Bilik tidur pengantin

Nak update pasal kahwin tapi rasa macam dah basi jer. Al maklumlah dah hampir 4 bulan kahwin. Tapi, tu lah, once dah kahwin ni kesempatan nak update blog berkurangan. Kalau dulu hujung minggu boleh layan blog sampai lebam!

Just nak share hiasan kamar beradu masa kahwin dulu. Takdalah gempak sangat pun. Idea dari family dan juga jiran tetangga. Awal-awal tu agak sukar juga nak tatarias bilik pengantin ni sebab keluasan bilik boleh tahan luas. Lebih kurang 20x20 kaki. Nak tambah perabot poket saya dah tinggal habuk! Jadi guna saja apa yang ada. Ada juga jiran yang bermurah hati pinjamkan set lampu dan pasu bunga.

Jom layan gambar!




Kalau perasan, ada bunga tangan warna merah atas katil tu. Itu sebenarnya dari kak Nadia (Dina Halim). Baik kan mereka? Siap tanya saya lagi nak guna bunga tangan tak? At first, kakak nak buatkan guna fresh flower. Tapi, risau juga if something happen. So, for safety saya terima saja bunga tangan ni dari kak Nadia. Orang bermurah hati pinjamkan saya lagilah berbesar hati menerima walaupun pinjam aje. Pihak Dina Halim memang tak berkira langsung. Suka sangat deal dengan mereka and highly recommend untuk bakal-bakal pengantin di luar sana terutamanya pengantin muslimah!



Set bilik tidur ni seperti katil, meja solek, almari dan meja tepi adalah dari perabot FAMISTA. Sebenarnya menyesal beli perabot FAMISTA ni. Low quality dari segi workmanship dia. Dulu memang beria aku nak beli. Kononnya murah dan ada kualiti. Sekali hampeh! Agak mendukacitakan sungguh.... Macam katil tu, hujung kepala dia dah banyak kali tercabut. Drill lah pakai skru paku dan bagai tapi semua tak menjadi! Walhal bukan beraksi ganas pun. Ooopppsss...@gatai

Seingat aku malam pertama tu siap pesan lagi kat hubby, janan tidur ganas-ganas. Katil ni tak cukup kuat. Malu weh kalau malam pertama dah reban katil.. Wakakaka...macam parents aku dulu-dulu...hikssss....@diam

Walaupun perabot yang aku beli tu half wood half bukan wood tapi still rasa macam kena tipu pasai wood dia tak cukup kualiti. Yelah belakang katil tu dah berlubang dah sana sini. Tapi, tak lekat juga. Beli kat kedai perabot biasa lagi puas hati you all. Dahla kedai FAMISTA ni jauh kat Klang. Rasa tak worth it je. Mungkin aku jer bernasib malang terkena begini kot. Mungkin orang lain tak ada masalah. Tapi, pengalaman pertama ni membuatkan aku black list terus jenama FAMISTA ni. Sorry! Walaupun u pandai layan pelanggan tapi janji manis yang you tabur tu setakat di mulut you sajalah! Woooppsss dah jauh kelencongnya!

Back to hiasan bilik pengantin ni, meja solek tu idea dari my younger sister. Suka sangat dia gantung manik-manik berjurai dekat cermin tu. So unik! Simple aje...Janji malam pertama boleh tidur dengan selesa! Rasanya semua bakal pengantin boleh hias sendiri. kamar beradu Tak perlu lah nak ambil perkhidmatan tertentu kerana at the end semua barang-barang yang you sewa kena pulangkan. Tapi, if you decorate sendiri barang-barang hiasan tu still boleh guna lagi. And paling penting tak lah berserabut. dan puas hati Saya rasa idea yang pasang kelambu kat katil pelamin tu macam dah lapuk...hehehe.... Tu my own opinion lah... jangan ada yang terasa lak! Sebab saya suka tengok yang lapang, tak terlalu sarat dan serabut!


Total damage:
Bedroom set (Famista): Rm 2,200 (kalau tak silap!)
Cadar (Jakel): Rm 350
Langsir (Nilai 3): Harga tak ingat pasai tempah untuk satu rumah...heee
Lain-lain hiasan: pinjam dari rumah sendiri & jiran


psst: Ada yang berminat nak sewa bunga orkid tu?
8 Responses
  1. Anonymous Says:

    sis, jaar kite mcm mane nak add in yahoo emoticon utk entry. hehe :)

  2. sk Says:

    hye syaza..

    cantik deco bilik pengantin tu. simple is nice kan? n dina halim nye hand bouquet tu walaupon bukan fresh flowers, tp cantik okay.. :)

    perabot sekarang mmg byk yg bukan solid wood. ada tu yg solid bahagian luar jek, kalau bahagian dlm almari ke dia pakai plywood biasa. nak beli yg fully solid wood mmg sgt mahal harganya... huhu

  3. farahfatihah Says:

    simple yet nice ok!! suka bunga tabur2 tu

  4. Unknown Says:

    betul kata zainur tue...better design sendiri...mia pun design sendiri..smpai sekarang msh ada hiasannya..jd hak milik peribadi...kekal bersemi..

  5. Elya Roza Says:

    zainur..famista tak recomended ke?
    elya br nk ajak mama elya gi sana tgk2 ..huhuh
    cuz tgk kt dlm mag murah2

  6. Zainur Says:

    WAWA: Aiyoyo kena buat tutorial class la nih? ;P

    CADLYN: Tq :)

    SK: Hi SK! Heee...betul cakap u tu...kalao 10% solid wood memang mahal tp tahan lama...ingatkan yg ni blh tahan juga tapi workmanship hampeh!

    FARAH: Thanx...zainur pun suka bunga-bunga tu. dah lama my mom beli tp simpan saja, at the end ada juga gunanya...

    MIA: Yup betul sekali :) Jimat pun jimat kan?

    ELYA: Zainur mmg tak mo recommend dah. Harga muruh sebab kualiti kureng. Depa dapat banyak st order tp xjaga and maintain the quality! Tapi, tak tahu lah kalau zainur jer yg terkena gini...huuu..

  7. Seri Mastura Says:

    i tgh buat survey pasal famista. most bride to be semua ckp beli kat sini, tp none of them review the quality except yours. mmg teruk ke quality dia? u tau tak mana2 tempat yang ada perabot yang berkualiti but not so overpriced? hehe.

    Thanks!! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs