Kad kahwinku = unik, murah, bajet


Salam all,

Maaf ya, lama tak kemas kini blog. (Cehh bajet macam ramai la sangat yang baca blog saya ni!) Minggu sudah saya sibuk dengan persediaan IELTS. Alhamdulillah semuanya lancar dan minggu ni keputusannya bakal keluar. Waduhh...berdebar-debar rasa hati ini. Orang sekeliling terutamanya my colleague dah sibuk bertanya. Rasa macam ambil SPM pula jadinya. Haihh.... Untuk bloggers yang turut mendoakan, thanx ya! I memang harap sangat akan lulus dengan jayanya...

Actually, saya nak update tentang perabot FAMISTA yang dah sampai last week. Tapi, my sis tak email lagi those pictures so, I tangguhkan dulu entry pasal tu. Banyak benda yang I nak story sebab ada beberapa perkara yang buat saya tidak puas hati. Dan saya tidak berapa suka lagi nak recommend perabot FAMISTA atas beberapa perkara yang saya akan ceritakan kemudian okay?

Orite, tujuan utama update ini dibuat adalah khusus buat girlFriday. Beliau telah bertanya pada saya tentang printing kad kahwin. Dan sebenarnya saya sendiri ada berjanji nak share dengan kalian. So, entry ini adalah untuk semua yang bertanya tentang printing kad kahwin (rujuk sini).

Seperti yang semua sedia maklum, saya telah design kad sendiri dan bercadang untuk cetak saja kad tersebut dengan bajet terendah. Sebelum itu ingin saya tegaskan di sini, saya mengambil keputusan untuk mereka sendiri kad kahwin kerana
1. nak jimat kos
2. kad kahwin yang dijual 30sen ke bawah biasa tak cantik design dia. Macam hampeh. Walaupun saya nak jimat tapi saya pun ada selera tinggi juga.
3. Memang dari dulu lagi saya nak buat sendiri. Supaya ada sentimental value di situ.

Saya telah survey dari banyak syarikat percetakkan. Rata-rata memberi harga quotation yang agak tinggi sehinga mencecah RM 1 sekeping walaupun saya bercadang nak cetak 2000pcs. Mahal ok? Baik saya tempah aje kad 60sen kat pasaran. Design pun dah ok dan jauh lagi murah kan? Tapi sebab saya dah berkeras hati berhajat nak design dan cetak dengan harga yang rendah sekitar 50sen ke bawah maka saya teruskan pencarian juga.

Finally, saya dapat satu vendor ini yang bukan sahaja bukan sahaja harga quotation serendah 50sen ke bawah malah dapat sampul percuma dan juga 2 banting! Malah harga yang ditawarkan buat mata saya terbeliak seketika.... 29 sen sekeping ok! Murahkan? Sangat murah! Ini baru namanya kad bajet!

Tapi, Encik tunang dan mak saya tak setuju pula....adesss... Bukan apa ya kawan-kawan. Kad ni jenis sekeping aje. Front page, jemputan dan belakangnya peta. Mak saya cakap kad bogel togel. Tunang pun tak setuju. Dia kata kad yang saya design kan ada cover which is jenis 2 fold. Yang 29sen saya sebut tu tak ada fold/ lipatan ok. Memang sekeping tu aje.

Sebenarnya tak ada masalah pun sebab pihak mereka salah faham pada awalnya. Mereka ingat saya nak buat jenis yang macam tu walaupun sah-sah design saya jenis lipat 2. Akhirnya mereka beri harga quotation baru iaitu 35sen sekeping. Harga ajelah bertambah sedikit tapi masih lagi bawah bajet saya.

Saya memang sangat puas hati dengan perkhidmatan mereka sebab melayan kerenah saya. Saya rasa ada la dalam 4 ke 5 kali mereka terpaksa edit mengikut citarasa saya. Sangat berterima kasih kepada kesabaran mereka. Dan untuk B2B lain yan bercadang nak design kad sendiri saya sangat recommend kan pihak ini untuk mencetak kad anda.

Mahu tahu siapa? Email saya! Hahaha.....Takdalah, saya tak kejam ok?

Okay, vendor yang saya maksudkan ini adalah pihak Seri Kreatif. Anda boleh lawati laman web mereka dan lihat sendiri. Not bad okay mereka ni. Mereka bercawangan di Melaka tetapi mendapat tempahan dari pelbagai negeri dan rata-rata sangat puas hati dengan khidmat mereka. So, inilah kad bajet yang saya design dan bakal dicetak oleh pihak Seri Kreatif. Ini my own design tapi setelah diedit oleh mereka ada sedikit perubahan tapi masih corak yang sama. Nak tengok final touch kena tunggu bulan puasa nanti la ye!
Cover depan kad.


Bahagian dalam kad.

Design kad saya tak cantik and pro pun sebab saya bukan nya designer ke or art person tapi sangat bermakna buat saya ok :)


Sebelum saya berhenti saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada salah seorang silent reader saya kerana beliaulah yang telah me'recommend'kan kepada saya. Tanpa AnoiHalim tak mungkin saya bertemu dengan vendor ini dan tak mungkin dapat saya kongsikan dengan pembaca lain. Thanks AnoiHalim walaupun saya tak kenal dan tak tahu nama blog beliau tapi sangatlah berterima kasih di atas budi beliau!

Rasanya persoalan girlFriday dan yang lain-lain sudah terjawab kot? Anything just email me ok? I'll be happy to share with you all.

**Bahh...mau tidur sudah so tired dengan pendaftaran pelajar baru. My first lecture note pun tak siap lagi...damn!**
14 Responses
  1. kay kamal Says:

    ni yg kat mydin melaka tu kan? slalu diorg takde kat kdai susah nk jumpe2 btul2 yg kao tim..nnti la i try lagi.yg u wat tu amat amat berbaloi..terkedu i.btw,card u size ape n ade laminate tak?

  2. Zainur Says:

    Kay, Yep kad tu glossy and laminate.. My card saiz A4 lipat 2.. :)I cari yang simple, murah and berpatutan aje..I tak nak beria sakan kad mahal2 tp last2 ke tong sampah jua...huhu....so walaupun simple tapi puas hati kira oklah..Maybe setengah org nak nampak vogue gitu. For me, janji boleh jemput org seikhlasnya :)

  3. farahfatihah Says:

    hi dear...semoga lulus dgn jayanya yer...wahh dah hantar ke vendor ya..bagus2..sape kata xcantik? cantik tau....!!! hargai apa yg kita usahakan....sbb kepuasan tu kita je yg rasa =)

  4. Unknown Says:

    salam zainur. mia bersetuju dgn idea zainur. mia pun tgh cari kad yg budget.mia dh masuk seri kreatif tu mmg berbaloi dlm sepanjang mia survey..harga yg ditawarkan ok termausk bunting....tq sbb mengesyorkan. bg mia, kad kahwin ni x perlu mahal2x..yg ptg org dpt. takut org pandang x pndang je...kte ni same le zainur..suke nk jimat je..hehe...kepuasan tu kte je yg tahu

  5. Zainur Says:

    Farah, ameen.... mudah2an berkat doa farah nie..

    Mia, betul3x...hehehe...buat apa bayar lebih kan?heheh...bila boleh dapat yg baik...hihi

  6. gadis jumaat Says:

    zainurrrrrrrrrrrrrrrrr!! TENGKIUUU FOR SHARING, with the capital letters! Btw, dulu saya penah amek IELTS, cukup2 makan je sbb rasa macam listening dia susah sket laaaa... accent pekat sangat hahaha.

    Pasal kad kawen ni, mmg bes sangattttt. Semoga murah rezeki seri kreatif ni, dia buat murah, semua orang order kat dia kan? Saya pon kelam kabut terus nak siapkan design kad saya sebelum diorang fully booked, pastu dah takmo amek sebarang tempahan ke, mintak jauhlaa...

    Suke ayat "walaupun saya nak jimat tapi saya pun ada selera tinggi juga" <-- aren't we all! :)))

  7. Zainur Says:

    girlfriday, ur most welcome...kalau tak kerana awak tanya mesti saya lambat lagi nak share...sbb bz...hehehe...anyway sharing is caring ;) Apa pun tepuk dada tanya selera...maybe ada b2b yang lain ada cdgn lg bagus...saya pon xpasti tp ini yang the best saya dapat...huhu

  8. PUAN THALHA : Says:

    zainur, agree with you. tak kisah kalau pada orang kot-kot tak cantek tapi design sendiri amat bermakna kan buat kita? hee

  9. Elya Roza Says:

    zainur!! sy dah terlepas bnyk update dr kamuuuuu...
    sy pun plan nk buat kad sendiri, cuz kami tak mau bazirkan duit ke atas kad kawen..bnyk bende lain kene byr kan!!
    nnt elya nk try2 laa tney quotation kat seri kreatif tu....thanks dear!

  10. ♥S@R@♥ Says:

    hai nur..hope sihat ea..

    cantik la kad nur tu..jgn lupa jemput sara tau..he

    psstt..kad yg cantik sara xbuang, tapi sara simpan dalam kotak..hehe

  11. Adda Shariff Says:

    babe, tq for d info!! i pon tgh carik tmpt nak print sbb gatai nak pakai design sendrik..kat kl rata 65 sen++ itupon kalau 1500 nk print..i nak print dlm 1100 je..huhu...

    tq darl!!

  12. Kak Teeha Says:

    nur..

    tahniah! berjaya cari printing company yang lagi murah!=)

  13. Zainur Says:

    thalhazlin: Yep...sangat bermakna :)

    Elya: It's ok...sy pon jarang2 update...dilanda kesibukan...

    sara: thanx...mesti jemput punya...mana boleh lupa :)

    Adda: Betol2...memang susah nak cr murah. tp dengan seri kreatif saya rasa sangat berbaloi... :) happy to c u happy ;P

    Fatiha: ini pun suggestion dr one of my silent reader. Terima kasih buat beliau... :)

  14. Blog Says:

    Salam Dari Kami SeriKreatif.

    Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua. Kami tidak menyangka sambutan dari rakan b2b sangat menggalakkan.

    Kami juga sangat berterima kasih kerana mempromosikan syarikat kami terutamanya kepada Anoi dan Zai dengan secara sukarela membantu dengan mengenalkan syarikat kepada rakan2.

    Kami memohon maaf kepada pelanggan yang tidak dapat berjumpa kami disebabkan kedai tidak dibuka seawal 8 pagi seperti dahulu. ini kerana kami mula beroperasi dari 11 pagi. disebabkan permintaan yang tinggi, adakalanya kami memanjangkan waktu berniaga sehingga malam. jadi kepada yang ingin berkunjung lebih awal atau pada waktu malam, sms atau hubungi kami terlebih dahulu. 017-2438470 (saiful) atau 019-2208470 (intan).

    ribuan terima kasih buat semua.

    Serikreatifdesign
    SAIFUL BAHARIE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs