Apple cake

As Salam.

How's your weekend everyone? Mine was good. I had fun baking some cuppies. Last Saturday I was invited to a private event by Wifey's Gong club. Private la sangat. No, not that private. We just love to gather and main masak-masak and later on makan-makan bersama. Al maklumlah kat Gong ni tak ramai Malaysian. So, mana-mana Malaysian families yang ada di sini are considered as close families juga. Plus, kalau dah diundang wajiblah kita bertandang. Lagipun awal tahun ni ramai families yang akan pulang ke Malaysia. Back for good. So, yang tinggal nanti adalah kami yang muda-muda dan junior-junior. Tak seronok la kot. Sebab we all la pula yang kena jadi senior sebab yang lain tu mostly undergrad students. So this is like one of the farewell party lah..

Oh berbalik kepada private event tadi, sebenarnya dari last week lagi they all merancang nak masak nasi kerabu. I used 'they all', sebab I'm not that interested sangat. Hihi. Bukan tak berminat nasi kerabu tapi malas nak masak beramai-ramai ni. Yerlah, banyak orang, banyak kepala, banyak gaya, banyaklah caranya kan. I suka do it my own way. Nanti I buat cara I orang tak suka ke berkenan ker payah la pula. Plus, I'm not good at cooking pun. Jadi malu lah pula kalau orang suruh buat something yang I tak tahu. Haha- So much for the excuses! Kalau dah malas tu, bilang malas saja kan? Okay, okay fine I memang malas! I cuma nak attend untuk makan saja!

Tapi, tak best la pula kan kalau datang makan saja tanpa tolong masak apa-apa or at least provide bahan-bahan memasak kan? So, that is when I decided to bake something. At least mine boleh jadi for dessert kan?kan? What a brilliant idea to escape yourself from hell's kitchen. @setan

Okaylah, panjang pula intro nya. Fokus utama entry ni bukan kepada event tersebut tetapi kepada kek yang saya bake ni. Haha- boleh gitu? This time around I would like to share this simple and marvelous recipe dengan semua readers. Even kanak-kanak 7 tahun pun boleh buat so apatah lagi anda-anda semua yang sudah matang gitu. Let's bake ladies!

Nama recipe ini adalah simple marvelous apple cake for beginners. Haha- Kalau terbelit lidah, sebut aje apple cake atau kek epal. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:



an apple
100 g butter
80 g caster sugar + 2 tablespoon sugar
2 eggs
100 mL of fresh cream or whip cream
150 g of flour
a teaspoon of baking powder

* I used self rising baking flour so I tak letak lagi baking powder tu.

How to/ cara-cara:

1. Firstly, peel the apple and cut into smaller pieces. Then, add 2 table spoon of sugar, mix well and cook till the apples become soft. Kalau anda semua pemalas macam saya boleh masuk aje dalam microwave for about 3 minutes and done! Hehe...

2. Then pukul butter till jadi berkrim.



3. Tambah gula. Pukul lagi sampai putih or cerah-cerah gitu.


4. Next, add egg one by one. Sambil tu pukul sehingga kesemuanya homogenous. Haha-atau dalam bahasa biasanya sebati ya puan-puan.

5. Masuk fresh cream/ whip cream tu and again kacau sampai sebati.

6. Now, masuk tepung + baking powder. Kacau lagi sampai sebati.

7. Last but not least, masuk epal yang anda masak tadi dengan jus-jus yang 'tubik' dari epal tersebut. Kacau lagi adunan hingga sebati.

8. Lastly, masuk dalam loyang atau acuan cup cakes and bake in 180 'Celsius for 35 minutes.

Tadaaaa......

Simple aje kan. Tak sampai 10 langkah pun. Confirm boleh buat. BTW, adunan ni untuk sekali makan aje or in other words cukup-cukup untuk satu family jamah minum petang. I gerenti licin you! Dijamin puas perut dan suka hati. hehe... Sebab masuk ni entah kali yang ke berapa sudah I buat. Now, I buat 3 adunan terus and bagi kat kawan-kawan rasa.




Rupa kek yang baru keluar oven, sedap dan harum baunya. Terus meleleh air liur nak makan. Once masuk mulut rasa sangat lembut dan yummy. Tanpa rela tangan akan mencapai sekeping lagi dan lagi dan lagi sehinggalah licin loyang dibuatnya. Inilah puncanya I have gain some weights beberapa minggu nih! Sigh. @sigh

Okay enough of this crap! So, cuba jangan tak cuba ya. Senang dan simple serta sedap. Dalam sejam dah siap boleh makan. Serius tak tipu! @hensem Kalau buat jangan lupa hantar report kat saya. Hikhikhik...Kalau anda lulus saya share lagi resepi seterusnya!

psst: resepi ni kalau tak silap saya dapat dari my resepi.com. Bukan my own tau!
5 Responses
  1. Chekgu Azrine Says:

    boleh cuba ni.. tapi takde pembakar la sis.. blh kukus erk??

  2. CaDLyNN Says:

    alamak..sedapnyeeeeeeeeee...bilela lin nk rajin baking2 ni..huhu

  3. mia-ina Says:

    aduih ble la mia ni nk rajin baking ni..kukus rajin gak..huhu

  4. Kamsiah Says:

    salam kenal tuan rumah...dtg bwk tupperware ni...nak mintak kek sikit..

  5. Zainur Says:

    Chekgu, saya tak pernah kukus. Suh suami beli oven satu hehe... Mungkin akk blh try kukus pas tu report kat sy jadi ker tak eh?

    Cad, sekali dah try mesti nak try lai betul!

    Mia, cubalah kukus...kot2 jadi...

    Kamsiah, salam kenal juga akk. Dtg2 la selalu...hehe ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs