Edisi lepas geram, buleh?

Salam all, I'm back.

Kebelakangan ini hanya berkesempatan update blog seminggu sekali. Nak blog masa kerja memang tak syok. Nak blog lepas balik kerja sangat lelah. Al maklumlah selang sehari saya akan masuk gym. Hari yang tak masuk gym tu, akan balik rumah dan membasuh baju pakai tangan since tak ada washer machine. Heh! Jadi hujung minggu jer la dapat layan blog kawan-kawan. Walaupun saya tak tinggal jejak tapi saya singgah baca tau!

Cerita bab gym ni, saya dah jadi addicted pula tau. Sebenarnya tujuan asal nak reduce 3 kilos aje dari 50kgs. Alhamdulillah, sekarang dah berjaya pun. Macam tak percaya pula. Walhal baru jer 2 minggu masuk gym which is 3 kali seminggu selama sejam sahaja. Tapi, sekarang masuk gym sebab nak stay fit. Yerlah walaupun kita kurus dan slim tapi itu tidak bermakna badan kita cergas. Masa dulu saya layan program The Biggest Loser, saya beranggapan akan kalah sekiranya berlumba lari dengan mereka! Sebab saya rasa saya seorang yang lembik dan cepat penat. Kalau buat kerja atau senam lebih sedikit jantung saya akan berdenyut kenyang macam nak tercabut. Memang petanda kurang fit lah tuh. Tapi, sekarang dah rasa okay sedikit. Amalan yang baik harus diteruskan. Lagipun gym tu adalah antara kemudahan yang disediakan untuk staf. Kalau tak pakai rugi pula rasanya.

Update persiapan kahwin.
Hujung minggu depan insyaAllah akan balik KL lagi. Nampak gayanya sekarang selang 2 minggu dah balik KL. Maksudnya dalam sebulan akan berbelanja sebanyak Rm200 untuk tambang pergi dan balik. Hoho- Tapi, apa kan daya. Banyak hal kahwin yang perlu diuruskan. Itu pun mujur ada bonda tersayang. Tadi bonda telah sms memberitahu bahawa kain ela untuk buat baju masa majlis saya nanti sudah dibeli. Temanya hijau-pink lah. Kain-kain ini khusus untuk my family termasuklah mak saudara dan ayah saudara saya nanti. Sebab keluarga sangat rapat jadi haruslah saya beri kepada mereka juga. Maka, duit gaji setiap bulan memang kena berjimat!

Selain daripada kain untuk dibuat baju, goodie bags juga telah dibeli. Kes saya sama macam cik Zila. Parents yang nak sangat jadi terpaksalah diturutkan jua. Tak tahulah bonda nak letak apa dalam goodie bags tu. Malas nak ambil tahu. Dahla semua tu under my bajet juga. Aduss kopak-kopak.... But the good news is mereka membeli goodie bags tu mengikut tema warna I. So, tak kesahlah sangat kan? Hiks....walaupun sebenarnya saya tak tengok lagi kain dan goodie bags yang depa beli tuh...Aih...

:puteh_15:
The only problem yang tinggal sekarang adalah catering. Saya sangat bimbang dan risau kalau-kalau tak dapat catering ok. Ada seorang teman itu beria dia suggest catering family dia yang namanya Nur A**y Catering. Konon-konon family dia biasa buat event untuk government. Dia dah promise nak bagi sebut harga dan bagai. After 2 weeks still senyap sepi ok. Tapi, saya sabar lagi since dia kan kawan saya. Lepas tu dia ym suruh saya pula beritahu menu yang macam mana nak, khemah, kerusi dsbnya. Sudahlah dia tak ada pakej ok. Majlis kahwin ni first time dalam family saya mana lah saya tahu terutama bab-bab catering ni. Last-last saya suruh dia bagi saya harga quot yang macam majlis dia dulu. Janji punya janji until now tak bagi lagi Pula tu everytime saya log on YM dia akan terus offline. Bukan sekali ok tapi 2 kali! Sakit jiwa saya tau. Actually masa dia online tu saya invi, saja-sajalah. Tapi, once saya available dia akan terus offline. Ketakutan macam dikejar ahlong? Oh please lahhh...


Kalau catering family u tak mampu cakap sajalah. I boleh cari catering lain ok. Lagipun I tak pernah dengar pun nama catering u tu. U yang pandai-pandai offer dan buat janji itu ini, but now what happen? Yes! I'm totally mad. Buang masa saya saja. Dahla mak saya asyik tanya-tanya. Menci duhhh.... Kalau bukan sebab teman baik memang saya dah laser jer awak tau. Nasib saya masih berbudi bahasa lagi. Tapi, kat sini sorrylah, saya nak lepas geram. Sangat menyakitkan ok. Even kalau awak bagi sebut harga nanti pun saya dah reject catering family awak tu. Tak kiralah u masak sedap ka tapi your PR sangat teruk! Tak kisahlah walau u kawan I, tapi saya benci dibuat begini. Kalau tak boleh bilang saja dong!

:puteh_5:
Dah marah-marah gini terus tak da mood nak bagitau something special yang saya mention last week. Nampak gaya kawan-kawan kena bersabar lagi lah yer!
6 Responses
  1. ♥S@R@♥ Says:

    salam

    zainurrr... ;)

    mesti tension kan bila org buat hal mcm tu..

    cari lain je la...

    sara da cite best..date wedding sara dah dtetapkan..20.11.10 (after raya haji)..syukur alhamdulillah... nnt sara jemput ek walaupun nur dah terbang ke oversea ;)

    pe2 pun kita mkn nasi minyak nur dulu..hehe ;)

  2. madam kheyr hameed Says:

    salam. zainur..cari lain je abis cerita. jangan pening kepala. mmg kena banyak bersabar bila dah saat2 kecemasan gini. cheers :D

  3. farahfatihah Says:

    hohohoho cik zainur sudah panas hehehe sabar2...produk bagus mcm mana pun kalau pR xbagus, mmg sgt xok kan? selamat cari catering yg baru =)

  4. Fathiyah Says:

    cari catering lain jelah zainur.
    bgs btl awak pi gym.utk kesihatan gak kan.keep it up!=)

  5. Zainur Says:

    Thanx Sara, Mrs Zach, Farah N Fathiyah, memang dah tak ada hati dengan catering tu! Nak cari yang lain pun...huhu

  6. Elya Roza Says:

    zainur...cuber awk servey caterer yg lain gak...kadang2 org yg kiter kenal ni susah sket nk handle...hu3
    sabar tau...sume nii dugaan...Tuhan nk tgk sejauh mana kiter bleh cekal untuk tahan semuanya ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs