Bajet Bertunang

Ada kawan bertanya, "Bajet tunang kamu dulu berapa?"

Saya jawab, "Tak banyak dalam RM2700 je"
@hah

Dia tak percaya....

Lalu terpaksa lah saya tunjukkan kiraan ini pada dia.

Kalau ikut tak sampai pun RM2700 tu. Dalam RM2000 je. Tapi nanti lagi dia tak percaya kan?...huhuhu.... Terpaksa lah saya letak anggaran maksimum. Saya bersyukur sebab saya sangat bertuah. Family saya jenis yang bersederhana. Malah ibu saya sangat kreatif orangnya. Hari bertunang tu memang bajet semata-mata untuk jamuan. Untuk hantaran pula RM 80 satu hantaran. Itu pun bukan setiap dulang mencecah RM80 yer. Kiraan kos termasuk dengan bekas bakul or dulang. Oleh kerana, semuanya buat sendiri @ DIY maka sangat jimat. Kadang-kadang pakai apa yang dah sedia ada. Itu lebih jimat.

Untuk persalinan pula saya cuma pakai jubah pemberian ibu yang dia beli masa mengerjakan haji. Cuma veil saja saya sewa. Boleh rujuk entry yang lepas-lepas ya! Manakala untuk solekan tak perlulah beria mana macam nak nikah. Sebab tu saya suruh makcik jer make up kan. Kalau saya pandai bersolek memang saya buat sendiri jer. Tapi, memandangkan saya memang tak pernah bersolek jadi terpaksalah serahkan kepada yang lebih pakar. Walaupun saya rasa macam lain macam saja wajah saya (mungkin sebab tak pernah bersolek) tetapi bila tengok dalam gambar nampak sweet and nice aje.

Oh cakap pasal gambar ni, saya bertuah sebab sepupu saya ni freelance photographer. Jadi FOC la yer... Kalau ikut untuk tunang ni tak perlu lah sampai nak ambil yang pro rasanya adik kamu pun boleh merakam gambar dengan cantik apatah lagi kakak-kakak atau abang-abang kamu atau sepupu kamu kan? So di situ sudah boleh jimat.

Untuk mereka yang tertanya-tanya dan sedang mencari bajet bertunang yang murah atau mampu dimiliki, mungkin boleh pertimbangkan bajet dibawah. Apa pun overall cost below RM5000. Rasanya ramai yang mampu atau lebih dari mampu. Apa pun berbalik pada diri kamu sendiri. Kamu inginkan majlis yang bagaimana? Bajet di bawah tidak termasuk doorgift dengan jurufoto ya!

Konsep saya untuk bertunang mudah! Selagi boleh jimat kita jimat. Lebih baik saya spend lebih untuk majlis akad dari majlis bertunang kan?

So, as for my W-day, mungkin saya boleh tempah mini pelamin ker and dapatkan khidmat seorang jurusolek. Sebab kita semua ada impian masing-masing kan? Tipulah kalau saya tak pernah kepingin semua itu. Cuma saya banyak memujuk hati supaya tidak terlalu ikutkan nafsu. Apabila diberi pilihan antara impian saya yang daboom itu dengan keberkatan pastilah saya memilih keberkatan sebab itu lah jaminan kebahgiaan buat saya.

Ok, I guess that's all for now. Mungkin in the future saya boleh kongsi tentang bajet Pernikahan....

Nota: Nowadays, dah banyak bridal butik yang buat pakej bertunang below RM1000 siap cover dengan baju, solekan dan mini pelamin. So, rajin-rajinkan diri untuk survey!

Di atas tu just my opinion saja. Mungkin tertakluk pada perubahan semasa. Jadi jangan ambil serius sangat.
:puteh_1:
2 Responses
  1. Zana Adieyza Says:

    dear, pasal jurugmbr tu, dia dok kl.. so if luar kl, dia akan caj pengankutan.. but caj dia mmg berbaloi.. dh ada 2 B2B yg berminat.. one of them dh ambik pakej tu..

    sbb jurugmbr ni mmg hrga murah.. zana dh tgk hasil kerja dia be4 ni, mmg cntk & sesuai dgn apa yg kita bayar.. x rugi sgt..

    if nak info apa2, e-mel zana ye.. adieyza_1110@yahoo.com

  2. Zainur Says:

    Adieyza, memang pakej dia murah dan sangat affordable..tapi saya rasa dia dah kelentong saya. He told me he based at Taiping Perak so dia nak caj transportaion rM200 ok...sedangkan majlis saya dekat KL!!

    Bila awk cakap mcmni saya rasa nak mengamuk plak...tak berkat btl tipu2 nie..sangat pantang...kang saya pecahkan tembelang dia baru tahu!

    Urrgghh sangat marahnya rasaaaa grrrrrr....

    Saya ada email awak bacalah nnt..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs