Alahai....

Beberapa hari daku menyepi akhirnya kembali semula ke arena blogging. Agaknya penat ke Terengganu hari itu tak hilang lagi. Esok adalah hari-hari yang ditunggu-tunggu oleh daku saban tahun. Hari apakah itu? Yep! PESTA BUKU ANTARABANGSA. Terlepas Pameran Pengantin tak apa lagi tapi kalau terlepas pesta buku mau setahun aku merajuk kerana kegilaan aku terhadap buku. Alahai....

Kalau masuk kedai buku sejam dua belum tentu puas lagi! Biasa-biasa pun paling kurang 2 hari aku pergi pesta buku ni. Kalau boleh hari-hari nak pergi. Alahai... Rasanya dah berlambak-lambak buku kat rumah ni. Tempoh hari semasa pindah rumah kotak yang paling berat dan banyak sekali adalah buku! Letih budak-budak itu mengangkatnya. Tapi, agak menyedihkan bajet untuk belian buku tahun ini terpaksa 'dicatu' memandangkan kebanyakannya untuk majlis kahwin. Sob sob!@nangih

Rasanya majlis kahwin daku paling sempoi nanti. Tak ada pelamin nan indah, tak ada paluan kompang, tak ada bunyi-bunyi yang memekakkan dan tiada juga persalinan indah ala-ala puteri raja... @sedih Sedih tau... Aku selalu berangan nak pakai gaun pengantin putih ala-ala cinderalla dan suamiku nanti memakai taksedo. Alahai....

Habis tu apa yang ada?

Aku plan akan akad nikah dan majlis pada hari yang sama. Untuk keluasan tempat dan keselesaan tetamu, ingat nak akad di masjid yang berhampiran. Kemudian terus dengan jamuan makan di rumah. Kira nanti encik tunang tak ada lagi balik-balik atau datang semula ke rumah aku. Kira masa tetamu makan lepas akad tu aku plan nak sesi bergambar dengan suami lah nanti, juga keluarga terdekat plus saudara mara. Sebab tu kalau dapat mini pelamin pun dah okay bagi aku. Walaupun memang aku tak suka acara bersanding apatah lagi renjis-renjis yang jelas nyata meniru budaya kaum hindu,(maaf, kalau ada yang terasa ok. Tapi, anda boleh bertanya sendiri pada ahli ugama untuk penerangan panjang lebar!) tetapi daku teringin la juga nak ada pelamin nan indah untuk sesi bergambar. Cuma nak merakam saat ini sekali seumur hidup. (Kata ustaz kalau bersanding di hadapan keluarga terdekat yang muhram dibolehkan tapi bukan merenjis-enjis ya!). Tapi, tak tahulah hasrat ini akan kesampaian atau tidak. Ibu tak cakap apa, ayah jauh sekali nak bertanya....

Sayu pilu juga hati ini. Tapi, kawan-kawan dan kenalan yang baru balik dari Mesir dan Syria memang beginilah acara majlis nya. Sangat lah sempoi. Kata mereka yang penting keberkatan dari Allah buat kedua pasangan mempelai. Restu dan keredhaan dari kedua belah keluarga. Juga doa tetamu-tetamu yang hadir. Yang penting bukan majlis kahwinnya yang gilang gemilang tapi kehidupan setelah berkahwin nanti itulah cabaran dan tanggungjawab yang berat yang seringkali kecundang dan terabai. Medengarkan syarahan agama ni hati menjadi insaf, sejuk dan cuba redha dan bersyukur dengan apa yang ada. Biarlah majlis kahwin tak segemilang orang lain tetapi mendapat keberkatan dari Allah SWT, mudah-mudahan berkekalan ikatan itu selamanya di samping zuriat yang soleh dan solehah. Ameen Ya Rabbal A'lamin...

Aihhh...hajat nak tulis pasal pesta buku esok boleh pula buat lencongan sejauh ini. Maaf andai apa yang tertulis buat pihak tertentu marah atau berasa hati. Akhir-akhir zaman ini hal yang baik tidak lagi diikuti malah menjadi janggal dalam masyarakat hari ini manakala hal yang membawa kepada dosa dan zina menjadi ikutan dan trend terkini kerana sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat hari ini. Renung-renungkan wahai anak adam sekaliannya...

Rasanya dengan majlis kahwin aku yang serba ringkas nanti maka aku letak bajet keseluruhan tidak melebihi 20k. Berjayakah aku? Kita tengok ajelah nanti...


5 Responses
  1. Anonymous Says:

    zainur...saya suka baca entry awk kali ni tentang perkahwinan...itulah yg tunang sy kata..sekembalinya tunang sy dr mesir sehabis pengajiannya...dia selalu tekankan pd saya...usah berhabisan utk majlis kahwin kita, tp fikirkan khidupan slps kahwin.....tp,idea zainur utk buat mini pelamin utk bergambar...itu juga jd idaman mia. kalau org lain dah wat persiapan mcm2x..bg mia ...apa yg ada, ada la...mia cuma hrp majlis mia like simple ikut kemampuan....

    utk zainur, dah mula persiapan kahwin>>>?

  2. Hasnah Says:

    ada pesta buku? kat mane? PWTC ke? biler kak?

    Excited gak nak pegi beli novel nie hehe ;)

  3. farahfatihah Says:

    oooo boleh dikatakan ulat buku ni hehehe apa2 pun bersederhana

  4. Zainur Says:

    Mia, terima kasih...ada juga yang sudi baca blog saya nie...nampaknya kita ada persamaan di situ. InsyaAllah lepas ni boleh berkongsi idean n maklumat. Setakat ni saya baru beli kain aje. tengah cari tukang jahit. Kat KL ni sume mahal xmcm tganu...alahai...utk hantaran dan door gift insyaAllah bt sendiri :) baru dok pungah2 barang nak DIY...:D


    Asna, start besok 19hb sampai next week hjg minggu kat PWTC..


    Farah, tak adalah ulat buku sangat pun...masa time sekolah malas benor nak membaca...hehehe

  5. farahfatihah Says:

    cograts tau top 10..lalalala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs