Dalam asyik melayari internet mencari idea tentang perkahwinan, saya terbaca salah satu entri peserta Dina Halim Bridal Boutique Online Contest. Terus dada ini bergetar hebat. Mengapa? Saya pernah berkunjung dan melihat sendiri rekaan pelamin dan baju pengantinnya di PWTC hujung tahun lepas. Memang saya suka sebab ia sangat menepati citarasa saya yang bertudung litup ini. Dan oleh sebab itu, saya teruja untuk turut serta menyertai pertandingan ini. Melihat tarikh tutup pertandingan ini yang lagi 4 hari, rasanya masih belum terlewat lagi. Kalau rezeki siapa tahu boleh dapat sepasang baju lace. Kebetulan masih belum membeli mahupun menempah sebarang baju! Maklumlah saya ini masih status penganggur. Sedihnya....
Ok, lupakan semua itu! Kerana di bawah ini akan saya bongkarkan isi hati saya yang sebenar Mengapa si 'dia' pilihan hati saya!
**********************************************************************
Mukadimah.
Kami seringkali bertembung di atas jalan raya. Dia memandu kancil birunya. Aku? Hanya mengayuh basikal tua. Di lorong-lorong kampus kami sering berpapasan. Namun tiada bicara kata hanya mata bertemu mata. Tapi mengapa hati begitu bergetar? Tertanya-tanya siapakah dia seperti pernah ku lihat wajahnya.
Imbas kembali...
Pertama kali melihatnya terasa bagaikan dejavu. Rasa ingin terus melihatnya dan mengenalinya namun tidak ada sebarang klu mahupun petunjuk. Perasaan apakah ini yang bermain di jiwa lalu menyebabkan tubuh kerdil ku begitu bersemangat setiap pagi ke kampus, mengejar detik 8.15 pagi dengan harapan akan bertembung dengan nya di lorong itu. Biarpun tatkala itu dia di dalam kereta sedang aku mengayuh basikal tua. Namun siapa tahu dia juga punya rasa yang sama seperti hatiku. Lalu setiap pagi kami seolah-olah berjanji untuk bertemu di atas jalan raya, di lorong kampus itu biarpun hanya untuk seimbas tapi cukup membangkit rasa.
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Dari peristiwa menjelir lidah, hujan lebat hinggalah kepada penemuan sebuah lukisan mirip wajahmu telah menemukan kami dan membawa kepada penyatuan dua hati. Ternyata, sungguh indah perancanganMu Ya Allah.
Lalu bila kak Dina bertanya, "Mengapa dia pilihan hatimu?"
Aku merenung sejenak. Bertanya sendiri kepada hati mengapa aku memilih dia. Kerana tampan wajahnya kah? (Tampan di mataku mungkin tidak di mata insan lain). Atau kerana ketinggiannya kah? Atau kerana senyumannya kah?
Kak Dina, dialah laki-laki dambaan jiwaku. Yang ku pohon dalam doaku setiap waktu. Dia yang pernah terketar-ketar menghampiri gadis pertama dalam diari hidupnya untuk menghulur salam perkenalan. Dia yang seringkali dikirim Tuhan tatkala aku ditimpa hujan dan bernasib malang. Dia yang tidak pernah menyentuh kulit ku walaupun sesaat. Dia yang pernah melihat air mata ku, yang selalu berkongsi suka duka tanpa pernah melafaz kata cinta dari bibirnya. Dia yang menyimpan niat untuk menyunting hidupku sejak dari awal kami bertemu. Dia yang melengkapkan hidupku. Dia anugerah dari Allah buatku.
Tempoh perkenalan
Perkenalan kami tidak seperti pasangan yang lain. Walaupun kami sering berdekatan dalam kawasan yang sama tetapi bertemu berdua-duaan bukanlah pilihan kami. Mula bersahabat pada 28 Jun 2007 hanya melalui kiriman email. Setelah setahun baru bertukar-tukar nombor telefon dan mula ber'sms'. Sesekali bertemu di kedai makan ditemani rakan-rakan serumah. Dari bersahabat hati mula terpikat dengan keluhuran budinya. Hati mula meyakini bahawa dia lah bakal menjadi imam dalam hidupku. Akhirnya dengan restu kedua belah keluarga kami ditunangkan pada 25 September 2009. InsyaAllah pada September 2010 ini kami akan disatukan sebagai suami isteri. Ameen.
Majlis impian
Kami hanya inginkan majlis sederhana yang diberkatiNya. Sejujurnya aku teringin juga mengadakan majlis dalam taman. Namun, dalam situasi aku sekarang tentu sahaja itu tidak akan berlaku. Apa pun aku dan dia sama-sama menyukai warna-warna lembut atau krim sebagai tema perkahwinan kami. Aku hanya impikan sepasang lace putih dengan sedikit rona hijau lembut ala-ala jubah untuk digayakan di majlis walimah kami nanti. Tema warna pada majlis tersebut adalah cokelat gold, krim vanilla dan hijau lembut.
Foto-foto kami...
Di bawah ini adalah satu-satunya gambar kami yang diambil berdua. Harapnya cukup jelas untuk dilihat kak Dina nanti. Segan juga meletak gambar kami di sini kerana sudah berjanji pada dia tidak akan ditontonkan pada orang lain. (Kalau kak Dina sudah selesai menilai beritahu ya supaya saya boleh delete gambar ini, dah sah menikah nanti baru boleh letak gambar berdua). Oleh kerana inilah satu-satunya foto kami bersama maka foto inilah yang paling terbaik dan terindah yang pernah saya miliki. Hatta, waktu majlis bertunang pun kami tidak foto bersama. Tak mengapalah masih ada banyak masa untuk kami berdua kelak. InsyaAllah mungkin waktu itu nanti lebih baik. Malah mendapat pahala pula kalau 'bermesra-mesra' dengan suami sendiri...tak gitu?
Mudah-mudahan sampai ke syurga...ameen. Gud luck 2u2...Tak sangka ada juga yang sudi baca dan komen..terharu...;)
Wah..Zainur, btol3 meruntun jiwa..mcm dlm drama perjalanan cinta kamu dan dia..Saya doakan kamu berjaya..chaiyok2!=)
Wan,
Salam kenal...thanx for the comment and doa :) Ada macam drama ke? Huhuhu.... Anyway semoga kamu berjaya juga :)
saya suka semua yang awak tuliskan.
meluahkan secara lembut, tapi terkesan di hati.
semoga apa yang awak impikan, akan terlaksana.
saya doakan agar perhubungan ini berpanjangan dan dilindungi Allah sentiasa.
Amin.
salam..err..kenapakah akak menangis membaca entri ini?? owh, terharunya..
akak pun mendoakan perhubugan Zainur dan pasangan di berkati Allah selalu, dan semoga ianya hinga ke syurga kelak. Amin~
Nurnana,
Amin Ya Allah. Terima kasih atas doanya. Penulisan yang biasa-biasa saja tapi mungkin rasa cinta yang luar biasa bila hubungan dijaga utk mendapat redhaNYA. Salam Perkenalan dari saya.
Kak Dina,
Akhirnya sampai juga akak di blog ini. Terima kasih atas komen dan doanya. Mudah-mudahan hingga ke syurga. Ameen Ya Rabbal A'lalmin.
a'kum
terasa luhur dan sucinya cinta kamu berdua ini bila saye membacanye.. doa saye dan isteri, semoga kamu berdua selamat di ijabkabulkan dan berbahagialah kamu sehingga ke akhir hayat..
saye paling suke ni
"Oleh kerana inilah satu-satunya foto kami bersama maka foto inilah yang paling terbaik dan terindah yang pernah saya miliki"
gud luck ye..
TAHNIAH! Anda berada dalam senarai TOP TEN bagi pertandingan 'Mengapa si dia pilihan saya' anjuran Dina Halim Bridal Boutique..
:)
congrats Zainur..u deserved it!!story yg menyentuh hati..anyway..gud luck in ur w-day prep..
tahniah Zainur! kamu memenangi pertandingan ini :D
ini lah rezeki orang yang akan berkahwin. ;p
semoga kamu mendapat perkahwinan yang diimpikan. dan semoga jodoh kamu berkekalan sehingga ke akhir hayat.
tahuniah awak menang:-)
congrats dear...
awk mmg layak menang.. terharu bila read ur entry..
semoga hbgn awk & si dia berkekalan hingga akhir hayat.. amin..
Cik Zainur, tahniah!
Memang rasa meremang bulu (bukan sebab takot) bila baca ni... memang layak menang!
Hana, Azlina, Gee, Adieyza and fishballisme: Terima kasih...rasa terharu la plak...huhuhu...
mmg patut menang..ayatnya memukau hati sy juga.smeoga bahgia selalu
Zainur, tahniah! Memang awak patot menang..sokong awak!Cahiyok!!=)
tahniah ats kemenangan..semoga perhubungan kalian diredhai Allah hingga ke syurga :-)
Assalamualaikum salam perkenalan, sy salah seorg contestant pertandingan Dina Halim gak. Nak ucapkan tahniah atas kemenangan & sy sgt mengagumi pendirian Cik Zainur dlm meulis blog ni. Selamat melangsungkan perkahwinan nnt ye. Moga Allah mudahkan semuanya
Mia, Wan, Alwanez & Pocahintas, Terima Kasih atas doa dan wish kalian. Mudah-mudahan kita semua memperoleh keberkatan dariNya...Ameen..
salam.
tahniah sebab menang contest tu. tah macam mana boleh sampai ke blog sis.
:)
moga perhubungan kalian hingga ke syurga dan mendapat redhaNya insyaAllah ameen.
;)
tahniah menang Dina Halim Online Contest! sy suka baca entry ni :)
Thanx Syarifah n cik orenlili :)