boleh dapat melalui blogging. Nak harapkan sangat orang klik-klik iklan kat blog saya ni berapa lah sangat.

Actually, saya pun baru join nuffnang dalam 2 bulan yang lepas dan baru dalam sebulan ni kenal nuffnang secara dekat. So far pendapatan saya Rm50 sebulan. Kiranya sekarang dah cecah lebih angka RM100 la ya hanya dengan join ProjectAlpha ni. Kira not bad juga la kan? Kalau dah cecah RM200 nanti nak cash out la. Kira boleh la saya belanja itu untuk bayar my makeup artist nanti. Kerja kahwin ni memang banyak nak pakai duit. So, bila dapat extra income ni tak der la terasa sangat kan. Kira ada wang keluar ada juga wang masuk. Jangan keluar aje memanjang nanti bankrup pula! So, dengan adanya nuffnang ni dunia blogging jadi indah gitu. Thanx to Nuffnang!

BTW, baju nikah Encik Tunang dah siap. Excited bukan main lagi dia. Semalam dia tunjuk kan saya live via YM thru webcam la. Tapi, dia tunjuk aje tak pakai pun depan saya. Dia kata tunggu time nak nikah nanti. Jadi terpaksa lah saya bersabar ye. My designer pun ada contact ritu katanya tengah bulan ni first fitting. Yeay! Lately, dia tengah sibuk dengan fashion show. So, still ada kesempatan la untuk saya mengempiskan perut yang membesar masa zaman mengangur dulu. Haha...

And, tengah bulan ni we all bercadang untuk beli cincin nikah. Encik tunang akan datang dengan mak nanti kat Kelantan ni. Masa time tu la akan survey-survey and kalau berkenan beli terus. Dan bulan 6 nanti kita orang akan start beli barang hantaran. We plan nak beli kat KL sebab banyak choices. Hopefully semua yang dirancang berjalan mengikut jadual. Huhu...

Okla till then we meet again!

Rezeki di Gatsby Street Fair Event!

Salam to everyone! Macam mana weekend korang best tak? My weekend sangat best, menarik dan memenatkan. Sampai demam dibuatnya. Tapi, sangat berbaloi-baloi wooo...@oeye

Ingat lagi tak saya pernah promote pasal Gatsby Deodorant Street Fair Event? Boleh rujuk sini. Dan ingat lagi tak saya pernah pelawa mana-mana bloggers yang nak join saya ikut event ni since saya dapt 2 tiket? Rujuk sini.


Aaaa...entry ini akan mengulas lebih lanjut tentang event yang sangat seronok ini. By the way, seorang blogger yang bertuah yang dapat join saya itu adalah Miss Sara.@tepuktangan

Actually, saya tak lah beria sangat nak join event ni since saya cuma nak ganjaran wang tunai rm50 tu je. Haha. Tapi, dah alang-alang pergi and ditemani pula oleh Sara yang comel ni maka haruslah bergembira sakan. Lagi pun sepanjang hidup saya tak pernah lagi join mana-mana fun fair walaupun saya kepingin juga nak try permainan yang selalu ada kat funfair tu.

Banyak permainan yang menarik seperti letupkan belon menggunakan dart, lontar bola keranjang, bowling buah kelapa, memancing deodorant, parking kereta, sumo, tunggang buffalo, video games dan banyakkkk lagi. Jika menang kita akan dapat kupon bernilai 2-point dimana kupon-kupon ini boleh ditukarkan dengan produk gatsby. Memang masyuk lah... Dan kesemua produk yang saya menangi ini akan saya hadiahkan pada encik tunang since Gatsby ni untuk lelaki aje. Haha...

Event ini merupakan event yang besar dan telah tersenarai dalam Malaysian Book of Record! ... untuk kategori bloggers gathering yang terbesar beb! Cayalah... Semua bloggers yang hadir dapat beg yang dalam nya ada sehelai t-shirt merah cun (wajib pakai pada gathering tersebut) dan kipas tangan sebab sangat panas dan sesak dengan ratusan bloggers.. Hehe...

Dan yang paling gempak sekali ada sesi cabutan bertuah. Saya tahu saya tak pernah pun dapat apa-apa hadiah tetapi, untuk event kali ini dah tertulis rezeki saya. Cuba teka apa saya dapat?
*
*
*
*
*
*
*
*

sebuah laptop aspire one!!!!! @nari

Sampai sekarang pun saya rasa macam bermimpi lagi! Sara, thanx sebab sudi pergi dengan saya and thank you juga belanja saya fresh oren. Kalau tau sara nak belanja, mesti order 2! Hehehe....


Nota: Bulan ni bulan rezeki. Mula-mula dapat kerja yang best. Lepas tu menang mini pelamin dari Dina Halim. Kemudian dapat duit poket dari nuffnang. And the latest dapat laptop acer! Syukur alhamdulillah! Rezeki nak kahwin yer kawan-kawan.

Thanx to Nuffnang and Gatsby for the great event! \(",)/

No Strings Attached!

Internet kini sudah menjadi satu keperluan hidup bukan lagi kehendak hidup. Maksudnya kalau tak ada internet macam tak boleh hidup. Internet ni bagaikan makanan sehari-hari. Kalau boleh di mana-mana saja kita nak online dan berinteraksi dengan kawan-kawan.

Sekarang ni tak sepatutunya ada lagi istilah ‘katak di bawah tempurung’. Kerana walaupun dunia anda hanya di rumah sahaja tetapi ibaratnya semua di hujung jari anda. Ingin melawat kota London, melihat pyramid, menghubungi kenalan di Australia, mencari kedai makan atau pun bershoping semuanya boleh dibuat di rumah saja. Tapi kalau anda tidak ada broadband maka istilah katak bawah tempurung itu memang relevan untuk anda! Haha... Maaf yer kalau ada yang terasa ketinggalan zaman.

Jadi, bagi anda yang tercari-cari broadband yang sesuai dan ingin tidak ingin lagi digelar katak bawah tempurung apa kata anda mencuba broadband dari P1W1Max. No string attached Whoaaa!!! Berbeza dengan celcom berukband broadband yang selalu saja hampeh apa kata anda beralih kepada P1 yang kini menawarkan 3 Plan hebat iaitu W1GGY 59, W1GGY89 dan W1GGY129. Untuk kelajuan 3Mbps (W1GGY129) dengan 20GB usage quota anda hanya perlu membayar bulanan sebanyak RM129 sahaja! Manakala untuk pakej W1GGY 89 dan W1GGY59 dengan kelajuan speed masing-masing 15GB dan 8GB anda hanya perlu membayar yuran bulanan sebanyak RM89 dan RM59 untuk setiap pakej.

Bukan itu sahaja, P1 juga menawarkan broadband untuk sekeluarga dari harga serendah RM49! Kalau anda tak percaya sila lawati laman http://www.p1.com.my sekarang! Memang berbaloi!

Lepas ni tiada la lagi istilah katak bawah tempurung sebaliknya boleh berukar kepada katak di bawah cermin kaca. Haaa...meskipun terkurung tapi masih mampu melihat dunia luar! Jom internet dengan P1W1Max sekarang!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


I Wanna Be A Project Alpha TV Star!

Anda mempunyai impian untuk menjadi bintang TV? Ingin popular dan dikenali? Walaupun anda hanya seorang blogger tapi anda mampu merealisasikan impian anda!

Caranya sungguh mudah! Anda hanya perlu menyertai PROJECT ALPHA AUDITIONS untuk Season 3 dan jika anda berjaya, anda berpeluang untuk menjadi Blogger Jemputan untuk Project Alpha Season 3 nanti! Hebat bukan?


Tak tahu apa itu Project Alpha? Alahai... Ia merupakan suatu siri tv realiti pertama di Malaysia yang menampilkan kehidupan sebenar seorang blogger terkenal dalam menjalani aktiviti dan kehidupan seharian. Hey! Siapa kata menjadi blogger tidak hebat. Dengan adanya blogger pelbagai perkembanan semasa seperti dunia fesyen, selebriti, hal ehwal dunia, politik, gossip dan sebagainya mampu berkembang luas dalam internet di mana menjadi antara medium penyampai yang penting di era masa kini.

Jika anda seorang blogger seperti saya dan ingin menjadi popular dan muncul di kaca tv anda hanya perlu mengikuti 5 langkah berikut:

Langkah 1: Join ruumz atau login ke dalam akaun anda.

Langkah 2: Join the Project Alpha ruumz group!
*The option to join is located on the top left hand side of your screen.

Langkah 3: Upload your video into the 'Auditions' Album below

Langkah 4: Insert a title and a short description about your audition.
* Tip: You can also tag yourself to your video so that it will appear on your ruumz profile page

Langkah 5: To increase your chances of being selected, get your friends and family to "Like" your video.

Mudahkan? Tiga top winner akan berpeluang untuk menjadi blogger jemputan dalam season akan datang Project Alpha di samping membawa pulang hadiah-hadiah menarik seperti berikut:

1st Prize
- 3 days 2 nights stay at 360Kuching Hotel, Kuching in a Deluxe Room with breakfast for 2 pax
- Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid worth RM199

2nd & 3rd Prize
- Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid worth RM199

So apa tunggu lagi join ruumz group dan hantarkan klip video anda sekarang. Siapa tahu anda bakal muncul di kaca TV?

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

No Sweat!

Berpeluh boleh menjadi perkara yang merimaskan dan mengganggu tumpuan anda. Ia seringkali menimbulkan situasi yang tidak selesa kepada kita apatah lagi sekiranya ia menimbulkan bau yang kurang menyenangkan bukan sahaja kepada anda tetapi kepada orang di sekeliling anda.

Pernah anda bayangkan terpaksa berhimpit di dalam lrt yang sesak terutama pada setiap waktu kemuncak? Oh, waktu pagi memang tidak menjadi masalah kerana kebanyakan penumpang mempunyai bau haruman yang segar dan menyenangkan. Tapi, bagaimana pula pada waktu petang? Oh tidak!!!!@hah

Bagi mereka yang merupakan pengguna tegar perkhidmatan lrt pasti sedia maklum akan hal ini. Tahun lepas, saya terpaksa bersesak-sesak di dalam lrt untuk menghadiri kursus setiap hari berhampiran Berjaya Times Square. Tempoh tersebut merupakan satu penyeksaan buat saya terutama setiap kali waktu pulang dari pejabat. Bayangkan terpaksa berhimpit-himpit di dalam lrt macam sardin. Sudah lah tu macam-macam jenis bau yang terpaksa dihidu secara percuma. Lebih teruk lagi menjadi orang yang rendah maka terpaksa lah berhimpit di bawah ketiak mereka. Euwww.....@gila

Kadang-kadang saya berasa simpati dan termalu sendiri sekiranya bau yang tidak enak itu datang dari seorang perempuan.

So, untuk semua warga kota yang di Bandar mahu pun di desa, terutama kepada wanita-wanita yang kerap berpeluh dan mempunyai bau badan yang kurang enak apa kata anda mencuba produk terbaru dari Adidas ini iaitu Action 3.

Yep! produk terbaru ini bukan sahaj untuk lelaki tetapi juga wanita. Apa yang menakjubkan Action 3 bertindak sebagai ‘intensive anti-perspiration spray’ yang memberikan anda 24 jam perlindunan terhadap perspiration. Selain itu ia mempunyai New Dry Max System untuk menyerap lebihan lembapan supaya anda kekal kering sentiasa. Ia juga bertindak sebagai anti-whitening untuk mengurangkan kesan putih pada pakaian dan bawah lengan anda. Dan yang paling mengujakan dia adalah 100% free dari alcohol dan sesuai di bawa solat. Menarik kan? So, apa tunggu lagi dapatkan sekarang di pasaran!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Ada sesiapa nak ikut?

Yabedabeduuuu.....@nari

Ingatkan tak dapat dah. Rupanya dapat juga! Sukanyaaa...@sengihnampakgigi Ingat lagi entry ini, ahhaaa akhirnya nuffnang sudi juga memilih new blogger macam saya ini untuk join event itu and sekaligus dikreditkan RM50 dalam akaun nuffnang. Mak saya kata, "Ala 50 aje kalau 500 blh juga bayar duit kereta". Pun begitu saya tetap syukur dan suka ya. Zaman sekarang mana ada orang senang-senang nak hulur kita hatta RM10 pun ok! Lepas ni saya akan berusaha untuk join lagi apa-apa event nuffnang. Mana tau arini RM50, esok lusa lagi RM 50 akhirnya menjadi RM 500! Ameen @doa

Tapi, untuk mendapat kredit 50 ini WAJIB untuk datang event itu dan mendaftar sebelum jam 10pg. Dan pada 19hb berikutnya baru mereka akan kreditkan ke akaun kita. Pada masa yang sama juga saya dibenarkan untuk membawa seorang kawan. Kiranya event ini tertutup untuk orang-orang yang dijemput saja. So, sesiapa yang tak dapat jemputan tapi minat nak pergi boleh pergi dengan saya.

Ya, ya saya sangat berbesar hati untuk mengajak anda. Lady sahaja ok! Sesiapa yang berminat boleh leave a comment or email me at zainur1925@gmail.com. Boleh la juga dapat kenalan blogger baru especially B2B 2010. Sebab buat masa ni saya tak ada member lagi nak diajak bersama. And untuk bloggers lain yang dapat jemputan ni, boleh la jumpa di sana! Itupun kalau ada yang sudi lah...huhuhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs