Possible mission 2024

Hi I'm back again!

Now i have a new mission yang menyebabkan I kembali untuk menulis di ruang sepi ini. Mungkin nanti senang nak keep in track my journey progress since this space can be turn out into sort of diary gitu. But of course with no personal details lah for security reason kan.

So the mission is actually, to practice writing again. I found it very hard untuk menulis even a simple paragraph. And since I pernah ada cita-cita untuk menjadi penulis, so I want to make it happen. At least sebelum I pejam mata selamanya. I want to write something yang boleh menyentuh perasan orang dan menjadi inspirasi orang untuk berubah. At least ada lah juga sesuatu bekalan (saham) yang dapat ditinggalkan yang boleh memberi manfaat untuk I sendiri bila mati nanti kan? So, I nak belajar kembali tulis dengan santai-santai gitu.

Misi yang kedua pula adalah misi kebanyakan wanita di luar sana. Yeap, tak lain tak bukan untuk turunkan berat badan. Biasalah bila dah jadi bini dan ibu, dirimu bagai dipam-pam kan? Walaupun, tak capai tahap overweight melampau tapi untuk bebrapa bulan ni macam berat dah termasuk zon "overweight"! So, sebelum keadan menjadi lebih parah, I nak kurangkan berat badan. Reason di sebalik ini juga sebenarnya berkait dengan another mission dalam hidup I which is I nak mengerjakan haji. Kita semua tahu ibadah haji ni sesuatu yang besar dan berat dari segi pantang larang dan ujian-ujian yang bakal ditempuh sepanjang menjadi tetamu Allah. Jadi, secara fizikalnya I perlu persiapkan diri supaya sihat dan fit untuk menempuh cabaran fizikal. Mana tahu dengan kekuatan fizikal kita juga boleh membantu jemaah lain yang lebih berusia dan kurang daya. Memang tidak dinafikan persiapan ruhani dan ilmu juga penting. Maka, insyaalah itu juga I akan cuba seiringkan dalam misi ini. Kalau I rasa nak kongsi knowledge tu, I akan share. Tapi, kalau korang ada tips dan cerita-cerita pasal haji please share dengan I. I nak sangat tahu. Or maybe ada reccomendation book ke?

So, selepas sedar diri dah termasuk zon overweight I terus mengambil langkah dengan menjaga makan. Pertama, jaga dari segi portion pengambilan makanan. I amalkan konsep suku-suku separuh dengan melebihkan protein dan mengurangkan karbohidrat (nasi). Selain itu, I juga menjaga pengambilan kalori dan juga mengurangkan gula semampu dan sekuat mungkin. I tak totally cut off sebab susah kot? Tambah-tambah orang macam I yang pencinta dessert dan pasteri gitu. Tapi, demi misi ni I kekal kuat cuma I tak ke arah extreme. Tapi, I tak ambil dan tak nak ambil lah apa-apa produk untuk kuruskan badan kerana tidak mahu side effects kepada tubuh selepas beberapa tahun akan datang walaupun banyak testimoni kata berkesan dalam masa beberapa bulan je kan? So, i lebih memilih untuk bersenam yang ringan-ringa sesuai dengan faktor umur dan gaya hidup I sebagai seorang introvert. 

Since, I'm introvert I tak suka nak keluar rumah untuk berjogging atau brisk walk. Yalah, bayangkan kalau ke pasar dan kedai runcit pun I tak jarang sangat nak pergi kot. Semua husband yang buat sendiri. Kalau i pergi pun, mungkin dalam setahun tu adalah 1-2 kali gitu? Mall pun jarang kalau takda keperluan. Sejenis yang suka duduk kat rumah atau tempat-tempat yang tak sesak. Maybe sebab tu juga takdir hidup ku di kawasan pedalaman ni kan. So, lifestyle kami simple dan layback sangat.

Back to the story, sebab tak suka keluar berjogging tapi still nak committed bersenam so I beli alat yang bernama v-stepper. Starting denagn 100 steps memang dah semput selepas step yang ke 70. Terpaksa berhenti 2-3 kali ambil nafas untuk teruskan hingga ke 100. Kaki tu tegang dia toksah kata lah. Macam nak tercabut pun iya juga. Al maklumlah, kerja aku hari-hari lebih banyak duduk dari bergerak kan? So, ini yang membuatkan beratku mudah naik ditambah faktor usia yang mana metabolisme badan dah rendah tak macam awal remaja kan? 

Jadi, aku start dengan 100, esoknya aku up lagi 100 menjadi 200 steps. Untuk hari kedua/ ketiga aku rasa lebih ringan dan bertenaga. So, aku mampu untuk buat 100 steps tanpa berhenti. Tapi bila masuk 150 steps dah bergetar kepala lutut. Jadi, aku terpaksa rest 1 minit sebelum sambung kembali steps hinggalah cecah 200.

So, far setakat hari semalam lah, aku manage untuk buat 200 steps non-stop lepas tu rehat 1 minit dan continue 50 steps non stops dan rehat lagi 1 minit utk 50 steps lagi. Jadi, mission ini, ibarat berdikit-dikit dulu. Tak nak put a lot of pressure kalau sudahnya nanti I end up akan hangat-hangat taik ayam saja kan? I want to stay consistent. So, please pray for my weight loss journey ya. Harap dapat buang 10-12 kilo lah dan maintain good stamina. Sebab selagi hayat dikandung badan, kita mesti nak tubuh yang sihat kerana tubuh sihat juga akan membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan lebih baik kan?

Jadi, harapnya saya dapat share progress yang baik selepas ini ;) Okay, until next update, take care!


0 Responses

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs