Tips dan review percutian ke Gold Coast (part 1)

Salam!

(Tetiba aje tanpa pendahuluan...) Selain Sydney dan Melbourne, Gold Coast juga merupakan destinasi yang menjadi pilihan utama orang ramai untuk bercuti di Australia. Alhamdulillah kami berpeluang ke sana pada penghujung tahun lepas. Jadi, saya nak kongsikan sedikit sebanyak tips dan buah fikiran hasil dari lawatan kami tu.

Gold Coast memang popular bagi rakyat Malaysia sebab terkenal dengan pelbagai taman tema. Kalau ditanya kepada penduduk tempatan (Aussie people), mereka kurang menggemari ke sini. Sebab nya....? Pembangunan di kawasan pesisir pantai yang pesat sedikit sebanyak mencacatkan alam semulajadi/nature kawasan ni. Saya akui hal ni sebab kalau dilihat sepanjang pantai popular "Surfers Paradise" tu memang penuh dengan bangunan baik hotel, motel, apartment, mall dan macam-macam lagi. So close to the beach! Memang sesak la jugak.

Kalau nak bercuti ke Gold Coast, memang kena ada duit poket yang banyak. Kenapa? Sah-sah kat sini banyak taman tema dan tiket ke taman tema bukannya murah dek non. Semuanya melebihi 50 dolar! Kalau tukar ke RM, tiga kali ganda nilainya. Boleh kering poket! Tehehehe....

Antara taman tema yang popular :
1. DreamWorld
2. WhiteWater World
3. SkyPoint
4. MovieWorld
5. SeaWorld
6.WetnWild
7. Australian Outback Spectacular

Okeh, kalau korang jenis berduit boleh aje pi semua taman tema. Tapi, macam aku mention kat atas lah, harga satu tiket ke satu taman tema tak kurang dari 50AUD. Mostly dekat 100AUD juga. So, the best way is to choose which theme park suit you the most. Kalau suka main pelbagai jenis rides eloklah ke DreamWorld sebab macam-macam rides ada. If you purchase world pass tickets, than you'll save more! Tapi, taktik marketing depa pun bijak jugak! DreamWorld dan MovieWorld tidak tergolong dalam world pass ticket dari kumpulan yang sama. Sedangkan dua tu lah yang aku nak pergi sangat! Hence, we have to choose sama ada nak ke taman tema no 1-3 atau 4-6. Haishh... =.=" Nak beli semua tak mampu uols...


Depan pintu masuk utama DreamWorld.

The very moment I changed to a happy kid!


It's like in fairy tales... ;)

Meet the Madagascar!

Hubby and the Shrek!

Kids ride! The only ride that we ever try! >.< My hubby is so freaking out to try others rides =.=''

Kungfu Panda set.

Will you have the guts??? Not us!

The drama queen

It's like a dream....

Ni pula pemandangan Surfer Paradise dari SkyPoint deck.....

Berhadapan pintu masuk SkyPoint
What Surfer Paradise looks like on the top of the SkyPoint
The other side of Surfers Paradise view

Selain dari taman tema, terdapat juga others entertainment macam Ripley's Believe It or Not, Infinity, Dracula's Haunted House dan 7D cinema yang semuanya terletak dalam area Surfers Paradise. So, kalau korang tinggal di area tu memang boleh jalan aje untuk ke tempat-tempat ni memandangkan parking adalah susah dan sekiranya ada, semuanya berbayar dan ada had jam. Semasa berada di sana, sempatlah saya dan hubby masuk Ripley's dan Haunted House tu. 

At Ripley's
Some interesting things to see and read at Ripley's

Gambar dalam Haunted House tak ada lah sebab no cameras are allowed plus dalam tu gelap yang amat jadi tak berguna juga nak bergambar. To me, Haunted House tu tak lah scary mana. Sedang-sedang saja. Rasa membazir duit pulak masuk. Tapi, sebab nak sangat masuk rumah hantu dan feeling-feeling scary gitu maka my hubby layan kan saja walaupun asalnya dia membantah....kih kih kih..... Tapi part mirror house tu memang scary dan mendebarkan juga. We took quite some time to figure the way out. Memang terasa panic juga sebab semuanya cermin! 

Taken from the Web
Taken from the Web. Could be more fun than Haunted House??...

So, pendek cerita Gold Coast adalah percutian taman tema. Bukanlah tempat romantik untuk ber'honeymoon' tapi lebih kepada untuk berseronok dan hiburan untuk seisi keluarga. 

Next, aku akan kongsi aktiviti lain yang menarik di Gold Coast selain dari taman tema. So, nantikan post yang seterusnya ^_^ V

5 Responses
  1. CaDLyNN Says:

    Bestnye..nak kumpul duit la..
    Sebelum tu berangan dulu. .haha

  2. Zainur Says:

    Lyn, kita pun selalu berangan-angan bila boleh melancong pula. Tunggu tabung penuh semula. Huhu ;)

  3. Unknown Says:

    Sebenarnya taman tema dia x lah hebat sgt..4D lg hebat kat singapore n japan..mat salleh hanya momokan je lebih..sy stay kat sana satu minggu sufers paradase mmg ok mlm ada show makanan halal pn byk.pub pn byk..kalau dia punya wayang 7D betul mngecewakan bohong je lebih dh lah bayar mahal..kalau naik boat laju diorang ok lah..n kalau nk mnyelam pn ok..naik heli pn ada tp harga dia x silap 10 minit hampir 300.

  4. Unknown Says:

    Assalamualaikum. Nak tanya, masuk whitewater world tu boleh pakai tshirt biasa and tracksuit tak? Nak pergi GC this august so nak beli cinbo tiket siap2. Tapi takut dress code dia strict

  5. Unknown Says:

    Assalamualaikum. Nak tanya, masuk whitewater world tu boleh pakai tshirt biasa and tracksuit tak? Nak pergi GC this august so nak beli cinbo tiket siap2. Tapi takut dress code dia strict

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs