K pertama sebelum muncul K kedua

Salam,

Bicara yang sama sebagai pembuka kata. Maaf membiarkan laman ini sunyi sepi. Sejujurnya memang nak update sentiasa tapi apakan daya terlalu banyak beban dan tanggungjawab yang perlu terlebih dahulu dilaksana.

Sejurus selepas pulang dari KL tempoh hari jadual saya penuh dengan agenda pembelajaran dan pengajaran. Al maklumlah semester baru telah dibuka. Walaupun hanya memegang satu subjek untuk semester ini tapi masih ada 20 orang pelajar untuk diawasi secara personal dan menjadi penyelia kepada projek tahun akhir. Yang ni memang nak tergelak pun ada. Yalah zaman dulu aku diselia pensyarah tapi kini aku yang menjadi penyelia. Mampukah aku memikul tanggungjawab ini sebaik mungkin? Mudah-mudahan Allah memberi kelapangan.

Selain itu, aku terlibat juga dengan aktiviti kemasyarakatan. Yalah menjadi pendidik itu kan adalah sebahagaian daripada hak masyarakat, bukan sekadar di institusi semata-mata. Ilmu yang ada harus disalurkan kepada ahli masyarakat. Maka, daku terlibat dalam kegiatan seperti kempen kesedaran alam sekitar di sekolah. Bab ni saya sangatlah enjoy ok. Sebabnya alam sekitar memang bidang saya. Yang kedua saya sangat suka bagi talk@public speaking. Mula aje ketaq lutut tapi lepas tu feel goood sampai tak mau lepas mic boleh? Hehehe... Selain itu, saya juga terlibat dalam menganjurkan kursus penanaman cendawan. Haa sesiapa yang berminat boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Lain dari itu, saya juga adalah salah seorang komuniti dalam membentuk dan merangka program baru di institusi. Yang ini sangat terbeban ok kerana terpaksa memerah otak untuk buat dan fikir syllabus subjek yang berkaitan di samping menyediakan modul untuk pembelajaran. Bukan itu sahaja, ahli komuniti juga terlibat dalam promosi program baru ini. Maka bulan akan datang saya akan bertambah sibuk. Alahai~

Apa pun, niat kerja untuk mencari rezeki yang halal kerana Allah. Nak jadi darah daging kan. Lagipun memang ini pilihan hati saya. Jadi, walaupun sibuk saya still enjoy. Kepuasan bagi seorang pendidik adalah apabila dia dapat menyampaikan apa yang diketahuinya kepada orang lain sehingga orang lain berjaya mengaplikasinya dalam hidup malah menjadi orang yang berjaya di kemudian hari. So, u all satisfied tak dengan kerjaya u all sekarang? Hehehe...

Owh sebelum saya menutup bicara ingin saya kongsikan kegembiraan saya dengan kawan-kawan. Apakah? Saya baru sahaja bergraduat dengan ijazah SARJANA! Yipeee...Alhamdulillah, finally i did it. Lepas ni doktor falsafah pula ya? Heee.... Ijazah disampaikan oleh YAM Tuanku Permaisuri Agong. Layankan gambar yang tak seberapa ni.....

Bersama bonda tercinta


Bersama bonda dan bakal mertua tercinta



Diriku insan biasa...


TAMAT
(hihihihi)
7 Responses
  1. Anonymous Says:

    bangga dengan zainur...dh amik sarjana rupanya...tahniah ye..teruskan usaha membina impianmu

  2. azlina aziz Says:

    Alhamdulillah, saya puas hati dengan apa yang saya ada hingga ke hari ini. Tapi saya masih ingin memperbaikinya lagi.

    Tahniah zainur! ;p

  3. ♥S@R@♥ Says:

    congrates nur..

    kagum tgk..chaiyok2!!hehe

  4. Hasnah Says:

    Ya Allah kak.. sibuknya. tp akak enjoy. jaga kesihatan tau. btw, congrats! ;D

  5. aCik GeE cHoMeY Says:

    tahniah zainur...
    best nyer ..:-)

  6. iedayah Says:

    salam perkenalan..congrates..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs