Tema Majlis Pink-Hijau

Lama tak berupdate. Al maklum sibuk dengan kerja setiap hari manakala hujung minggu sibuk dengan suami. Biasalah bila dah berkahwin komitmen besar dan banyak. Kekadang berbalah antara kerja dan rumahtangga. Memandangkan bertemu suami hanya hujung minggu jadi, hujung minggu hanyalah untuk suami. Say no to work unless memang dah keluar surat arahan suruh bekerja memang tak dapat nak buat apa lah. Dah namanya makan gaji kan! Mujur suami memahami.

Cuti sekolah bakal tiba. Memang meriah dengan jemputan kahwin sana sini. Memang banyak undangan yang tak dapat pergi kerana jarak yang memisahkan. Anyway untuk semua yang bakal berkahwin, didoakan selamat, dipermudahkan segala urusan dan berbahgia selamanya.

Bila sebut tentang kahwin selalu orang tanya apa tema majlis anda. Rasanya pengantin zaman sekarang banyak tema dan kombinasi warna yang luar biasa pilihannya. Sesuai dengan trend la kot. Saya sendiri dulu memilih tema hijau-pink. Pada mulanya dianggap janggal oleh keluarga. Tapi, dah saya berkeras jua. Maka, inilah hasilnya....



Well, lain orang lain tastenya. Apa pun ikut kesukaan masing-masing lah kan. Bagi saya, tema warna hijau-pink ni sweet. Umpama pokok yang berbunga. Hijau pada daunnya dan pink pada bunganya. Jadi apa nak janggalnya kan? Heh!
4 Responses
  1. farahfatihah Says:

    hijau pink kombinasi yg cantik

  2. Anonymous Says:

    oic..ingatkan nak private ke

  3. Zainur Says:

    Farah n cadlyn, thanx :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs