Dejavu Di Terengganu Bhgn 1

**this is auto publish entry**

Salam.

Haha. Okay, entry ni adalah rentetan dari post yang lepas iaitu berkenaan video pre-wedd Irma Hasmie dan Redza. Apa kaitan Irma Hasmie dengan Zainur1925? Jeng...jeng....jeng....@gatai

Okay, sila bertenang!

Seperti yang telah dimaklumkan dalam post yang lepas, hubungan kami adalah saudara semuslim. Tak lebih dan tak kurang dari itu. Hehe... Gimik sungguh! Cuma post ini ternukil hasil dari biasan kisah cinta atau tepatnya kisah pertemuan dan perkenalan Irma dan suami. Ditambah pula sekarang ni tengah hot dengan drama Dejavu Di Kinabalu. Aaihh...lagilah membuak-buak rasa hati ni nak menulis demi melayan rasa bunga-bunga cinta di kalbu. Eeewahhh! @gatai

Oleh kerana mood sudah jiwang-jiwang karat gitu, jadi bahasa pun kena lah berubah kepada bahasa melayu rasmi. Barulah penulis dan pembaca budiman semua dapat menghayati dan mendalami perasaan penulis. Heh! Rasa macam menggedik pula. Tapi, untuk yang tak suka bolehlah klik tanda 'x' di atas, hujung sebelah kanan bermula dari sekarang! Sekian, terima kasih!

-------------------------------------------------------------------------------------

Kisah cinta bermula di sini....@sengihnampakgigi

Prakata.

Menonton drama Dejavu Di Kinabalu (DDK) sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia cerita pertemuan dan perkenalan antara aku dan suami. Mendengar perkataan 'dejavu' itu sahaja sudah cukup untuk membuat aku tersenyum simpul sekaligus melayan memori cinta kami. Tapi, cerita cinta aku tidak ada kena mengena dengan pembedahan jantung ya adik-adik manis! Alhamdulillah, jantung ku masih berdegup normal di kala ni. Masih sihat, insyaAllah walaupun suatu tika dulu pernah berdegup kencang tatkala ternampak kelibat si dia. Ya, itu baru terlihat kelibatnya atau kancil birunya belum lagi bertembung si dia secara berdepan mahupun bertentangan mata, mahu gugur rasanya si jantung ni. Tapi, tidak. Kalau gugur, maka saat ini sudah pasti tidak bernyawa!

Bagi yang telah lama mengenali diri ini, tentu tahu sedikit sebanyak kisah kami. Kisah ini, secara ringkasnya telah saya nukilkan di post ini suatu ketika dahulu. Tak sangka pula, hasil nukilan aku itu telah terpilih sebagai pemenang pertama Dina Halim Bridal Boutique Online Contest. Dapatlah sponsor mini pelamin untuk akad nikah. Terima kasih buat butik Dina Halim terutamanya kepada Kak Nad dan suami. Merasa juga saya duduk di pelamin walaupun tiada upacara sanding. Yang penting ditaja, ala-ala artis gitu. Hee hee....@sederhana


Inilah rupa mini pelamin tajaan dan sentuhan butik pengantin Dina Halim.

***

Bab 1

Wah! Ada bab-bab pula post kali ni. Nak kasi awak-awak semua 'feel' ala-ala membaca novel gitu, boleh?

Pertama kali melihat dia terasa bagaikan dejavu. Suatu perasaan aneh yang menusuk kalbu. Seperti pernah bertemu tapi ternyata tidak. Menatap wajahnya tidak pernah jemu malah sering membuat jantung ini berdegup kencang seperti orang memukul tabuh. Sejak pertama kali memandangnya terasa ingin memandang lagi dan lagi dan lagi. Hati dipalu kerinduan biar pun tidak pernah berbicara walau sekali. Aneh bukan?

Pertama kali bertemu atau secara tepatnya terlihat si dia, tatkala kami berpapasan di jalan raya di dalam kawasan kampus universiti. Dia di dalam kancil birunya. Aku pula mengayuh basikal tua. Hanya sekali imbas. Betembung mata di sebalik cermin hadapan keretanya. Tersenyum. Aduh, manisnya. Masih terbayang-bayang wajahnya yang bujur sirih, berkaca mata dan berjanggut tipis. Handsome! Hingga ke saat ini masih teringat-ingat. @rindu Dan wajah si dia terus-terusan mengganggu fikiranku, seperti kami pernah bertemu. Mungkin bukan di alam ini tapi di alam lain yang hanya Allah yang Maha Menetahui.

***

Bab 2

Cepat aje dah masuk bab 2! Hehe...al maklumlah saya ni tak pandai nak bermadah pujangga. Kata 'omputih' straight forward aje. Tak sempat pembaca nak 'feel-feel' gitu. Okay, back to the story...

Dengan hanya melihat sekali imbas mana mungkin aku tahu pemilik siapa wajah itu. Tambahan pula kampus universiti (Uni) boleh tahan luasnya. Tanpa sebarang klu, mana mungkin dapat ku jejak bayangan wajahnya. Pelajar atau staf tidak ku ketahui. Mungkin juga sekadar pelawat. Entah-entah sudah berpunya atau beristeri. Aduss, jika benar andaian itu pasti sedikit terkilan di situ....@putuscinta Hehe... Walaupun begitu, jauh di sudut hati, aku mengharapkan akan ada lagi pertemuan yang lain dan rupa-rupanya doaku dimakbul Tuhan.

***

Bab 3

Bercakap tentang situasi dan insiden yang mempertemukan kami dan sekaligus mengikat hubungan kami menjadi suami isteri yang sah memang banyak. Tak dapatlah nak diceritakan ke semuanya secara terperinci. Melainkan kalau suatu hari nanti, aku menulis dan menerbitkan novel ku sendiri. Cewahh... Ada hati tu. Walhal, bahasa pun lintang pukang. Okay, kembali ke cerita....

Siapa sangka Allah pertemukan kami lagi dan lagi dan lagi dalam pelbagai situasi dan insiden yang mengejutkan, melucukan dan mendebarkan! Itulah namanya jodoh kan. Walau sekuat mana hati cuba menyangkal tapi kalau jodohnya sudah tertulis dengan si dia, memang akan bersatu juga. Bila di kenang-kenang semula memang manis. Itulah sampai sekarang kekal di ingatan. Kadang-kadang jadi bahan usik mengusik pula antara kami. Cinta lepas bernikah memang banyak nikmatnya. Apatah lagi kalau sebelum diijab kabul itu hubungan antara keduanya terjaga dan terbatas.

Pernahkah kalian mendengar pepatah, "di mana ada gula, di situ ada semut"? Pasti pernah bukan? Kalau belum pernah, bererti penguasaan bahasa melayu anda masih lemah. Hee hee. Begitu lah juga yang terjadi kepada kami. Di mana ada diriku, di situ ada dirinya. Atau mungkin si dia akan berkata di mana ada dirinya di situ ada aku. Haha- Whatever! Kadang-kadang terfikir mungkinkah kebetulan? Atau sebenarnya sudah suratan?

Tanpaku sedari aku bertembung lagi dengan dirinya. Masih dalam situasi yang sama dan di kawasan yang sama. Di jalan raya itulah kami asyik berpapasan. Dan sejak itu, aku mula menghafal no plat keretanya. Bukan itu sahaja, aku juga seolah-olah sudah menghafal rutin harian nya. Yang pasti setiap pagi pada waktu sekitar 8.15am tu dia pasti akan melalui jalan ini. Dari ke mana dan hendak ke mana tidak pula kutahu. Saat itu tidak ada hal lain yang difikirkan. Yang aku tahu aku tidak mahu terlepas detik ini setiap hari. Biar pun tidak ku tahu siapa dirinya, tetapi si dia telah memberi aku suatu aura yang baru. Satu semangat untuk bangun di awal pagi dan berkejar-kejaran ke Uni. Dia sumber inspirasiku. Penyuntik semangat tatkala hidupku terumbang ambing menyiapkan tesis sarjana ku.

***

Penutup.

Amboi kejap aje dah sampai penutup kan? Belum pun masuk kemuncak tapi dah nak kemuncup? Hee hee...

Sabar.... sabar....@henti

Cerita agak panjang sedikit tapi penulis dah semput. Al maklumlah, seharian di makmal. Bila pulang ke rumah tak menang tangan nak menjemur bajulah, memasak lah dan melayan buah hati. Jadi, kita simpan dulu. InsyaAllah ada kelapangan nanti saya sambung lagi. Lagipun, kalau tulis panjang-panjang pun tak siapa nak baca. Nanti dilabel syok sendiri pula kan? Huhu... Tapi, kalau dah blog sendiri, suka hatilah kan kalau nak syok sendiri pun.

Psst: Anyway, hope awak-awak yang membaca tak boring. Kalau boring, anggap aje lah cerita dah tamat. Lagipun, penghujung cerita semua pun dah tahu kan?

4 Responses
  1. Aida Lela Says:

    cepat sambung.. hahhaha..

    syok pulak duk melayan cite nih. ok apa, bahasa dah kelas2 novel nih.

    pembaca jadi nak tahu jalan cite dia macam mana.. hahha..busy body betul la..hihihii [tiba2 jadi juri]

  2. Hanis MY Says:

    wahh best cite ni tak sabar nk tunggu sambungan...

  3. Chekgu Azrine Says:

    Cpt2 smbung!!xsaba dah ni..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs