2 tahun lagi, insyaAllah!

Happy Monday everyone!

Berapa ramai yang happy dan positif setiap kali tiba hari Isnin, sila senyum meleret! Hehehe... Isnin bukanlah hari yang disukai setelah 2 hari bercuti bagi kebanyakan orang lah termasuk empunya diri! Memang malas sungguh rasanya tapi semangat yang ada itu mesti kuat. Mesti melawan arus kemalasan! Bagi yang makan gaji, nak tak nak kena juga pergi, miskipun tak ikhlas. Susah eh nak jadi ikhlas kan? Tapi taka pa...pada mulanya mungkin tak ikhlas tapi lama-lama hati akan jadi ikhlas, insyaAllah...

Dulu saya selalu memaksa diri saya untuk membuat hal-hal kebajikan walaupun hakikatnya hati kurang keikhlasan. Tapi, bila dah lama-lama ia menjadi rutin yang sukar ditinggalkan. Malah meninggalkannya pula terasa seperti tidak lengkap kehidupan. Seperti ada satu ikatan di situ. Lama-lama juga rasa ikhlas itu hadir tanpa perlu dipaksa.

Hari ni saya bangun dengan malas. Lepas melambai-lambai suami dari jendela seawal 6 pagi, mata tidak dapat lelap lagi. Rasa mahu tidur dan bermalasan ada tapi ada satu perasaan lain yang datang juga. Saya tahu saya di sini bukan bekerja tapi belajar. Tiada siapa yang nak mengawasi tingkah laku saya kecuali diri saya sendiri. Supervisor tak akan paksa kalau tak datang Uni janji mesti hantar kemajuan. Secara halusnya perlu ke Uni, perlu masuk lab dan perlu jalankan eksperimen, barulah ada kemajuan kan? Teringat pula pesan habibi supaya jangan menganggap yang saya di sini datang belajar. Secara bertulis ya kamu seorang pelajar. Tetapi realitinya kamu sekarang sedang kerja. Dihantar bekerja untuk mendapatkan segulung ijazah. Itu kerja kamu. Majikan kamu sudah melabur jadi menjadi satu amanah dan tanggungjawab kepada kamu untuk menjalankan sehabis baik.

Habibi bersyarah lagi, kalau kamu menganggap diri kamu sebagai pelajar, kamu akan merasa lemah dan takut. Itu tak tahu ini tak tahu. Malu nak mengeluarkan pendapat kamu yang kamu rasa bodoh tapi barangkali berguna. Kamu harus menganggap dirimu seperti pekerja dan penyeliamu seperti rakan sekerja. Hormat antara satu sama lain. Bekerja bersama untuk merungkai secebis ilmu. Boleh duduk berdiskusi dan saling memberi idea. Tidak perlu takut kepada dia kerana dia bukan Tuhan. Hanya perlu positif, terus berusaha dan menjadi pendamping dekat pada Pencipta. InsyaAllah DIA akan membantu kamu atas setiap kesulitan yang kamu hadapi. Lagi pun ilmu ni milikNYA. Jadi kepada DIA sahaja kita bermohon dan berserah. Minta dipermudahkan, minta ditunjukkan jalan dan minta diberi kejayaan dunia dan akhirat. Aamiin.

Terima kasih habibi. Ada benar dan lojik juga apa yang dikatanya. Jadi, bila saya down saya akan ingat semula pesan kekanda.

Hari ini, pada tarikh ini, genaplah setahun saya di bumi kangaroo, menjadi anak perantau demi menimba secebis ilmu. Terima kasih saya ucapkan kepada habibi yang telah banyak berkorban untuk saya demi cita-cita saya. Sudi menemani saya di sini. Sentiasa memberi saya semangat dan inspirasi. Sungguh amat saya hargai! Semoga redhamu sentiasa mengiringiku. Dan semoga kita pulang dengan kejayaan. Aamiin!

1 Response
  1. Chekgu Azrine Says:

    selamat maju jaya ye zainur.. semoga 2 tahun lagi can back for good ok..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs