The wedding dress

Salam!

Entry hari ini adalah untuk review the wedding dress.

Untuk makluman kawan-kawan, I have one and only wedding dress! Memang saya plan untuk memakai pakaian akad nikah yang sekali arung dengan majlis. Malas nak bertukar-tukar persalinan. Oleh sebab itu saya telah menempah sepersalinan putih yang dikacuk antara jubah dan juga dress.

Taraaa....inilah rupa penuhnya....(klik untuk tumbesaran)



Dress ini simple aje but so sweet. Hasil sentuhan seorang pereka baru yang bernama Najib Salman. Thank you Najib! Saya jumpa dia masa dekat Gathering blog B2B yang diadakan pada awal tahun ini. Beliau adalah rakan kepada Puan Ann. Ann-Ash yang recommend kan beliau. Memang puas hati. Dan harga pun sangat affordable. Tidaklah melampau-lampau. Memang tidak sia-sia kepercayaan yang diberikan kepada beliau. Mana-mana B2B yang berminat nak dapat khidmat dan nasihat beliau adalah sangat dialu-alukan!

Kerana terlalu sukakan baju ini. Saya pakai masa majlis kat sebelah suami untuk sesi outdoor photoshoot! Serius kalo boleh nak recycle aje masa majlis belah suami. Parents pun tak kisah! Saya lagi tak kesah. Simple dan sempoi kan saya ni? Heeee.... Tapi, saya sewa baju lain. Warna putih juga.

Tentu ramai yang tak percaya kalau saya kata baju persalinan untuk majlis sebelah hubby, saya hanya menyewa sehari sebelum majlis! Hehehe.... I'm sure kalau B2B yang lain mesti dah tempah or sewa awal-awal. Dan saya langsung tak risau kalau tak ada baju. Sebab saya suka sangat kalau dapat pakai baju nikah saya yang sweet tu. Thank you Najib! But, again baju yang saya sewa kat majlis Terengganu ni pun tak perlu bayar apa-apa. Setelah dipulangkan semula (tanpa pembayaran deposit pada awalnya) tuannya kata FOC! Wahhh.....inilah rezeki namanya!

Majlis kat Terengganulah paling sempoi sekali. Maksud saya, saya tak kalut nak tempah baju or MUA. Memang saya tak make up langsung. Cuma berbedak dan ber'lip ice' aje. Hehe! But I'm happy! Hubby cakap dia suka tengok wajah asli saya! Natural beauty gitu.... Hikhik.... Tapi, satu perubahan besar yang saya perasan pada diri saya adalah: sehari selepas kahwin rasa kulit wajah sangat lembut dan mulus gitu. Tak sangka hubby pun cakap hal yang sama juga! Kawan-kawan yang dah kahwin, you all ada rasa gitu tak?

Inilah wajahku yang tanpa 'make up' itu. Juga baju sewa yang free tu. Sempoi jer kan? Masa ni baru pas bersiap. Sempat juga bergambar dengan hubby sebelum majlis bermula. Tapi, line tenet tak clear, so 2 keping ni jer sempat post. InsyaAllah akan diupdate lagi nanti...



Alhamdulillah semua pun dah selamat. Mudah-mudahan diberkatiNya. Ameen!

psst: Agak-agak ada B2B yang lagi sempoi dari aku tak?@adil
6 Responses
  1. kay kamal Says:

    takde kot yg lagi sempoi kot..lol~ suka baju u

  2. Anonymous Says:

    suke nya tgk sweet sgt muka zainur slps kahwin nie

  3. Zainur Says:

    Kay: Hehehe... Thanx!

    Mia: Itu kot org panggil seri pengantin...hehehe

  4. ~ mizzAmy ~ Says:

    that day malu nak tanya2 sebab ramai org kan masa tuh. tapi mmg sgt2 sweet.

  5. rose Says:

    u memang sempoi..nk jadi mcm u la..xmo pk bnyk2..hehe..baju u memang cantik!

  6. Kak Teeha Says:

    cantik!

    semua sekali..yup! betul tu.. natural beauty..

    kulit halus mulus sbb seri pengantin! bila kita tak pernah disentuh oleh lelaki, sekali dpt sentuhan pertama dari suami sendiri, hormon dlm badan dikeluarkan menyebabkan kulit berseri2..

    tu sbb ada makcik2 tua yg pandai tengok 'air muka' katanya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs