Berat badan naik???

Saya tengah runsing. Berat badan bertambah. Kata orang normal bagi orang-orang yang tengah bahagia. Aduhai... Walaupun dihitung BMI tidaklah ke tahap 'overweight' tapi inilah kali pertama berat saya mencecah 50kg. Oh tidakkk!@hah
Gambar hiasan.

Tak ada siapa pun yang menegur 'kamu nampak gemuk'. Cuma nampak berisi dan kata mereka 'dah elok' tak kurus sangat macam dulu. Tapi, kenapa saya risau yang teramat ya? Rasa macam dah overweight. Adakah saya obses untuk menjadi kurus?

Walau bagaimanapun saya mesti mula mengawal pemakanan saya dan juga aktiviti harian saya. Bukan apa, dengan ketinggian yang ngam-ngam 5 kaki tak berapa nak elok kalau berat sangat. Nampak chubby lah. Melalui pengiraan BMI, berat badan saya tidak seharusnya melebihi 55 kg. Tapi, saya tetap nak maintain macam zaman 'single' dulu 46 kg. Itu pun saya dah anggap gemuk! Teruk kan? Saya rasa saya ada penyakit 'obses dengan kurus'. Saya pernah bercita-cita untuk mempunyai berat badan 40kg or below which is already 'underweight'. Nasib saya punya fikiran yang masih waras!

So, untuk mencapai misi tersebut (reducing weight), adalah baik untuk memahami tentang kalori. FYI, kalori adalah unit pengukuran tenaga bagi makanan iaitu 1 kalori= 4 joule. Diketahui, sumber utama yang terdapat dalam makanan adalah karbohidrat, protein dan lemak yang mana memberi nutrien dan juga membekal tenaga kepada tubuh untuk menjalankan aktiviti harian.

Jadi apa kaitan kalori dengan penurunan berat badan?
Kalau badan anda diberi lebih tenaga dari yang diperlukan maka lebihan tenaga tersebut akan ditukar ke dalam bentuk lemak untuk disimpan oleh badan. Contohnya macam aku ni lah, duduk rumah saja tapi makan macam lah orang yang kerja buruh binaan. So, secara lojik nya aku ada banyak sangat lebihan tenaga. Tenaga ini tak boleh hilang melalui kentut pembuangan angin sebaliknya tersimpan dalam badan sebagai lemak. Bila badan tak cukup tenaga, barulah lemak tadi akan ditukar semula kepada bentuk tenaga.

Kesimpulannya, berat badan bertambah kalau kita makan banyak tapi kerja kurang (metabolisme badan rendah). Tapi berat badan berkurang bila kita makan kurang tapi kerja lebih.

Jadi, untuk mengurangkan berat badan secara sihat tanpa menjejaskan tubuh badan kita mesti tahu jumlah kalori yang kita perlukan setiap hari. Jumlah ini berbeza mengikut jantina, faktor usia dan juga aktiviti harian. Anda boleh hitung menggunakan "BASAL METABOLIC RATE' or known as BMR kemudian didarab dengan faktor 'DAILY CALORIE REQUIREMENT' (DCR).

Bila dah tahu jumlah kalori yang diperlukan setiap hari, senang lah nak rancang dan pilih makanan yang tubuh kita perlukan instead of ikut nafsu. Di samping itu saya akan mula aktiviti bersenam secara berkala untuk meningkatkan tahap metabolisme badan. Bagi anda yang mempunyai misi yang sama boleh la rujuk laman cekodok.com untuk memahami tentang kalori dan juga pengiraan BMR dan DCR. Laman tersebut juga ada menyediakan 'food database' untuk anda mengetahui nilai kalori dalam setiap makanan yang anda ambil.

Lepas seminggu kena timbang berat untuk lihat hasilnya. Berjayakah saya?

Nota kaki: Untuk menurunkan 1 paun berat adalah bersamaan dengan 3500 kalori. Sedangkan skipping selama satu jam baru dapat singkirkan 700++ kalori...adesss....@tensyen
3 Responses
  1. farahfatihah Says:

    owhhh sgttt lah sama..ty diet tp bertahan 1 week je!!!!

  2. Zainur Says:

    Ye ker farah...alahai...kena usaha gigih jugak nie...skrg saya dah kurang mkn nasi...huhuhu...

  3. Anonymous Says:

    selamat berusaha utk misi diet zainur sblm menjleang wedding ya..gd luck dr mia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs