Perjalanan ke Queensland

Salam. Hola!

How are we? Alhamdulillah I'm good and today baru nampak sun shine kat Gong since balik dari Queensland a few days ago. Kat Gold Coast cuaca memang super hot macam kat Malaysia. Seronok la juga sebab saya suka sunny days. Macam lebih bersemangat dan energetic gitu! Tapi, bila balik Gong aje hujan tak berhenti. Mood pun tak berapa nak ada! Heh! Typical alasan bila memang diri sendiri yang malas!

Anyway, hari ni rasa macam nak share sedikit tentang percutian yang lepas. Sebenarnya tak ada lah gempak sangat. Biasa-biasa aje. Mulanya hajat nak terbang aje ke Gold Coast sebab tiket tengah offer tapi sebab dok bertangguh-tangguh belinya sampai tiket pun naik sedikit demi sedikit.... Heh! Akhirnya buat keputusan untuk drive aje ke sana. So, on the way boleh singgah banyak tempat dan tak adalah terikat dengan waktu 'kapal terbang'. Bebas nak pergi dan pulang atau tukar pelan bila-bila masa. Alhamdulillah memang tak menyesal dengan pilihan yang dibuat!

Gold Coast ni terletak dalam state yang berbeza dengan Gong. Kalau Gong di NSW, Gold Coast pula terletak di Queensland. Waktu pun ada sedikit berbeza! Basically, Queensland adalah state yang kedua terbesar di Asutralia dan mengalami suhu tropikal sebab tu panas dan lembab dia saling tak tumpah macam kat Malaysia. Brisbane adalah state capital of Queensland yang agak modern macam Sydney dan Melborne yang banyak bangunan tinggi tapi masih ada sisa bangunan lama yang ditinggalkan lah. Southern coastline sangat popular dengan aktiviti laut macam surfing manakala bahagian inland lebih kepada penternakan lembu, kambing dan kuda. Jadi sepanjang perjalanan ke Queensland tu kami dapat lihat bentuk muka bumi dan pemandangan yang berbeza dari di NSW.

So, kalau selama ni korang biasa nampak bandar versi modern (Korea?) atau ancient (macam kat Europe), kali ni saya nak kongsikan bandar ala cowboy? heh! atau ada ketikanya mirip-mirip perkampungan di Malaysia? Hurrmmm...... Nampaknya kena membaca history of Queensland pula lepas ni....

Tugas sebagai co-pilot, ambil gambar sepanjang perjalanan. Apa yang menarik di mata, berkenan di hati dan yang unik semestinya! So maaflah kualiti gambar kurang memuaskan sebab kereta sedang bergerak. heh!

Motel bukan hotel dan kilang-kilang lama...


Tanah Merah bukan sahaja di Kelantan! Memang ada sejarah orang Melayu ke mari katanya lah!

Banyak gila Kombi lalu lalang...klasik!
Macam rupa rumah orang Melayu pun ada eh?


Campervan dan motorhome memang ikon kat Aussie! Limo Hammer wajib ambik! ;)

So, itu lah antara gambar-gambar yang sempat dikongsikan. Next time, saya share apa yang menarik di Gold Coast pula...heh!

p/s: Melayu ku tunggang langgang bunyinya...haih~
0 Responses

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs