Dejavu Di Terengganu Bhgn 2

Salam.

Hola readers!

Adakah kailan tertunggu-tunggu sambungan Dejavu Di Terengganu? Kalau ya, teruskan membaca kalau tak sila klik butang 'x' di bahagian atas sebelah kanan ya! Terima kasih!

****


Bajet cerita aku ni macam best aje! Tak pa lah, I nak asah bakat menulis di samping mengenang kembali kisah pertemuan kami suatu tika dahulu. Aceh... Tapi, bila dah stop menulis tak tahu pula macam mana nak sambung dan di mana harus bermula...haih!


Bab 4
Sejak beberapa kali berselisihan di atas jalan raya, hati kami seolah berjanji untuk menjadikan pertemuan singkat ini sebagai rutin harian kami. Walaupun tanpa persetujuan kata dan janji mulut tapi hati kami sepertinya sudah berbicara sesama sendiri. Maka, setiap pagi aku akan bangun dengan penuh bersemangat sekali untuk memulakan hariku biarpun setiap hari aku tertekan dengan kerja lab yang macam nak gila. Tapi, melihat mata dan senyumanya sedikit sebanyak menyuntik semangat buatku. Hehe.... Walaupun, detik itu hanya sekali imbas namun ia cukup bererti buat diri ini. Dan setiap hujung minggu pastinya terasa sedih dan sunyi kerana wajah itu mula ku rindui. Oh, Isnin cepatlah muncul. Aku tak sabar nak ke Uni! Haha....

Adakah ini namanya cinta? Entahlah. Nama empunya diri pun tidak ku tahu tapi mengapa hati begitu rindu?

Tapi ada juga hari-hari di mana kami tidak dapat berselisih. Sama ada aku terlalu cepat atau dia terlalu awal. Aku pasti kecewa seandainya pagi itu tidak berselisih dengannya. Maka, seluruh hari itu akan menjadi muram dan lesu. Aduhai, angaunya aku ni!

Namun, bukan hatiku saja dipalu rindu. Si dia pun begitu. Kalau tidak bertembung denganku, nampak basikal tua ku pun jadilah katanya. Seperti aku yang menghafal no plat keretanya, dia pun cukup cam basikal tua milik ku. Basikal yang sering aku parking di bawah pohon kelapa di belakang bangunan FST. Satu-satunya basikal yang parking di situ bersama motor-motor staf. Hehe...

***********************************************************

Bab 5
Rupa-rupanya pertemuan kami bukan sekadar di jalan raya saja. Entah sejak bila kelibatnya turut hadir di cafe yang sering aku kunjungi untuk sarapan pagi. Kebiasaanya, sesampai di kampus aku akan ke makmal untuk penyediaan eksperimen sebelum bergegas ke cafe untuk sarapan pagi. Tidak semena-mena (wujud ke perkataan ini?) dia juga sering ke situ untuk sarapan pagi. Dan dia sering duduk bersama-sama dengan kumpulan 'gagak merah' yang lain.

Kenapa aku panggil kumpulan 'gagak merah'? Kumpulan 'gagak merah' ni adalah kumpulan lelaki berseragam merah. Haha.. Memang semuanya lelaki. Dan dia pun termasuk dalam kumpulan gagak merah ni. Saja aku panggil gagak merah sebab pantang tengok perempuan lalu mesti nak bersiul macam burung! Geram betul aku. Dan siulan burung-burung ni memang unik sebab bunyinya 'weet weettt'. Selama ni tak pernah aku di 'weet weett' sedemikian rupa. Siapalah yang nak bersiul dengan gadis luar biasa macam aku. Kenapa aku melabelkan diriku luar biasa? Bukanlah bermaksud aku ni ada kuasa luar biasa. Bukan juga bermaksud aku ni seorang yang cantik nan ayu. Tapi, aku rasa penampilan aku sedikit unik dan berbeza dari gadis-gadis yang lain. Bertudung besar dan berbaju kurung separuh! Apakah? Maksudnya.... aku berbaju kurung tetapi tidak bersama kain kurungnya. Biasanya aku berseluar slack atau ber'track' suit. Kalau aku memakai t-shirt, tidak pula dengan seluar tetapi dengan kain kurung! Haaa...tak ker pelik dan janggal namanya! Rasanya orang tak berapa berani nak buat macam tu. Tapi, aku bukan setakat berani atau selamber malah dengan penuh keyakinan berjalan kemana-mana dengan berpakaian macam tuh. Huhuhu....


Okay, aku memang selesa macam tu. Pakaian yang tak menjolok mata. Lagipun mudah untuk aku yang berbasikal ni. Buat pengetahuan umum, aku tak cekap mana berbasikal. Aku baru pandai naik basikal roda dua masa umurku 20 tahun. Awal-awal dulu memang aku berbaju kurung lengkap nan ayu mengayuh basikal ke kampus. Nak dijadikan cerita kain kurung aku selalu aje tersangkut pada 'pedal' basikal. Akibatnya, bergulung-gulung kain lekat di pengayuh tu sampai lah ke satu tahap kaki aku tak boleh mengayuh lagi dan aku pun jatuh basikal dengan kain terselak. Aduss...malu tau! Dah banyak kali juga aku terkena. Selain itu, banyak kain kurung ku jadi hitam sebab terkena minyak atau gris pada basikal. Sayang betul! Jadi, untuk memudahkan pergerakan aku, maka aku sering berbaju kurung separuh ke universiti. Bukan untuk mencari perhatian tetapi untuk keselamatan dan keselesaan sendiri. Tetapi, tak sangka pula dengan gaya begini pun menjadi perhatian 'gagak merah'! Haishhh.....


Tapi, tak mengapa. Sekurang-kurangnya aku sudah mendapat satu klu tentang dia. Apakah? Semestinya, dia bukan seorang pelajar tetapi staf. Cuma aku kurang pasti staf apa dan bahagian mana. Aku juga tidak tahu status empunya diri. Takut-takut sudah berkeluarga. Lelaki zaman sekarang mana boleh percaya kan? Dah beristeri pun mengaku bujang. Tahulah ada 4 kuota. Tapi, pada ketika itu tak ada lah aku 'aim' nak kan dia. Pada aku, dia tak lebih dari sumber inspirasi. Tak tahulah kenapa tapi aku suka melihat wajah dia. Macam ada sesuatu di situ. Macam sangat dekat dengan hatiku. Dejavu!

****************************************************************

Bab 6
Apa yang aku perasan, aku sudah mula menjadi perhatian 'gagak merah'. Ke mana aku pergi asal bertembung aje dengan mereka ni pasti bunyi 'weet weet' akan singgah ke telinga ku. Yang buat aku bertambah perasan, bila aku sarapan pagi di cafe dan kumpulan 'gagak merah' ada di situ tetapi tidak si dia, tidak lama selepas itu pasti si dia akan muncul. Ajaib, ajaib. Aku agak tentu geng gagak merah ni yang menyampaikan.Yang buat aku bertambah perasan bila mata si dia sentiasa mengekori langkah ku. Bila aku ke kiri matanya ke kiri. Bila aku ke kanan matanya ke kanan. Aahh, siapa-siapa pun mesti dapat rasa kalau diri kita diperhatikan. Apa yang lebih mengejutkan, bukan sahaja matanya tapi tubuhnya juga ikut berubah demi mendapat posisi terbaik untuk memandangku. Aku bukan syok sendiri tapi orang di sekeliling aku pun merasakan begitu! "Oii, apasal mamat tu asyik tenung ko?" Okay, ini sudah tidak boleh jadi. Siapa-siapa yang berada di tempat aku pun pasti berasa tidak selesa. Aku nak makan pun rasa tak nyaman. Apa, aku ni nampak pelik ke? Baju pakai terbalik ke?

Maka, sejak itu bila aku terlihat aje kelibat orang berseragam merah, automatik jantung aku bergetar. Risau kalau depa nampak aku. Seboleh-bolehnya aku nak menyimpang ke jalan lain. Lagi-lagi kalau si dia pun berada di situ bersama-sama 'gagak merah' yang lain. Ialah hajat awal aku cuma nak 'usyar' dari jauh aje. Tapi, tidak sangka semakin lama semakin dekat dia dengan aku. Bukan itu sahaja kumpulan gagak merah ni sudah tahu lokasi aku. Tak sangka pula pada suatu hari mereka ada kerja-kerja penyelengaran penghawa dingin di makmal komputer kami. Kebetulan waktu itu aku di situ dan mahu keluar dari makmal komputer ke makmal alam sekitar yang hanya berselang tiga pintu. Elok sahaja aku buka pintu, nah terpacul dia di hadapan pintu nak masuk. Oh mak aii, terkejut sangat. Terus jantung berdegup kencang. Dan dengan sepantas kilat aku menutup pintu makmal kembali dan tak jadi keluar. Haha. Kelakar. Kelakar. Memang masa tu, aku terperangkap lah. Nak keluar dia ada kat depan pintu. Kalau nak melintas di hadapan dia, boleh berhenti denyutan jantung aku. Bukan itu sahaja, tubuh aku pun menggeletar lain macam sahaja. Maka, aku pun kembali ke dalam dan duduk. Konon-konon nak berfikir jalan terbaik untuk keluar tapi semuanya sudah terlambat. Kerana di saat itu si dia dan beberapa ahli gagak merah yang lain telah masuk.

Jeng...jeng....jeng......


bersambung la pulak!


4 Responses
  1. Aida Lela Says:

    hahaha..nak gelak bila sampai part terperangkap kat dalam tu..

    tu la orang cakap, kalau dah minat, kalau dah suka..nampak bumbung rumah pun jadilah buat pelepas rindu..eceh eceh! :)

    *ok, kita tunggu je sambungan dia macam mane. suspen jugak nih..

  2. CaDLyNN Says:

    aduh..bersambung pulak...

    kemain citenye..ekekeke..cepat sambung :p

  3. asna cute Says:

    nak lagi ! nak lagi! =D best! mcm baca novel jer =))

  4. Zainur Says:

    Aida, tengok bumbung rumah sapa tu? haha... Tak suspen...semua pun dah tau ending dia...hehe...tp thanks sebab sudi baca and komen...terharu saya ;D

    Lin, bersambung la, letih nak taip pjg2...

    Asna, novel lah sangat..tp cerita cinta sapa2 pun mesti ada kemanisannya yg tersendiri kan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs