Salam lovelies,
First of all, thanks pada awak-awak semua sebab sudi singgah blog kita ni. Walaupun kebelakangan ni blog ini diibarat seperti 'hidup segan, mati tak mahu' tapi saya terharu jugalah bila ada yang sudi jenguk dan tinggalkan komen. Arigatao gozaimasu~ Saya selalu aje singgah blog kawan-kawan tapi malas nak tinggalkan komen. Al maklumlah, online guna handphone aje. Sejak ada aplikasi NuffnagX, setiap hari sebelum tidur mesti 'stalk' blog-blog yang awesome. Macam dah habit pula. Kalau handphone kat tangan tu mesti akan check FB, instagram and nuffnagX. Tapi, nak update dalam ketiga-tiga social network ni super pemalas. Lebih suka baca status orang, ushar gambar orang and baca diari orang. Best gitu! Hikss!
Oppss... intro panjang sedikit buat lepas rindu kat blog and cuba cari mood nak menulis. (Boleh gitu?). For those yang menanti kesinambungan 'my dejavu story' sila lah terus membaca. Yang meluat boleh klik 'X' aje. Sekian, terima kasih! Hikss!
***********************************************************************
Bab 7 (kot?)
Memanglah peristiwa yang berlaku di makmal komputer tempoh hari sukar dilupakan. Tak tahulah nak suka ker nak gembira ker nak senyum ker... Tapi, yang pasti dalam hati ada taman! Indah gitu walaupun aku rasa aku macam berkasar sedikit kot? Haih! Sebenarnya mulut aku ni kadang ter'over' sedikit. Bukan sedikit, banyak juga kot! Hati cakap lain, tapi mulut laju jer cakap yang sebaliknya kan. Mulut ni selalu aje nak 'cover' perasaan aku yang sebenar-benarnya. Korang mesti suspen kan nak tahu apa sebenarnya yang berlaku?
Okay, dipendekkan cerita, kumpulan gagak merah termasuklah si dia, masuk ke dalam makmal komputer. Aku duduk diam-diam dekat sebiji komputer, pura-pura buat kerja. Kononnya lah! Nak keluar memang tak dapat sebab mereka duduk berkampung betul-betul depan pintu tu. Tak tahulah kalau dia dan mereka memang saja nak kenakan aku. Ok fine!
Sedang aku dok pura-pura khusyuk buat kerja, tetiba salah seorang daripada ahli gagak merah datang menghampiri meja komputer aku. 'Adoi, nak apa pulak mamat ni?' Desir hatiku dengan penuh debaran. Si dia pula memandang aku tepat dari tempat duduk di hadapan pintu tu. Hati aku memang dah cuak sebenarnya. Tak pernah dingorat sebegini rupa! Adoi, ayat....
"Assalamualaikum"
"Waa'laikumussalam"
"Saya Pejal, nama awak siapa"
"Nur"
"Nur... sedap nama tu. Belajar sini ker?"
"Emm.."
"Bukan sekarang student tengah cuti ker? Tak balik kampung?"
"Ermm student master tak cuti..."
"Ohh..buat master ker? Baguslah..."
Senyum.
Dia tanya lagi, "awak orang mana?"
"KL"
"Ooo KL.. Kawan saya tu nak berkenalan dengan awak tapi malu" Sambil menunding jari pada si dia.
"Bukan malu, pengecut"
PENGECUT? Oh mak aii!! Sedap mulut aku aje lebel orang pengecut kan? Pulak tu aku sebut kuat-kuat. Memang confirm lah dia dengar. Bukan dengar aje, lebih dari dengar. Bukan dia seorang aje, tapi satu makmal tu pun boleh dengar. Makmal tu bukan besar pun. Malah aku yakin perbualan sedari awal tadi pun yang lain turut memasang telinga. Kawan-kawan si dia siap ulang balik perkataan yang aku ucap tu 'pengecut' sambil gelak-gelak mentertawakan si dia. Dia terus tertunduk malu!
"Kesian dia awak cakap dia macam tu. Malu dia"
"Memang betul pengecut. Kalau berani datang sini cakap sendiri"
Fuhh...ayat aku tu memang bisa juga ek. Bajet macam berani lah. Walhal dup dap dup dap juga jantung ni. Kalau dia datang jangan aku pula yang terkedu nanti. Korang rasa dia datang tak?
Tak! Dia tak datang pun. Lepas aje perbualan tu, technician lab aku keluar dari bilik pejabat yang juga terletak dalam makmal tu. Dan mereka semua pun beredar keluar dari makmal komputer. Tinggal lah aku seorang diri dalam makmal. Menyesal dan mengutuk mulut yang ter'over' laser nih. Aduhai...apakah aku telah menyakiti hatinya? Nama dia pun aku tak tahu... Sob sob sob! Padan muka sendiri!
*******
Oppss maaf akan disambung lagi nanti. I need to take shower and solat and masak. Nanti si dia balik lapar pula! Kih kih kih.... InsyaAllah will continue back later!
Woww! Memang pedas juga ayt tu. Hihihi..rasa mcm tngh baca novel je nih. Bila baca cerita ni kn..boleh terbayang makmal komputer kt bangunan fst/kompleks kuliah tu..
Heroin mmg macam tu kot. Mula2 je garang ;)
Aida tak tau la kalo keadaan skrg sama mcm dulu...dgr cite aritu makmal alam sekitar terbakar...mesti dah byk berubah kot skrg..