Dejavu Di Terengganu Bhgn 3

Salam lovelies,

First of all, thanks pada awak-awak semua sebab sudi singgah blog kita ni. Walaupun kebelakangan ni blog ini diibarat seperti 'hidup segan, mati tak mahu' tapi saya terharu jugalah bila ada yang sudi jenguk dan tinggalkan komen. Arigatao gozaimasu~ Saya selalu aje singgah blog kawan-kawan tapi malas nak tinggalkan komen. Al maklumlah, online guna handphone aje. Sejak ada aplikasi NuffnagX, setiap hari sebelum tidur mesti 'stalk' blog-blog yang awesome. Macam dah habit pula. Kalau handphone kat tangan tu mesti akan check FB, instagram and nuffnagX. Tapi, nak update dalam ketiga-tiga social network ni super pemalas. Lebih suka baca status orang, ushar gambar orang and baca diari orang. Best gitu! Hikss! 

Oppss... intro panjang sedikit buat lepas rindu kat blog and cuba cari mood nak menulis. (Boleh gitu?). For those yang menanti kesinambungan 'my dejavu story' sila lah terus membaca. Yang meluat boleh klik 'X' aje. Sekian, terima kasih! Hikss!

***********************************************************************


 Bab 7 (kot?)
Memanglah peristiwa yang berlaku di makmal komputer tempoh hari sukar dilupakan. Tak tahulah nak suka ker nak gembira ker nak senyum ker... Tapi, yang pasti dalam hati ada taman! Indah gitu walaupun aku rasa aku macam berkasar sedikit kot? Haih! Sebenarnya mulut aku ni kadang ter'over' sedikit. Bukan sedikit, banyak juga kot! Hati cakap lain, tapi mulut laju jer cakap yang sebaliknya kan. Mulut ni selalu aje nak 'cover' perasaan aku yang sebenar-benarnya. Korang mesti suspen kan nak tahu apa sebenarnya yang berlaku? 

Okay, dipendekkan cerita, kumpulan gagak merah termasuklah si dia, masuk ke dalam makmal komputer. Aku duduk diam-diam dekat sebiji komputer, pura-pura buat kerja. Kononnya lah! Nak keluar memang tak dapat sebab mereka duduk berkampung betul-betul depan pintu tu. Tak tahulah kalau dia dan mereka memang saja nak kenakan aku. Ok fine!

Sedang aku dok pura-pura khusyuk buat kerja, tetiba salah seorang daripada ahli gagak merah datang menghampiri meja komputer aku. 'Adoi, nak apa pulak mamat ni?' Desir hatiku dengan penuh debaran. Si dia pula memandang aku tepat dari tempat duduk di hadapan pintu tu. Hati aku memang dah cuak sebenarnya. Tak pernah dingorat sebegini rupa! Adoi, ayat....

"Assalamualaikum"
"Waa'laikumussalam"
"Saya Pejal, nama awak siapa"
"Nur"
"Nur... sedap nama tu. Belajar sini ker?"
"Emm.."
"Bukan sekarang student tengah cuti ker? Tak balik kampung?"
"Ermm student master tak cuti..."
"Ohh..buat master ker? Baguslah..."
Senyum.
 Dia tanya lagi, "awak orang mana?"
"KL"
"Ooo KL.. Kawan saya tu nak berkenalan dengan awak tapi malu" Sambil menunding jari pada si dia.
"Bukan malu, pengecut"

PENGECUT? Oh mak aii!! Sedap mulut aku aje lebel orang pengecut kan? Pulak tu aku sebut kuat-kuat. Memang confirm lah dia dengar. Bukan dengar aje, lebih dari dengar. Bukan dia seorang aje, tapi satu makmal tu pun boleh dengar. Makmal tu bukan besar pun. Malah aku yakin perbualan sedari awal tadi pun yang lain turut memasang telinga. Kawan-kawan si dia siap ulang balik perkataan yang aku ucap tu 'pengecut' sambil gelak-gelak mentertawakan si dia. Dia terus tertunduk malu!

"Kesian dia awak cakap dia macam tu. Malu dia"
"Memang betul pengecut. Kalau berani datang sini cakap sendiri"

Fuhh...ayat aku tu memang bisa juga ek. Bajet macam berani lah. Walhal dup dap dup dap juga jantung ni. Kalau dia datang jangan aku pula yang terkedu nanti. Korang rasa dia datang tak?

Tak! Dia tak datang pun. Lepas aje perbualan tu, technician lab aku keluar dari bilik pejabat yang juga terletak dalam makmal tu. Dan mereka semua pun beredar keluar dari makmal komputer. Tinggal lah aku seorang diri dalam makmal. Menyesal dan mengutuk mulut yang ter'over' laser nih. Aduhai...apakah aku telah menyakiti hatinya? Nama dia pun aku tak tahu... Sob sob sob! Padan muka sendiri!

*******

Oppss maaf akan disambung lagi nanti. I need to take shower and solat and masak. Nanti si dia balik lapar pula! Kih kih kih.... InsyaAllah will continue back later!

Hobi kumpul kereta!

Holaa!

Okay, I know I haven't blogged often lately. Asal balik dari Uni aje malas nak update apa-apa. Seriously malas tahap gaban. Walhal masa awal pagi nak ke Uni tu ada jer macam-macam cerita berlegar-legar dalam fikiran aku, menunggu masa untuk dicurahkan. Heh! Kadang-kadang, idea datang mengganggu waktu tengah 'syok' buat eksperimen. Mula la perasaan berkobar-kobar nak balik rumah hanya semata-mata nak update blog! BTW, agak mustahil aku akan update my bloggie dekat office. Malu sehh dekat member-member. Nak buka facebook pun takut! Haha- Rasa macam supervisor dok monitor kat belakang. Lagipun kawan office semua dok taip thesis/ journal paper. Yang aku taip entry blog? Oh, maaf kalau ada yang terasa pula. Bukan bermaksud begitu. Seriously, it's just me. Memang aku ada satu perasaan pelik dan rasa 'insecure' gitu bila orang tengok aku buat kerja yang bukan kerja. Even masa aku reply personal email untuk member pun aku rasa takut-takut. Pelik kan? Facebook pun buka curi-curi waktu lunch hour. Waktu lunch hour kot!! Haha. Seriously rasa macam SV dok tengok apa aku buat. Tak pun kawan-kawan tukang report kepada SV aku. Kemudian SV akan blame aku sebab tu research awak slow aje asyik bloging and facebooking. Nasib baik tak ada akaun twitter. Ada, tapi tak reti guna! Haha- Tapi, kalau dapat office sendiri yang tak share memang confirm lebih blogging dari kerja! ;P 

Anyway, bila dah balik rumah mood blogging pula hilang. Atau duduk depan laptop tapi tak ada idea nak taip. End up aku erase semuanya. Baca blog orang lagi bagus kan? Hehe..

Amboi, intro aje dah panjang! Walhal aku nak cerita pasal hobi kumpul kereta aje.

Wah, bunyi macam orang-orang kaya aje kan? Yerlah ingat sebiji kereta murah? Walaupun harga kereta kat sini jauh lebih murah dan mampu beli tapi untuk beli dua tiga buah buat koleksi memang tak mampu la kan? Huhuhuhu.... 

So, kereta macam ni aje lah yang mampu kami kumpul. It's not a toy car but it's a collectible or in other words die-cast car. Die-cast car ni is a scale model of a real manufactured car made by die-casting method. Kira memang sama habis la dari segi bentuk dan dalaman. Sesetengah company buat die-cast car ni sangat detail macam AUTOart, Biante, Kyosho and many more. Harga? Tak semahal harga kereta sebenar lah. Sebab tu kata mampu beli. Tapi, kalau model kereta lama atau antik memang harga pun lebih la sebab susah nak dapat kan. Lagi-lagi kalau dapat dari top brand company atau yang made in selain dari cha ya nun alif. Hehehe...

Oklah, layan kan gambar-gambar kereta dari koleksi kami. 




Itulah dia sebahagian dari koleksi yang ada. Ada lagi tapi penat pula nak tayang semuanya. Selebihnya letak dalam intag aje...hihihi.... Kawan-kawan blog yang sudi boleh add my instag and join my nuffnangX okeh!

psst: Terpaksa ambil 1 day off semata-mata nak blogging. Heh, kononnya! Walhal back pain menyerang kembali. T___T

psst: Senang nak stalk blog orang sejak ada nuffnangX sampai tak ada masa update blog sendiri....apa kes? ;P

Back pain!

Hi lovelies!

ehsan google

Today I'm spending my time at home. Not because I'm lazy to go to Uni... ohh well partly lazy maybe! But the real reason is I'm suffering of back pain. It has been like a week but I try to ignore it. I assume it's because of the 'non-stop lab works' that I have to face everyday from 8 am till 5 pm (sometimes). Like yesterday, I was at Innovative Campus to do some lab works and it took me the whole day from early morning until late evening to finish up everything. I know, I can just stop and continue my work the next day but I force myself to finish it off because I feel not comfortable working at other people's places. Plus, sometimes people treat you like a total stranger and you feel unwelcome. I feel like telling them that this machine that I'm using is used to be at my campus. But then, it was moved here due to some political issue between our campus. So, that's why I'm here. Uuurggghh...

But yesterday was different. I feel a little bit comfortable or should I say really comfortable. It's because my supervisor is here with me in the morning. Although he's not my main SV but he had help me a lot and he's not 'calang-calang' punya orang. Meaning that, when he's around people greet him and treat me better! Hee hee... And he's such a friendly Ausie guy, young and handsome! Hee hee... With him I can talk about weather or other things but with my main SV we only talk about research and we talk seriously! Two different characters but both are good, young and smart and they're my role models in supervising my own students in the future. Insya'Allah...

Actually, I wanted to talk about my back pain tapi dah melalut ke lain pula ya! Anyway, here I am at home enjoying myself. I hope none of them are looking for me today. Kalau my SV cari pun lantaklah. Semalam I dah bertungkus lumus so today I deserve a rest. And I'm going to watch Adam and Hawa. I missed 2 episodes already. Nasib baik boleh tengok online. I have read the novel long time ago and I still can remember 'sikit-sikit' tapi bila tengok drama boleh berangan lebih sikit. Hahaha... And later, bila dah feeling feeling gitu boleh lah I pula continue with my own dejavu stories. I know, dah lama I stop and I need to asah balik my writing skill. If I'm not who I'm today I think most probably I'll become musician and writer kot. Alhamdulillah, Allah letak I kat jalan ni kalau tak hanyut kot. Hihihi.... But still minat menulis tu ada lagi. Well who knows one day I'll publish my own novel. Hihihi... Mampus kalau dekan I tau!

Oklah ladies, I'm gonna watch Adam Hawa now. I promise I'll update again later....Insya'Allah. Till then, have a great weekend everyone!

Weekend yang happy ;)

Salam. Good morning everyone!

Acehh...hari ni mood terlebih ceria. Nak tau kenapa? Sebab SV ke London untuk conference jadi aku dengan suka hati memberi cuti buat diri sendiri. Oklah, my hubby pun bagi izin kan. Dah lama tak bersuka ria dan lepak di rumah serta bermalas-malasan tanpa gangguan! Tentu suami faham perasaan saya setiap hari asyik mengadap bahan-bahan kimia, segala radas eksperimen dan air toksik. Tapi, cuma one day off saja. Esok everything will back to normal. Walaupun SV is still not around tapi tak boleh la asyik curi tulang aje. Nanti tak siap pula my research ni.

Anyway, how's your weekend? Mine, was goooood! Walaupun sebenarnya tak ke mana pun dok pusing area Gong ni aje tapi masih rasa seronok gitu. Destinasi tempat tak menjanjikan keseronokkan yang penting how we truly spend our time especially with the love ones!

Nak dijadikan cerita, kami cuma ke dapto market aje pun pagi ahad tu. Lepas tu off ke shellhabour untuk beli daging ayam halal. Then singgah david jones kat crown street mall untuk cari hadiah birthday kat seorang member. So basically memang shopping day. Bukan sekadar window shopping tapi shopping sakan juga lah.

Dalam entry yang lepas-lepas, saya pernah cerita kot pasal dapto market ni. Ianya lebih kurang macam garage sale juga. Tapi, big garage sale sebab dibuat di kawasan lapang gitu. Memang setiap ahad pasti ada yang menjual. Dari preloved items sampai la ke barang yang kita rasa tak relevan pun untuk dijual tapi masih juga orang jual. Kalau kena masa dan ketika mungkin boleh jumpa barang yang kita suka pada harga yang rendah kot. Kena pula bila barang tu masih elok atau baru sekali dua pakai atau tak pernah pakai langsung!

Macam semalam hubby berjaya merembat brand new t-shirt element yang siap dengan tag lagi pada harga yang sangat murah. Aku pula merembat vintage tea set which is made in German for only 5aud. Bukan tu aje ada la juga beberapa helai baju yang masih baru dengan harga kurang dari 5 aud semuanya. Macam crazy sales pula rasa. Kalau balik Malaysia nanti mesti aku rindu gila dengan market dan garage sale yang ada kat sini.

Kebanyakan barang yang aku beli pun merupakan hasil tangkapan kat market and garage sale. Kalau novel-novel sophie kinsella tu dalam 50 sen pun dah boleh dapat. Mana tak nya aku tak jadi gila kumpul novel. Itu belum masuk barang baby lagi. Semua murah dan berbaloi. Kalau kat Malaysia preloved item orang jual pun masih mahal juga lah. Mungkin separuh harga. Kat sini macam tak ada harga. Semalam aku jumpa handbeg siap dengan tag harga ratus tu tapi dia jual 50 sen? Ya ampunn... Nasib aku tak berkenan, kalau tak mesti dah rembat. Hahaha.... 

Tapi, tak semua akan bernasib baik. Dan bukan sepanjang masa kita boleh dapat barang-barang gempak pada harga yang gempak juga. Biasanya bila hujung-hujung tahun ramai yang nak let go barang sebab nanti christmas mereka nak beli barang baru. Masa tu memang best lah. Kadang-kadang awal tahun pun boleh dapat barang gempak juga sebab mereka jual balik hadiah christmas yang mereka tak nak.

Best kan? Best kan?

Dan yang paling seronok semalam masa nak beli perfume kat David Jones. Promoter tu sangat baik gila. Pandai dia orang entertain pelanggan. Walaupun kita berpakaian biasa-biasa serta nampak selekeh tak berduit tapi still mereka layan bagus. Ni yang buat saya nak beli perfume kat situ lagi. Al kisah nak beli perfume untuk hadiahkan ke kawan tapi siap boleh dapat banyak free sampel. Dah lah sampel Giorgio Armani. Memang best! Siap dengan free beg Armani tuh. Adoii....siapa tak happy kan?

Tapi yang paling-paling happy bila hubby hadiakan beg tangan baru. Auww...sweet sangat. Saya cuma belek-belek sebab berkenan tak sangka hubby kata ambil lah kalau nak, abang bayar!

Senyum sampai ke malam you!

p/s: alamakk sayang tak dapat upload gambar. Anyway, bila tak update dekat blog I update dekat instagram. Ecehh, cepat, senang dan mudah gitu...hihihihi

Salam perantau

Assalamualaikum and good day everyone! Oh, sebelum tu, eid mubarak to all muslims around the world.

Saja blurkan!

Fuhh...fuh...fuh...

Bersarang sudah my blog ni. Forgive me for being silence for almost 2 months! Life is such a hectic. Rasa last update adalah before Ramadhan. Lama tuh! Now, Syawal pun dah almost over. Alhamdulillah, hari paksakan diri juga untuk update blog. Paksa tuh!!

Reasons for not updating:
1. Busy
2. Busy
3. Busy

Aceh mengalahkan jemaah menteri lagaknya. Tapi, seriously, I was busy and still busy. Bukan tak nak update mahupun menyambung kisah dejavu tu tapi sibuk dengan kerja-kerja penyelidikan kat makmal. Biasalah siantis muda. Ahaks! Tapi, I tabik lah dekat blogger lain yang walaupun 'busy' but still ada masa or peruntukan masa untuk update blog. Tapi, saya tak berupaya. Bulan Ramadhan tu lagilah sibuk. Siang kan puasa. kemudian sibuk dengan research. Bila balik rumah, dah nak kena masak untuk berbuka lagi. Uruskan rumahtangga apa yang patut. Hubby pula sepanjang Ramadhan balik lewat yang amat. Jadi sah-sah tak ada orang nak tolong I masak macam selalu. I dah abis solat terawih baru hubby sampai rumah. Kesian hubby! Penat cari rezeki halal buat kami. Memang tak kesempatan nak berbuka bersama. Pada sebelah malam mestilah dah penat. Right after terawih terus tidur.

Persalinan di hari raya adalah baju kahwin 2 tahun lepas!
Kemudian raya. Alhamdulillah raya tahun ni sama dengan di Malaysia walaupun kami berpuasa sehari lebih awal. Syukur juga raya jatuh hari ahad. Kalau jatuh hari week days macam last year memang tak bererti lah raya. Yerla hubby kerja, I sah-sah lah masuk lab walaupun half day. Tapi, this year we manage to celebrate together and of course with the rest of Malaysian dekat Gong. Meriah! Sama meriah macam dekat Malaysia. Walaupun hakikatnya hanya sehari aje beraya. Esok tu everything is back to normal. Macam bukan bulan syawal. Kalau kat Malaysia sebulan beraya. Oleh sebab itu, on the second day of Syawal I dah start puasa ganti. Hehe... So, puasa ganti pun dah habis. lega juga. Sebab, sekarang dah spring. Yeay! And waktu siang menjadi semakin panjang. Jam 6am dah cerah macam jam 7am kot! And malam semakin lewat. Yang paling best sekarang cuaca mula panas.Adalah kot dalam 24 degree gitu.. Memang panas! Kalau summer nanti tak dapat bayankan macam mana. Saya menjangkakan tahun ni super panas dari tahun lepas yang memang tak panas. yerla di awal spring pun dah terasa kepanasan nya.


Majlis raya di botanical garden. Klass... Mat saleh terpesona!
Oh ya, masa raya pun busy. Week days busy dengan kerja, macam biasalah. Weekend berderet jemputan rumah terbuka. Hey, siapa kata dekat overseas tak ada open house! Sampai satu tahap tu naik muak makan rendang, nasi himpit, lemang, lodeh, nasi beriani dan bermacam-macam juadah kebiasaan hari raya. Cuma dodol aje kot tak merasa tahun ni. Anyways, I pun ambil giliran juga buat open house. Kira macam tahun lepas jugaklah. uma tahun ni banyak juadah yang hubby and I masak.




Melaram di pagi syawal.
Menu kami adalah masakan kampung kot. Mula I plan nak buat beriani. Tapi, semua rumah yang pergi buat beriani. So, we decide buat nasi putih dan lauk-pauk kampung aje lah. Nak dijadikan cerita kami masak sup tulang and daging for 5 kgs, daging kerutub sekilo, ayam bakar 2kgs, ikan talapia goreng 6 ekor saiz sederhana besar, sambal kicap dan kerabu salad mangga. As for dessert, I baked 2 cheesecakes! Haha...banyak tak? banyak tak? Tapi, bukanlah I masak seorang. My hubby was more than helpful. I cuma buat kek, kerabu, daging kerutub and ayam bakar. Yang lain my hubby buat termasuklah mengemas rumah dan cuci periuk belangga. Hihihi..... Abang, I love you lah! Hiks! (mengedik). Kira, licin jugaklah dan habis dalam 2 kilo beras. Tapi, sad to say, I cuma jemput yang berkeluarga aje. Yang geng-geng bujang tak kesempatan nak jemput. Maybe, next time, insyaAllah! Lepas kerja-kerja lab I reda sedikit.

Oh ya, selain daripada 3 reasons di atas, antara hal lain yang menjadi penghalang (?) update adalah I got new gadgets from beloved hubby. Sangatlah tempting sampai laptop pun dah jarang buka. Haha... Can you guys guess?Wink wink...

Oklah, rasanya cukuplah bebelan untuk hari ni. terubat juga rindu nak blogging. And mudah-mudahan saya akan lebih rajin update blog. Heh! Banyak cerita nak share tapi bila sibuk jadi macam ni lah terpaksa compile kan semua dalam satu entry yang panjang. Hope tak lenguhlah korang membaca. Itu pun kalau masih ada yang baca. 
Bestnya spring!

p/s: oh ya, perlu ke sambung 'dejavu di Terangganu'. Drama dejavu di kinabalu pun dah lama tamat!



Dejavu Di Terengganu Bhgn 2

Salam.

Hola readers!

Adakah kailan tertunggu-tunggu sambungan Dejavu Di Terengganu? Kalau ya, teruskan membaca kalau tak sila klik butang 'x' di bahagian atas sebelah kanan ya! Terima kasih!

****


Bajet cerita aku ni macam best aje! Tak pa lah, I nak asah bakat menulis di samping mengenang kembali kisah pertemuan kami suatu tika dahulu. Aceh... Tapi, bila dah stop menulis tak tahu pula macam mana nak sambung dan di mana harus bermula...haih!


Bab 4
Sejak beberapa kali berselisihan di atas jalan raya, hati kami seolah berjanji untuk menjadikan pertemuan singkat ini sebagai rutin harian kami. Walaupun tanpa persetujuan kata dan janji mulut tapi hati kami sepertinya sudah berbicara sesama sendiri. Maka, setiap pagi aku akan bangun dengan penuh bersemangat sekali untuk memulakan hariku biarpun setiap hari aku tertekan dengan kerja lab yang macam nak gila. Tapi, melihat mata dan senyumanya sedikit sebanyak menyuntik semangat buatku. Hehe.... Walaupun, detik itu hanya sekali imbas namun ia cukup bererti buat diri ini. Dan setiap hujung minggu pastinya terasa sedih dan sunyi kerana wajah itu mula ku rindui. Oh, Isnin cepatlah muncul. Aku tak sabar nak ke Uni! Haha....

Adakah ini namanya cinta? Entahlah. Nama empunya diri pun tidak ku tahu tapi mengapa hati begitu rindu?

Tapi ada juga hari-hari di mana kami tidak dapat berselisih. Sama ada aku terlalu cepat atau dia terlalu awal. Aku pasti kecewa seandainya pagi itu tidak berselisih dengannya. Maka, seluruh hari itu akan menjadi muram dan lesu. Aduhai, angaunya aku ni!

Namun, bukan hatiku saja dipalu rindu. Si dia pun begitu. Kalau tidak bertembung denganku, nampak basikal tua ku pun jadilah katanya. Seperti aku yang menghafal no plat keretanya, dia pun cukup cam basikal tua milik ku. Basikal yang sering aku parking di bawah pohon kelapa di belakang bangunan FST. Satu-satunya basikal yang parking di situ bersama motor-motor staf. Hehe...

***********************************************************

Bab 5
Rupa-rupanya pertemuan kami bukan sekadar di jalan raya saja. Entah sejak bila kelibatnya turut hadir di cafe yang sering aku kunjungi untuk sarapan pagi. Kebiasaanya, sesampai di kampus aku akan ke makmal untuk penyediaan eksperimen sebelum bergegas ke cafe untuk sarapan pagi. Tidak semena-mena (wujud ke perkataan ini?) dia juga sering ke situ untuk sarapan pagi. Dan dia sering duduk bersama-sama dengan kumpulan 'gagak merah' yang lain.

Kenapa aku panggil kumpulan 'gagak merah'? Kumpulan 'gagak merah' ni adalah kumpulan lelaki berseragam merah. Haha.. Memang semuanya lelaki. Dan dia pun termasuk dalam kumpulan gagak merah ni. Saja aku panggil gagak merah sebab pantang tengok perempuan lalu mesti nak bersiul macam burung! Geram betul aku. Dan siulan burung-burung ni memang unik sebab bunyinya 'weet weettt'. Selama ni tak pernah aku di 'weet weett' sedemikian rupa. Siapalah yang nak bersiul dengan gadis luar biasa macam aku. Kenapa aku melabelkan diriku luar biasa? Bukanlah bermaksud aku ni ada kuasa luar biasa. Bukan juga bermaksud aku ni seorang yang cantik nan ayu. Tapi, aku rasa penampilan aku sedikit unik dan berbeza dari gadis-gadis yang lain. Bertudung besar dan berbaju kurung separuh! Apakah? Maksudnya.... aku berbaju kurung tetapi tidak bersama kain kurungnya. Biasanya aku berseluar slack atau ber'track' suit. Kalau aku memakai t-shirt, tidak pula dengan seluar tetapi dengan kain kurung! Haaa...tak ker pelik dan janggal namanya! Rasanya orang tak berapa berani nak buat macam tu. Tapi, aku bukan setakat berani atau selamber malah dengan penuh keyakinan berjalan kemana-mana dengan berpakaian macam tuh. Huhuhu....


Okay, aku memang selesa macam tu. Pakaian yang tak menjolok mata. Lagipun mudah untuk aku yang berbasikal ni. Buat pengetahuan umum, aku tak cekap mana berbasikal. Aku baru pandai naik basikal roda dua masa umurku 20 tahun. Awal-awal dulu memang aku berbaju kurung lengkap nan ayu mengayuh basikal ke kampus. Nak dijadikan cerita kain kurung aku selalu aje tersangkut pada 'pedal' basikal. Akibatnya, bergulung-gulung kain lekat di pengayuh tu sampai lah ke satu tahap kaki aku tak boleh mengayuh lagi dan aku pun jatuh basikal dengan kain terselak. Aduss...malu tau! Dah banyak kali juga aku terkena. Selain itu, banyak kain kurung ku jadi hitam sebab terkena minyak atau gris pada basikal. Sayang betul! Jadi, untuk memudahkan pergerakan aku, maka aku sering berbaju kurung separuh ke universiti. Bukan untuk mencari perhatian tetapi untuk keselamatan dan keselesaan sendiri. Tetapi, tak sangka pula dengan gaya begini pun menjadi perhatian 'gagak merah'! Haishhh.....


Tapi, tak mengapa. Sekurang-kurangnya aku sudah mendapat satu klu tentang dia. Apakah? Semestinya, dia bukan seorang pelajar tetapi staf. Cuma aku kurang pasti staf apa dan bahagian mana. Aku juga tidak tahu status empunya diri. Takut-takut sudah berkeluarga. Lelaki zaman sekarang mana boleh percaya kan? Dah beristeri pun mengaku bujang. Tahulah ada 4 kuota. Tapi, pada ketika itu tak ada lah aku 'aim' nak kan dia. Pada aku, dia tak lebih dari sumber inspirasi. Tak tahulah kenapa tapi aku suka melihat wajah dia. Macam ada sesuatu di situ. Macam sangat dekat dengan hatiku. Dejavu!

****************************************************************

Bab 6
Apa yang aku perasan, aku sudah mula menjadi perhatian 'gagak merah'. Ke mana aku pergi asal bertembung aje dengan mereka ni pasti bunyi 'weet weet' akan singgah ke telinga ku. Yang buat aku bertambah perasan, bila aku sarapan pagi di cafe dan kumpulan 'gagak merah' ada di situ tetapi tidak si dia, tidak lama selepas itu pasti si dia akan muncul. Ajaib, ajaib. Aku agak tentu geng gagak merah ni yang menyampaikan.Yang buat aku bertambah perasan bila mata si dia sentiasa mengekori langkah ku. Bila aku ke kiri matanya ke kiri. Bila aku ke kanan matanya ke kanan. Aahh, siapa-siapa pun mesti dapat rasa kalau diri kita diperhatikan. Apa yang lebih mengejutkan, bukan sahaja matanya tapi tubuhnya juga ikut berubah demi mendapat posisi terbaik untuk memandangku. Aku bukan syok sendiri tapi orang di sekeliling aku pun merasakan begitu! "Oii, apasal mamat tu asyik tenung ko?" Okay, ini sudah tidak boleh jadi. Siapa-siapa yang berada di tempat aku pun pasti berasa tidak selesa. Aku nak makan pun rasa tak nyaman. Apa, aku ni nampak pelik ke? Baju pakai terbalik ke?

Maka, sejak itu bila aku terlihat aje kelibat orang berseragam merah, automatik jantung aku bergetar. Risau kalau depa nampak aku. Seboleh-bolehnya aku nak menyimpang ke jalan lain. Lagi-lagi kalau si dia pun berada di situ bersama-sama 'gagak merah' yang lain. Ialah hajat awal aku cuma nak 'usyar' dari jauh aje. Tapi, tidak sangka semakin lama semakin dekat dia dengan aku. Bukan itu sahaja kumpulan gagak merah ni sudah tahu lokasi aku. Tak sangka pula pada suatu hari mereka ada kerja-kerja penyelengaran penghawa dingin di makmal komputer kami. Kebetulan waktu itu aku di situ dan mahu keluar dari makmal komputer ke makmal alam sekitar yang hanya berselang tiga pintu. Elok sahaja aku buka pintu, nah terpacul dia di hadapan pintu nak masuk. Oh mak aii, terkejut sangat. Terus jantung berdegup kencang. Dan dengan sepantas kilat aku menutup pintu makmal kembali dan tak jadi keluar. Haha. Kelakar. Kelakar. Memang masa tu, aku terperangkap lah. Nak keluar dia ada kat depan pintu. Kalau nak melintas di hadapan dia, boleh berhenti denyutan jantung aku. Bukan itu sahaja, tubuh aku pun menggeletar lain macam sahaja. Maka, aku pun kembali ke dalam dan duduk. Konon-konon nak berfikir jalan terbaik untuk keluar tapi semuanya sudah terlambat. Kerana di saat itu si dia dan beberapa ahli gagak merah yang lain telah masuk.

Jeng...jeng....jeng......


bersambung la pulak!


Dejavu Di Terengganu Bhgn 1

**this is auto publish entry**

Salam.

Haha. Okay, entry ni adalah rentetan dari post yang lepas iaitu berkenaan video pre-wedd Irma Hasmie dan Redza. Apa kaitan Irma Hasmie dengan Zainur1925? Jeng...jeng....jeng....@gatai

Okay, sila bertenang!

Seperti yang telah dimaklumkan dalam post yang lepas, hubungan kami adalah saudara semuslim. Tak lebih dan tak kurang dari itu. Hehe... Gimik sungguh! Cuma post ini ternukil hasil dari biasan kisah cinta atau tepatnya kisah pertemuan dan perkenalan Irma dan suami. Ditambah pula sekarang ni tengah hot dengan drama Dejavu Di Kinabalu. Aaihh...lagilah membuak-buak rasa hati ni nak menulis demi melayan rasa bunga-bunga cinta di kalbu. Eeewahhh! @gatai

Oleh kerana mood sudah jiwang-jiwang karat gitu, jadi bahasa pun kena lah berubah kepada bahasa melayu rasmi. Barulah penulis dan pembaca budiman semua dapat menghayati dan mendalami perasaan penulis. Heh! Rasa macam menggedik pula. Tapi, untuk yang tak suka bolehlah klik tanda 'x' di atas, hujung sebelah kanan bermula dari sekarang! Sekian, terima kasih!

-------------------------------------------------------------------------------------

Kisah cinta bermula di sini....@sengihnampakgigi

Prakata.

Menonton drama Dejavu Di Kinabalu (DDK) sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia cerita pertemuan dan perkenalan antara aku dan suami. Mendengar perkataan 'dejavu' itu sahaja sudah cukup untuk membuat aku tersenyum simpul sekaligus melayan memori cinta kami. Tapi, cerita cinta aku tidak ada kena mengena dengan pembedahan jantung ya adik-adik manis! Alhamdulillah, jantung ku masih berdegup normal di kala ni. Masih sihat, insyaAllah walaupun suatu tika dulu pernah berdegup kencang tatkala ternampak kelibat si dia. Ya, itu baru terlihat kelibatnya atau kancil birunya belum lagi bertembung si dia secara berdepan mahupun bertentangan mata, mahu gugur rasanya si jantung ni. Tapi, tidak. Kalau gugur, maka saat ini sudah pasti tidak bernyawa!

Bagi yang telah lama mengenali diri ini, tentu tahu sedikit sebanyak kisah kami. Kisah ini, secara ringkasnya telah saya nukilkan di post ini suatu ketika dahulu. Tak sangka pula, hasil nukilan aku itu telah terpilih sebagai pemenang pertama Dina Halim Bridal Boutique Online Contest. Dapatlah sponsor mini pelamin untuk akad nikah. Terima kasih buat butik Dina Halim terutamanya kepada Kak Nad dan suami. Merasa juga saya duduk di pelamin walaupun tiada upacara sanding. Yang penting ditaja, ala-ala artis gitu. Hee hee....@sederhana


Inilah rupa mini pelamin tajaan dan sentuhan butik pengantin Dina Halim.

***

Bab 1

Wah! Ada bab-bab pula post kali ni. Nak kasi awak-awak semua 'feel' ala-ala membaca novel gitu, boleh?

Pertama kali melihat dia terasa bagaikan dejavu. Suatu perasaan aneh yang menusuk kalbu. Seperti pernah bertemu tapi ternyata tidak. Menatap wajahnya tidak pernah jemu malah sering membuat jantung ini berdegup kencang seperti orang memukul tabuh. Sejak pertama kali memandangnya terasa ingin memandang lagi dan lagi dan lagi. Hati dipalu kerinduan biar pun tidak pernah berbicara walau sekali. Aneh bukan?

Pertama kali bertemu atau secara tepatnya terlihat si dia, tatkala kami berpapasan di jalan raya di dalam kawasan kampus universiti. Dia di dalam kancil birunya. Aku pula mengayuh basikal tua. Hanya sekali imbas. Betembung mata di sebalik cermin hadapan keretanya. Tersenyum. Aduh, manisnya. Masih terbayang-bayang wajahnya yang bujur sirih, berkaca mata dan berjanggut tipis. Handsome! Hingga ke saat ini masih teringat-ingat. @rindu Dan wajah si dia terus-terusan mengganggu fikiranku, seperti kami pernah bertemu. Mungkin bukan di alam ini tapi di alam lain yang hanya Allah yang Maha Menetahui.

***

Bab 2

Cepat aje dah masuk bab 2! Hehe...al maklumlah saya ni tak pandai nak bermadah pujangga. Kata 'omputih' straight forward aje. Tak sempat pembaca nak 'feel-feel' gitu. Okay, back to the story...

Dengan hanya melihat sekali imbas mana mungkin aku tahu pemilik siapa wajah itu. Tambahan pula kampus universiti (Uni) boleh tahan luasnya. Tanpa sebarang klu, mana mungkin dapat ku jejak bayangan wajahnya. Pelajar atau staf tidak ku ketahui. Mungkin juga sekadar pelawat. Entah-entah sudah berpunya atau beristeri. Aduss, jika benar andaian itu pasti sedikit terkilan di situ....@putuscinta Hehe... Walaupun begitu, jauh di sudut hati, aku mengharapkan akan ada lagi pertemuan yang lain dan rupa-rupanya doaku dimakbul Tuhan.

***

Bab 3

Bercakap tentang situasi dan insiden yang mempertemukan kami dan sekaligus mengikat hubungan kami menjadi suami isteri yang sah memang banyak. Tak dapatlah nak diceritakan ke semuanya secara terperinci. Melainkan kalau suatu hari nanti, aku menulis dan menerbitkan novel ku sendiri. Cewahh... Ada hati tu. Walhal, bahasa pun lintang pukang. Okay, kembali ke cerita....

Siapa sangka Allah pertemukan kami lagi dan lagi dan lagi dalam pelbagai situasi dan insiden yang mengejutkan, melucukan dan mendebarkan! Itulah namanya jodoh kan. Walau sekuat mana hati cuba menyangkal tapi kalau jodohnya sudah tertulis dengan si dia, memang akan bersatu juga. Bila di kenang-kenang semula memang manis. Itulah sampai sekarang kekal di ingatan. Kadang-kadang jadi bahan usik mengusik pula antara kami. Cinta lepas bernikah memang banyak nikmatnya. Apatah lagi kalau sebelum diijab kabul itu hubungan antara keduanya terjaga dan terbatas.

Pernahkah kalian mendengar pepatah, "di mana ada gula, di situ ada semut"? Pasti pernah bukan? Kalau belum pernah, bererti penguasaan bahasa melayu anda masih lemah. Hee hee. Begitu lah juga yang terjadi kepada kami. Di mana ada diriku, di situ ada dirinya. Atau mungkin si dia akan berkata di mana ada dirinya di situ ada aku. Haha- Whatever! Kadang-kadang terfikir mungkinkah kebetulan? Atau sebenarnya sudah suratan?

Tanpaku sedari aku bertembung lagi dengan dirinya. Masih dalam situasi yang sama dan di kawasan yang sama. Di jalan raya itulah kami asyik berpapasan. Dan sejak itu, aku mula menghafal no plat keretanya. Bukan itu sahaja, aku juga seolah-olah sudah menghafal rutin harian nya. Yang pasti setiap pagi pada waktu sekitar 8.15am tu dia pasti akan melalui jalan ini. Dari ke mana dan hendak ke mana tidak pula kutahu. Saat itu tidak ada hal lain yang difikirkan. Yang aku tahu aku tidak mahu terlepas detik ini setiap hari. Biar pun tidak ku tahu siapa dirinya, tetapi si dia telah memberi aku suatu aura yang baru. Satu semangat untuk bangun di awal pagi dan berkejar-kejaran ke Uni. Dia sumber inspirasiku. Penyuntik semangat tatkala hidupku terumbang ambing menyiapkan tesis sarjana ku.

***

Penutup.

Amboi kejap aje dah sampai penutup kan? Belum pun masuk kemuncak tapi dah nak kemuncup? Hee hee...

Sabar.... sabar....@henti

Cerita agak panjang sedikit tapi penulis dah semput. Al maklumlah, seharian di makmal. Bila pulang ke rumah tak menang tangan nak menjemur bajulah, memasak lah dan melayan buah hati. Jadi, kita simpan dulu. InsyaAllah ada kelapangan nanti saya sambung lagi. Lagipun, kalau tulis panjang-panjang pun tak siapa nak baca. Nanti dilabel syok sendiri pula kan? Huhu... Tapi, kalau dah blog sendiri, suka hatilah kan kalau nak syok sendiri pun.

Psst: Anyway, hope awak-awak yang membaca tak boring. Kalau boring, anggap aje lah cerita dah tamat. Lagipun, penghujung cerita semua pun dah tahu kan?

Video Pre-Wedd Irma Hasmie & Redza Syah

Salam.

Hola ladies!

First of all, I would like to congrats to our newly weds Irma Hasmie and Redza Syah. I know both of them tak baca pun blog picisan ni apatah lagi ada pertalian darah dengan aku. Tapi, sebagai sesama muslim memang bonding tu wujud. What's more Irma kini jauh beza dengan Irma yang dulu itu yang buat saya happy sangat. Alhamdulillah, semoga beliau terus istiqamah dan menjadi muslimah yang baik serta isteri yan solehah. Dulu I tak minat pun Irma ni sebab I jarang sangat layan artis-artis. Tapi, since beliau telah berhijrah, I jadi minat pula. Same goes to Wardina and Diana Amir. Semoga mereka ni dapat jadi role model yang baik buat anak-anak muda.

Anyways, saya sangat tertarik dengan video pre-wedding mereka yang juga menceritakan kisah cinta mereka. Memang dah tertulis jodoh buat mereka kan. So sweet! Bertemu pun kat tempat yang elok which is tanah suci Mekah, depan kaabah lagi.

I know, zaman la ni video pre wed dan photo shoot sebelum nikah dah jadi macam trend sampai ramai yang lupa batas halal-haram. Suka suki pakwe makwe bersentuh kulit, berpegang tangan, berpeluk dan sebagainya yang mana hukumnya haram. Sedih juga bila wali dan mak bapak mereka pun tidak menghalang malah merelakan mungkin? Gambar dan video pula di postkan di facebook atau laman sosial lain untuk tatapan umum. Inilah dikatakan dosa 24 jam! Berapa banyak mata yang melihat tak kira siang atau malam, maka berapa banyaklah dosa yang dicatat oleh malaikat. Nauzubillah! Aduss...andai saja manusia bisa melihat azab Allah tentu tidak berani berbuat sedemikian rupa.

Jadi, for those yang still nak buat juga mungkin boleh tonton video pre wed Irma & Redza. A good example! Tapi, kalau tak buat video pun tak rugi apa. Kerana apa yang utama barakah, rahmat dan redha dari Allah itulah kunci kebahgiaan rumahtangga.





Surprise party!!

Salam everyone...

Hola! Long time no blogging.. Sorry lovelies for being hiatus for a while. I have been quite busy actually with my new gadget @sederhana work. What a lame excuse but it's so true! Today I have special meeting with my lovely principle SV and co-SV. I'm quite nervous actually as I don't have much things to report.. Aaahh... belasah aje la kan! Dari tak jumpa langsung I'll be lost in my own research world...

Okay, just cut the crap!

This entry is specially dedicated to my bff Marcella. She's a sweet girl from Brazil. We only knew each other for 3 months but we became close. She's an exchange student doing master degree in food nutrition. She's only here for 3 months and now she is leaving for good. I'm happy for her but at the same time I'm sad because I'll lose a best friend. Sob...sob...sob...@sedih

Anyways, last Sunday was her 22nd birthday, *Yep, she's so young!* so I decided to throw her a surprise little party at her house. I planned it with another 2 friends and one of them is her housemate so that would make my plan go smoothly. Hehe... I love making surprises and I enjoy surprises as well. @kenyit

We arrived at the destination.


Put the candles on and text-ing her housemate.


Surprise babe!!! She's still wearing her pajamas...hihihi


Simple and yet delicious! I baked for her and it's her fav cheese cake. Tapi, sayang tak cukup lilin...hee hee...


Wajib bergambar dulu sebelum makan!


She told me that she loves the way I smell, so I gave her my fav perfume as a gift.


Hugging!! I'm wearing hi-low dress with jeans. Hehe kerlas gitew! And berlapis-lapis baju di dalam just to keep myself warm. I don't like winter...freezing cold!


BFF forever. Gonna miss you sweety!


Picture credit to my lovely husband, our official photographer on that day! Love you muahx muahx ...

Autumn in my heart

Hola!

I miss my little bloggie and I haven't updated anything recently. I've been occupied with many things and I hardly have my own sweet time! Sometimes I wish I could just take a break from everything and give my mind a rest. But, time really flies so fast. It never stops even for a second. And now half a year has already gone.@oh

Anyways, now we're entering the winter season. The weather is getting colder...@gigitaggggrrr... With wind and rain, make them even worse... I don't really like winter cause I can't stand the cold . And I feel like days become shorter as night is longer. Can you just imagine, around 6pm ++ is already isya'.. Most of the time I sleep early, right after isya'...Hehehe.... Because that is normally what I do in summer season. Because in summer, the day is longer than night. Around 10 pm baru masuk isya'. Sometimes, sampai mengantuk mata nak tunggu isya' @ketuk That's why I love spring! Not so cold and not so hot. The days are just like normal plus beautiful flowers are blooming everywhere. It just feel so good..@siul

...and suddenly autumn say, "What about me? What about me?":puteh_21:

Me reply to autumn: Autumn, you're always in my heart! When I first arrived here, it was you the ones who welcome me. And this year, you fill me up with good memories too. Autumn, you're always in my heart!"@cinta

*Such a drama queen!*

Okay lah girls, I just wanna share with you some of my recent pictures taken during autumn which I have no time to update about ... well, maybe later or maybe not...hihihi... Just for the sake of my own memories.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs