Salam pertama 2024, apakah ini yang terakhir?

Oh wow!

It's been ages kot. Last menaip di sini pada 2019. Kononnya akan mula aktif berblog tapi hampeh. After that one and only post, terus sepi selama hampir 5 tahun. Dan tetiba muncul balik kat sini... Hahaha...

Alasan muncul? Date anniversary ke 14. Teringat post lama masa menang hadiah mini pelamin dari Butik Dina Halim. Wujud lagi tak butik tu ek? 

Aku kembali ke sini sebab aku rindu nak menulis. Tapi hidup ni keras weh. Aku tak kesempatan nak berbloging. Kau bayangkan assignment pelajar lagi banyak nak kena baca dan tanda. Itu belum masuk, bab aku kena menulis artikel saintifik setiap tahun. Dah kalau nak menulis artikel saintifik kena ada research. Nak buat research kena ada geran. Nak dapat geran kena menulis proposal yang meletop!

Pendek kata, aku tak mampu nak mencoret panjang-panjang tentang hidup aku, diri aku atau hal-hal yang berlaku di sekeliling aku. Pun begitu, selama bertahun-tahun aku menyepi ni aku dan dunia penulisan tak terpisah. Cuma gaya penulisan yang berdamping dengan aku lebih kepada yang membosankan untuk dibaca oleh orang kebanyakan. tetapi mungkin seperti ruangan gosip untuk ahli penyelidik dan pengkaji dalam bidang aku. Haha....

Tapi, insyaallah mungkin dalam masa 2-3 tahun lagi aku punya banyak masa untuk mencoret di sini. Kerana aku akan meletakkan titik noktah dalam kerjaya aku. Sudah-sudahlah menjadi kuli sepanjang hidup. Kini tiba masanya kembali kepada paksi yang sebenar. Ya, itu pun kalau ditakdirkan panjang umur lagi. Kalau tidak, boleh jadi ini coretan terakhir juga kan?

Alhamdulillah. Allah yang Maha Pengasih, masih meminjamkan pelbagai rezeki dan masih mengizinkan aku untuk menghirup nafas di bumi sementara ni. Aku bersyukur sangat sebab telah melalui bermacam-macam fasa dalam hidup ini. Hidup aku telah berevolusi. Mungkinkah sebab usia ku, jadi pemikiran ku begitu matang. Minda ku lebih tenang. Dan impian ku yang dulu beribu kini hanya tinggal satu. Satu yang dulu tidak pernah tercatat dalam benakku. Kini, itu yang ku buru.

Maaflah, tak dapat nak menaip panjang. Kerana untuk apa aku menaip di sini? Halaman ini telah menjadi sunyi. Ada ker pembaca blog lagi di kala ramai yang beralih kepada media sosial yang trendy seperti tiktok? Aku sendiri pun nak mencari waktu membaca juga payah. Tapi, aku yakin aku akan masuk lagi ke sini. Setidak-tidaknya di sini aku dapat berkata-kata dengan sedikit bebas tanpa di kenal orang. Ya, mungkin kerana aku masih ada impian untuk menjadi penulis. Untuk meninggalkan setidak-tidaknya satu penulisan yang akan menyentuh hati orang dan mengubah hidup dia kepada lebih baik seperti mana diri aku sekarang yang ingin menjadi baik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs