Finally....

Firstly, thanx to Xora and SK for their comments in previous entry...@penatrasa lega sedikit perasaan ini. Maybe sebab saya berbelanja besar dalam masa sehari membuatkan saya sedikit shock..hehe... Anyway kerja kahwin sekarang memang banyak guna duit. Apatah lagi kalau nak ikut trend sekarang, itu nak ini nak walhal Islam tu sangat mudah tapi kita manusia yang merumitkan keadaan.

Rasanya rata-rata B2B tahu hujung minggu ini ada Pameran Pengantin kat PWTC. As for myself memang tertunggu-tunggu this moment pun because it is an opportunity untuk dapat best value dari vendor. Furthermore, pameran ni boleh dikatakan one stop center untuk semua B2B sebab di sana akan berhimpunnya segala pengusaha kerja kahwin seperti bridal boutique, photographer, kad kahwin, catering and etc. Tapi, malangnya saya tak dapat nak pergi memandangkan esok pagi akan berangkat ke KT for 3 hari 2 malam untuk menghadiri majlis kahwin keluarga angkat saya. Tak pergi kalau tak sedap hati sebab selama 6 tahun saya kat sana merekalah keluarga saya yang take care saya. Mereka yang selalu jemput dan hantar saya ke MPKT bila nak balik kampung KL. Mereka yang aggap saya macam anak sendiri and nyaris-nyaris buat menantu... hihihi... Saya pun memang rapat dengan anak-anak mereka. So, tak dapatlah saya rebut peluang emas ni. InsyaAllah next time. Untuk mereka yang free tu luangkanlah masa ke sana and jangan lupa beritahu promosi apa yang hebat...huhuhu....

Sebanarnya pagi ni saya nak update sedikit pasal entry ini. Finally, i have made my decision tentang warna cat bilik. Pilihan saya ialah warna Classic Silk 873 untuk feature wall manakala Sherbet 862 untuk dinding yang lain. Kesemua cat ini adalah dari Nippon Vinilex Fresh Anti-Bacterial Emulsion. Setakat ini, bahagian dinding yang menggunakan warna Sherbet telah siap dicat. Yang tinggal untuk feature wall sahaja and InsyaAllah hari ini dijangka siap... yuhuuu @rayaTak sabar rasanya nak pindah masuk ke dalam bilik ini.

Now, kena start collecting money untuk beli perabot baru. Budget saya cuma Rm600 sahaja. Ada sesiapa tahu kat mana boleh dapat bedroom set yang murah tapi berkualiti tak? Ada sesiapa pernah beli or guna perabot dr Cavenzi tak? Ada yang kata ok tapi ada juga komen kata tak ok. Ikut survey yang saya buat, perabot Cavenzi agak muruh tapi dari segi kualiti I'm not sure...hurmmm...


Untuk kamu yang bercadang untuk mengecat bilik juga berikut ada sedikit tips yang mungkin boleh diguna pakai:
1. Persediaan mengecat:
  • Kosongkan ruang semampu yang mungkin.
  • Tutup lantai dan perabot dengan suratkhabar lama.
  • Tampalkan pita berpelekat pada tingkap, birai, suis lampu, soket dll.
  • Pastikan dindin bersih dari sebarang paku, cat luntur, rekahan atau lelahan air pada cat lama.
2. For safety:
  • Baca label cat dan faham amaran. Cat kan bahan kimia..huhu...
  • Pakai topi, sarung tangan dan pelindung mata yang bersesuaian lah.
  • Kalau cat terkena mata,cuci dengan air yang banyak, kalau still pedih immediately jumpa doktor.
  • Jauhkan cat dari kanak-kanak.
  • Tutup tin cat rapat-rapat setelah guna dan simpan ditempat kering, sejuk dan berudara.
  • Pastikan perudaraan yang baik ketika mengecat. Buka tingkap sekira perlu.
  • Last but not least cuci tangan dan kulit bersih-bersih selepas selesai mengecat dikhuatiri wudhuk tak sah pula nanti sebab air tak kena kulit..huhuh..
3. Empat langkah sebelum mengecat:
  • Lubang dan rekahan- Tampal dulu dengan penampal dan guna kertas pasir untuk licinkan tampalan pd dinding.
  • Permukaan kasar- Licinkan dulu dengan kertas pasir.
  • Bekas paku- Tampal dengan bahan penampal.
  • Cat terkopek- Kikis dan bersihkan dengan pisau pertukangan, kemudian ratakan dengan kertas pasir.
4. Langkah-langkah mengecat:
  • Mulakan dengan mengecat siling dulu bagi mengelakkan cat menitis pada permukaan lain yang baru dicat. Cat mengikut arah lebar terpendek untuk mendapat hasil yang lebih sekata.
  • Kemudian baru cat dinding. Mulakan dengan sempadan dinding dan sapukan ke bawah. Pada tingkap dan pintu, mulakan cat di bahagian atas, diikuti tepi dan bawah.
  • Pintu & tingkap- Tutup kawasan seperti tombol dan sendal dengan pita pelekat. Cat bahagian dalam bingkai diikuti oleh luar. Untuk pintu, cat cat dulu permukaan yang timbul diikuti panel, segmen mendatar, segmen menegak dan diakhiri dengan bingkai.
  • Last sekali, baru cat lantai. Itu pun setelah dinding, pintu dan tingkap kering!

Untuk kawan-kawan selamat mengecat dan mengubahsuai bilik anda! Dan selamat berhujung minggu buat semua.

Nota: Pesanan di atas di bawa khas dari Nippon Paint (M) Sdn Bhd @adil
4 Responses
  1. farahfatihah Says:

    wahhh bestnya nak cat bilik..t dah siap, update yer

  2. Zana Adieyza Says:

    dear, better xyah beli barang kat cavenzi since kualiti barang kat situ x bape nak elok..

    if u budget rm600 mmg ada but quality maybe biasa2.. now banyak pilihan kedai perabot, so better gie survey utk compare hrga & kualiti..

  3. sk Says:

    welcome2.. hikhikhik

    cuba gi survey kedai2 perabot biasa jek. kdg2 perabot kat situ lg cantik n lebih kualiti dr cavenzi n such. kalau yg kedai2 glamer ni kdg2 harga dia mahal..

  4. Zainur Says:

    FARAH: dah ada gambar nanti saya upload ok :)

    ADIEYZA: tenkiu2...ingatkan apa yang saya dengar selama ni rumors aje...rupanya mmg gitu ekh...thanx for ur info tau...terus xjd nak survey situ...

    SK: tu la kalau dah kualiti cavenzi xbest saya survey kedai biasa la..hopefully ada la yg dlm range my bajet...

    Thanks to all of u ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs