House inspection

Setelah berjiwang-jiwangan dalam entry yang lepas, baru ada mood untuk mengemaskini perkembangan terbaru. Plus I terpaksa hold dulu my lab works sebab sarung tangan VVIP belum purchase lagi. What a waste of time but safety have to come first right? Besides, this would be a good opportunity to update my blog! Haha...

Last Monday merupakan hari "house inspection day". Tentu ada yang tertanya-tanya hari apakah itu. Bukan hari perayaan ya! Tetapi hari di mana agen rumah datang untuk buat regular inspection or in other words, wakil dari tuan rumah datang serbu, untuk lihat kondisi rumah yang anda sewa!

Sistem 'sewa rumah' kat sini sangat menarik bagi pandangan mata kasar saya walaupun sedikit merumitkan tetapi somehow adalah sangat penting bagi kedua-dua pihak iaitu landlord (tuan rumah) dan tenant (penyewa).

Kalau kat Malaysia, dah dapat rumah yang ingin disewa, bayar deposit sebulan dah boleh masuk. Macam simple aje tapi macam-macam masalah berlaku. Bagi tuan rumah, masalah yang biasanya dihadapi adalah penyewa culas bayar sewa, cabut lari, buat onar/ kerosakan pada rumah dan lain-lain. Manakala bagi penyewa pula sering menghadapi masalah sewa yang tinggi tapi keadaan rumah macam nak roboh dan tidak terjaga. Kadang-kadang tuan rumah tidak ambil peduli dengan masalah atau aduan berkaitan isu rumah. Sebagai jalan penyelesaian ada yang cabut lari atau tak bayar sewa berbulan lamanya....

Berbeza dengan sistem di sini, setiap individu yang bercita-cita nak menjadi penyewa harus melalui beberapa langkah yang rumit. Pertama, wajib periksa rumah yang ingin disewa. Kalau rasa puas hati dengan kondisi rumah boleh isi borang untuk apply di mana data-data peribadi seperti pekerjaan, income, bank statement, rental history, electricity account, driving license dan banyak lagi adalah perlu dan penting. Semuanya akan memberikan point atau mata. Lagi tinggi mata maka lagi tinggi peluang anda untuk dipilih sebagai bakal penyewa. Yep, memang leceh!

Bila dah confirm dapat rumah pula you have to sign the tenancy agreement sama ada 6 months or 1 year. Bukan tu aje you have to pay deposit 2-4 weeks in advance bersama dengan duit bond untuk 4 minggu! Deposit tu macam biasalah untuk secure supaya you tiba-tiba tak jadi sewa kan. As for the bond, untuk secure supaya you tak lari tinggalkan rumah dalam keadaan kotor or tunggang langgang! Bond hanya akan dipulangkan lepas you keluar dari rumah and after the last inspection. If they're satisfied dengan house condition yang you tinggalkan, then baru you dapat balik. Kalau tak memang kena potong lah.

Once you dah settle dengan perjanjian sewa rumah, deposit and bond baru lah dapat kunci rumah. Opppsss...belum boleh relax-relax lagi. Sekarang kena buka akaun untuk bil air, elektrik, telefon dan internet unless you nak duduk rumah tanpa those things! Tapi, tak adalah susah pun bila dah sampai stage ni, because all you have to do is call aje and less than 30 minutes your account will be set up. Kalau tak buka akaun pun still boleh guna api dan air. Cuma bila cukup time depa akan datang hantar surat lah.

Kat sini ada banyak company air and elektrik. Kalau kat Malaysia TNB conquer sorang-sorang. Kat sini you boleh pilih and buat perbandingan sendiri. So berlumba-lumba lah company ni semua nak provide the best rates and values for customer.

Sekarang baru boleh lega. Tapi still every 3 to 6 months akan ada agent yang datang buat inspection. So, you have to make sure the house is clean and clear dari spider webs lah, dirt lah and bla bla bla....

Well memang nampak rumit dan melecehkan tapi sistem mereka ni agak islamik juga ya kerana kedua-dua akan dapat benefit. Macam jual beli dalam islam ada 'akad dan nikah' nya (eh betoi ka?). And so far, aku suka sangat dengan condition and environment rumah aku ni walaupun sewa dia boleh tahan jugaklah. By the way, sistem sewa kat sini dibayar by week or setiap minggu sama juga macam sistem gaji semuanya per week. And this house cost me $250 per week or $1000 per month atau RM 3000++ sebulan! Huaaarrrghhhh.......



psst: Balik Malaysia nak duduk hotel 5 bintang pun dah tak kisah sangat dah... Opss baru perasan tak pernah lagi ambil gambar depan rumah...next next entry okay?

7 Responses
  1. mrs zach Says:

    ada 'ijab dan kabul' nya la sayang. ihiks

  2. Zainur Says:

    Haaa...betoi tu...masa tgh tulis tadi tak ingat....asyik dok ingat akad nikah aje...miahaha...thanx anyway =)

  3. Imran@Copenhagen Says:

    salam
    Di Copenhagen, nak sewa rumah pun leceh jugak. Memang siap dengan agreement yg etail. Tapi biasanya kena bayar deposit utk 3 bulan dan juga prepaid rent utk 3 bulan. Maksudnya utk bulan pertama kena bayar utk 7 bulan.
    RM3000 ok lg tu, sewa rumah kami kat sini harga rm4800 je sebulan..

  4. asna cute Says:

    Fuhyoooooooooooooo pengsan nak bayor kak klu dok sini..

  5. Zainur Says:

    Imran, ws. wahhh lg dahsyat ya! berapa eh beza mata wang sana dgn msia? mau pengsan juga tuh....


    Asna, pengsan jgn tak pengsan. Duduk oversea rasa mcm org kaya msia yg duduk jauh. Walhal duit scholarship je pon...muahaha...tp itulah cukup2 je nak idup...huuuuu

  6. Hanis MY Says:

    alhamdulillah kat sini takdelah strict mcm tu walaupun rumah comel2 takde laman etc, setakat nak tinggal sementara... tapi elaun diberi tu dah cukup kan sebab kita dpt dlm matawang negara yg kita duduki tu, bila convert ke rm tu yg pengsan hehe

  7. Zainur Says:

    Hanis, elaun yg we all dpt gred B walhal duduk di kawasan yang selayaknya diberi gred A. Cukup-cukup makan. Mujur juga hubby kerja. Kalau yg ada anak memang tak cukup, ramai guna simpanan or gaji sendiri...kesian!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs