Pelukan terhangat!

Jun,
Aku tak pernah menyukaimu...
Kerana sikap engkau yang dingin terhadap diriku...
Sentiasa membalut hari-hariku dengan wajah mendungmu...
Hanya sesekali kau bersinar riang tapi tetap dengan kedinginan mu.

Jun,
Tiap kali kau datang aku merasa sakit!
Sakit, dengan kedinginan mu...
Aku merasa muram dan lemah
Aku hanya mampu berselimut dan berselubung
Melihat wajah putihmu dari jendela puncak Thredbo.

Walaupun aku jarang jarang melihat wajahmu Jun
Namun kehadiranmu sentiasa ku rasai di segenap sanubari ku
Hingga jauh mencengkam segala sendi dan urat nadi tubuhku
Kau sentiasa dan selalu di sampingku
Walau kehadiranmu tidak disukai oleh ku
Kau tetap di situ.

Jun,
Maafkan aku kerana mencurangimu
Aku tidak bisa mendakap tubuhmu yang dingin

Kerana itu aku memilih dia 
Dia yang memberi pelukan terhangat
Siang dan malam ku....

Oh my hot water bottle!

Jun,
Pun begitu, kehadiranmu pasti kurindui
Bila Summer menjelma nanti!

Nukilan,
Zainur1925
Winter 2014

Amacam ada rasa terpedaya tak? Macam nak hempuk? Keh keh keh!
Sorry lah untuk uols yang berfikiran blues blues tu, blog ni bukan blog blues!
Bahahahahaha....

Anyway, selamat datang winter! Meet my best freind......


Mr Hot Water Bottle! (Google image)

5 Responses
  1. Aida Lela Says:

    eh..boleh buka blog ni :)

    rasa macam tak percaya pulak..heheh

    *janganlah private blog, kita nak baca pengalaman kat sini..

  2. ummu musleh Says:

    salam. nur..how are you? lama gila tak baca cerita uols kat sana. hope semua berjalan lancar ok :))

  3. Aida Lela Says:

    Assalamualaikum..

    ada balik malaysia ke? ternampak kat kedai makan itu hari. nak tegur tapi segan sebab awak duduk dengan geng2 lelaki with your husband :)

  4. Zainur Says:

    Aida, hari tu tutup sebab rasa nak delete blog yang dah lama tak berupdate ni..hehehe...tapi ubah fikiran! Oh ya kenapa tak tegur? Rasanya kat kedai Ainna kan? Suami terserempak dengan teman lama dia...balik bercuti sebab mak sakit :(

    Ummu musleh, terharunya ummu datang ke sini.... :)

  5. Shakirah Abu Bakar Says:

    Ahaaa..akhirnye dapt jugek jejak blog akak~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs