Ini permulaan 2019

Salam,

Rasa janggal nak menaip sebab dah lama tak kemas kini blog zainur yang ini. Kali terakhir adalah pada tahun 2016. Sekarang, sudah pertengahan 2019. 

Dulu zaman bujang memanglah hari hari blogging. Tapi, sejak sambung phd aku slow sikit. Fokus pada research. Bila dah habis phd, sibuk dengan kerja dan anak pula. Lagilah tak sempat update. Tapi, serius memang aku rindu nak tulis blog. So, tu lah punca aku gigih menaip posting ni melalui phone. Gigih juga mengingat kembali password akaun sendiri. 😅

Kebanyakan blogger yang aku kenal yang aktif satu ketika dulu semua dah tak aktif lagi sekarang. Rata-rata menggunakan medium instagram untuk update dan kongsi kecuali cik epal yang masih konsisten. Rasanya post yang aku tulis ni pun memang tak mungkin ada pembaca. Maklumlah, dah lama sangat menyepi kan? Tak mengapa, lebih baik begitu. Sebab kadang-kadang ada timbul rasa nak berkongsi sesuatu tapi bukan dengan orang yang kenal kita. Pelik kan? 🤔

Untuk post pertama tahun 2019 ni aku cuma nak update sedikit sebanyak life aku sekarang. Nanti next post baru aku nak share something yang lebih personal gitu. Nak tahu kena stay tune. Heh...boleh pulak gitu ek? Korang anggap la entry yang aku tulis ni syok sendiri erkk? 😏

Okayy, so after so many years... basically i am still married. Alhamdulillah for that... (Aduii speaking pulak dah.. Masih belum dapat rentak menulis lagi ni.. So, layankan... Hehe...) Dah ada anak dan masih lagi seorang setakat ni. Yang dok mengacum aku tanya bila nak tambah lagi tu aku rasa macam nak stepple mulut dia. Sebab basically memang aku tak ready nak tambah lagi. I have my own reason lah tapi perlu ke aku khabarkan pada semua.. Ya dak? Bukan ada keuntungan pun. Besides, aku dapat first child pun after 5 years of married. Bukan sebab tak lekat ke apa tapi sebab aku merancang. At that times phd is my first priority. Kena pulak research aku deal dengan so many toxic chemicals yang boleh effect infant so memang aku jaga. I didn't take any pills or suntikan just plan ikut tarikh subur je. Korang kalau period tak regular jangan buat gini lah... 😅 and alhamdulillah sebulan lepas aku settle down kat Malaysia terus melekat.. Sekarang anak aku pun dah besar. Bulan 10 ni masuk 4 tahun. Alhamdulillah.

Currently, aku kerja as a lecturer in one of UA in Pantai Timur. I love my life here sebab kawasan ni tak sibuk macam bandar. Cukuplah aku dah membesar di bandar. Sekarang aku suka hidup tenang tenang di kampung. Janji kemudahan semua ada walaupun takdak shopping mall yang besar. Jimat duit banyak di situ. Sewa sebuah rumah pun tak mahal mana. Macam rumah aku ada 3 bilik, dapur luas, laman luas cuma toilet je kecik aku tak puas hati baru rm450. Tapi, kalau aku asal orang sini tentu boleh nego lagi jadi rm400. Takpalah. Lagi, yang aku suka tol memang tak da. Traffic tak jem langsung so tak payah nak bekejar keluar lepas subuh ke apa. 10minit je drive ke opis. Memang masyuk. Kalau sesak pun masa raya dan cuti sekolah. Tapi, aku biasa relax jew sebab bertentangan arah. Raya aku balik bandar, orang lain balik kampung 😆



Tempat aku ni walaupun jauh dari pantai tapi subhanallaah di kelilingi bukit bukau dan gunung. Awal pagi tu rasa macam hidup di kaki gunung kinabalu sebab berkabus. Dan yang paling best bila tiba musim buah especially raja buah. Murah dan boleh makan sepuas hati. Keluar depan opis bersusun gerai buah. Sampaikan boleh bau durian itu di kawasan kampus. Al maklum bersebelahan dengan dusun durian katanya. Korang hado? 😏

Ish panjang juga aku menaip ni. Rasanya cukup intro setakat tu dulu. Tulis panjang sangat bukan ada reader pun kann? Insyallah lepas ni aku akan update lagi cerita tentang anak aku. Anak aku bukanlah anak selebriti pun macam yusuf iskandar tapi spesial..sebab tu aku nak share kat blog ni. Nanti esok bila aku dah takda dia pun boleh baca kat sini dan kenal tentang kelebihan diri dia. Macam harry potter 🤣🤣🤣

Anak mat saleh katanya, tapi melayu...


Balik Raya Aussie

Hola!

Tak best kalau first paragraph asyik tulis pasal blog berabuk, tuan blog yang tenggelam timbul...hehe.... Biasalah bila dah berkahwin, beranak dan berkeluarga ni masa nak berblogging dah jadi semakin kurang. Hehe... Kalau zaman bujang dulu aku lah blogger tegar! Hari-hari update ko. Siap boleh dapat income dari nuffnang. Sekarang nan hado! Duit yang lepas pun belum claim lagi dengan nuffnang. Harus claim segera....sudah macam perkasam. Kalau melabur ada hasilnya....hihi...

Blogging ni seronok jer bila ada yang baca dan komen. Setakat hari ni dah 5 blog aku ada. Tapi, bila nak famous sikit je banyak pulak peminat...hehe So, satu persatu aku close. Cuma yang ni remain sebab dalam blog ni ada jejak cinta aku suami isteri dan anak dan of course lah kehidupan kami masa di Aussie dulu... Semua tu memory babe! Walaupun sekarang blog ni sunyi sepi. Tapi, ada juga lah yang sudi mesaage tanya pasal cuti-cuti kat Aussie sebagai panduan. Yang mana sempat aku balas lah. Yang tak sempat sorry lah.... sebab aku bukan jer sibuk dengan keluarga tapi juga kerjaya dan sekarang ni meniaga....

Cakap pasal Aussie, kami anak beranak baru jer balik dari sana. Rindu weh dah dekat 2 tahun balik Malaysia....mestilah teringat kampung halaman. Jadi raya aidilfitri baru ni kami balik lah melawat sedara mara di sana. Kenalkan si Solah ni dengan atuknya.... Hehehe....

Kembara kali ni memang seronok sebab aku angkut sekali mak pak aku bersama. Kira aku belanja lah mereka sempena graduation phd aku. Alhamdulillah..... tanpa sokongan dan doa mereka mungkin tak siap siap juga phd ku ini. Oh ya, kakak aku pun turut sama join trip ni since dia tak pernah lagi ke sana walaupun bertahun-tahun aku kat sana....hehehe...

Basically trip kali ini adalah musim sejuk. Gila best! Sebab Malaysia sangat panas wehhh... lagi-lagi kat Jelly ni haaa... jarang-jarang hujan kecuali musim tengkujuh. Sebenarnya berdebar-debar juga nak travel dengan baby 9 bulan ni. Risau perjalanan panjang satu hal. Cuaca yang sejuk satu hal. Dah tu travel kali ni memang travel sungguh sebab merentas dari Victoria menuju ke Sydney via driving. Haaa kalau korang nak tahu stay tune lah. Lain hari aku update. Ini baru mukadimah jer.

Sebagai habuan untuk hangpa yang baca panjang lebar ni, aku letak lah sekeping dua gambar trip #balikrayaAussie aku ni! Esok kalau opismate aku tak datang aku update lagi...hehe...

First time jumpa atok Kel
At Brighton Beach, Melbourne
Papa nak beli motor racing di Bathurst.



Welcoming Muhammad Solahuddin to the dunya

Assalamualaikum and hola!

Goshh....lama betul tak update kan?

Alhamdulillah saya dah selamat beranak pun. Anak pun dah nak masuk 5 bulan! Baru ada feeling nak update.

Selama ni memang nak berblogging tapi tahu aje lah bila dah ada anak memang tak sempat. Boleh aje nak update masa berpantang kan tapi apakan daya aku berpantang sendiri sendiri maka memang lah tak ada masa. Dapat 'cara' ke diri sendiri pun syukur alhamdulillah....

Mengenang kembali detik bersalin yang lalu, memang bercampur baur lah perasaan itu. Tapi setiap orang tu kan pengalamannya berbeza beza. Maka aku redha sajalah.

Aku ambil cuti 2 minggu lebih awal sebab takut terbersalin seminggu awal dari EDD. Masa tu yakin macam akan beranak awal sebab dok main naik turun tangga uni berkali kali dalam sehari. Masa tu semput sangat. Nak bawa perut pun tak larat tapi mujur dapat jugak cover beberapa kelas sebelum dan selepas bersalin.

Sepanjang bercuti waktu tu memang macam macam rasa. Maklumlah anak pertama mestilah rasa excited nak jumpa kan? Dok tunggu hari demi hari. Dengan perut yang sangat besar. Sampaikan mak bapak aku ingat mengandung kembar. Mungkin ketara bezanya dengan adik aku yang mengandung juga tapi kandungannya 3 bulan lebih awal dari aku. Baby pula aktif bergerak menendang sana sini. Tak kira malam atau siang. Masa awal awal risau sangat sebab kedudukan dia yang songsang. Tapi mujur di akhir akhir dia berpusing juga pada kedudukan normal.

Namun semakin dekat dengan tarikh EDD masih juga belum ada tanda tanda nak bersalin. Makan semakin berselera dan berat naik mendadak... T_T Rasa excited dan tidak sabar bertukar menjadi cemas dan debar juga takut. Siapalah yang nak kena induce kan? Dari pembacaan blog ke blog induce tu sakittt. Memang berharap dan berdoa sangat untuk lekas lekas bersalin dan biarlah normal. Memang macam macam usaha dilakukan untuk mempercepatkan proses bersalin namun masih juga tiada tanda.... rasa sakit sedikit pun tiada.... T_T

Oleh kerana telah seminggu lewat maka dengan berat hati aku serah diri kepada pihak hospital. Memang ini lah saat yang aku tak suka sebab aku memang fobia dengan doktor. Hahaha... walaupun bapak dengan kakak aku sendiri adalah doktor. Juga perkara yang aku takuti itulah yang harus aku hadapi iaitu INDUCE!!!

Doktor memang ada bagi pilihan untuk czer atas faktor anak pertama dan setelah bertahun merancang jadi tentulah sangat berharga bagi aku dan suami. Tapi aku tolak sebab czer tu lagi menakutkan. Dan aku memang tak bersedia untuk dibedah. Sudahlah penjagaan nya rumit kan? Aku pula kan nak berpantang sendiri...

Tapi, induce juga ada risiko pada baby. Takut baby tension sebab dipaksa keluar kan. Jadi setiap kali lepas masuk ubat memang kena monitor denyutan jantung baby untuk pastikan si kecil baik baik saja. Biasanya lepas sekali atau dua kali jalan akan terbuka lah juga. So aku terima sajalah walaupun sedia maklum yang akan rasa sakit. Sakit apabila doktor masuk ubat juga sakit kesan dari ubat-contraction.

Malam tu pertama kali bermalam di wad bersalin baru HSNZ juga tanpa suami di sisi T_T Mujurlah ada rakan rakan seangkatan yang mana semuanya boyot boyot belaka. Tapi aku antara yang terboyot sekali lah. Orangnya kecik tapi perutnya besar. Ramai sangka aku mengandung kembar. Moga moga selepas ni kembarlah dapat. Huhu....

Kali pertama dimasukkan ubat huihh memang nyilu lah sebab doc main seluk seluk kan. Aku tahan nafas ajelah untuk kurangkan rasa sakit. Memang proses ni paling aku tak suka sekali lah. Mujurlah ada seluar mamapride. Takdalah rasa terdedah dan malu yang melampau. Syukur juga semua proses dilakukan oleh doktor wanita.

Kali pertama masuk ubat memang sedikit pun tak ada rasa apa apa. Cuma rasa tak selesalah sebab kena seluk kot. Oleh kerana tak sakit dan jalan masih tak buka maka doc terus mengulang prosedur yang sama. Empat kali beb! EMPAT kali masuk ubat tapi masih tak terbuka jalan.... T_T Kawan kawan seangkatan yang kena induce semua dah selamat melahirkan. Katil katil sebelah kiri kanan dan depan dan berganti ganti orang tapi aku masih juga di sini. Tahu tak bagaimana perasaan itu???

Cuma kali ke 4 masa masuk ubat tu la aku rasa sakit contraction tapi terpaksa menahan seorang seorang sebab hospital kerajaan kan suami tak boleh teman di wad kecuali waktu melawat.... sob sob sob... bayangkan tanpa ibu di sisi dan juga suami. Arwah mertua kalau ada tentu sudah menemani aku saat itu. Jadi, aku hanya ada Allah saja. Dan bermacam macam doa kupanjatkan mohon dipermudahkan....

Lepas masuk ubat yang ke 4 tu la baru ada terbuka sedikit jalan. Itupun 3 cm sahaja. Dan selepas tu aku tak rasa sakit sakit dah. Hanya 3 ke 4 jam saja sakit contraction. Tapi oleh kerana aku sudah lewat 12 hari maka kes aku ni berat juga lah. Siap dilabel warna merah. Kalau ada je kosong kat labour room memang terus masuk saja. Jadi bayangkan perasaan kena menunggu itu.....perit....debar....bosan....haha....

Akhirnya pada hari Jumaat 9.10.15 pada jam 12pm aku ditolak ke labour room. Memang happy kot sebab akhirnya akan bersalin dan jumpa my little angel walaupun hakikatnya aku sedia maklum yang proses 'paksa bersalin' ini akan sangat menyakitkan. Lebih sakit dari bersalin normal. Tapi aku kuat dan redha!

Doktor pakar memang awal awal dah offer epidural walaupun jarang sekali hospital kerajaan akan offer begitu kecuali pada kes kes tertentu. Tapi aku sekeras kerasnya menolak. Masa tu keyakinan sepenuhnya pada Allah yang akan memberi aku kekuatan dan pertolongan. Doktor sangat terkejut dengan keputusan aku namun masih menawarkan pada aku bila bila aku rasa aku perlu. Hopefully tak payahlah doaku dalam hati. Maka bermulalah proses bersalin aku dengan berbekalkan tenaga dari sarapan pagi tadi T_T

Penat tak baca? Hehehe.... Aku penat menaip tapi masih teruja nak berkongsi cerita...sebab kalau aku berhenti alamatnya berbulan pula nak sambung nanti...hehe... so aku sambung ek? Kalau rasa nak teruskan pembacaan silalah...tak paksa pun...hihi....

Ok setelah 4 jam dimasukkan ubat dan bergelut dengan kesakitan yang hanya Allah saja maha mengetahui akhirnya doc datang untuk check jalan atau progress lah. Bayangkanlah masa ni contraction adalah sangat kerap hanya selang seminit kot. Memang rasa macam err nak mati atau boleh mati. Tak tau nak habaq lagu mana. Doc dan nurse pun sangat kagum sebab aku boleh bertahan sakit tu tanpa epidural, gas tau ubat tahan sakit. Aku hanya zikir dan ingat Allah saja masa tu. Terasa sedikit kegembiraan bila doc yang check tu bagitau jalan dah terbuka 5 cm. Jadi aku memang feeling positive saja kononnya akan melahirkan sebelum maghrib.

Sekali.....masuk doc pakar check jalan. Kawan kakak aku lah sebab kakak aku yang suruh pantau perkembangan aku. Maklumlah bersalin pertama kali tapi takada ibu di sisi. Huhu...tapi aku relax aje kot? Ok doc pakar ni bagitahu dengan jelas dan terang di pendengaran aku, "siapa kata terbuka 5 cm. Masih 2 cm lagi ni!". Allahurabbi....bayangkan perasaan aku masa tu. Terkejut, sedih, down ...semua ada... macam sia sia aku menahan sakit rupa rupanya masih 2 cm??? Doc pakar tu menyambung lagi, "tingkatkan dos pun mungkin akan terbuka lagi 2 cm dalam masa 2 jam".

Allah Allah Allah......

Kalau begitu berapa jam lagi perlu aku menahan sakit sedangkan contraction pada masa itu hanya selang beberapa saat! Itu pun kalau terbuka jalan kalau tidak bagaimana???  Masa tu aku rasa stressss yang amat. Aku hanya ingin anak ku selamat dilahirkan. Cukuplah itu...biarlah anak ini selamat dilahirkan biar apa pun risiko yang aku perlu ambil. Kalau perlu bedah saat ini pun bedahlah. Janji kau selamat nak! Melihat degup jantung baby doktor sendiri tak dapat meneka sama ada baby aku ok atau tidak. Katanya 50/50. Sekejap denyutannya normal dan sekejap laju....

Dan akhirnya aku redha dengan ketakutan aku yang satu ini: Czer! Mungkin inilah takdirnya...pasrah T_T baby nak keluar ikut jalan yang sama macam mama baby jugak...huhuhu... malas la aku nak cerita peristiwa dalam dewan bedah di mana walaupun selepas dibius aku masih boleh gerak kaki kanan aku. Sebab kan hal ini aku dipengsankan terus dan tak dapat nak merasai lorekkan lukisan dikulit perut mahupun mencuri curi pandang proses bedah melalui cermin bedah. Yang aku sedar bila doc bertungkus lumus tolak perut untuk keluarkan anak ummi yang panjang dan besar gedebok!

Alhamdulillah alhamdulillah a'la kulli hal aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki diberi nama Muhammad Solahuddin pada 9.10.15, Jumaat jam 8.13pm. Gabunggan nama antara Nabi Muhammad saw dan pahlawan Islam Solahuddin Al ayubi. Bayi seberat 3.7kg dan setinggi 57cm ini alhamdulillah sihat walafiat hingga ke hari ini.

Okay cukuplah dulu sampai sini walaupun sebenarnya ada lagi kisahnya tapi kita simpan dulu. Huhu...

Inilah anak ku....

Kereta kami 2

Hari ni sudah minggu ke 39/2 hari. Setakat ni belum ada apa apa tanda nak bersalin. Jadi boleh la sambung cerita kereta kami. ;)

Semenjak duduk Ausie lagi kami jatuh cinta dengan kereta klasik. Bagi kami kereta klasik ni body nya seksi. Malah lebih besi dari kebanyakan buatan kereta hari ini. Dan dalam banyak banyak kereta klasik kami jatuh hati pada w115 mercedes. Sejak dari tu memang rajin aje suami aku pergi wreckers kat dapto ambil part part w115 untuk bawa balik.

Tapi bila balik sini susah pula nak jumpa cari. Masa kat Ausie dulu ramai aje iklan nak jual. Lama juga kami menanti dari sehari ke sehari tapi kecewa. Ada satu jumpa dekat Grik. Condition tip top. Harga pun murah tapi bukan rezeki kami sebab dia nak jual cepat nak pakai duit. Jadi orang yang berdekatan dengan dia dah sambar dulu. Kecewa juga masa tu.

Masa pula dah semakin suntuk. Aku bulan 3 dah kena lapor diri. Dalam pada tu ada model lain yang on sale which is w123. Masa tu tak la berkenan sangat. Sebab dalam hati dah ada yang lain kan. Tapi this model pun not bad cuma model ni lebih latest dari yang w115 tu. Kebetulan pula kami di area berdekatan sebab tengah survey rumah sewa di situ. Jadi dah alang alang saja pegi tengok. Bila dah tengok rasa suka la pula. Terus decide beli. Dan sekarang kereta tu sudah jadi milik kami.

Dan dari situ bermacam macam peristiwa dan kenangan yang kami cipta bersama dengan kereta kami. Kami panggil dia gegurl. Tak tahu lah macam mana boleh terbagi nama ni. Haih...

Ok lain kali pula sambung. Mommy to be so sleepy. Patut lah tengok jam memang my nappy time pun....ahaks!

Kereta kami

Semalam tengok cerita Kereta Kita. Tetiba rasa nak berkongsi cerita tentang kereta saya dan kereta kami. Dulu dulu masa aku start kerjaya sebagai pengajar kat sebuah kolej swasta ni aku beli MYvi SE warna putih. Masa tu bujang lagi. Siap tempah no plat lagi. Lepas tu tukar kerja dan kahwin masih lagi dengan MYvi. Sayang jugak la sebab beli dengan duit sendiri dari down payment sampai bayar bulan bulan. Banyak juga kenangan dengan kereta tu. Masa nak sambung belajar bagi adik guna pula. Pinjamkan saja tapi bulan bulan aku still bayar lagi. Dia cuma topup minyak je. Dah nak abis bayar pun....sekali mak telefon dari Malaysia cakap kereta kena curi kat stesen lrt wangsa maju. Tergamam jugak. Tapi tak menangis pun sebab tak berlaku depan mata aku. Rasa macam tak ada pape. Tapi bila balik Malaysia cuti dan kena settle urusan dengan bank aku jadi sentap dan emosi. Tak boleh nak deal. Lagi lah time tu kena sewa kereta pula. Memang aku redha cuma macam payah nak erase ingatan aku kat kereta tu. Lagi lagi bila balik Malaysia bersepah sepah pula MYvi kat jalan. Hishh... Apa pun urusan dengan bank dan insuran kereta tu dah settle tapi malas nak cerita prosesnya... -_-

Bila awal tahun 2015 aku dan hubby balik Malaysia for good, kita orang kena cari kereta. Susah juga nak bergerak time tu sebab tak ada kenderaan. Mujur ada kancil abang ipar. Walaupun tak ada aircond tapi banyak juga jasanya pada kami. Kereta tu la kami guna untuk travel sampai ke hulu kelantan untuk cari rumah sewa. Ada empat kali juga ulang alik. Kereta kancil ni pun banyak kenangan. Sampai sekarang pun kalau aku nampak kancil biru mesti nak tengok plat no dan pemandunya walaupun aku tahu pemandunya sekarang sentiasa di sebelah aku. Tapi kelibat kereta kancil biru ni la dulu buat hati aku berdebar debar.

Al kisahnya sejak hilang kereta MYvi yang lepas memang aku nekad tak nak lagi beli kereta baru dan buat pinjaman bank. Tak mau lagi ada unsur riba dalam hidup aku. So our plan is to buy a used car. Dan time tu kami memang cari kereta klasik sebab jiwa kami dah jadi klasik..suka dan cinta pada barang lama dan antik. Maka di sini lah bermula nya cerita kereta kami...hehe... lama dan klasik gitu!

Agak agak kereta apa yang kamia pakai? ^_^ Kalau nak tahu tunggu bahagian kedua okay. Because i am so sleepy and i need to take a nap for awhile...hehe...boleh gitew....ahaks!

A visit to the hospital before the delivery

Today we decided to visit the hospital. Al maklumlah tak pernah jejak lagi bangunan hospital bersalin HSNZ yang baru ni. Selain mengelakkan rasa cuak dan berdebar debar bila time kritikal nanti. Aku bab bab pi klinik, hospital, jumpa doktor or medical check up ni memang cuak sikit. Selagi boleh avoid selagi tu la aku akan bertahan walaupun hakikatnya bapa dan kakak aku sendiri doktor. Sepanjang ingatan aku memang tak pernah lagi buat treatment dengan doktor kecuali medical checkup untuk sambung belajar dan kerja. Oh ada sekali time jatuh dalam longkang itu pun setelah kaki bengkak teruk dan tak boleh bangun berjalan dan jauh dari family. -_-" Aku memang takut jumpa doktor dan tak suka makan ubat. Tapi bila dah time pregnant ni memang tak boleh elak. Huhu....semuanya untuk mu wahai anak ku. Jadi umi harap bila tiba masa bersalin nanti umi tak perlu bermalam di hospital. Sebab umi akan jadi sangat stress. Heh....

Teringat pula masa baru baru ni aku kena cirit birit yang agak teruk. Dalam sehari 20 kali dok ulang jumpa mr T. Penat sangat. Nak makan ubat memang tak dapat lah. Biasa kalau dah terdesak memang aku telan jugak. Nak minum teh kelat aku sangat kesian pada baby nanti tak dapat khasiat zat sebab kafein yang over dos. Pun boleh lagi aku bertahan dari jumpa doktor. Tapi bila masih berlarutan ke esok hari aku paksa diri jumpa doc sebab bimbang pada baby juga. Alhamdulillah baby tak apa apa cuma aku yang mild dehydrated. Doc nak tahan cucuk masuk air. Aku siap berunding dengan doc lagi janji akan minum 3L air dan datang check up semula sebelah petang. Bersungguh sungguh aku janji tapi bila doc kata nanti kesian kat baby awak...membahayakan sebab dari urin test kandungan ketone tinggi which is not good. So kerana mu anak ku umi kuatkan diri di tahan sementara untuk cucuk masuk air T_T  dan first time jugak seumur hidup dapat surat cuti dari doc. Dua hari pulak tu. Seronok pula. Lepas doc benarkan balik aku terus ajak suamiku balik KT terus...haha...kebetulan sambung sampai hujung minggu. Tak padan dengan sakit...

Jadi itulah sebab kenapa aku visit hospital. Cuma sekarang ni aku tak boleh nak bayang apa yang akan aku alami kelak. Hopefully semua baik baik aje. Memang perasaan ni bercampur baur. Mujurlah kakak kakak ipar  dan adik ipar belah suami sangat supportive. Banyak share info dan pengalaman. Tak lupa juga buat rakan sekerja aku yang banyak bagi tips. At least tak lah aku rasa keseorangan sangat. Juga pada mommy blogger lain yang banyak membantu dengan sharing pengalaman masing masing. Tapi sometimes the less we know is better because our path wouldnt be the same. Just keep praying to Allah may HE make it easier for us. Amin.

Penantian: 38 minggu

Seronoknya dalam hati. Akhirnya bermula hari ini aku bercuti. Dua bulan! Biasa-biasa hujung minggu saja. Paling lama pun seminggu. Tapi kali ni dua bulan! Nikmat wehh dapat lari dari 'hiruk pikuk' (tak sure word ni exist ker tak! haha) suasana kerja. At last, aku boleh pampering myself! Itu pun sebelum kelahiran si comel nanti. Pampering la sangat. Sedangkan ada banyak juga 'list to do' ni. Hopefully all can be done before the arrival of my little caliph. Sambil-sambil tu boleh la update catatan blog yang dah lama membisu ni. Hehe...

Well, ni dah minggu yang ke 38. So anytime soon la kan. Orang kata first baby selalunya awal seminggu atau lewat seminggu. Aku pun tak sure nak yang mana satu. Hehe...dalam tak sabar ada juga sedikit rasa gentar especially bila 'list to do' ni tak complete lagi sepenuhnya. Apa pun since dah ada di Terengganu ni tak adalah rasa cuak sangat kalau ter'over' do work dan terberanak. Sebab memang merancang nak melahirkan di sini, di kampung suami walaupun tanpa bonda mertua di sisi.... I'm sure if she's still around I would feel the love from a mother like my own mother la kan. Al fatihah untuk beliau.

Biasanya first pregnancy kebanyakan wanita choose untuk bersama ibu atau ibu mertua especially time berpantang. Aku pula memilih untuk berpantang sendiri bersama suami. Sebabnya tak mahu menyusahkan ibu sendiri. Sebab adik ipar aku memilih untuk bersalin di sana. Due date pun tak jauh beza dengan aku. Adik aku pun baru lepas bersalin 2 bulan. So, first cucu dalam keluarga. Mak aku juga yang jaga. Memang sebulan dua ni dunia ibu aku jadi 'tunggang langgang'. Tapi mungkin sebab first cucu jadi rasa penat tu hilang begitu saja! So, aku sebagai kakak yang dah biasa duduk jauh dari keluarga rasa cukup kuat untuk berdikari. Kononnya! Tapi, bila dah hujung-hujung kehamilan ni ada sedikit rasa emosi. Sedih juga sebab tak ada ibu di sisi. Bila teringin nak makan apa-apa tak ada ibu yang nak tolong masakan. Mujur ada suami yang sangat sangatlah perihatin lagi penyayang. Sepanjang pregnancy ni pun baru sekali aje jumpa mak sendiri. Itu pun masa awal kehamilan dulu. Perut pun tak seboyot sekarang. Jadi rasa sedih la juga. Aku memang tak capable nak travel dari Jeli-Hulu ke KL. Jauh satu hal. Memang sakit pinggang. Sedangkan 3 jam balik ke Terengganu hujung minggu pun aku dah flat. Ini kan ke KL. Kedua, sebab nak save cuti dan cuti yang tak banyak. So, kalau nak balik 3 hari je rasa sangat lah tak berbaloi. So when they cancelled their trip to visit me last few weeks due to unavoidable circumstances, memang la aku merajuk sangat. Haha. Itulah hormon ibu mengandung ya! Hopefully my parent will come and visit me and my little caliph later after my sis in law dah selamat delivery. 

Aku juga berdoa supaya smooth delivery nanti. Supaya aku tak terlalu menyusahkan suami aku. Walaupun sebenarnya memang dah banyak susahkan dia sepanjang 9 bulan kehamilan ni. Ada kot dekat setahun aku tak memasak! Masak dalam erti kata sebenar. Tolong sikit-sikit saja. Semuanya suami uruskan. Walhal aku tak ada alahan apa-apa pun. My little caliph has been so good. Umi dia ni tak ada morning sickness langsung. Mungkin baby faham yang umi dia ni kena settle kan tesis phd sebelum masuk kerja. Suami has been so supportive dengan membuat kerja-kerja rumah seorang isteri. Tak cukup dengan hantar dan ambil aku dari kerja setiap hari without fail. Juga pick up aku setiap lunch hour balik rumah untuk nap! Semoga Allah beri kesihatan yang baik buat abang. Rahmati dan berkati hidup abang. Dan murahkan rezeki abang. Tunaikan impian dan cita-cita abang untuk 'migrate' and have your own mini car museum and bengkel. If you read this one day, just to tell you that I love you so much and will always love you honey. Thank you sebab dah banyak berkorban untuk kami. May Allah give you HIS blessing dan semoga cinta kita bersatu hingga ke Jannah. Amin!

Dan semoga anak umi yang bakal lahir ini juga tidak banyak ragamnya. Lembut hatinya. Baik akhlaknya. Membesar menjadi anak yang soleh yang dapat mendoakan kebahagiaan umi dan papa di dunia dan di akhirat. Semoga SA membesar menjadi pejuang agama sesuai dengan nama mu nanti dalam dunia akhir zaman yang penuh pancaroba. Amin ya Rabb....

Oklah, nanti-nanti sambung menulis lagi. Back to work dulu....daaaa


Tentang Aku lagi

Dah beberapa bulan aku menyepi. Walaupun aku suka dengan kerjaya aku sekarang ni tapi aku masih tidak dapat mencintai tempat ini. Sungguh aku rasa terseksa di sini. Dan rasa tidak suka itu telah membunuh pula kecintaan aku terhadap kerjaya ku. Mengapa ya jadi begini? Atau ini sekadar perubahan hormon yang berlaku dalam diriku....

Oh ya...memang aku sengaja merahsiakan hal ini dalam penulisan ku yang lalu. Sebab aku ini orangnya perahsia sekali. Tak suka gembar gemburkan cerita sendiri. Macam sesetengah orang yang ada saja ceritanya atau statusnya yang akan dimuat naik dalam facebook. Atau sebarang klu atau gambar untuk dikongsi. Walhal dalam facebook itu bukan semua kawan baiknya. Mungkin ada yang tumpang gembira tak kurang juga yang menyampah. Jadi untuk aku biarlah hal ini dikongsi dengan keluarga dan teman rapat. Pun begitu aku bukanlah jenis miliki teman akrab ni. Jadi sesiapa yang ada di depan mata ni saja dan rapat yang aku kongsikan. Biasa yang jauh tu dah tak ingat kita sebab mereka punya teman rapat yang lain kan? Tak gitu? So why must have hard feeling and sentap kan....hehehe...

Tapi keadaan sekarang menyukarkan aku untuk terus lagi berahsia. Kerana apa yang aku lindungkan sudah tidak dapat diselindung lagi. Jadi bukan saja teman yang tak rapat pun tahu tapi yang tak dikenali pun tahu juga. Perut ini sudah tidak dapat disorok lagi di sebalik pakaian ku yang besar dan longgar. Sebab perutku memang besar! Macam sebiji bola atau sebiji tembikai yang disorok dalam baju...tak perlu tanya pun orang dah tahu!

Kini aku hanya menanti waktu untuk melahirkan. Menghitung detik dan waktu. Harap harap sempatlah aku cover kerja aku di sini sebelum aku balik ke Terengganu. Ramai juga yang bertanya kenapa tidak bersalin dan berpantang di rumah mak sendiri. Hurmm..ramai juga yang meragui bolehkah aku berpantang sendiri? Well kenapa tidak walaupun ini kelahiran sulung biarlah aku berdikari sendiri. Cukuplah sekadar Allah bersama ku. Dan anak yang bakal lahir ini yang telah 9 bulan menemaniku di tanah gersang ini. Suami? Selalu di sisi... ♥♡♥

'Tentang Aku'


Wah diam tak diam rupanya dah setahun juga aku tinggalkan dunia blog ni sepi. Kalau begini gayanya nak jadi penulis memang tak boleh nak cari makan. Kalau sesekali muncul tapi 'bestseller' ker 'top seller' ker lain cerita lah. Ahaks~ Dari dulu sampai sekarang masih lagi menyimpan cita-cita kecil nak jadi penulis novel kononnya. Tapi mama kata sampai sekarang pun belum juga ada hasilnya. Cerita 'Bila Hujan' yang pernah meletop sekejap dulu dah jadi 'Bila Kemarau' pun kata mama. Adui sesedap rasa aje mama tu kompelin kat anak dia seorang ni. Macam lah mama tak tau yang selama 4 tahun ni anak dia bertungkus lumus nak siapkan phd. Mana lah ada masa nak berjiwang bagai kalau setiap hari kerjanya mengadap bahan kimia itu dan ini dan bermain dengan mesin saja. Mujurlah dapat hantar tesis akhir tu walaupun terpaksa melalui pelbagai kesulitan, kepahitan dan kesedihan yang mendalam di saat 6 bulan terakhir pengajian. Itulah yang membuatkan aku menyepi dari blog ni. Bukannya tiada perkara untuk dicatatkan atau dicoretkan. Lagi-lagi dalam keadaan penuh emosi begitu tentu banyak saja halnya. Tapi, kerana rasa sedih itu terlalu agung biarlah aku menanggung sendirian. Amboi, ada ke frasa 'rasa sedih itu terlalu agung'. Nampak sangat macam tak redha aje dengan ketentuan Tuhan. Astagfirullah... Aku redha saja tapi manusia yang berhati lemah macam aku tentulah diulit kesedihan. Tentang kesedihan itu nanti-natilah ya aku ceritakan. Kalau semua diluahkan awal-awal tentu tak ada lagi yang ingin datang membaca. Hehehe...

Tapi bab 'Bila Kemarau' yang mama sebut tu memang betul pun. Sejak hampir 6 bulan kembali ke Malaysia, memang sungguh aku tak tahan. Panasnya.... ya Allah....sungguh luar biasa sekali! Atau aku kah yang sudah lupa kehangatan mentari di Malaysia ini? Maklumlah sudah 4 tahun duduk di negara 4 musim. Sudah terbiasa dengan iklim berhawa dingin sampai kulit jadi tak biasa dengan cuaca panas dan lembap ni. Walaupun baru lepas mandi, tapi sekejap aja sudah berpeluh! Kalau tak ada penghawa dingin memang macam nak mati rasanya. Melampau sungguh aku ni kan. Dan papa pula asyik kompelin bila dua tiga bulan ni bil elektrik naik semacam. Kononnya ada orang pasang air cond non-stop! Sudahlah pasang air cond, kipas di siling pun dibuka juga. Memanglah bil elektrik boleh melambung tinggi. Ikut hati aku lah, kalau ada kolam renang ais kat rumah mama ni dah lama aku terjun menyelam! Betul-betul panas! 

Lepas 3 bulan balik dan berehat-rehat aku dipanggil bertugas semula. Belum puas pun berehat lagi apatah lagi menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Penat 4 tahun belajar ni pun tak hilang lagi sebenarnya. Tapi, demi negara bangsa ku gagahkan diri melangkah nun jauh di pedalaman! Walaupun masih di semenanjung tapi orang-orang bandar pasti menggelar kawasan ini sebagai 'tempat jin bertandang'. Haha! Sebab tu aku terpaksa merahsiakan dulu nama tempat ni. Takut-takut dari kalangan pembaca memang asal orang sini. Tentu awal-awal lagi tergores hatinya dan tak mahu membaca tulisan aku lagi. Tapi lambat laun korang akan tahu juga. Cuma aku harap masa tu aku akan lebih mencintai tempat ni walaupun sebenarnya rasa cinta tak boleh dipaksa!

Bukan aku membenci tempat ni sebab dia hutan. Aku ni sebenarnya pencinta alam sekitar. Dah memang bidang aku pun kaji alam sekitara. Suka dengan suasana kehijauan, bukit bukau dan lautan yang membiru. Cuma tempat ni awal-awal lagi memang takda laut. Jadi tiada tempat untuk aku membuang segala duka dan resah nestapa. Kalau di sana dulu aku tinggal di persisiran pantai. Unit apartment aku betul-betul mengadap laut nan biru. Walaupun dulu kawasan aku tinggal tu bukanlah terletak di tengah kota seperti Sydney atau Melbourne tapi fasilitinya lengkap. Banyak deretan cafe dengan bau kopi yang mengoda, walaupun aku bukanlah penggemar kopi tapi baunya memang aku gemari. Selain itu ada bakeri juga pasaraya yang besar untuk membeli belah segala barang keperluan. Ada 'botanic garden' yang sederhana besar tapi sangat indah terletak betul-betul bertentangan dengan kampus tempat aku belajar. Boleh dikatakan segala-galanya indah di sana. Itulah yang membuatkan aku selalu membeza-bezakan dan menjadi kurang suka tinggal di sini. Desa yang panas, tiada pantai. Hanya di kelilingi bukit bukau. Malah pasaraya pun tiada. Hanya kedai runcit biasa yang harga barangnya lebih mahal dari beli di pasaraya! Tempat liburan memang tiada apatah lagi deretan cafe. Hanya warung-warung kecil tepi jalan yang tiada minuman coklat panas atau sejuk kesukaan aku, hanya ada 'milo' sebagai pengganti. Walhal sejak 4 tahun yang lalu aku sudah boikot milo sebab Nestle itu kan produk yahudi! Tapi, sekarang aku terpaksa minum balik kerana itu sahaja pilihan yang ada. Sedih kan? 

Aku juga sudah tidak jumpa lagi mana-mana kedai yang menjual sandwich, croissant, scone atau apa-apa roti, pastri dan kek yang lazat. Juga kebab, turkish pide dan salmon roll. Sarapan pagi di sini adalah nasi berlauk. Walaupun terdapat beraneka jenis lauk pauk namun sedikit pun tidak dapat membuka selera aku yang sudah jadi macam minah saleh ni. Sebelah petangnya pula kuih muih tradisi Melayu. Tapi kuih muih di sini semuanya manis-manis belaka. Sampai ke inti karipap pun terasa manis. Kalau kuih yang memang manis, di sini jadi terlebih-lebih manisnya. Adoi boleh kencing manis dibuatnya! (Tentu korang boleh agak aku di negeri mana sekarang ni!). Tapi, mulut aku memang dari dulu lagi tak gemar kuih tradisi. Tak tahulah kenapa. Jadi semasa 4 tahun di sana aku tak rindu apa lagi kempunan nak makan karipap ke kuih talam ke kuih lapis ke onde-onde ker. Malah masakan Melayu pun aku tak rindu kecuali nasi lemak dan roti canai! Tak seperti kawan-kawan aku yang lain. Ada saja masakan Malaysia yang mereka idamkan. Sampai sanggup ke Sydney untuk mencari. Sudahlah harganya berkali ganda mahal tapi sebab anak sejati Malaya mereka sanggup tapi tidak aku. Apakah aku bukan anak sejati Malaya seperti mereka? Atau aku sudah terbiasa dengan roti dan pasta? Entahlah.....

Sebenarnya bukan soal cuaca atau makanan sahaja yang buat aku tak suka, tapi juga budaya dan pemikiran masyarakat di sini. Masyarakat di sini atau sebenarnya rakyat Malaya kala ini aku sendiri tidak pasti. Yang aku pasti, aku tidak suka cara pemanduan orang-orang di sini. Memang tak ikut undang-undang langsung! malah membahayakan pemandu yang lain pula. Keluar masuk simpang tanpa memberi isyarat lampu menjadi perkara biasa. Sampai kadang-kadang aku terpaksa brek mengejut. Memotong di garisan double line itu normal di sini. Walaupun di hadapan sana terang lagi bersuluh ada kenderaan yang datang dari arah bertentangan tapi mereka tetap memotong. Kenderaan bertentangan pula yang terpaksa mengelak masuk ke tepi memberi laluan. Ini sangat membahayakan. Memang tak heran kalau kadar kemalangan di sini tinggi. Aku yang dulunya tenang-tenang saja membawa kenderaan kini laju saja mulut menyumpah seranah orang. Sungguh di sini sabarku hilang begitu mudah!

Bukan isu pemanduan saja yang buat aku menyampah tapi pelbagai isu lain yang aku malas nak cerita satu persatu. Kerana akhirnya orang akan memberitahu aku yang aku ini terkena kejutan budaya. Ya! Kejutan budaya di negara sendiri! Mereka juga menyifatkan aku ni dah jadi 'pro-mat saleh' sehingga asyik kondem masyarakat dan negara sendiri. Sebab itulah aku malas nak bercerita lanjut. Sebab aku rasa memang tidak ada orang yang akan faham aku. Kecuali orang yang memang pernah hidup di luar lama. Bukan melancong setakat seminggu dua! Orang yang nampak dan celik mata hatinya. Bukan tahu nak mengampu saja. Kalau ikut rakyat kita boleh hidup dengan lebih selesa, lebih maju dan bertamadun. Tapi disebabkan pemimpin yang zalim dan salah guna kuasa rakyat yang tertindas dan merana. Dan mungkin kerana itu sebahagian dari kita juga hilang nilai adab dan sosial. Menjadikan kita rakyat pemikiran kelas ketiga!

Alamak, banyak lah pula aku membebel ni. Mentang-mentanglah di luar sana hujan turun dengan lebat sekali tanpa henti. Laju saja jari jemari menekan kekunci. Hujan turunlah lebat-lebat lagi. Sebab aku rindu dengan suasana yang dingin. Basahi hati dan jiwa ku agar aku dapat terus bertahan di daerah gersang ini. Tapi, tentu saja hanya aku yang berdoa begini sedangkan yang lain berharap hujan akan berhenti kerana takut banjir menyerang lagi!

p/s: ini cuma cetusan idea Tentang Aku tapi bukan aku walaupun berkaitan dengan diriku.



Pelukan terhangat!

Jun,
Aku tak pernah menyukaimu...
Kerana sikap engkau yang dingin terhadap diriku...
Sentiasa membalut hari-hariku dengan wajah mendungmu...
Hanya sesekali kau bersinar riang tapi tetap dengan kedinginan mu.

Jun,
Tiap kali kau datang aku merasa sakit!
Sakit, dengan kedinginan mu...
Aku merasa muram dan lemah
Aku hanya mampu berselimut dan berselubung
Melihat wajah putihmu dari jendela puncak Thredbo.

Walaupun aku jarang jarang melihat wajahmu Jun
Namun kehadiranmu sentiasa ku rasai di segenap sanubari ku
Hingga jauh mencengkam segala sendi dan urat nadi tubuhku
Kau sentiasa dan selalu di sampingku
Walau kehadiranmu tidak disukai oleh ku
Kau tetap di situ.

Jun,
Maafkan aku kerana mencurangimu
Aku tidak bisa mendakap tubuhmu yang dingin

Kerana itu aku memilih dia 
Dia yang memberi pelukan terhangat
Siang dan malam ku....

Oh my hot water bottle!

Jun,
Pun begitu, kehadiranmu pasti kurindui
Bila Summer menjelma nanti!

Nukilan,
Zainur1925
Winter 2014

Amacam ada rasa terpedaya tak? Macam nak hempuk? Keh keh keh!
Sorry lah untuk uols yang berfikiran blues blues tu, blog ni bukan blog blues!
Bahahahahaha....

Anyway, selamat datang winter! Meet my best freind......


Mr Hot Water Bottle! (Google image)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs