Banting free yang cantiks

Salam

Saya tahu. Lama gila saya tak update di ruang ini. (Asyik ulang ayat yang sama setiap kali berblogging!)

Last week saya balik KL untuk ambil keputusan result IELTS saya. At the same time tunang terchenta juga turun all the way from KT, driving alone, semata-mata nak shopping barang hantaran kami.

Alhamdulillah semuanya lancar. Dalam masa 2 hari yang tidak keruan itu, kami berjaya mendapatkan semua barang-barang yang kami inginkan. Walaupun saya tau saya banyak monyok masa tu. Maklumlah keadaan sangat stress. Sudahlah shopping waktu tak da sale jadi faham-faham sajalah. Sudahnya saya pilih yang termurah dan termampu beli walaupun hakikatnya saya tak berapa berkenan. Lebih kurang macam shopping paksa pula. Haha... Tapi, takdalah tak berkenan langsung cuma bukanlah sesuatu yang memenuhi citarasa sangat. Overall okaylah..

Keputusan IELTS? Hahaha.... Sangat mendebarkan. Waktu test speaking hari itu saya rasa banyak merapu. Tak tahulah menjawab soalan atau tidak. Waktu writting test pun saya banyak menggoreng. Saya cuma yakin kat listening test saja. Itu pun terlepas dengar 2-3 soalan. Reading test pula ok. Tapi part 3 langsung tak confident sebab tak sempat jawab. I'm a slow reader..Huh.... Apa pun keputusannya alhamdulillah. Saya lulus melebihi sasaran yang KPT tetapkan. Kalau dapat band 6.5 saja saya dah syukur yang amat. Inikan pula 7.5! Alhamdulillah wa syukurillah. At the same time saya dah dapat 2 orang associate professor dari 2 universiti berlainan untuk menjadi supervisor projek phd saya. Again alhamdulillah. Sekarang pening kepala nak pilih yang mana. Sydney or Wollongong? Allah please guide me...

Another update is kad jemputan. Again alhamdulillah semuanya dah siap. Sudah dicetak dan sudah selamat di tanganku walaupun masa tu masih berhutang dengan pihak seri kreatif. Jangan tak tahu ya pihak seri kreatif sangat percaya pada saya. Saya tak pernah membuat sebarang pembayaran deposit kepada mereka. Mereka pula dengan yakin menghantar 1000 kepin kad siap dicetak dengan banting percuma terus ke alamat rumah saya. Walaupun saat itu saya belum membuat sebarang pembayaran. Haha... Tapi, hidup mesti jujur dan amanah. Saya bukan bukan sengaja tak nak bayar. Lusa tu saya terus settle kan. Itu pun tunang terchenta yang bank in kan. Harapkan saya sibuk saja setiap hari. Alahai... Thanx again kepada pihak seri kreatif di atas kepercayaan, servis dan layanan yang sangat bagus. Memang berbaloi-baloi ok. Walaupun campur kos penghantaran kad saya masih berharga kurang dari 40 sen sekeping? Marvelous tak? Haha...

Di bawah ni saya nak pancarkan secara samar banting yang telah diberi percuma dari seri kreatif yang diilhamkan oleh saya dan dipercantikkan lagi oleh pihak mereka. I love it!!!

Walaupun blur-blur tapi saya rasa you all boleh bayang kot. Saya sengaja tak mau letak gambar diri sendiri. Malu! Sebab saya tak mahu masyarakat salah faham. Ingat saya berpeluk mesra dengan tunang sebelum bernikah semata-mata untuk hasilkan banting yang romantik!

Fuhh...kita sambung next time ok. I have to start packing my stuff. now Tomorrow I'm going for camping with students. It's gonna be long weekend in the middle of the jungle. Hate it! Nasib lah badan... Dah la sunday and monday I have morning class. Slide mengajar pun tak siap lagi. Siapa kata jadi lecturer senang?

10 Responses
  1. Xora Says:

    saya suka vendor yg amanah dan buat kerja cam ni :D

  2. azlina aziz Says:

    Tahniah2!
    Apapun, macam dah boleh imagine ur banting. ;p

  3. sk Says:

    congrats on ur ielts! :D

  4. Cik Belle Says:

    congrats zainur! lepas ni boleh mintak tips ngan zainur! hehe

  5. ♥S@R@♥ Says:

    wlaupun samar..bunting ni nampak kreatif..ni yg buat xsabar nak dtg wedding nur ni..hehe

  6. PUAN THALHA : Says:

    looks like cartoon? betul ke? misteri la zainur. hee

  7. Anonymous Says:

    semoga berjalan lancar zainur...mia pun tgh tunggu time sale beli brg2x

  8. farahfatihah Says:

    dear!!!!!! mmg lama kamu xupdate, wahhhh tahniah..i knw u can do it!!!

  9. aCik GeE cHoMeY Says:

    walaupon nmpak samar..nmpk cantik n kreatif la..:-)

  10. Zainur Says:

    Xora, saya pun suka :)

    Azlina, TQ hehe...

    Sk, Belle: TQ insyaAllah boleh :)

    Sara, nampak kreatif? xdalah biasa2 aje...gambar kartun..

    Thalhazlin: tepat sekali! misterikah saya? :p

    Mia, Thanx...utk Mia pun sama jugak tau!

    Farah, tq. bz tu yg tak update sgt...

    Achik comey, thanx...biasa2 aje sebenarnya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs