Vivid Sydney


Salam lovelies!

How ya doing? Hope semua pun okay dan baik-baik sahaja.

Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang kunjungan saya dan hubby ke Vivid Sydney 2013. Untuk pengetahuan semua Vivid Sydney ni antara perkara yang menarik (kot?) yang berlaku setiap tahun bila musim winter menjelma. Actually tak adalah gempak sangat pun. Cuma macam pertunjukan cahaya lampu warna warni di building sekitar Sydney CBD. Bermula dari Circulay Quay dekat dengan Opera House sampaila ke Darling Harbour.

Kenapa buat setiap kali musim sejuk tiba? Sebabnya masa tu waktu siang sangat singkat. Kul 4 lebih dah mula gelap. Berbanding dengan summer jam 8-9 baru nak gelap. Jadi tak sesuailah kan sebab lewat sangat nanti kanak-kanak dah mengantuk. The show starts from 6 pm until 12 midnight. So kira sedang elok lah waktu tu.

Dah tahun ketiga kat sini, ini lah baru first time terasa nak pergi. Sebelum ni tak teruja sangat kot. Yerla musim sejuk kan. Show pula sebelah malam, lagilah terasa sejuk! Ini pun kebetulan ada yang mengajak dan drive. Kalau harap kami, duduk rumah lagi best kot. Faham-faham ajelah parking kat Sydney tu mahal gila. Nak pergi naik train sure sesak. Tapi, alhamdulillah malam tu dapat parking agak murah lah juga. Flat rate 15 dolar jee...plus within walking distance dengan area show! Alhamdulillah!

So, ni antara beberapa gambar yang I'm willing to share. Beberapa keping je cukuplah ek? Lebih-lebih boleh check out on my instagram! Okay?!

Sydney bridge

Ini Opera House!
Cantikkan?
Bertukar warna dan corak











1 Response
  1. Chekgu Azrine Says:

    Subhanallah...lawanya sydney sis..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs