Jalan-jalan: Nowra (Siri 1)

 Hola!

It's been a while since my last post on 'jalan-jalan di Ausie'. Nak katanya, tahun lepas agak sibuk thus, lack of update. Even jalan-jalan pun tak jauh, hanya sekitar NSW sahaja. Tak macam tahun 2011 boleh sampai ke Melbourne 2 kali dalam masa tak sampai sebulan. Pulak tu, siap main salji kat Snowy Mountain dan ke pesta bunga di Canberra. Tapi, sekarang nasiblah! Al maklumlah sudah di tahun ke 2 pengajian maka banyaklah eksperimen yang nak kena buat. Jadi impian nak ke New Zealand hujung tahun lepas pun terpaksa batal. Malah plan ke Gold Coast pun melepas. Nak ke Spain pun tak dapat! Huuwwwaaa.....

Tak pe, tak pe... (pujuk hati sendiri)

Dah namanya datang belajar kan? Jadi, haruslah mendahulukan pelajaran daripada berjalan. Duit lebih yang ada simpan dulu. InsyaaAllah lepas dah siap semuanya kita berjalan puas-puas. 

Pun begitu, sempatlah juga menjejak kaki dekat Nowra. Nowra ni masih lagi dalam daerah NSW. Tak jauh pun dari Gong. Cuma sejam lebih perjalanan. Jadi boleh pergi balik hari sahaja.

Kalau sesiapa yang berkesempatan turun ke Sydney, sila lah melawat Nowra juga selain singgah ke Gong dan Kiama. Sebab tempat-tempat ni semuanya cantik-cantik dan terletak di persisiran pantai. Lagipun tak jauh antara satu sama lain.

So, apa yang boleh dilawati kat Nowra?

Banyak juga tempat yang menarik. Anda boleh berhenti singgah di 'Visitor Center' untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Memang banyak sangat pamphlet dan makalah percuma yang berkaitan dengan tempat-tempat menarik, aktiviti yang boleh dilakukan serta tempat penginapan dari hotel, chalet, B&B, caravan hinggalah ke berkhemah. Memang saya puji lah Ausie dari segi kemudahan dan maklumat berkaitan pelancongan ni. Awesome lah!





ehsan google: contoh road sign di Aussie!
Kalau dah ada kat Ausie ni tak sah la kalau tak berjumpa dengan maskot Ausie kan? Kalau Malaysia, maskotnya orang Utan. Kalau Ausie mestilah kangaroo. Tapi, selain kangaroo haiwan lain yang popular kat sini adalah kaola, wombat, tasmanian devil, platypus and many more. Sebelum ini saya sendiri pun jarang-jarang dengar nama kumpulan haiwan ini. Bila dah lama kat Australia barulah tahu. Itu pun melalui 'road sign'! Haaa...jangan tak tahu selain dari road sign biasa yang kita selalu jumpa, Aussie pun ada road sign yang unik! Kadang-kadang kesian tengok kangaroo mati tengah jalan... *sigh*


Anyway, nak terserempak dekat jalan tu agak susah la juga since tengah driving. Kalau nampak pun kelibat atau bangkai mereka. Mungkin juga banyak dah mula pupus. So, nak bagi puas hati dan lihat sendiri dari jarak dekat, haruslah menjejak kaki ke zoo atau wildlife center. Memang banyak sangat animal park kat sini so boleh pilih nak pergi yang mana!
Peta Shoalhaven Zoo



Oleh kerana sudah sampai ke Nowra, maka kami pun decide untuk ke Shoalhaven Zoo atau dulunya dikenali sebagai Nowra Wildlife Park. Tiket masuk untuk dewasa adalah aud 18 manakala aud 10 untuk kanak-kanak. Bagi pesara atau pelajar harga tiket adalah aud 14. Pergi dalam berkumpulan pun ada special rate begitu juga untuk family rate. Bagi yang suka sangat berkunjung ke zoo boleh beli annual pass, lagi jimat! Kalau nak berkhemah kat situ pun ada disediakan tapak. Cuma sewa aje lah. Maklumat lanjut silah layari website mereka. Heh, dah macam promoter tak bergaji pula yer!

Okay enough said, marilah berhibur dengan gambar-gambar haiwan pula!

Awal-awal sampai disambut oleh si merak!

Memperkenalkan kangaroo! Kaki depa ni sangat kuat. Kalau tak kerjanya takkanlah melompat aje kan?










I'm wombat! Wombat ni suka menyorok waktu pagi. Menyorok pula bawah tanah. Malam-malam aje keluar cari makan.
Rumah atau tempat sorokan wombat. Terowong rahsia ni adakalanya boleh mencapai sehingga 12 km panjang! Wow hebat tak? 
Ini pula dingo.
Australian crocodile.
Ada pertunjukan makan buaya secara live!
Lain-lain binatang yang ada. Banyak lagi tapi malas nak letak semua.
Parrot yang pandai bercakap. Asyik tanya how are you aje kerjanya!
Koala. Hampir setiap waktu tidur aje kerjanya. Haiwan yang paling rendah kadar metabolisme! Makan pun pucuk daun eucalyptus je. Tapi ini gambar koala yang di ambil di Taronga Zoo. Heee...sebab koala di Shoalhaven tu tidur menyorok! Taronga Zoo kita story lain kali pula okeh!
Pemandangan kat zoo yang awesome!

So, itulah dia sedikit sebanyak pasal Shoalhaven Zoo dan info yang saya tahu. Kalau nak lebih info tentang haiwan haruslah datang sendiri ke zoo ni sebab memang ada dihuraikan serba ringkas tentang haiwan-haiwan yang ada di sini. Tinggal rajin tak rajin aje nak membacanya. Overall, saya kasi 3.5 bintang. Haaa...boleh tak gitu? ;P

Okay, dari zoo ini tempat yang seterusnya kami lawati adalah Kangaroo Valley. Nak tahu apa yang menarik? Nantikan kesinambungan entry ini dalam siri yang akan datang!

Penat wehh...taip blog... *phewww*





1 Response
  1. Chekgu Azrine Says:

    Lama xdgr citer sis..sihat ke sis?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs