Mini Pelamin & Akad Nikah

Fuhh...hari ini baru dapat bernafas sedikit lega. Pun begitu masih banyak lagi urusan yang perlu disegarakan. Mencuri-curi masa untuk mengupdate blog.. (boleh gitu..huhu)

Semalam sangat seronok! Telah dimaklumkan bahawa official photographer untuk majlis sebelah suami sudah siap!@rayaYang pasti album dan cd sudah selamat di tangan suami tercinta. Tak sabar nak tunggu hujung minggu untuk melihatnya. Buat pengetahuan kawan-kawan saya ni weekend wife. Saya di Kelantan, suami di Terengganu, hujung minggu baru kami ketemu, aduhai membuaklah rasa rindu!@cinta

Apa yang lebih mengujakan, di majlis sebelah kekanda suami ni lah kami berpeluang membuat sesi penggambaran di luar majlis. Acehh... Idaman setiap pasangan gitu untuk buat sesi outdoor. Saya juga tidak ketinggalan untuk merakam satu-satunya kenangan terindah ini. Cepat betul En Mie ni proses. Dan suami baru sahaja memberitahu yang gambar-gambar sangat cantik! @sengihnampakgigi (perasan2). Tak sabar nak tunggu dijemput hubby hari Khamis ni. Bolehlah melihat sendiri dan feel feel gitu...Acehhh....

Sementara menunggu gambar dari para official photographer ayuh kita layankan gambar yang berjaya di 'capture' oleh my lovely cousin dan juga beberapa jurukamera yang tak bertauliah. Kerana usaha merekalah saya dapat berkongsi dengan anda semua!

Tadaaa...... Inilah dia pelamin yang ditaja khas dari Dina Halim Bridal Boutique. Macam selebriti pula kan ada taja-taja nih. Yang sebenarnya ini merupakan hadiah yang saya terima setelah memenangi tempat pertama dalam contest yang dianjurkan oleh Butik Pengantin Dina Halim. Dan hadiahnya ialah sebuah mini pelamin. Nak tahu apa contestnya? Boleh rujuk sini!

Thanks Kak Nadia & suami serta khususnya buat pihak Dina Halim di atas hadiah yang sungguh bermakna ini. Jimat you! Tak payah sewa pelamin lagi. Tambahan pula majlis idaman saya adalah ringkas dan simple without sanding-sanding apatah lagi renjis-merenjis yang tak ada dalam kitab Quran ni. Just pelamin untuk bergambar dengan keluarga dan sebagai kenang-kenangan!

Gambar ini pula right after diijab qabulkan. Syukur, alhamdulillah dengan sekali lafaz ku menjadi zaujahmu.


Bersenda gurau di atas pelamin untuk menghilangkan getaran dan debaran yang tak sudah. Sentuhan dan ciuman pertama dari mu membuat denyutan jantungku seperti berhenti! Serius kawan-kawan, time nie tak tahu nak posing macam mana. Disuruh bertentangan mata pun kami malu-malu. Sebab panahan matanya terlalu menusuk kalbu. Hehehe.... Mungkin ini yang dikatakan hikmah menjaga perhubungan sebelum berkahwin? Sangatlah membahagiakan, mempesonakan juga mendebarkan.....Hahaha.....

Dan sebelum saya berhenti di sini, berikut adalah 2 pose yang dipaksa oleh cousin. But, I love both pictures very much! Haa ini hasil sentuhan beliau sendiri yang juga merangkap jurugambar peribadi. Layankan saja ya aksi-aksi malu-malu kucing mahu ni ya...@gatai



5 Responses
  1. farahfatihah Says:

    alhamdulillah akhirnya impian zainur menjadi kenyataan...=) tahniah yer...baru dapat tgk zainur punya blog...

  2. ~ mizzAmy ~ Says:

    sweetnya............ amy plak yg rasa nak kawin. lalalala.... =P

  3. Anonymous Says:

    best pulak baca cite zainur ni..mia pun x bayangkan camne mia & adin nanti..lg la,x nah dating berdua..pe nk jd la t...sampai adin sndiri dh ckp x mau bergambr..haha...mesti jd momen mcm zainur rasa ni..adoi, malu la pulak

  4. Zainur Says:

    Farah: Ameen, sorri sebelum ni suami minta provacykan sementara waktu utk memberi laluan kepada hari pernikahan...hehehe

    Amy: Cepat2 kahwin...:D

    my Sarah: Tenkiu so much!

    Mia Ina: Sekarang dia kata tak nak sebab malu tp nanti mesti dia nak ak...sebab ni jer la kenangan sekali seumur hidup yg kita nak rakam and kenan2...huhuhu...

    psst: Bl dah majlis sebelah suami tak malu sangat dah...huhuhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs