Showing posts with label Adamaya. Show all posts
Showing posts with label Adamaya. Show all posts

Adamaya: Di sebalik tabir kehidupan


Cehh awal-awal pagi lagi dah berupdate. Al maklumlah hari ini cuti untuk penduduk Kelantan dan Terengganu bagi mereka yang bekerja lah. Biasa-biasa kalau hari kerja pagi tu liat aje nak bangun. Dah solat subuh pun kadang-kadang rasa nak jugak lelap barang seminit dua. Tapi, bila hujung minggu ni ingat nak lelap lah sejam dua sekali terbeliak aje biji mata ni. Sabar ajelah...

Owhh semalam telah berakhirnya cerita Adamaya. Sedih woo rasa. Lepas ni tak boleh lagi nak curi-curi pandang pada Adam yang sweet tu. Memang betul pengakuan Maya yang dia tu buta dan tak tahu nak menilai kasih sayang suami dia. Nasib baik saya dah nak kahwin kalau tak saya rampas Adam dari awak! Haha....

Takderlah...walaupun watak Adam tu baik tapi adabeberapa perkara gak yang saya tak berapa setuju yakni bab-bab bersalaman dengan wanita bukan ajnabi. Bukan sekadar tak patut tapi haram tau hukumnya. Hadis Rasulullah SAW bersabda, “Lebih baik memegang besi yang panas daripada memegang atau meraba perempuan yang bukan istrinya (kalau ia tahu akan berat siksaannya).”

Hadis di atas jelas menunjukkan betapa berat seksanya bersentuhan antara bukan muhrim. Walaupun lelaki atau wanita tersebut kekasih anda atau bakal tunangan anda mahupun tunangan anda sekalipun selagi mereka bukan suami atau isteri anda yang sah! Haram tetap haram.

So for those yang memang dah biasa pegang-pegang tangan or bersentuhan kulit ni, apa kata dari detik ini anda tahan nafsu anda dahulu. Tak lama jer lagi pun sebelum si dia menjadi suami dan isteri anda yang sah. Sebab hukum Tuhan tetap hukum. Anda boleh menghukum saya dengan menyampaikan kebenaran ini tetapi anda tidak bisa menghukum Allah sebaliknya aanda kan menerima hukuman dan seksa yang berat kelak. Saya hanya menyampaikan apa yang baik sahaja.

Dengan menjaga perhubungan, pandangan dan akhlak insyaAllah akan membawa lebih keberkatan kepada rumahtangga anda. Kita selalu nak dan berdoa pada Allah akan kebahgiaan rumahtangga kita. Tetapi, kita tidak pernah mahu mengikut suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Bagaimana Allah mahu mendengar doa-doa kita? Bagaimana kita boleh beroleh keberkatan sedang hidup kita penuh kemaksiatan? Renung-renungkan dan fikir-fikirkan bersama. Mudah-mudahan Allah membuka pintu-pintu hati kita ke arah kebenaran! Ameen ya Rabbal A'lamin.


Yang Terindah- Dakmie

Sekarang ni dekat TV3 tengah top dengan cerita Adamaya. Saya pun agak tergila-gila juga untuk terus menonton episod demi episod cerita ini. Bukan tergila-gila dengan pelakon dia ok! For those yang tak tahu, Adamaya ni adalah drama bersiri yang tercetus daripada filem 'I'm Not Single' lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil. Tapi untuk drama bersiri ini watak Adam tu dibawa oleh pelakon Se1n yang tak kurang hensemnya. Haha... (Marah en tunang i komen macam ni).

Sejak menonton cerita ni saya jadi sangat 'meroyan' dengan lagu tema dia ok. Senikata dia sangat halus dan menusuk kalbu. Dan saya nak dedicate lagu ini untuk bakal suami saya. Walaupun dia tak tahu menahu tentang blog ni but hope one day after nikah dia akan baca semua yang saya tulis kat sini. And this song is for you abang.....



BTW, nama lagu ni Yang Terindah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs