Aku + Dia = Kami

Sengaja aku create blog ini walaupun sebenarnya aku memang dah lama berbloging. Cuma di blog itu aku tidak pernah menunjukkan siapa diri aku yang sebenar. Aku tidak berkongsi semua hal dengan pembaca aku. Tapi, di sini aku hanya ingin menjadi diriku sendiri. Ingin berkongsi impian aku dalam menuju gerbang bahagia.

Biar blog ini tidak diketahui oleh siapa-siapa pun termasuklah Encik Tunang. Bukan niat nak merahsiakan daripadanya....nantilah lepas kami bersatu nanti akan aku tunjukkan kepadanya segala usaha aku untuk merealisasikan hari bahagia kami dalam keadaan aku yang masih menganggur!

Ya! Kalau kamu sudah berkahwin pasti kamu sedia maklum hal ehwal belanja kahwin. Aku bukan anak dato' jauh sekali anak orang kaya raya. Family aku sederhana saja tapi aku tidak mahu bebani mereka. Cukuplah mereka support hal ehwal catering dan khemah tapi bab hantaran, pakaian dan hiasan bilik pengantin biar aku usahakan sendiri.

Mana nak cari duit? Betul aku menganggur tapi inilah untungnya amalan berjimat cermat dan menabung yang aku praktik sejak kecil. Dan apa yang aku syukur sangat hampir sebahagian besar duit biasiswa aku masih ada. Jadi dengan duit itulah aku akan belanja perkahwinan ku dan memulakan hidup aku dengan si jantung hati ku. Mudah-mudahan niat suci kami untuk mendirikan masjid ini akan memperoleh kemurahan rezeki. Memang aku harap sangat seboleh-bolehnya sebelum tengah tahun ini aku dapat kerja. Kamu yang mungkin terbaca coretan ini doakanlah buat aku ya!

Memang pada awalnya aku nyaris tidak mahu kahwin menundakan tarikh pernikahan kami. Sebabnya banyak sangat 'cakap-cakap' setan orang @cakapkalau kahwin tapi tak kerja lagi nanti hidup susah dan merana. Aku cuba menidakkan fahaman sesat itu dan berbaik sangka dengan Allah. Bukankah Allah ada berfirman dalam ayat ke 32 surah AnNur :"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui". Mudah-mudahan aku memperoleh kerja dan doa-doaku dimakbulNYA. Ameen.

Oh ya, buat pengetahuan kalian aku sudah pun bertunang dengan Encik Tunang pada hari raya yang lepas dan insyaAllah akan bernikah pada raya tahun ini. Katanya, kalau beroleh rezeki lebih dia mahu percepatkan bulan June ini. Aduhai....kecut pula perut aku memandangkan banyak hal yang belum lagi settle! Malah aku belum mula apa-apa pun lagi!@gigitOh Tuhan bantulah hambaMu ini!

NEXT: My first mission: design my bedroom @ bilik pengantin!

1 Response
  1. Zahra Ashiqin Says:

    insyAllah, sy doakan kalian semoga dipermudahkah segalanya..thanks singgah blog sy ..;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs