Showing posts with label Printting kad kahwin. Show all posts
Showing posts with label Printting kad kahwin. Show all posts

Banting free yang cantiks

Salam

Saya tahu. Lama gila saya tak update di ruang ini. (Asyik ulang ayat yang sama setiap kali berblogging!)

Last week saya balik KL untuk ambil keputusan result IELTS saya. At the same time tunang terchenta juga turun all the way from KT, driving alone, semata-mata nak shopping barang hantaran kami.

Alhamdulillah semuanya lancar. Dalam masa 2 hari yang tidak keruan itu, kami berjaya mendapatkan semua barang-barang yang kami inginkan. Walaupun saya tau saya banyak monyok masa tu. Maklumlah keadaan sangat stress. Sudahlah shopping waktu tak da sale jadi faham-faham sajalah. Sudahnya saya pilih yang termurah dan termampu beli walaupun hakikatnya saya tak berapa berkenan. Lebih kurang macam shopping paksa pula. Haha... Tapi, takdalah tak berkenan langsung cuma bukanlah sesuatu yang memenuhi citarasa sangat. Overall okaylah..

Keputusan IELTS? Hahaha.... Sangat mendebarkan. Waktu test speaking hari itu saya rasa banyak merapu. Tak tahulah menjawab soalan atau tidak. Waktu writting test pun saya banyak menggoreng. Saya cuma yakin kat listening test saja. Itu pun terlepas dengar 2-3 soalan. Reading test pula ok. Tapi part 3 langsung tak confident sebab tak sempat jawab. I'm a slow reader..Huh.... Apa pun keputusannya alhamdulillah. Saya lulus melebihi sasaran yang KPT tetapkan. Kalau dapat band 6.5 saja saya dah syukur yang amat. Inikan pula 7.5! Alhamdulillah wa syukurillah. At the same time saya dah dapat 2 orang associate professor dari 2 universiti berlainan untuk menjadi supervisor projek phd saya. Again alhamdulillah. Sekarang pening kepala nak pilih yang mana. Sydney or Wollongong? Allah please guide me...

Another update is kad jemputan. Again alhamdulillah semuanya dah siap. Sudah dicetak dan sudah selamat di tanganku walaupun masa tu masih berhutang dengan pihak seri kreatif. Jangan tak tahu ya pihak seri kreatif sangat percaya pada saya. Saya tak pernah membuat sebarang pembayaran deposit kepada mereka. Mereka pula dengan yakin menghantar 1000 kepin kad siap dicetak dengan banting percuma terus ke alamat rumah saya. Walaupun saat itu saya belum membuat sebarang pembayaran. Haha... Tapi, hidup mesti jujur dan amanah. Saya bukan bukan sengaja tak nak bayar. Lusa tu saya terus settle kan. Itu pun tunang terchenta yang bank in kan. Harapkan saya sibuk saja setiap hari. Alahai... Thanx again kepada pihak seri kreatif di atas kepercayaan, servis dan layanan yang sangat bagus. Memang berbaloi-baloi ok. Walaupun campur kos penghantaran kad saya masih berharga kurang dari 40 sen sekeping? Marvelous tak? Haha...

Di bawah ni saya nak pancarkan secara samar banting yang telah diberi percuma dari seri kreatif yang diilhamkan oleh saya dan dipercantikkan lagi oleh pihak mereka. I love it!!!

Walaupun blur-blur tapi saya rasa you all boleh bayang kot. Saya sengaja tak mau letak gambar diri sendiri. Malu! Sebab saya tak mahu masyarakat salah faham. Ingat saya berpeluk mesra dengan tunang sebelum bernikah semata-mata untuk hasilkan banting yang romantik!

Fuhh...kita sambung next time ok. I have to start packing my stuff. now Tomorrow I'm going for camping with students. It's gonna be long weekend in the middle of the jungle. Hate it! Nasib lah badan... Dah la sunday and monday I have morning class. Slide mengajar pun tak siap lagi. Siapa kata jadi lecturer senang?

Kad kahwinku = unik, murah, bajet


Salam all,

Maaf ya, lama tak kemas kini blog. (Cehh bajet macam ramai la sangat yang baca blog saya ni!) Minggu sudah saya sibuk dengan persediaan IELTS. Alhamdulillah semuanya lancar dan minggu ni keputusannya bakal keluar. Waduhh...berdebar-debar rasa hati ini. Orang sekeliling terutamanya my colleague dah sibuk bertanya. Rasa macam ambil SPM pula jadinya. Haihh.... Untuk bloggers yang turut mendoakan, thanx ya! I memang harap sangat akan lulus dengan jayanya...

Actually, saya nak update tentang perabot FAMISTA yang dah sampai last week. Tapi, my sis tak email lagi those pictures so, I tangguhkan dulu entry pasal tu. Banyak benda yang I nak story sebab ada beberapa perkara yang buat saya tidak puas hati. Dan saya tidak berapa suka lagi nak recommend perabot FAMISTA atas beberapa perkara yang saya akan ceritakan kemudian okay?

Orite, tujuan utama update ini dibuat adalah khusus buat girlFriday. Beliau telah bertanya pada saya tentang printing kad kahwin. Dan sebenarnya saya sendiri ada berjanji nak share dengan kalian. So, entry ini adalah untuk semua yang bertanya tentang printing kad kahwin (rujuk sini).

Seperti yang semua sedia maklum, saya telah design kad sendiri dan bercadang untuk cetak saja kad tersebut dengan bajet terendah. Sebelum itu ingin saya tegaskan di sini, saya mengambil keputusan untuk mereka sendiri kad kahwin kerana
1. nak jimat kos
2. kad kahwin yang dijual 30sen ke bawah biasa tak cantik design dia. Macam hampeh. Walaupun saya nak jimat tapi saya pun ada selera tinggi juga.
3. Memang dari dulu lagi saya nak buat sendiri. Supaya ada sentimental value di situ.

Saya telah survey dari banyak syarikat percetakkan. Rata-rata memberi harga quotation yang agak tinggi sehinga mencecah RM 1 sekeping walaupun saya bercadang nak cetak 2000pcs. Mahal ok? Baik saya tempah aje kad 60sen kat pasaran. Design pun dah ok dan jauh lagi murah kan? Tapi sebab saya dah berkeras hati berhajat nak design dan cetak dengan harga yang rendah sekitar 50sen ke bawah maka saya teruskan pencarian juga.

Finally, saya dapat satu vendor ini yang bukan sahaja bukan sahaja harga quotation serendah 50sen ke bawah malah dapat sampul percuma dan juga 2 banting! Malah harga yang ditawarkan buat mata saya terbeliak seketika.... 29 sen sekeping ok! Murahkan? Sangat murah! Ini baru namanya kad bajet!

Tapi, Encik tunang dan mak saya tak setuju pula....adesss... Bukan apa ya kawan-kawan. Kad ni jenis sekeping aje. Front page, jemputan dan belakangnya peta. Mak saya cakap kad bogel togel. Tunang pun tak setuju. Dia kata kad yang saya design kan ada cover which is jenis 2 fold. Yang 29sen saya sebut tu tak ada fold/ lipatan ok. Memang sekeping tu aje.

Sebenarnya tak ada masalah pun sebab pihak mereka salah faham pada awalnya. Mereka ingat saya nak buat jenis yang macam tu walaupun sah-sah design saya jenis lipat 2. Akhirnya mereka beri harga quotation baru iaitu 35sen sekeping. Harga ajelah bertambah sedikit tapi masih lagi bawah bajet saya.

Saya memang sangat puas hati dengan perkhidmatan mereka sebab melayan kerenah saya. Saya rasa ada la dalam 4 ke 5 kali mereka terpaksa edit mengikut citarasa saya. Sangat berterima kasih kepada kesabaran mereka. Dan untuk B2B lain yan bercadang nak design kad sendiri saya sangat recommend kan pihak ini untuk mencetak kad anda.

Mahu tahu siapa? Email saya! Hahaha.....Takdalah, saya tak kejam ok?

Okay, vendor yang saya maksudkan ini adalah pihak Seri Kreatif. Anda boleh lawati laman web mereka dan lihat sendiri. Not bad okay mereka ni. Mereka bercawangan di Melaka tetapi mendapat tempahan dari pelbagai negeri dan rata-rata sangat puas hati dengan khidmat mereka. So, inilah kad bajet yang saya design dan bakal dicetak oleh pihak Seri Kreatif. Ini my own design tapi setelah diedit oleh mereka ada sedikit perubahan tapi masih corak yang sama. Nak tengok final touch kena tunggu bulan puasa nanti la ye!
Cover depan kad.


Bahagian dalam kad.

Design kad saya tak cantik and pro pun sebab saya bukan nya designer ke or art person tapi sangat bermakna buat saya ok :)


Sebelum saya berhenti saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada salah seorang silent reader saya kerana beliaulah yang telah me'recommend'kan kepada saya. Tanpa AnoiHalim tak mungkin saya bertemu dengan vendor ini dan tak mungkin dapat saya kongsikan dengan pembaca lain. Thanks AnoiHalim walaupun saya tak kenal dan tak tahu nama blog beliau tapi sangatlah berterima kasih di atas budi beliau!

Rasanya persoalan girlFriday dan yang lain-lain sudah terjawab kot? Anything just email me ok? I'll be happy to share with you all.

**Bahh...mau tidur sudah so tired dengan pendaftaran pelajar baru. My first lecture note pun tak siap lagi...damn!**

Printting Kad Kahwin

Salam.

Lama membisu di alam maya kerana sibuk di alam realiti. Dua hari lepas saya terlibat dengan sebuah persidangan mengenai sumber asli dan alam sekitar. Memang tak masuk ofis langsung. Tak sempat nak ber'online' dan berblogging seperti selalu. Hari ini datang ofis awal dalam 7.30am semata-mata nak berblogging. Heh!

Kawan-kawan serta pengunjung, saya perlukan opini dan bantuan anda! (Ayat seruan menandakan sangat-sangat butuh pandangan kalian).

Begini, saya telah siap design kad kahwin dan sekarang sibuk mencari vendor yang boleh cetak. Ada beberapa vendor yang membalas email dan memberi quotation harga untuk urusan percetakan tersebut. Ok, berikut adalah butir-butirnya:

Pengusaha kad J: Utk 2000pcs, artcard 260gsm, full color print depan dan belakang, matte/gloss laminate depan dan belakang, free delivery dan free envelope. Harga: RM1.00!!
Kalau saya bagi pihak J file photoshop 300dpi dan pihak mereka tidak perlu edit apa-apa harganya adalah 80sen. TAPI, sebarang kesilapan adalah tanggungjawab saya!

Pengusaha W plak: Utk 2200pcs, artcard 230g, keemasan creasing line (lipat) & UV (glossy), cetakan warna depan belakang, saiz A4, free white envelope, Harga: 70sen sekeping!

Pengusaha I.W plak: Tak dapat nak bantu sebab dia cuma terima format dalam bentuk Illustrator saja. Aihhh....

Kamu-kamu semua rasa ok ker quot tu? Ada sesiapa tak tahu kat mana boleh printing kad dengan harga lebih murah? Kalau dapat 50sen pun dah ok. Itu pun rasa masih mahal...boleh? Huuu...

Please help me!....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs