Kerja-Bulan Madu di Awana

Salam semua!

Lama betul tak menjenguk ke sini. Semuanya gara-gara berkursus dari 23 November lepas sehingga lah 13 Disember yang lalu. Penat sesangat. Sebab weekend pun kerja juga! Anyway, saya mengambi kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada blogger2 yang telah selamat bernikah dari November lalu sehingga lah kini. Sorry, couldn't make it to ur wedding and sorry tak sempat pun nak drop even a single comment dekat blog uols... Blog ni pun dah jadi sunyi sepi....sob sob sob....

Walaupun sibuk berkursus tapi hari-hari terakhir berkursus or should I call it outstation (OS) sangat best. Kenapa? Sebab I and hubby dapat menginap di Awana, Kijal yang sangat best!!! Kira pakej yang majikan I bagi ni macam honeymoon la pula. Kebetulan, sejak dari nikah hari tu we all belum ber'honeymoon' ke mana-mana lagi kecuali di bilik...hikhikhik....

Actually datang atas tugasan kerja. Tapi, nak dijadikan cerita kerjanya cuma sehari the rest tu in and out. Maka, kesempatan yang ada digunakan untuk bermesra-mesra lah. Hahaha..... Oh bilik yang I stay kat Awana adalah standard superior room. Oklah since I the only staff perempuan saja yang terlibat dengan kerja OS ni. So, I bawa sekali my hubby. Bilik besar dan ada bath tub untuk kami mandi bersama @siul Selain dari tu mestilah free breakfast setiap hari untuk 2 orang yang sangat the best. The food is variety. Dari nasi lemak, bihun sup, bubur ke roti bakar, beef steak, keju, all the salad, dan macam-macam lagi yang tak mampu disenarai di sini termasuklah pencuci mulut yang best! Memang kami melantak sepuas-puasnya. So, tengahari kenyang dan skip lunch! Agaknya berat I dah naik jadi 46kg kot? Haha....

Okay, layankanlah gambar-gambar ini. Tak banyak sangat pun since I tak suka bergambar...Hehehe...dan tak suka sangat nak mengekspos diri sendiri di khalayak ramai...heee... And of course la gambar-gambar yang diambil mempunyai aksi luar biasa yang tidak boleh dipaparkan kepada umum. Heh!

Untuk bakal-bakal pengantin baru yang nak berhoneymoon, I rasa Awana, Kijal ni bagus juga. Besides, dia ada Golf park and also SPA. And walaupun Kemamam tak da banyak tempat menarik tapi still boleh menonton wayang di TGV di Mesra Mall yang tak jauh dari sini. Juga mengambil masa 2 jam perjalanan ke KT. Dan juga berhampiran dengan Kuantan. So, banyak juga tempat yang boleh dilawati. Selain itu, pihak hotel pun ada menyediakan activiti2 tertentu untuk semua pengunjung dengan harga yang bersesuaian. So kawan-kawan, jomlah cuti-cuti Malaysia dan support ekonomi negara sendiri dari melancong ke negara luar. Malaysia pun apa kurangnya kan?!

2 Responses
  1. farahfatihah Says:

    wahhh lamanya xupdate....!!!! bz tul kamu =) alhamdulillah fara dah selamat menjadi isteri orang pada 27 nov lalu =)

  2. Elya Roza Says:

    zainurr!!! update laa lagiii...heheehhe.....aktif balik plss

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs