Love World Love Sloggi



Apalah ertinya hidup ini,
jika udara yang diberi oleh Tuhan,
dicemari dengan asap, debu dan kotoran?
Tiada lagi udara segar untuk dihirup.
Yang ada hanya asap-asap kilang dan kenderaan untuk disedut.



Apalah ertinya hidup ini,
jika flora dan fauna yang indah telah mati
Tiada lagi tumbuhan yang menghijau.
Tiada lagi nyanyian burung di langit nan biru.
Yang ada hanya hutan batu,
dikelilingi asap dan debu,
serta terik mentari yang membakar,
yang menyebabkan kanser kulit menular.



Apalah erti hidup ini,
jika sungai dan lautan dicemari?
Tiada lagi sumber air bersih untuk alam sejagat.
Yang ada hanya air hitam dan pekat.
Penuh racun sebagai zat.
Yang akhirnya membawa mudarat!



Apalah ertinya hidup ini,
tanpa pakaian dalam sloggi.
Diperbuat 90% daripada bahan polyester
yang benangnya 100% daripada botol plastik kitar semula
sungguh selesa menyokong payudara,
agar kekal anjal sentiasa.



Bumi ini ciptaan Tuhan.
Bumi ini anugerah Tuhan.
Jadilah insan yang mensyukuri nikmat Tuhan.
Kurangkan pencemaran.
Hentikan kemusnahan.
Belilah produk sloggi sebagai tanda sokongan.


Road Trip With My Broadband

Sebagai seorang yang addicted dengan dunia siber dan internet kalau sehari tak online memang boleh meracau-racau dibuatnya. Yalah setiap hari mesti nak check email. Segala bentuk maklumat dari pihak pengurusan dan bos biasanya akan melalui email. Begitu juga urusan dengan rakan sekerja. Kadang-kadang dokumen penting pun dihantar melalui email. Jadi satu kemestian untuk membuka email setiap hari. Selain itu, aktiviti masa lapang seperti komunikasi bersama teman-teman melalui laman-laman social juga menyebabkan internet menjadi satu keperluan.

Kalau dulu bila ayah ajak balik kampung mesti rasa malas nak pergi. Bukan sebab tak nak jumpa saudara tapi macam mana nak angkut my streamyx tu dari rumah kan? Sungguh la tak lojik. Router dia pun sudah cukup besar!

Sekarang tak perlu risau lagi. Dengan ada kemudahan broadband dari pelbagai syarikat telekomunikasi ia amat mudah untuk dibawa kemana-mana. Walaupun bercuti jauh dari kesibukan kota tapi masih boleh online, check email, ber’facebook’ dan yang paling best berblogging macam biasa.

Sekarang ni saya menggunakan celcom broadband untuk kemudahan berinternet. Kebetulan ofis baru ni tak dipasang lagi dengan internet. Nasib baik ada broadband ni walaupun speed dia tak la laju mana. Selepas ini saya bercadang nak menggunakan Wiggy braoband dari P1W1max. Sangat kecil dan mudah dibawa kemana-mana. Tak perlu wayar sebab dia ‘no string attached’ ok? Malah Wiggy mempunyai pakej-pakej yang superb dan sangat memuaskan. Sila refer entry ini. So, sesiapa yang selalu travel dan selalu online dapatkanlah wiggy broadband anda sekarang. Baru lah percutian dan perjalanan anda ke mana saja akan menjadi menarik.

Bila dah ada broadband ni boleh la layan video project Alpha Season 2 yang baru. Tak ada lah saya ketinggalan. Jom layan video ni!











Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Bersiaran dari PC

Salam everyone!

Sekarang saya bersiaran secara langsung dari Pengkalan Chepa, Kelantan. Yep! Lama sudah tak berblogging sebab sibuk menguruskan hal lapor diri di sini. Alhamdulillah segala urusan selesai dan saya pun dah mula kerja. Ameen.

Memanglah jauh beza KB dan KL. Pun begitu saya bersyukur sebab dapat bermukim di bumi yang permai ini. Walaupun banyak kekurangan dari segi pembangunan tapi jiwa saya disuntik ketenangan. Barangkali kerana Menteri Besar nya seorang alim ulama' jadi tempias keharmonian itu terasa. Walaupun saya kurang gemar dengan sikap mereka yang terlalu ke'puak'an tapi masih ada juga yang baik macam housemate saya. Alhamdulillah.

Sebagai orang baru saya tahu tidak semua yang mengalukan kehadiran saya terutama bagi mereka yang melihat saya sebagai pesaing. Haha... Ada yang sangat peramah dan baik ada gak yang buat dek bila salam perkenalan dihulurkan. Pelik la juga kan walhal baru aje kenal. Nak kata ada buat silap ka apa ka, baru jer bertemu muka. Apa pun, tak kesahla janji dia tak kacau hidup aku sudah la kan. Cuma tak seronok la bila kerja bawah satu jabatan, ada yang bermasam muka and dengki mendengki. Aihhh...orang melayu ni sokmo gitu eh?

Aihh...tapi saya suka officemate saya. Walaupun berbeza fakulti tapi we get along very well. Mudah sangat mesra. Oh! mungkin sebab dia pun orang luar macam aku!

Nota: Tak berniat nak buat mana-mana pihak berasa hati tapi itulah hakikat yang dilalui. Bukan sekali, dua kali atau tiga kali tapi setiap kali dan kebiasaannya mereka-mereka ni bersikap begitu. Yalah tanahair mereka, tapi kita kan 1 Malaysia. Paling penting 1 agama. Kenapa perlu begitu?

Warkah Terakhir...

Tak berkesempatan untuk update. Terlampau sibuk dengan urusan itu ini. Yep, tinggal esok dan lusa saja lagi sebelum keberangkatan daku ke negeri serambi Mekah itu. Mana nak settle urusan penghijrahan ke sana lagi dengan nak settle pindah semula ke rumah asal after renovate..aihh memang pening dan memenatkan! Ni pun dah mula panik sebab masih lagi tak list down barang-barang nak bawa dan beli. Aduhh tolong lah...:puteh_29: Mama dah mula bising-bising. Memang wajar pun. Sebab aku macam ready tak ready aje nak kerja. Hah! Boleh lak macam tu! Itulah masa tengah takda kerja dok ngeluh memanjang. Kononnya rimas lah, bosan lah. Sekarang bila dah dapat kerja debar semacam! Aihhh....

Aku debar bukan apa. Terkenang episod luka, terkilan, amarah, sadis dan seangkatan dengannya masa aku mula-mula kerja dulu. Dulu, aku pernah mengajar dekat satu kolej swasta ni. Kami panggil kolej anak beranak pasai dari yang atas sampai la ke kuli biasa anak pinak dia aje ramai. Aku tak tahan dan resign sebab hok yang CEO tu sudahlah takat SPM aje tapi super berlagak nak mampus termasuk la kaum kerabatnya. Bukan aku nak menghina orang yang ada kelulusan spm saja tapi bayangkan dia tak nak terima pendapat orang lain yang memang teran g lagi bersuluh jauh lebih baik dari pendapat kuno dia tu. Plus, dia boleh kata awak ada master ke phD ke yang bagi gaji saya. Wah wah wah.... Yang kadang-kadang buat geli hati tu, dia sangat anti dengan orang yang ada degree apatah lagi dengan aku.

Oppsss... @diam sebenarnya aku malas nak ungkit balik hal lama tu. Sebab yang aku cerita tu kulit luar aje. Belum lagi pasal kes aku kena masuk mahkamah dengan surat saman la konon. Wakakaka... Takperlah apa yang berlaku ada la hikmah tu. Banyak juga yang aku belajar dari pengalaman yang lepas. Aku pun dah semakin tabah dan matang. Malah berkat kesabaran akhirnya aku dapat kerja yang berlipat ganda lagi baik dengan gaji 2 kali ganda. So, aku syukur and terima seadanya. Hopefully tempat baru ni okay baik dari segi persekitaran kerja, kawan-kawan dan juga bos-bos aku nanti. Yang paling aku syukuri impian aku untuk sambung phd bakal termakbul. Bos dah cakap, "I bagi you satu tahun dari tarikh you lapor diri untuk cari tempat". Berdebar campur gembira sehhh...

So, kawan-kawan yang sering berkunjung dan menyapa di sini, thank you for all your support. InsyaAllah saya akan ziarah dan tinggalkan jejak di blog kalian tatkala berada di Kelantan nanti. Now, sempat ziarah aje tapi tak sempat nak menyapa. So, jangan la ingat saya lupakan awak semua k..

My Version of Grooming Tips

Setiap orang mesti tampil menarik atau setidak-tidaknya kemas. Kalau anda Nampak selekeh pasti orang akan menjauhi anda termasuk lah kawan-kawan anda. Apatah lagi kalau kerjaya anda memerlukan anda bertemu client setiap hari. Oleh itu, penjagaan imej dan penampilan diri amat penting.

Untuk tampil menarik sebenarnya mudah. Berikut adalah cara saya untuk kelihatan manis dan ayu setiap hari. Hehe..

Pertama, kebersihan diri amat penting. Oleh itu, wajib untuk anda mandi setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Lagi kerap lagi bagus. Tapi jangan sampai kulit kecut. Menjaga kebersihan diri itulah adalah sebahagian daripada iman ya!

Kedua, selain daripada kebersihan diri, kebersihan pakaian juga amat penting. Orang laki-laki selalu pakai baju yang sama berulang kali. Dah masam pun tak reti-reti nak cuci. Euwww... Kebanyakan pelajar lelaki buat amalan tak senonoh ni yer.

Ketiga, semburkan deodorant setiap kali selepas mandi. Ini penting untuk mencegah bau peluh yang kurang enak. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang aktif. Untuk semburan wangian bawah lengan yang tahan sehingga 24 jam cubalah Adidas Action 3. Selain itu Adidas Action 3 ini mempunyai ciri yang istimewa di mana dia mengurangkan kesan putih selepas semburan di bawah lengan dan juga kepada pakaian anda.


Last but not least, letak lah make up sedikit seperti bedak dan secalit lipstick supaya wajah anda kelihatan menarik. Dan jangan lupa untuk senyum. Itu akan menyerlahkan lagi penampilan anda!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Sekarang, Project Alpha season 2 sedang ditayangkan kepada umum. Jangan lupa untuk tontoni video mereka!








Rezeki di Gatsby Street Fair Event!

Salam to everyone! Macam mana weekend korang best tak? My weekend sangat best, menarik dan memenatkan. Sampai demam dibuatnya. Tapi, sangat berbaloi-baloi wooo...@oeye

Ingat lagi tak saya pernah promote pasal Gatsby Deodorant Street Fair Event? Boleh rujuk sini. Dan ingat lagi tak saya pernah pelawa mana-mana bloggers yang nak join saya ikut event ni since saya dapt 2 tiket? Rujuk sini.


Aaaa...entry ini akan mengulas lebih lanjut tentang event yang sangat seronok ini. By the way, seorang blogger yang bertuah yang dapat join saya itu adalah Miss Sara.@tepuktangan

Actually, saya tak lah beria sangat nak join event ni since saya cuma nak ganjaran wang tunai rm50 tu je. Haha. Tapi, dah alang-alang pergi and ditemani pula oleh Sara yang comel ni maka haruslah bergembira sakan. Lagi pun sepanjang hidup saya tak pernah lagi join mana-mana fun fair walaupun saya kepingin juga nak try permainan yang selalu ada kat funfair tu.

Banyak permainan yang menarik seperti letupkan belon menggunakan dart, lontar bola keranjang, bowling buah kelapa, memancing deodorant, parking kereta, sumo, tunggang buffalo, video games dan banyakkkk lagi. Jika menang kita akan dapat kupon bernilai 2-point dimana kupon-kupon ini boleh ditukarkan dengan produk gatsby. Memang masyuk lah... Dan kesemua produk yang saya menangi ini akan saya hadiahkan pada encik tunang since Gatsby ni untuk lelaki aje. Haha...

Event ini merupakan event yang besar dan telah tersenarai dalam Malaysian Book of Record! ... untuk kategori bloggers gathering yang terbesar beb! Cayalah... Semua bloggers yang hadir dapat beg yang dalam nya ada sehelai t-shirt merah cun (wajib pakai pada gathering tersebut) dan kipas tangan sebab sangat panas dan sesak dengan ratusan bloggers.. Hehe...

Dan yang paling gempak sekali ada sesi cabutan bertuah. Saya tahu saya tak pernah pun dapat apa-apa hadiah tetapi, untuk event kali ini dah tertulis rezeki saya. Cuba teka apa saya dapat?
*
*
*
*
*
*
*
*

sebuah laptop aspire one!!!!! @nari

Sampai sekarang pun saya rasa macam bermimpi lagi! Sara, thanx sebab sudi pergi dengan saya and thank you juga belanja saya fresh oren. Kalau tau sara nak belanja, mesti order 2! Hehehe....


Nota: Bulan ni bulan rezeki. Mula-mula dapat kerja yang best. Lepas tu menang mini pelamin dari Dina Halim. Kemudian dapat duit poket dari nuffnang. And the latest dapat laptop acer! Syukur alhamdulillah! Rezeki nak kahwin yer kawan-kawan.

Thanx to Nuffnang and Gatsby for the great event! \(",)/

Wedding Prep Progress

Mula ingat nak buat 3rd sneak preview on Nikah dress and shoe. Tapi, nanti orang kata asyik sneak preview jer. So, next time ajelah.

Alhamdulillah, setakat ni progress untuk persiapan nikah kahwin berjalan dengan lancar. Tinggal nak booking catering dengan seorang saudara yang juga pengusha catering di Rawang. Tapi, masih lagi dalam peringkat perbincangan. Pelamin pun alhamdulillah tak payah booking lagi sebab pihak Dina Halim Bridal Boutique yang taja. Happynya rasa....:girl_11: Mini pelamin aje bukan 3 panel ka atau yang Roman Garden yang sangat cantik itu. Tapi, saya still happy sebab pada mulanya bab-bab pelamin ni tak masuk dalam senarai saya sebab tak ada upacara sanding dengan renjis-renjis ini.

Untuk fotografi saya akan deal dgn SF aje. Pakej fotografi FOC atau bayar ikut kemampuan boleh? Haha.. Tapi sebab saya sepupu yang baik dan alhamdulillah dah dapat kerja saya ingat nak bagi lah upah kepada beliau nanti. Untuk bab album saya sendiri akan print out dan bikin my own Wedding-story album. Rasa sangat bajet dan puas hati begitu. Malah tak perlu tunggu lama. Kata orang terus dapat kat tangan kan seronok...?

Baju nikah? Ahaa saya dah 2 kali bertemu janji dengan beliau. Bukan designer ternama pun tapi saya sangat syok berkerjasama dengan beliau. Kali pertama berjumpa, beliau nak tengok fabrik kain yang saya 'terbeli' itu. Bincang-bincang pasal design yang saya impikan itu. Tak sampai seminggu, kami berjumpa lagi di kedai kopi, beliau tunjukkan 5 design yang beliau reka khusus untuk saya. Sungguh menepati citarasa dan sangat menawan sehingga rambang mata untuk memilih. Tapi, keputusan harus juga dibuat. Hopefully design itu akan tampak menawan ditubuhku. Haa..boleh tak gitu? So, first fitting adalah dalam tempoh sebulan.

Kad kahwin? Half away ready. Semalam saya dah selamat men-design peta untuk kad. Puas juga tanya orang nak guna software apa. Ada yang layan ada yang senyap jer. Tapi, semangat ku tak pernah luntur. Walaupun first time guna software itu tapi ok juga. I think I'm a fast learner person. Tinggal saja lagi nak cari kedai untuk printing.

As for doorgift, saya juga telah decide nak bagi apa. And again DIY sendiri juga. Bajet sempat kot buat dalam bulan Rejab nanti. Setakat ni dirahsiakan dulu takut ada sebarang perubahan. Cuma saya tengah fikirkan untuk bagi sesuatu yang istimewa untuk kawan-kawan saya yang mana blogger friends juga tersenarai untuk doorgift yang istimewa itu.

Hurmm apa lagi ekh? Rasanya itu jer kot perkara-perkara besar. Yang lain tu, insyaAllah will be ready juga as soon as possible. Cehh...sangat cool saya ni.. @kenyit Kalau ikut benda-benda remeh masih banyak lagi tapi keep it cool aje.

Apa pun saya happy. Majlis saya simple tapi saya rasa sangat happy lah buat masa ni. Tak ada perkara yang rumit sangat yang perlu difikirkan. Paling penting 'berkat' that's all I wish for..

....to be continued....

DIY Kad Kawin- sneak preview

Baru aje semalam buat sneak preview untuk bilik. Hari ini nak buat sneak preview untuk kad kahwin pula. Untuk makluman semua, kad ini saya DIY. Saja nak test skill dalam mereka kad kahwin sendiri. Yang ni cover aje baru siap! Map masih pening-pening lalat lagi. Anyone care to help? I would really appreciate that.

Sebenarnya masa awal dulu saya nak tempah aje. Ada aje kad yang harga 40 sen sekeping tapi of course lah design dia tak seberapa. Walaupun saya nak bajet murah dan tak nak membazir tapi still saya nak sesuatu yang istimewa untuk wedding saya kan.

Bila tengok kad Nurfatiha yang buat sendiri (actually kawan dia yang design, but I still consider as DIY) maka mood saya kembali teruja untuk buat sendiri my wedding kad. Maka inilah hasil kerja seorang amatur yang tak ada qualification in art and design tapi saya buat sepenuh hati dengan rasa kecintaan. Ayat...fuhhh.... Sila jangan gelakan hasil kerja saya k..huhu...


pink+green theme


Mungkin tak cantik di pandangan kamu. But I love it. Saya tunjuk pada Belahan Jiwa via YM chat and he loves it too.

So, now dah nekad nak proceed dengan kad buatan sendiri cuma harus usaha keras untuk buat peta lokasi pula. Semoga diberi ilham!

Sneak Preview

Sebelum ni saya ada memperkatakan tentang tema warna bilik kan? Kini tibalah masa untuk menunjukkan hasilnya. Haha...

Ingat lagi pilihan pertama warna saya? Rujuk sini. Dan inilah hasilnya......

Sherbet + Classic Silk= nampak tua walaupun matching.

Kombinasi warna ni ok sebenarnya. Cuma tak cukup muda untuk jiwa saya. Apatah lagi apabila melihat bilik emak saya yang ceria. Begitu juga dengan bilik adik saya.

Bilik adik. Sangat cool dan sweet...


Bilik parents. Sangat ceria.

So, saya nekad nak tukar warna walaupun mak membebel. Walaupun apek tukang cat tu pun membebel. Tapi, kalau tak suka baiklah tukar kan. Daripada sengsara untuk terus tidur dalam bilik itu. Ohh...walaupun selepas ini saya akan jarang-jarang sekali tidur di bilik ini since I'm moving to Kelantan... But, this will be our room this coming September..Ouchh...jadi haruslah merasa teruja untuk beradu di dalamnya kan?

Have a look......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Sherbet + Romance. Amacam ok tak. Lebih kurang macam tema warna majlis kahwin ku...


Nota: kualiti gambar handset cikai ;P

No Strings Attached!

Internet kini sudah menjadi satu keperluan hidup bukan lagi kehendak hidup. Maksudnya kalau tak ada internet macam tak boleh hidup. Internet ni bagaikan makanan sehari-hari. Kalau boleh di mana-mana saja kita nak online dan berinteraksi dengan kawan-kawan.

Sekarang ni tak sepatutunya ada lagi istilah ‘katak di bawah tempurung’. Kerana walaupun dunia anda hanya di rumah sahaja tetapi ibaratnya semua di hujung jari anda. Ingin melawat kota London, melihat pyramid, menghubungi kenalan di Australia, mencari kedai makan atau pun bershoping semuanya boleh dibuat di rumah saja. Tapi kalau anda tidak ada broadband maka istilah katak bawah tempurung itu memang relevan untuk anda! Haha... Maaf yer kalau ada yang terasa ketinggalan zaman.

Jadi, bagi anda yang tercari-cari broadband yang sesuai dan ingin tidak ingin lagi digelar katak bawah tempurung apa kata anda mencuba broadband dari P1W1Max. No string attached Whoaaa!!! Berbeza dengan celcom berukband broadband yang selalu saja hampeh apa kata anda beralih kepada P1 yang kini menawarkan 3 Plan hebat iaitu W1GGY 59, W1GGY89 dan W1GGY129. Untuk kelajuan 3Mbps (W1GGY129) dengan 20GB usage quota anda hanya perlu membayar bulanan sebanyak RM129 sahaja! Manakala untuk pakej W1GGY 89 dan W1GGY59 dengan kelajuan speed masing-masing 15GB dan 8GB anda hanya perlu membayar yuran bulanan sebanyak RM89 dan RM59 untuk setiap pakej.

Bukan itu sahaja, P1 juga menawarkan broadband untuk sekeluarga dari harga serendah RM49! Kalau anda tak percaya sila lawati laman http://www.p1.com.my sekarang! Memang berbaloi!

Lepas ni tiada la lagi istilah katak bawah tempurung sebaliknya boleh berukar kepada katak di bawah cermin kaca. Haaa...meskipun terkurung tapi masih mampu melihat dunia luar! Jom internet dengan P1W1Max sekarang!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


Mood tunggang terbalik

*Entry meluah perasaan** Awas, panjang dan membosankan*

Dua tiga hari ini bila bangun tidur rasa pening-pening lalat dan seperti mahu pitam. Sindrom 'dizzy' ini berpunca dari tak cukup tidur. Sekarang sangat susah nak lelap. Kalau dulu letak kepala terus hanyut. Sekarang letak kepala dok asyik fikir itu ini.

Tak tahulah nak kata sindrom bridezilla ke apa. Tapi, terlalu banyak perkara-perkara besar yang difikirkan. Pertama, bab nikah kahwin- nak settle baju, doorift, kad dan lain-lain. Kedua, persiapan untuk pindah dan bekerja nun kat Kelantan. Ni pun rumit juga. packing pun belum. Rumah sewa pun tak dapat lagi.@tensyenYang terakhir pasal renovation rumah! Yep, itu pun aku pening kepala juga nak fikir.....

Memandangkan aku saja yang ada kat rumah kala ini dan boleh diharapkan maka aku lah yang menjadi sandaran ibu untuk ke kedai jubin, kabinet dapur, peralatan dan perkakasan rumah seperti sinki, toilet bowl, shower, itu, ini, itu, ini......haihhhh.....penatnya rasa.....

Kekadang sampai berperang secara diam dengan ibu kerana kami berbeza pendapat dalam banyak perkara. Tapi, beliau masih juga nak tanya pendapat ku. Wakakaka.... Aku ni bukanlah expert sangat bab seni hias rumah kan. Tambahan pula citarasa aku mestilah berbezakan terutama bab warna. Jadi, terpaksalah aku buat research juga pasal hal ehwal seni hias ni melalui majalah Anjung Seri, Impiana, Dapur dan juga Laman di samping Pesona Pengantin. (kat rumah boleh buat library dengan adanya koleksi majalah-majalah ini!)

Selalu juga aku fikir kenapalah kaum wanita ini terlalu complicated sangat. Emak aku ambil masa berjam-jam nak pilih warna jubin untuk bilik air. Sudahlah kat rumah tu ada 5 bilik air. Jenuh aku nak tolong fikir sama. Itu belum masuk warna cat bilik dan ruang-ruang lain dalam rumah tu. Nak harap ayah? Oh dalam mimpi! Bukan semua orang lelaki suka nak terlibat dalam hal-hal begini. Semua serah bulat-bulat kat isteri. Tak puas hati, komen je memanjang. Adeihhh......

Padanlah setiap kali nak tidur otak aku pun ligat aje nak fikir itu ini. Bila fikir yang ini teringat yang itu. Tak boleh nak control rasa. Akhirnya terkebil-kebil la aku sampai ke subuh. Dan esoknya, mata menjadi seakan-akan mata panda yang dikelilingi warna hitam. Nampaknya wajah aku akan tua dulu sebelum usia ku....Uwaaaa.....

Baru jer dapat call dari Graduate School yang mana thesis 5 copy yang aku hantar via pos tu kena reject.@nangih Sakit lah jiwa aku. Semuanya gara-gara margin hard cover yang tak kena dengan citarasa depa. Adess....kalau KL-KT tu dekat tak pe la kan? Pening-pening. Nasib baiklah tunang tersayang sudi nak tolong. Maaflah dah menyusahkan orang tu. Tapi, hanya pada orang tu sajalah orang berharap.

Butuh pendapat kamu...

Saya sangat memerlukan pendapat kamu semua. Tak kiralah bloggers ke silent readers atau sesiapa saja yang prihatin dan luas pandangannya.

Begini, saya akan berpindah ke Kelantan kerana bakal bekerja di negeri cik siti wan kembang itu. Sekarang tengah sibuk mencari rumah sewa. Masalah saya simple aje tapi rumit sebab tu lah saya memerlukan opini kamu semua yang baik hati ni.

Saya tak tahu sama ada saya perlu menyewa rumah seorang diri ataupun menyewa bersama rakan-rakan yang belum dikenali hati budinya. Buat masa ini saya cuma mahu menyewa untuk jangkamasa setahun sebab selepas itu pihak majikan akan hantar saya untuk sambung belajar. Tapi, saya akan berkahwin dalam bulan Syawal nanti dan bakal suami sekarang bekerja di Kuala Terengganu. Kalau ditakdirkan kami menjadi weekend husband and wife maka saya fikir tak best lah kalau ada housemate kan? Nanti bila husband datang tak boleh nak bermalam situ. Takkan nak bermalam kat homestay atau rumah tumpangan pula kan? Walaupun saya tau banyak sangat rumah tumpangan kat situ. Atau takkan lah setiap masa saja saya kena balik KT?

Yang jadi masalah sekarang, tunang macam tak berapa suka. Dia risau pula nak biar saya duduk sorang-sorang ni terutama bila dia di sana saya di sini. Saya pun sedikit penakut sebenarnya sebab pernah fobia sekejap bila rumah dimasuki pencuri. Tapi, dia masih mempertimbangkan keadaan selepas kami bernikah nanti.

Kepala saya sedikit pusing memikirkan hal ini. Kalau tak ada offer yang lebih baik maka saya akan bermastautin kat sana. Beranak pinak lah. Haruslah membina mahligai rumah pula kan? Atau sekurang-kurangnya beli rumah sendiri. Tapi kalau dapat offer lain sebelum saya sah jawatan dan terikat dengan yang ini kan bagus juga.

Haihh...pening-pening.... Apa pendapat kamu?

Warna tema majlis

Seingat saya, tak pernah lagi announce warna tema untuk majlis pernikahan nanti. Hari itu masa jumpa Mr Designer pun dia tanya apa tema majlis awak? Aku macam terkedu kejap. Rupa-rupanya part yang penting ni aku tak confirm betul-betul lagi. Haha teruk betul. Sebabnya aku akan pakai baju putih atau seakan-akan putih. Off-white lah senang cerita.

Sebenarnya aku tak pernah suka warna pink pun. Dulu aku suka warna biru. Kemudian aku suka warna hijau. Sekarang aku suka warna pink. Tapi, untuk pakai baju fully pink tak mungkin lah. Sebab rasa tak cocok dengan tubuh aku. Tapi sentuhan pink sedikit dengan gabungan warna yang lain akan memberi impak lembut dan manis.

Dulu, aku selalu berangan nak tema warna hijau putih. Tapi, ramai kengkawan yang kahwin guna tema tu. So rasa tak bestlah. Ala-ala dah basi.


So, sekarang aku dah nekad. Warna tema majlis aku adalah.......

pink-green or pink hijau


Tapi the dress tetap off white. So, what's yours?

** Semua gambar adalah ehsan dr Mr google

Nak marah siapa?

:girl_13:

Rasa nak marah ok. Macam nak mengamuk. Nak hentak-hentak kaki. Nak baling-baling barang. Nak pecahkan barang. Nak tu nak ni....

Astagfirullah.... Wahai hati sila bersabar! Lagipun salah pilihan sendiri. Tapi, aku dah pilih yang lain sebenarnya. Tapi, ramai sangat tak setuju dan komen macam-macam. Alih-alih pilihan aku paling dull nak mampus sekali. Sedih. Kecewa dan nak marah.

Bila tanya mak dia kata ok tapi ekspresi wajah jelas-jelas menunjukkan kejelekan. Sebelum ni semua orang poyo kata ok. Arrrghhhh....

Actually aku tak puas hati pula dengan warna cat bilik yang aku pilih. Sangat dull. Sebelum ni aku cadang nak ambil warna cokelat dan krim untuk bilik tapi mereka kata cokelat gelap. So, lepas itu dan ini aku pun pilih warna sherbet dan classic silk. Suppose kedua warna akan kontra. But, now tenggelam. So dull.

Tak kira kalau pas ni mak nak membebel ke apa. Selagi tak pindah barang masuk aku rasa sempat aje aku nak tukar warna tu. Aku nak ganti classic silk tu dengan romance (ici paint). Full stop. Orang lain nak kata pinky ke apa ke aku tak mau dengar, boleh? Setidak-tidaknya kalau jadi tak cantik pun memang salah aku sendiri. Tapi, sekarang aku rasa salah orang lain sebab banyak komen dan pengaruh aku hingga akhirnya aku salah pilih warna!

Nota: Manusia memang susah nak mengaku salah sendiri kan? It's my fault actually. Aku tak sepatutnya biar orang pengaruhi aku kalau aku rasa decision aku dah betul. Oklah, small matter aje. Setan jer suka nyucuk-nyucuk perasaan manusia...

Rezeki dari langit.....


Allahuakhbar.... Saya memang tak tau nak kata apa. Mimpi dan tak percaya. Sebenarnya seharian hari ini tidak mengadap laptop dari pagi kerana keluar berikutan temu janji dengan seorang designer. Dan bila pulang waktu petang dan online terkejut dapat email dan komen yang banyak dari blog. Ucap-ucap tahniah dari kawan-kawan.

Rupanya, saya tersenarai antara top 3 contestant dari sebuah contest anjuran Dina Halim Bridal Boutique. Ohh sungguh tidak percaya. Kusangka aku no 3. Tetapi setelah dibaca kali kedua rupa-rupanya yang pertama. Ohh...seperti mahu menangis. Minggu ini umpama mimpi. Seperti mendapat rezeki dari langit.

Baru sahaja semalam mendapat surat tawaran kerja. Hari ini mendapat hadiah mini pelamin. Setinggi-tinggi kesyukuran pada Ilahi atas limpah kurniaNya. Mungkin ini yang disebut-sebut sebagai rezeki nak kahwin. Berkat kesabaran, doa dan usaha yang tidak putus.

Pada mula saya memasuki pertandingan ini dengan harapan mendapat tempat ke 2 atau ke 3. Memang saya sungguh tertarik dengan busana perkahwinan Dina Halim yang sangat menepati ciri muslimah seperti saya. Saya pula memang tidak merancang untuk menempah pelamin memandangkan tiada upacara bersanding. Berjimat sebab tidak ada bajet. Kalau ada bajet memang kepingin sangat ya. Itu pun untuk bergambar kenang-kenangan. Tapi, sekarang sudah dapat. Walau hanya mini pelamin pastinya cukup bermakna buat hari pernikahan saya.

Terima kasih pada Xora, Hana-Yoriee, FarahFatihah, ElyaElmo, AzlinaAziz, CikBelle, AchikGee, Adieyza & Fishballisme atas ucap tahniah. Tiba-tiba saja trafik blog menjadi sesak hari ini. Hehe...tak pernah-pernah begini. Thanks to Dina Halim sebab sudi menganjurkan contest yang cukup bererti ini!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs