Welcome 2011

Selamat datang 2011. Ada apa tahun baru ini?

Apa yang telah dikecapi? Jom flash back...
Alhamdulillah, pertamanya impian untuk menjadi zaujah buat Encik suami telah pun dimakbulkan. Majlis sederhana namun meriah dan hari demi hari merasa bahagia di sisinya.

Kedua, dari menganggur kemudian dah dapat kerja. Syukur, alhamdulillah! Berkat kesabaran, usaha dan doa yang tidak putus. Mungkin juga rezeki nak kahwin. Sekarang dah 8 bulan lebih bekerja dan sangat enjoy walaupun kekadang meroyan sebab sibuk memanjang.

Ketiga, mendapat tajaan mini pelamin dari pihak Dina Halim. Yang ni memang best sekali sebab di luar jangkaan. Memang sesuatu yang sukar dilupakan. Kenangan manis gitu!

Selain tu, ada juga rezeki lain yang datang mencurah-curah contohnya menang cabutan bertuah di Malaysian Largest Blogger Gathering with Gatsby deodorant Street Fair. Yang ni sangat marvelous sebab menang laptop aspire yang cute tuh... Huhu.. Selain dari tu, dapat duit terkumpul sebanyak Rm150 sebab join nuffnang-project alpha. Apa lagi eh? Owh lulus cemerlang dalam IELTS (cemerlang la sangat...huuuu).

Banyak sangat kot nak list down semua. Apa pun syukur kepada DIA yang menganugerahkan semua ni. Ameen. Mudah-mudahan rezeki tahun baru lebih luas lagi. Ameen.

So, apa pula yang saya impikan tahun ini?

Hurmmm, pertamanya saya berharap dapat sambung study ke oversea tidak lama lagi. InsyaAllah setakat ni masih lagi dalam proses mendapatkan biasiswa. Kalau lulus, boleh lah buat visa. Hujung bulan 2 boleh la fly berhoneymoon dengan encik hubby. Yeayy...

Selain tu, memang la berharap akan hadir orang ketiga yakni rezeki berbentuk zuriat. Mudah-mudahan lepas jejak ke negara kangroo tu adalah habuan buat kami. Ameen...

Dan mudah-mudahan jua Allah meluaskan pintu rezeki suami kerana terlalu banyak berkorban untuk diri ini. Abang, terima kasih untuk semua. Nur amat menyayangi dan menghargai dirimu. Cuma bibir jer payah nak ucap tapi dalam hati Allah saja yang tahu.

Untuk bloggers yang baru bernikah dan bakal bernikah, moa selamat semuanya. Moga Allah meluaskan rezeki kita semua. Dan mudah-mudahan setiap dari kita menjadi isteri yang solehah. Bukan sahaja yang taat pada suaminya tapi jua taat pada PenciptaNya. Ameen!
0 Responses

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs