Aneka door gifts dan kad kahwin unik

Salam diary!

Beberapa hari juga tidak berkesempatan untuk update! Agak sibuk merancang untuk membuat business. Ya, selama ini saya begitu benci tak minat dengan perniagaan. Tapi, alih-alih ingin mencari rezeki dengan perniagaan pula! Itulah kuasa Tuhan yang tak mampu kita halang. Sesuatu yang kita benci pada mulanya boleh jadi sesuatu yang baik buat kita. Mungkin hal yang kita sangka baik buat kita tapi tidak baik di sisiNYA. Perniagaan apa? Nantilah bila semua urusan selesai saya akan war-warkan atau lebih tepat lagi buat promosi. @jelir

Kali ini aku bukan nak sambung bercerita padal the wedding room tu tapi just nak war-war kan beberapa laman web yang cool dan terkini tentang wedding gift dan wedding card. Masa aku tengah blog hopping aku terserempak dengan laman ini Ole-Ole Manis. Nampak ole-ole yang dipaparkan ini sangat menarik dan berbeza dari kebanyakan. Ada set lilin pelbagai bentuk dan rekaan juga kotak-kotak yang pelbagai rupa dan warna. I like! Cuma pemilik tidak menyatakan harga item pada sesetangah barang. Kalau nak tahu kena email orangnya. Itu yang aku segan sedikit! Hehehe.....

Pictures taken from Ole-ole Manis blog.

Yang kedua adalah blog tentang wedding card yang sangat unik iaitu Ilikecard2. I like it too! Ada yang serendah 40 sen untuk tempahan 1000 ke atas. Design dia oklah. Simple and nice. Banyak pilihan bergantung pada bajet masing-masing.

Picture taken from I like card.

Cuma kalau tanya pendapat saya tentang kad kahwin saya prefer yang simple saja. Kenapa nak spend a lot on the wedding cards kalau akhirnya akan ke bakul sampah jua? Korang rasa ada ka orang lain nak simpan wedding card korang bertahun-tahun? Paling lama pun setahun dua. Paling sekejap sampai wedding date korang. So bayangkanlah berapa banyak pembaziran yang telah dilakukan! 0.40 x 1000= RM400! Itu pun kalau harga sekeping kad 40sen kalau lebih dari itu? Sila kira sendiri lah! Lagipun penggunaan kad secara berleluasa boleh menyebabkan kemusnahan alam sekitar. Ini kerana banyak pokok akan ditebang. Orang dulu-dulu cuma jemput pakai mulut saja dan dihebahkan di surau-surau atau dewan orang ramai. Jimat kos! Tapi, di zaman teknologi ini pun kita boleh jimatkan kos dengan menghantar jemputan melalui sms, e-card, facebook, friendster, email dan laman-laman sosial yang lain. So terpulang kepada pendirian masing-masing. Jangan tersinggung ya! (Tapi, ada sesetengah teman menganggap jemputan tanpa kad itu seperti ajak-ajak ayam...@garu)

So, rasanya setakat itulah dulu perkongsian aku. Semoga dapat memberi idea dan manfaat kepada kamu yang menyinggah ke laman ini. Adious!
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    saya plg suke meniti blog awak ni..saya suka kesederhanaan..ttg kad kahwin, mia pun fikir ..nk buat biasa2x je...psl pe org nk kata, pedulikan jela...

  2. basket_lab Says:

    jom tgk doorgift english style serendah rm 0.90
    ppr bg english style
    tray ala2 pumpkin serendh rm22!!!
    pling murh di m'sia
    n mcm2 lgi
    beli 1k dpt free gift

    jom serbu

    www.basketlab.blogspot.com

  3. Nieja Says:

    salam..
    jom tgk cenderahati dkt cni http://www.duriankahwin.com/..
    byk yg menarik taw... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs