Soalan lazim tentang cuti-cuti di Australia

Salam lovelies!

Kalau anda bercadang untuk bercuti di Australia inilah masa yang terbaik! Sebabnya sekarang musim bunga. Meriah dengan bunga-bunga. Warna-warni. Suhu pun tak terlalu sejuk. Memang tak sejuk langsung! Dengan waktu siang yang panjang, memang berbaloi-baloi untuk berjalan-jalan. 












 Kata musim bunga kan.... jadi kawan tempek lah gambar bunga banyak-banyak. Nama bunga sorry tak tau! Haha....

Pengalaman bagi makan kangaroo. Gambar tak ada kena mengena.

Lagi gambar tak berkaitan langsung! Tapi, nak cakap pantai-pantai kat sini memang terbaik dan cantik!
Sambung membebel balik....

Untuk pengetahuan, Australia ni terbalik 'kod' dengan Eropah. Sekarang di Europe musim luruh (autumn). Kalau di Europe sejuk pada hujung tahun (time krismas), di Australia itulah musim panas! Dan musim panas di Australia memang sangat panas. Suhu boleh mencapai lebih 40 darjah celcius! Rasa macam kena panggang hidup-hidup. Tapi, neraka Allah lagi Maha dahsyat! Maka, bersyukurlah kita masih diberi rahmat dan nikmat di atas dunia ini. Mudah-mudahan terus menjadi hamba Allah yang bersyukur dan taat atas suruhan dan menjauhi laranganNya. Aamiin!

Tujuan entry ini ditulis sebab ada kawan-kawan yang bertanya tentang Aussie dan berminat atau ada menyimpan niat nak datang ke sini. So, since saya ada lah sedikit pengalaman saya jawab lah yang mana termampu ya. Sekiranya masih ada soalan-soalan berbangkit atau kemusykilan boleh la bertanya di ruang komen. InsyaaAllah saya cuba menjawab seadanya.

So, ini soalan lazim dan jawapan saya mengikut pengetahuan semasa.....(mungkin 10 tahun kemudian jawapan saya dah tak relevan lagi... Heh!). Let's roll babeh....

1. Bila masa yang sesuai nak bercuti di Australia?
Jawapan saya: Aussie adalah negara 4 musim tapi musim-musim nya berlawanan seperti di negara Eropah. Lazimnya, seperti berikut:
a) musim panas: Disember-Februari
b) musim luruh (klik untuk tahu): March-Mei
c) musim sejuk (klik untuk tahu): Jun-Ogos
d) musim bunga: September-November

Jadi anda suka musim yang mana? Cuma musim panas ni siangnya panjang. Jadi masa untuk berjalan panjang sebab hari lambat gelap. Dan musim sejuk siangnya singkat, jadi tak seronoklah sekejap dah gelap! Hehe... Tapi sejuk di sini tak sejuk sangat macam di Eropah. Tak ada salji kecuali di pergunungan dan sekitarnya. Tapi, masih boleh main ski dan snow cuma tertakluk pada kawasan tertentu sahaja!

2. Apa yang menarik kat Aussie?
Jawapan saya: Aussie ni besar. Orang Aussie sendiri tak sempat nak pusing keseluruhan negara mereka. Termasuklah saya :D ngee.... Tempat menarik bergantung kepada bandar mana yang anda pergi. Biasanya orang akan melancong ke Sydney, Melbourne, Canbera (ibu negara tapi bandar yang agak suram berbanding Sydney and Melb.!), Gold Coast, Perth dan etc.
a) Sydney: Wajib pergi sebab ada mercu tanda Aussie iaitu Sydney Harbor Bridge (klik untuk baca) dan Opera House. Kata orang tak sah kalau pergi Aussie tak ke sini yer tak? Sebenarnya banyak lagi yang best sekitar Sydney, mungkin boleh cerita dalam entry yang lain kot!
b) Melbourne (klik untuk baca): Tour yang paling popular adalah The Great Ocean Roads dan 12 Apostles (klik untuk baca). Tapi, banyak lagi yang best, mungkin boleh godeh-goden entry-entry lama pasal Melbourne ;P
c) Gold Coast: Banyak gila taman tema. Memang sesuai untuk famili yang ada anak-anak. Saya belum jejak sini, jadi tak boleh nak cakap lebih-lebih. Heh! InsyaaAlah our next trip? ;)
d) Canberra: Paling bosan kot! Kecuali musim bunga sebab ada pesta bunga 'floriade' (klik untuk baca).

So, kalau nak tahu lebih-lebih kena buat research sendiri. Tapi kalau ada persoalan tentang Sydney dan kawasan NSW  yang lain, insyaaAlah boleh bantu. Bajet dah cover habis, walhal tak pun!


3. Kat mana nak solat?

Tiada alasan untuk tidak solat!
Jawapan saya: Sebagai muslim solat itu wajib walaupun kita musafir. Boleh aje nak solat kat bilik hotel/motel dsb. Tapi bila tengah traveling memang susah nak jumpa surau atau masjid. Ada bukan tak ada tapi tak banyak macam kat Malaysia lah atau mana-mana negara Islam yang lain. So, penting membawa kompas kemana-mana untuk melihat arah kiblat. Berhentilah solat di taman-taman sebab kat sini banyak park dan garden. Carilah kawasan yang sunyi. Kalau dekat shopping mall boleh solat dalam bilik persalinan atau silalah ke 'parents room' sebab sangat selesa untuk solat. Sebenarnya tak ada masalah pun. Australia ni sebuah negara bebas untuk mengamalkan sebarang agama. So, far saya tak ada masalah, alhamdulillah! Paling penting berpakaianlah dengan sempurna. Maksudnya menutup aurat dengan sempurna, jadi senang nak bersolat! Tak perlu nak sarung telekung bagai ;) 






4. Perlu visa?
Jawapan saya: Semestinya! Visa boleh apply online saja! Paling cepat kurang dari sehari dah boleh dapat. Tapi, tak lebih dari seminggu sekiranya tiada sebarang masalah seperti jenayah dsb ;P Owh bayaran visa 20AUD untuk tempoh 3 bulan!

Itulah antara soalan rambang yang terjawab. Untuk dapatkan lebih tips tunggu entry yang akan datang. InsyaAllah saya akan cuba kongsikan! Ada pertanyaan lain, tanya saja ya! Semoga entry pendek ni ada manfaat walaupun sebesar zarah!

11 Responses
  1. Chekgu Azrine Says:

    Bilala nk jejak nih..huhu
    Tq for sharing sis

  2. Aida Lela Says:

    tumpang baca entry pun dah seronok :)

  3. zati zaki Says:

    salam, saya dan family akan ke Sydney minggu depan. Nak tau la keadaan bushfire di sana teruk ke? Saya akan drive sendiri dan akan ke beberapa tempat di NSW dan ACT antaranya Jervis Bay, Canberra, Mittagong dan Sydney. Actualnya kebakaran di sana dah semakin pulih atau macamana.
    Satu lagi nak tau, berbaloi ke pergi Mittagong? ingat nak tgk suasana kampung Aussie dan garden di sini.
    Thank you :)

  4. Zainur Says:

    Zati Zaki,

    Alhamdulillah keadaan bush fire dah beransur pulih. Memang ini adalah bushfire yang paling teruk sekali.
    Tapi sebab sekarang time summer jadi kebarangkalian untuk terjadi bushfire memang tinggi tapi rasanya tak perlu bimbang sangat sebab petugas2 kat sini cekap dan dedikasi.

    Oleh sebab awak driving jadi boleh selalu keep update tentang life traffic di http://livetraffic.rta.nsw.gov.au/desktop.html
    untuk tengok jalan/highway mana yg tutup if ada bushfire. Tempoh hari jalan picton road menuju ke Mittagong ditutup beberapa hari sebab terjejas teruk tapi di Mittagong tu keadaannya okay. Tapi of course ada jalan lain cuma jalan lagi satu tu mcm jalan bukit putus, sempit dan bahaya sikit. Mittagong ni small town aje. Tak ada yang menarik sangat bagi pendapat saya lah. Nak kata macam suasana kampung pun tidak juga. Pemandangan cantik waktu musim luruh. Kalau nak tengok old town mungkin boleh ke Berry town. Banyak bangunan lama. Plus kalau awak ikut route ni (Sydney-Wollongong-Kiama-Berry town-Nowra-Jervis bay-Batemans bay-Canberra) memang on the way aje...tak perlu naik ke Mittagong. Sepanjang jalan ni memang cantik dan banyak tourist attractions!

    Kalau nak tgk garden mana2 tempat awk pergi pun ada garden/botanic garden. Almost everywhere!

    Kalau nak apa-apa info email je saya kat syazee83@yahoo.com InsyaaAllah saya cuba jawab apa yg saya tahu. have fun! And thanks sebab sudi singgah baca blog ni :)

  5. Nieda Says:

    Salam. Saya dan suami serta 2 anak akan ke sydney next week. Boleh suggest tempat yg sesuai tuk visit. Sebab bawa anak 5 bln dan 5 yrs. Nak jln2 dgn public transport. Jzz

  6. Zainur Says:

    Nieda,

    Nanti bila sampai di Airport jangan lupa ambil booklet tentang Sydney kerana di dalamnya ada pelbagai kupon menarik yang boleh digunakan. Juga banyak info tentang tempat menarik di Sydney tambahan pula sekarang musim bunga...biasanya ada floral festival.

    DI darling harbour ada banyak tempat menarik mcm Madame tussauds, sydney wildlife dan aquarium. Kalo beli tiket online atau konbo tiket lebih murah. Sekiranya ada kenderaan boleh melawat symbio wildlife so far zoo ni paling menarik dan boleh beri makan pada kangaroo yang banyak dan jinak.

    Kalau saudari travel hari ahad boleh beli tiket sydney sunday funday dah boleh travel dgn train, ferry, bas hanya dengan tiket yg berharga 2.50 dolar sangat jimat dan murah bagi mereka yang bekeluarga mcm saudari.

    Barang cenderhati blh dapatkan di paddys market sbb murah pun tak jauh dari darling harbour dan sekitar. kalau di bandar sydney tu pun ada bas hijau (city green shuttle) blh naik free saja!

    Harap maklumat yg serba ringkas ni dapat membantu sedikit sebanyak :)

  7. shaz blues Says:

    berikut info muslim tour ke australia yg quotation dibuat berdasarkan budget utk dikongsi. orang malaysia yang menetap di sana. contact beliau sha_sazali@yahoo.com

    P/S: waktu solat dijaga beserta kelengkapan solat dan makanan semasa tour turut disediakan.

  8. Hanna Says:


    Salam dik... akk akan ke Sydney penghujung January ini iaitu pada musim panas. Musim panas di sana adakah panas sgt atau biasa2 saja atau sama mcm cuaca kat Malaysia atau still kena bawa baju sejuk?

  9. Zainur Says:

    Hanna: Maaf lambat reply. Cuaca kat Aussie ni tak menetu sebenarnya. Tapi kebiasaanya musim panas memang panas macam di Malaysia. Kadangkala lebih panas dari Malaysia. Tapi pernah satu tahun tu hujan sahaja pun begitulah taklah freezing sampai memerlukan kot yang tebal2 memadai dengan jumper nipis/biasa sahaja sebagai langkah berjaga2 ;)

  10. Teena Tna Says:

    Salam, saya nak tanya, berbaloikah kalau saya nak pergi aussie. Tapi hanya berjalan sekitar di perth sahaja?

  11. Anonymous Says:

    Salam nak tanya....biasa musim bunga siang panjang tak?...sunrise and sunset agak2 pukul berapa?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs