Showing posts with label Melbourne. Show all posts
Showing posts with label Melbourne. Show all posts

Balik Raya Aussie

Hola!

Tak best kalau first paragraph asyik tulis pasal blog berabuk, tuan blog yang tenggelam timbul...hehe.... Biasalah bila dah berkahwin, beranak dan berkeluarga ni masa nak berblogging dah jadi semakin kurang. Hehe... Kalau zaman bujang dulu aku lah blogger tegar! Hari-hari update ko. Siap boleh dapat income dari nuffnang. Sekarang nan hado! Duit yang lepas pun belum claim lagi dengan nuffnang. Harus claim segera....sudah macam perkasam. Kalau melabur ada hasilnya....hihi...

Blogging ni seronok jer bila ada yang baca dan komen. Setakat hari ni dah 5 blog aku ada. Tapi, bila nak famous sikit je banyak pulak peminat...hehe So, satu persatu aku close. Cuma yang ni remain sebab dalam blog ni ada jejak cinta aku suami isteri dan anak dan of course lah kehidupan kami masa di Aussie dulu... Semua tu memory babe! Walaupun sekarang blog ni sunyi sepi. Tapi, ada juga lah yang sudi mesaage tanya pasal cuti-cuti kat Aussie sebagai panduan. Yang mana sempat aku balas lah. Yang tak sempat sorry lah.... sebab aku bukan jer sibuk dengan keluarga tapi juga kerjaya dan sekarang ni meniaga....

Cakap pasal Aussie, kami anak beranak baru jer balik dari sana. Rindu weh dah dekat 2 tahun balik Malaysia....mestilah teringat kampung halaman. Jadi raya aidilfitri baru ni kami balik lah melawat sedara mara di sana. Kenalkan si Solah ni dengan atuknya.... Hehehe....

Kembara kali ni memang seronok sebab aku angkut sekali mak pak aku bersama. Kira aku belanja lah mereka sempena graduation phd aku. Alhamdulillah..... tanpa sokongan dan doa mereka mungkin tak siap siap juga phd ku ini. Oh ya, kakak aku pun turut sama join trip ni since dia tak pernah lagi ke sana walaupun bertahun-tahun aku kat sana....hehehe...

Basically trip kali ini adalah musim sejuk. Gila best! Sebab Malaysia sangat panas wehhh... lagi-lagi kat Jelly ni haaa... jarang-jarang hujan kecuali musim tengkujuh. Sebenarnya berdebar-debar juga nak travel dengan baby 9 bulan ni. Risau perjalanan panjang satu hal. Cuaca yang sejuk satu hal. Dah tu travel kali ni memang travel sungguh sebab merentas dari Victoria menuju ke Sydney via driving. Haaa kalau korang nak tahu stay tune lah. Lain hari aku update. Ini baru mukadimah jer.

Sebagai habuan untuk hangpa yang baca panjang lebar ni, aku letak lah sekeping dua gambar trip #balikrayaAussie aku ni! Esok kalau opismate aku tak datang aku update lagi...hehe...

First time jumpa atok Kel
At Brighton Beach, Melbourne
Papa nak beli motor racing di Bathurst.



Melabourne Final: 12 Apostles

There are lots of attraction and places to go in Melbourne. Rasanya pengsan kalau nak describe semua. Lagi pun tak semua tempat dapat cover. Tapi, cukuplah sekadar dapat menjejakkan kaki ke tempat yang pernah dicatatkan pada entry-entry sebelum ni. So, sebelum saya menamatkan cerita pasal percutian kat Melbourne ni, ada satu lagi tempat menarik dan popular yang sempat kami lawati which is 12 Apostles yang terletak di sepanjang perjalanan di Great Ocean Road.

Pemandangannya sangat spectacular. Tapi, perjalanannya sangat letih dan memenatkan! The journey along the road takes approximately up to 3-4 hours of driving. Sudahlah berlingkar-lingkar macam ular sawa. Adoi, pening mak. Kalau ada anak kecil maybe tak sesuai. Sedangkan orang tua pun muntah-muntah. Tapi sebab nak sangat tengok 12 biji batu yang terjadi akibat hakisan tu, maka kami kakahkan diri jua.

Untuk anda yang tak berkesempatan untuk berkunjung boleh la melihat 12 Apostles ni melalui lensa kamera kami yang tak seberapa ni. Hihihi....



Dengan ini secara rasminya saya menutup cerita percutian kami ke Melbourne. Tunggu tahun-tahun lain pula itu pun kalau berkesempatan ke sana lagi. InsyaAllah!

1850s at Sovereign Hill, Ballarat, Melbourne

As Salam,

Tahun 2012 sudah menjelma. Meaning that christmas holiday pun dah tamat and I'm back to school again...@ngantuk Seriously, after a long holiday rasa malas bebenar nak ke office kembali. Kalau cuti lagi panjang mungkin dah berkarat otak ni dan mungkin juga selaput kemalasan sudah menebal dalam diri hingga sukar dikikis. Ini pun masih ada saki baki kemalasan. Agaknya tunggu SV sental dengan clorox kot baru extra rajin! Haishh....

Mungkin ramai yang tertunggu kesinambungan yang lepas. Maaflah tuan blog sibuk. Tapi, hari ni tuan blog nak sambung setakat yang mampu. So, kepada yang sudi layan kan saja ya?

------------------------------------------------------------------------------------------------

From Puffing Billy Railway, we continue our journey to Sovereign Hill, Ballarat. I love this place so much. Rasa memang worth it ke sana. This place is like an old town, back in 1850s. Masa ni, tempat ni sangat top dengan perlombongan emas. And at this time juga mereka dah jauh maju dari kita.

Memasuki Sovereign Hill ni macam masuk ke tahun yang lampau. Tempat ni seolah-olah macam museum yang hidup lah. Kita bukan sahaja dapat melihat dengan mata kasar tetapi dapat mengalaminya sendiri. Tempat ni memang wujud suatu tika dulu dan kini dihidupkan kembali. Memang penuh dengan bangunan lama, rumah, kilang, tapak perlombongan dan lain-lain. Even orang-orang kat sini pun dress up macam orang-orang zaman dulu. Me love it so much. Kata orang memang feel lah.

Even kalau you masuk dalam certain shop tu, mereka betul-betul demonstrate macam mana mereka bekerja. Contohnya, ada kilang buat lilin, emas, tembaga dan sebagainya. Mereka bukan sahaja takat proses tapi jual barangan tersebut as cenderahati. memang best! Malas nak cakap banyak-banyak. Sila layankan saja gambar-gambar di bawah ni.


Lepas tuh kami singgah ke muzium emas mereka yang terletak dalam area-area ni juga. Tapi, maaflah tak larat dah nak tempek gambar banyak-banyak. Tapi, seriously memang interesting! Kalau kat Malaysia buat konsep macam ni kan best!

Destinasi kami terakhir sebelum balik adalah ke Spring Lake. Kami berhenti untuk solat dan makan. Kawasan-kawasan park yang tenang macam ni memang sesuai untuk bersolat. Maklumlah masjid dan surau sukar ditemui. Jadi, kena bijak juga mencari lokasi untuk solat. Solat tu kan wajib. Jangan sebab kita nak berjalan solat diabaikan. Apa yang best, haiwan dekat negara mat saleh ni kebanyakan jinak dan senang untuk berkawan. Again, layankanlah gambar-gambar tidak seberapa ni.



Melbourne again Part 2

As I promised, ini kesinambungan untuk entry yang lepas. Tapi, sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih pada Asna, Chekgu Azrinie, Hanis, Aidalela dan cadlyn sebab uols memang supporting and rock! At least, I know ada jugalah insan-insan yang sudi singgah and jenguk blog picisan macam I ni. Hihihi... Thanks girls! At first I bercadang nak buat entry ber'password' tapi I takut dua tiga tahun nanti I sendiri lupa password tuh. Tak pasal-pasal anak cucu I nanti tak dapat baca. Ahaks! *jauh benar memikir*

Anyway...

Hari pertama, 23 Dis 2011

Kami tiba di Melbourne sekitar jam 12.30 pm lalu terus ke rumah member yang terletak berdekatan dengan Monash University. Sampai-sampai tu mestilah penat dan lapar kan. Jadi kami makan-makan sambil bersembang dengan tuan rumah sebelum masuk berehat. Bila dah segar bugar kami ke town beramai-ramai menaiki train dan tram. Kami beli return tiket untuk tempoh 2 jam berjalan dengan harga 3.80 dolar. Oleh kerana, waktu sudah melepasi jam 6 pm maka tiket tersebut boleh digunakan juga untuk menaiki mana-mana tram, bas dan train sekitar zon 1 tanpa ada had masa. Best la juga sebab jimat di situ.

Kedatangan kami disambut oleh ratusan manusia yang lain. Gila sesak bandar Melbourne ni. Mungkin juga ramai yang nak celebrate krismas kat bandar besar ni. Kalau masa first time datang dulu pun aku dah rasa serabut, kali ni triple serabut okeh! Nak berjalan pun susah. Sebab tu aku tak pernah suka tinggal kat bandar-bandar besar macam ni termasuklah KL walaupun aku sendiri dibesarkan di sana tapi aku rasa jiwa aku lebih kepada kekampungan. Patutlah jodoh dan takdir ku selalu di bandar-bandar kecil macam Gong Badak, Pengkalan Chepa dan Gong. Kesemuanya jauh dari kota dan berhampiran pantai. Such a lovely place! *oppps melalut sikit*




Petang tu memang rasa rimas dan sedikit bosan lah. First, sebab aku dah habis pusing area bandar ni baru beberapa minggu yang lalu. Kawan pula ajak jalan sini. Tapi, takpalah nak pergi jauh-jauh pun dah lewat kan. Mujur juga lah dia bawa ke restoren Esperedo yang ada masakan ikan keli. So, sekali lagi kami melepaskan hajat makan ikan keli. Tapi, aku rasa ikan keli kat Blog M lagi mengancam dan enak kot. Al-maklumlah ikan keli frozen mana nak sama dengan ikan keli fresh kan? Rindunya nak makan ikan keli!!!!

Again jalan-jalan area town yang sesak. Kali ni memang bergemerlapan lah bandar tu, sebab lusa dah krismas. Ramai yang buat last minute shopping. Untuk part ni aku malas nak tempek gambar sebab dalam entry sebelum ni dah banyak gambar sekitar town area. Jam 10 pm kami pun bertolak balik rumah. Aku dengan habibi terus tidur berkongsi katil size single! Rasa bertambah mesra gitu. Kih kih kih! Itu pun mujur ada orang nak kasi bilik!


Hari Kedua, 24 Disember 2011

Hari ini shopping complex masih buka lagi. In fact, dari malam tadi tak tutup. Dahsyat kan? Tapi, tidaklah kami bershopping sebab kami aim untuk membeli belah sampai poket terbelah pada hari boxing which is the day after christmas. So, pada hari ini kami aim untuk berjalan-jalan di luar CBD area sebabnya kebanyakan tempat-tempat menarik masih dibuka dan hanya akan tutup on Christmas day sahaja.

Destinasi pertama adalah ke Puffing Billy yang terletak di Old Monbulk Rd, Belgrave, Victoria. Puffing Billy ni actually merujuk kepada keretapi stim lama. Kat sini anda boleh menaiki keretapi stim ni bermula dari Belgrave ni hinggalah ke Gembrook sambil menikmati panorama alam yang menyegarkan. Agak interesting juga di situ tapi belanjanya pun agak lumayan juga! Memang pada awalnya kami nak naik tapi memandangkan kos dan masa perjalanannya yang lama iaitu 2 jam pergi dan balik maka terpaksalah dibatalkan saja niat murni itu. Haha. Tapi, yang bestnya tanpa tiket kami dengan secara tak sengaja telah masuk ke taman tema tersebut sekaligus bergambar sakan sebelum datang pak guard minta tiket. Muahaha- Tak pe, yang penting sempat bergambar dengan keretapi lama. Hiks!



Beginilah rupanya keretapi stim tersebut yang saya copy dari laman web ini. Untuk sebarang maklumat lanjut tentang tempat, waktu operasi, harga dan special event boleh anda merujuk laman web yang diberikan. I tolong promote aje! Tapi, seriously kalau betul-betul nak naik bawa bekal banyak-banyak ala-ala picnic itu sebab masa perjalanan lama. Jadi boleh makan-makan sambil menghirup udara segar walaupun atas keretapi tu ada restoren tapi sah-sah lah mahal kan? Plus, bukan semua benda halal untuk dimakan dan diminum. Heh!

Kat bawah ni pula beberapa keping gambar yang sempat kami ambil sewaktu pencerobohan yang tidak disengajakan itu. Kira rezeki jugalah ni. Hehehe.... Layan~




Oh ya, masih ingat lagi gambar ini?


Tunggu cerita saya di entry selanjutnya! *Kasi suspen sikit ala-ala drama Tentang Dhia. Haha*

Melbourne again!

Masih ingat lagi entry tentang Melbourne trip tu? When I mention that I will come back to Melbourne again I didn't expect to come back so soon. Seriously, tak pernah pun terfikir. Paling cepat pun next year lah kan. Tapi, tak sampai sebulan I secara tak sengaja menjejakkan kaki ke Melbourne lagi. Cuma bezanya kali ni kami memandu ke sana and we went there with friends. Kira 2 couples lah!

Al kisahnya, pada hari Khamis lepas, a few days before Christmas my habibi called me from work. Tanya nak pergi Melbourne tak? I was like, "What? Melbourne? Again? Tonight??!!" Kalau ikut malas juga nak pergi sebabnya baru sangat kot pergi. Kedua, tengah hari tu tanya, malam tu juga nak bertolak. Mana nak packing barang lagi, nak mengemas rumah dan bagai. Yerlah tak kan nak tinggal rumah macam tu aje. Paling tidak periuk belanga kena cuci dan sampah kena buang. Takut-takut nanti balik rumah busuk dengan makanan basi dan bau sampah kan. Lagi yang buat I malas, baju sebakul tak cuci. Kalau baju I aje tak per ni baju kerja Habibi. Dah la dari minggu lepas lagi hujan je memanjang. I memang cepat panic bila last minute plan ni. Tambah, I kan dah ada perancangan yang biasa-biasa dan relax-relax aje untuk cuti Krismas ni. So, last-last I serahkan pada habibi untuk buat keputusan...

Keputusannya pergilah kan. Sebab kesian kat member. Kalau kami tak pergi maybe depa tak pergi, sebabnya nak sewa kereta. Kalau pergi 2 couples boleh lah share duit sewa and minyak. So, pergi jugalah. Lagipun habibi cuti lama. Bukan senang nak dapat cuti berderet-deret. So, petang tu balik rumah kelam kabut lah packing, kemas-kemas rumah dan dapur. Cuma laundry aje tak sempat buat. Nasib ada satu lagi seluar kerja spare. Susah-susah beli kat Melbourne aje nanti. Begitulah al kisahnya bagaimana saya dan habibi ke sana lagi.

FYI, driving ke Melbourne takes approximately 10 hours of non-stop driving. Di sebabkan berhenti rehat dan solat maka total hours perjalanan adalah 13 hours! Lemau gila duduk dalam kereta. Bayangkan bertolak jam 11.30 malam dan 12.30 tengah hari esoknya baru sampai! I kesian kat habibi je. Yerlah dia penat balik kerja without rest dan terus drive ke sana. Walaupun bergilir dengan member tapi still habibi tak tidur juga sebab teman member drive. Takut sunyi kang ngantuk pula. Apa pun alhamdulillah we all selamat pergi dan selamat sudah kembali ke rumah. And walaupun baru je ke sana I still puas hati juga sebab this time around we all cover area di luar Melbourne city. Last time, dah ronda habis satu town kan. Kalau masuk town area lagi tentulah tak berbaloi bagi kami yang baru sangat pergi.

So percutian kali ni adalah 4 hari 3 malam. Alhamdulillah, sebab member ada kenalan kat sana jadi tumpang rumah student Malaysia juga. So, jimat kos tempat tinggal. Dan best jugalah bila dapat ber'boxing' di bandar besar seperti Melbourne.

Oklah, untuk cerita yan lebih detail nantikan saja update yang seterusnya okeh?

Melbourne part 2

As I promised, ini kesinambungan untuk entry yang ini.

Emmm... *garu-garu kepala sedikit*:puteh_23: Bila dah stop, nak sambung balik macam terlepas nada pula ya...


Overall Melbourne is the best place for shopping. The city is so lively compared to Gong (the place where currently I live in). There are variety of restaurant, cafe and bars to dine in and most probably they open until late night. FYI, most of the shops here (Gong) close around 5 to 6 pm. Memang tak best gila. Nak merayap and melepak malam-malam kat shopping complex adalah mustahil except on Thursday, they open till 9 pm. Why Thursday? Sebab every Wednesday is gaji day. So every Thursday is enjoy day. Haha- Ini adalah merujuk kepada city Gong lah, bandar lain macam Sydney, Canberra, Perth, I don't know tapi I rasa hampir serupa saja. I rasa policy kerajaan mereka tak menggalakkan remaja lepak malam buta mungkin juga nak mengurangkan jenayah dan gejala sosial. Bagus jugalah sebab yang biasa keluar malam tu semua kaki pub dan kebanyakan mabuk-mabuk. So sangat lah bahaya. Lebih baik stay kat rumah dan tidur aje. Hehe...

Halal restaurant pun banyak. Nak masakan Melayu pun ada. And within this short trip, sempatlah kami melepaskan hajat nak makan ikan keli masak berlada! Serius rindu gila nak makan ikan keli. Dulu-dulu, sebelum sambung belajar dekat area airport PC ada satu warung makan ikan keli yang best dan murah. Boleh dikatakan every week mesti singgah makan kat situ. Pakcik tu pun dah cam muka kami laki bini. Sekarang mesti dia tertanya-tanya di manakah kami.... Huhuhu....

Antara restaurant yang halal dan menghidang makanan kemelayuan adalah Madam Kay, Blok M, Restoren Nelayan, Little Malaysia dan banyak lagi lah. Rasanya restaurant mamak pun ada. Hebat! Kat area Gong ni jangan harap lah. Sebab tu siapa-siapa study area ni memang expert masak selepas 3 tahun. Haha-

Other than that, I would named Melbourne as city of tram. Rasanya kat Australia ni, Melbourne saja kot yang ada Tram. Kat Sydney and Canberra tak ada nampak. Haha- Dua tempat tu aje saya pernah pergi. Tram ni macam train lah juga. Bezanya dia beroperasi di atas jalan raya. Kiranya landasan dia pun di atas jalan raya. Seiring dan sejalan dengan kereta. So, kalau sesiapa yang tak biasa memandu di Melbourne mungkin agak sedikit keliru kot pada awalnya. And the best thing is they have free trams which go around the city. So memang sangat benefit kepada visitor macam saya. Typical Malaysian, memang suka sangat dengan benda free. Haha-


Oklah tulis panjang-panjang pun bukan hangpa semua rajin sangat nak baca kan. Conclusion: yours truly and hubibi berjaya juga cover Melbourne CBD ni within 3 days by walking. Yep, walking! Memang sangat exhausted, apa taknya keluar 7 am, balik hotel 7 pm. Malam totally flat. Haha- Walau bagaimana pun next time harus pergi lagi sebab masih banyak tempat menarik yang belum sempat cover! Last but not least, layankan gambar-gambar yang tak seberapa ni. Zass~

Melbourne....an intro...

As Salam Peeps! How's life going on?

As I inform earlier, I was in Melbourne for the last weekends till yesterday. It was a short trip for work and also a weekend getaway. We departed from Sydney airport on Saturday morning at 9.35am and arrived at Melbourne airport (Tullamarine) around 11.15am. From the airport we took a shuttle bus (Skybus) to Melbourne CBD (town). A single ticket (adult) for one trip will cost you 16 dollars but a return trip will only cost 26 dollars. And the tickets are valid for 3 months from the date of purchase. There are also others option for family packages at cheapest price. Please visit their website here for more information. The 20 minutes journey will end at Southern Cross Station and from that station you can take a mini Skybus to your own private hotel/motel for free. Again, please refer to their website to check the participating hotels and pick up locations.



During the visit we stayed at Hotel Ibis formerly known as Hotel Iblis Haha, a 2 star hotel. The location is very near to Victoria Market- a-must-visit place to shop for cheap souvenirs. Only 5 minutes walk from the hotel. However, please take note that the market is close every Monday and Wednesday. So please plan your visit accordingly. Besides Ibis, there are hundreds of hotel and motel including service apartment located at CBD area. So you have lots of options to choose from and if you book early or during weekdays, I think you'll get cheaper rates.

Tetiba aje....


to be continued...... Haha- sorry guys, have to stop it here. Nanti I sambung cerita lagi with lots of piccas ya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs